Sukar untuk digambarkan bila mana sudah punya anak kecil di rumah. Hati sentiasa rasa teringat-ingat malah bau bayi cukup dirindukan. Tak dapat mencium anak seakan terasa tidak lengkap hidup ini. Pereka fesyen yang cukup digemari ramai selebriti, Ruzaini Jamil mengakui kini dia berdepan masalah yang sama.

Selepas kelahiran cahaya mata pertamanya pada 27 Oktober lalu, Ruzaini mengakui hidupnya seakan tidak lengkap jika tidak mencium anaknya, Wan Rahil Wan Mohd Ruzaini setiap pagi.

“Bangun Tidur Mesti Nak Bau Badan Dia” Ruzaini Terharu Rasai Pengalaman Jadi Bapa!

Zuriat pertama yang dinantikan sekian lama itu kini sudah pun berusia sebulan lebih. Menerusi satu entri di instagramnya, Ruzaini turut berkongsi rasa dan pengalamannya mempunyai anak kecil. Katanya barulah dia memahami bagaimana perasaan ibu bapa lain yang sentiasa rindukan anak.

“Bismillahi MasyaAllah. Kini saya dapat merasa perasaan seperti anda semua ibubapa dan sahabat-sahabat saya. Bangun tidur je pasti nak cari si kecil untuk tatap lama-lama muka dan bau badan dia.

“Begitu juga kalau kita teringat bagaimana ibubapa kita menjaga dan membesarkan kita menjadi orang yang berguna pada hari ini,” katanya berkongsi.

IKLAN

“Bangun Tidur Mesti Nak Bau Badan Dia” Ruzaini Terharu Rasai Pengalaman Jadi Bapa!

Menerusi entri itu, Ruzaini turut berkongsi fotonya bersama si comel di pagi hari. Bukan itu sahaja malah sehingga ke hari ini, bapa penyayang ini sering meluahkan rasa terharunya atas kurniaan Allah yang satu ini.

“Sampai ke hari ini masih berfikir dan bersyukur kerana anugerah yang tidak ternilai ini. Alhamdulillah sudah 26 hari usia @rahilruzaini,” kongsinya.

“Bangun Tidur Mesti Nak Bau Badan Dia” Ruzaini Terharu Rasai Pengalaman Jadi Bapa!

IKLAN

Bukan hanya gambarnya bersama Rahil bahkan Ruzaini juga turut berkongsi sebuah video ketika majlis ringkas cukur jambul Rahil pada usianya 21 hari.

“Cukup 21 hari tu kami sebagai ibubapa jalankan sunnah Rasulullah dan adat kita iaitu cukur rambut Rahil dan kakak Rizqaa.

“Tiada majlis dan hanya dihadiri ustaz dan isterinya, mak @nazarahkassim , adik saya @rizman.n dan @nuridasuraya serta princess @rizqaarizman. In Shaa Allah kalau ada rezeki dan berakhir pkpb ini saya nak buat akikah,” katanya berkongsi.

IKLAN

Terdahulu, Ruzaini dan isterinya, Nurul Hidayati Yahya mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016. Tahniah buat pasangan ini!

Artikel berkaitan: Dapat Genggam Jari Mungilnya Sungguh Saya Menangis, Isteri Selamat Bersalin Bayi Lelaki, Ruzaini Bergelar Bapa

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Kredit: @ruzaini.jamil

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI