
Berita gembira buat ibu ayah yang mempunyai anak masih bersekolah! Persiapan menjelang pembukaan sesi persekolahan setiap tahun sememangnya memerlukan perbelanjaan yang besar, terutama bagi keluarga yang mempunyai ramai anak.
Bukan sekadar membeli pakaian seragam dan kasut sekolah, ibu ayah juga perlu menyediakan beg, alat tulis serta pelbagai kelengkapan pembelajaran anak-anak.
Lebih terasa apabila semua keperluan tersebut perlu dibeli dalam satu masa, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai tiga, empat atau lebih anak yang masih bersekolah.
Namun, menerusi pembentangan Belanjawan 2027, kerajaan mengumumkan peningkatan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) daripada RM150 kepada RM200 bagi setiap murid.
Dalam pembentangkan itu, PMX menjelaskan kiraan yang ringkas bahawa bermakna, keluarga yang mempunyai empat orang anak bersekolah dan layak menerima bantuan berkenaan bakal memperoleh RM800 bagi membantu menampung perbelanjaan persiapan persekolahan tahun hadapan.
Bantuan Awal Persekolahan Dinaikkan Kepada RM200 Seorang

Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat (9 Oktober 2026).
Menurut beliau, peningkatan kadar bantuan itu bertujuan membantu ibu bapa membuat persiapan bagi sesi persekolahan 2027.
Menerusi kadar baharu berkenaan, setiap murid yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM200 berbanding RM150 sebelum ini, iaitu peningkatan RM50 seorang.
Sebagai contoh, jumlah bantuan yang bakal diterima sesebuah keluarga adalah seperti berikut:
| Bilangan Anak Bersekolah | Jumlah Bantuan |
|---|---|
| 1 orang | RM200 |
| 2 orang | RM400 |
| 3 orang | RM600 |
| 4 orang | RM800 |
| 5 orang | RM1,000 |
Jumlah tersebut pastinya dapat membantu ibu ayah menyediakan sebahagian keperluan persekolahan anak-anak, khususnya bagi keluarga besar yang perlu menguruskan perbelanjaan beberapa orang anak serentak.
Kerajaan turut mengumumkan bahawa seramai 5.3 juta murid layak menerima Bantuan Awal Persekolahan ini, dengan peruntukan keseluruhan sekitar RM1 bilion.
Artikel Trending: “Furqan Mukmin Pergi Tanpa Signal, Post-Mortem Tak Detect Apa-Apa” Ibu Reda Pemergian Anak, Doktor Tak Jumpa Punca
Artikel trending:Tragedi FDS Rentap Bahagia Keluarga, Juruterbang Jelas 5 Persoalan, No. 4 Kenapa Mangsa Tak Guna Payung Terjun
Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!
Artikel Trending: Nahas Helikopter FDS: Luahan Pilu Isteri Juruterbang, “Doakan Saya Dan Anak-Anak”
Bantuan Disalurkan Di Sekolah, Ibu Ayah Dapat Bertemu Guru
Menariknya, pemberian Bantuan Awal Persekolahan bagi tahun 2027 turut memberi penekanan kepada hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah.
Perdana Menteri memaklumkan bahawa bantuan tersebut akan disalurkan di sekolah bagi membolehkan ibu bapa hadir dan bertemu sendiri dengan guru anak masing-masing.
Menurut Anwar, pendekatan ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab bersama ibu bapa dan guru dalam memastikan kemajuan akademik serta pembentukan sahsiah anak-anak.
Ini bermakna, kehadiran ibu ayah ke sekolah bukan sekadar untuk urusan mendapatkan bantuan kewangan, malah menjadi peluang untuk berinteraksi dengan guru mengenai perkembangan pendidikan anak.
Ibu ayah juga boleh mengambil kesempatan tersebut untuk bertanya tentang prestasi pembelajaran, tingkah laku dan perkara yang boleh dibantu di rumah.
Bagaimanapun, butiran khusus mengenai tarikh dan tatacara pengambilan bantuan bagi sesi 2027 masih tertakluk kepada makluman lanjut pihak berkenaan.
Ringankan Beban Persiapan Sekolah Anak-Anak

Bagi ibu ayah, persiapan persekolahan bukan perkara kecil, apatah lagi apabila harga barangan keperluan semakin memberi kesan kepada perbelanjaan keluarga.
Ada anak yang perlu menggantikan kasut sekolah kerana sudah sempit, ada yang memerlukan pakaian seragam baharu, manakala anak yang bakal memasuki Tahun Satu pula perlu disediakan dengan pelbagai kelengkapan.
Walaupun RM200 mungkin tidak dapat menampung keseluruhan kos persekolahan, bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan jumlah wang yang perlu dikeluarkan oleh ibu ayah.
Sebagai contoh, bagi keluarga yang mempunyai empat orang anak bersekolah, bantuan sebanyak RM800 boleh digunakan untuk membeli keperluan asas seperti pakaian seragam, kasut, beg dan alat tulis mengikut keutamaan.
Lebih penting, ibu ayah digalakkan merancang perbelanjaan lebih awal supaya bantuan yang diterima dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.
Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah
Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya
Bukan Sekadar Bantuan Kewangan, Hubungan Ibu Ayah Dan Guru Juga Penting

Dalam kesibukan bekerja dan menguruskan keluarga, bukan semua ibu ayah berpeluang untuk datang ke sekolah dan berbincang secara bersemuka dengan guru.
Justeru, pendekatan penyaluran bantuan di sekolah ini diharap dapat membuka lebih banyak ruang komunikasi antara ibu bapa dengan pendidik.
Hakikatnya, pendidikan anak-anak bukan hanya bergantung kepada guru di sekolah, tetapi turut memerlukan perhatian, sokongan dan bimbingan ibu ayah di rumah.
Dengan kerjasama kedua-dua pihak, perkembangan akademik, disiplin dan sahsiah anak dapat diberikan perhatian secara lebih menyeluruh.
Bagi ibu ayah yang mempunyai anak bakal memasuki alam persekolahan atau meneruskan sesi pembelajaran pada tahun 2027, pengumuman peningkatan Bantuan Awal Persekolahan ini sedikit sebanyak memberikan kelegaan.
Selain membantu mengurangkan beban kewangan, ia juga menjadi peringatan bahawa kejayaan anak-anak bukan hanya diukur melalui keputusan peperiksaan, tetapi turut dibentuk melalui kerjasama erat antara ibu bapa dan guru.
Sumber: Bernama, Utusan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!

