Ads

Pilu! Organ Muhammad Aidil Beri Harapan 10 Nyawa, Termasuk Bayi 11 Bulan

Derma organ Aidil menjadi kisah pilu yang menyentuh hati rakyat Malaysia apabila seorang ibu kehilangan anak tersayang, namun di sebalik tangisan itu, ada keluarga lain yang kembali menyimpan harapan untuk melihat anak mereka terus membesar. Lebih menyentuh hati, antara pesakit yang dilaporkan sedang menanti peluang menerima organ ialah seorang bayi yang baru berusia 11 bulan.

Bayangkan perasaan ibu ayah yang setiap hari berdoa agar anak kecil mereka diberikan peluang untuk terus hidup. Dalam usia yang sepatutnya dipenuhi gelak tawa dan keletah manja, ada bayi yang terpaksa berjuang dengan masalah kesihatan serius.

Di sebalik harapan itu, terselit kisah pilu pemergian Muhammad Aidil Ahmad Zupardi, 23, anak bongsu daripada empat beradik yang disahkan mengalami kematian otak selepas terbabit dalam kemalangan motosikal di Kelantan.

Walaupun terlalu berat menerima kehilangan tersebut, keluarganya membuat keputusan yang cukup besar apabila mengizinkan organ Allahyarham didermakan kepada pesakit lain.

Pengorbanan itu mencuri perhatian rakyat Malaysia apabila seorang sahabat Allahyarham berkongsi bahawa pendermaan berkenaan mampu memberi harapan kepada 10 insan lain.

Artikel Trending: STR 2027: Bantuan Hingga RM150 Sebulan, Keluarga Anda Layak Terima Berapa? Ini Syarat & Tarikh Penting Permohonan

Artikel Trending: KKM Dedah Penyakit Berkaitan Jerebu Meningkat, Amaran Bahaya Untuk Kanak-Kanak & Warga Emas

Artikel Trending: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!

Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

Derma Organ Aidil: Bayi 11 Bulan Antara Yang Menanti Peluang Untuk Hidup

Pilu! Organ Muhammad Aidil Beri Harapan 10 Nyawa, Termasuk Bayi 11 Bulan
Gambar hiasan

Sebagai ibu ayah, siapa yang sanggup melihat anak kecil bertarung dengan penyakit, apatah lagi apabila nyawanya bergantung kepada peluang mendapatkan organ yang sesuai?

Itulah antara perkara yang menyentuh hati keluarga Allahyarham apabila dimaklumkan terdapat pesakit yang sangat memerlukan pemindahan organ, termasuk seorang bayi berusia 11 bulan.

Ibunya, Che Sharifah Che Mat Soud, 63, berkata mereka berharap organ anaknya dapat membantu pesakit yang sedang menunggu.

“Kami dimaklumkan ada pesakit yang sedang menunggu, termasuk seorang bayi berusia 11 bulan yang bakal menerima buah pinggang. Kami berharap mungkin organ arwah dapat membantu pesakit itu,” katanya.

Bayangkan, dalam keadaan seorang ibu sedang berusaha menerima hakikat anaknya tidak lagi mampu diselamatkan, dia masih memikirkan peluang kehidupan untuk anak orang lain.

Bagi keluarga yang menanti pendermaan organ, berita mengenai kehadiran penderma tentunya membawa sinar harapan selepas melalui penantian yang penuh debaran.

Bagaimanapun, setakat laporan yang disahkan, belum dapat dipastikan sama ada bayi berkenaan merupakan penerima organ Allahyarham Aidil.

Berat Hati Melepaskan Anak, Namun Reda Demi Insan Lain

Selepas kemalangan, pihak Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) menjelaskan bahawa Aidil mengalami kematian otak, walaupun beberapa organ dalamannya masih berada dalam keadaan baik dan sesuai untuk didermakan.

Keluarga diberikan masa untuk berbincang sebelum sebulat suara bersetuju mendermakan organ dan tisu yang sesuai.

“Keluarga dimaklumkan kes ini satu dalam 20,000… jadi kami reda organ-organnya (arwah) didermakan.”

“Pada mulanya memang berat untuk kami terima, tetapi apabila fikir ada pihak lebih memerlukan, kami rasa lebih baik organ itu diberikan kepada mereka.”

Ads

Menurut ibunya, Aidil sebenarnya tidak pernah mengisi borang penderma organ, namun rakan-rakannya memaklumkan Allahyarham pernah menyuarakan hasrat untuk berbuat demikian.

Malah, Allahyarham dikenali sebagai seorang pemuda yang suka membantu orang lain, menjaga kesihatan dan tidak merokok.

Biarpun terlalu sukar untuk menerima hakikat kehilangan anak tersayang, keluarga berharap pendermaan ini menjadi amal jariah yang berpanjangan buat Allahyarham.

Derma Organ Aidil: “Terima Kasih Selamatkan 10 Nyawa, Syurga Buatmu Sahabat”

Pilu! Organ Muhammad Aidil Beri Harapan 10 Nyawa, Termasuk Bayi 11 Bulan

Kisah pemergian Aidil turut mendapat perhatian ramai selepas video penghormatan terakhir atau Honor Walk di HPUSM, Kubang Kerian tular di media sosial.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @syasylvie, suasana pilu menyelubungi hospital apabila petugas kesihatan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

“Walk of honour for Aidil, terima kasih telah selamatkan 10 nyawa lain dil. Semoga syurga buat mu sahabat,” tulisnya.

Pilu! Organ Muhammad Aidil Beri Harapan 10 Nyawa, Termasuk Bayi 11 Bulan

Angka 10 nyawa itu dikongsikan oleh sahabat Allahyarham di media sosial, namun jumlah sebenar penerima yang berjaya menjalani pemindahan belum disahkan sepenuhnya.

Menurut laporan Bernama, pasukan perubatan berjaya memperoleh hati, buah pinggang, kornea dan tulang Allahyarham untuk membantu pesakit yang memerlukan.

Lebih mengharukan, keluarga kemudiannya menerima perkhabaran bahawa dua buah pinggang Aidil telah disalurkan kepada dua remaja, lelaki dan perempuan, masing-masing berusia sekitar 14 dan 15 tahun.

Perkembangan itu sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepada keluarga yang sedang berduka.

Aidil mungkin sudah tiada di sisi ibu dan ayahnya, tetapi pendermaan organnya memberi peluang kepada insan lain untuk meneruskan kehidupan.

Perkongsian Tentang Bayi 11 Bulan Turut Undang Sebak

Dalam ruangan komen Threads, satu lagi perkongsian turut menarik perhatian apabila seorang individu memaklumkan mengenai bayi berusia 11 bulan yang menghidap penyakit biliary atresia, iaitu masalah saluran hempedu yang boleh menyebabkan kerosakan hati.

Ads

Menurut individu berkenaan, keluarganya menerima panggilan daripada Hospital Tunku Azizah mengenai kehadiran penderma organ.

“Tengah hari tadi Hospital Tunku Azizah call cakap ada penderma. Terus petang ni jugak gerak dari Perlis ke KL.”

Individu itu turut memaklumkan bahawa pembedahan dirancang pada keesokan harinya dan berharap segala urusan dipermudahkan.

Perkongsian tersebut mengundang rasa sebak dalam kalangan pengguna media sosial yang mendoakan agar bayi berkenaan diberikan kesembuhan.

Pilu! Organ Muhammad Aidil Beri Harapan 10 Nyawa, Termasuk Bayi 11 Bulan

Bagaimanapun, hubungan antara kes bayi yang dikongsikan di Threads itu dengan pendermaan organ Allahyarham Aidil masih belum mendapat pengesahan rasmi.

Apa yang pasti, kisah ini mengingatkan kita bahawa bagi sesetengah keluarga, peluang mendapatkan organ yang sesuai merupakan harapan yang telah lama dinantikan.

“Masa Itu Burger Yang Dibelinya Pun Belum Sempat Saya Habiskan”

Tiada ibu yang benar-benar bersedia melepaskan anaknya buat selama-lamanya. Apatah lagi anak yang selama ini menjadi tempat bermanja, yang tidak pernah lupa mencium tangan sebelum keluar rumah dan yang masih sempat membelikan makanan untuk ibu ayahnya. Lebih meruntun hati apabila mengenangkan detik terakhir Allahyarham bersama ibu bapanya.

Sebelum kemalangan, Aidil yang bekerja di sebuah kafe di Kota Bharu sempat membelikan burger untuk ibu dan ayahnya. Siapa sangka, makanan yang dibelikan dengan penuh kasih sayang itu menjadi antara kenangan terakhir seorang ibu bersama anak bongsunya.

Menurut laporan Sinar Harian, ibunya Che Sharifah memberi tahu, Aidil seorang anak yang sangat menghormati orang tua. Setiap kali mahu keluar rumah, Allahyarham tidak pernah lupa bersalam dan mencium tangannya.

“Saya sempat pesan supaya bawa motosikal elok-elok.”

Namun, tidak lama selepas itu, dia menerima berita yang paling ditakuti oleh setiap ibu.

“Saya masih boleh dengar bunyi motosikalnya semakin menjauh sebelum tiba-tiba seorang rakannya datang memaklumkan dia terbabit kemalangan.

Ads

“Masa itu burger yang dibelinya pun belum sempat saya habiskan,” luahnya dalam nada sebak.

Sungguh meruntun jiwa. Seorang ibu yang baru sahaja menerima makanan daripada anaknya, tidak menyangka itulah antara saat terakhir mereka bersama. Anak yang keluar seperti biasa, bersalam dan mencium tangan, akhirnya tidak kembali lagi ke pangkuan keluarga.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian seorang pengguna Threads,  mangsa terlibat dalam kemalangan motosikal kira-kira 100 meter dari rumahnya ketika keluar untuk membeli burger buat ibunya.

Seorang lagi pengguna turut mendakwa bahawa rumah arwah terletak berhampiran kilang KA dan kemalangan tersebut berlaku di kawasan berkenaan.

Kisah pemergian arwah cukup menyentuh hati, lebih-lebih lagi apabila dikatakan keluar rumah dengan niat untuk membelikan makanan buat ibu tercinta. Namun, di sebalik kesedihan yang begitu dalam, keluarga Aidil memilih untuk melakukan sesuatu yang amat bermakna.

Artikel Trending: Jerebu Sangat Berbahaya Kepada Bayi, KKM Beri Amaran Ibu Ayah Jangan Ambil Mudah!

Artikel Trending: Wanita Wajah Cantik Lebih Ramai Anak, Ini Fakta Kajian Saintis Yang Ramai Tak Tahu

Arttikel Trending: Bella & Syed Saddiq Kahwin, Ramai Nak Tahu Status Mahram & Aurat Anak Tiri, No. 7 Paling Ramai Tak Tahu!

Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

Pilu! Organ Muhammad Aidil Beri Harapan 10 Nyawa, Termasuk Bayi 11 Bulan

 

Pilu! Organ Muhammad Aidil Beri Harapan 10 Nyawa, Termasuk Bayi 11 Bulan

Pada 19 November 2026, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Teluk Puteri, Padang Tembak, Pengkalan Chepa.

Buat ibu ayah yang membaca kisah ini, hargailah setiap detik bersama anak-anak selagi mereka masih ada di depan mata. Peluklah mereka, dengarlah cerita mereka dan jangan pernah menganggap masa bersama sebagai sesuatu yang pasti.

Kisah Aidil juga membuka mata tentang betapa besarnya makna pendermaan organ kepada pesakit dan keluarga yang sedang menanti.

Seorang ibu terpaksa melepaskan anak yang dikandung dan dibesarkannya dengan penuh kasih sayang. Namun, melalui keikhlasan keluarganya, pemergian itu meninggalkan harapan untuk kehidupan insan lain.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Muhammad Aidil Ahmad Zupardi, mengampunkan segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman.

Al-Fatihah.

Sumber: Orang Ramai di Threads dan  Sinar Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Anak Bantut Bukan Sekadar Masalah Ketinggian! Pakar Otak Kongsi 8 Cara...

Anak bantut bukan sekadar masalah ketinggian. Dr Rizal Abu Bakar kongsi 8 langkah penting untuk membantu ibu ayah menjaga tumbesaran anak.