Kehidupan seharian seorang ibu sememangnya sangat sibuk. Ibu yang bekerja atau suri rumah pasti mengalami kesukaran untuk membahagikan masa. Bukan mudah untuk melakukan semua kerja dalam satu masa, tetapi ibu sentiasa berjaya mencari jalan pintas. Salute ibu semua!
Tambah sibuk jika ibu itu menyusukan anak kerana terpaksa mencari masa untuk mengepam susu. Untuk membuat bekalan susu, banyak pengorbanan yang perlu dibuat. Terpaksa ‘bertemu janji’ dengan mesin mengepam setiap jam bukan sesuatu yang mudah bagi ibu untuk mencari masa dan konsisten melakukannya.
Proses mengepam susu tidaklah sesukar mana tetapi ia agak leceh kerana mesin mengepam mempunyai bahagian dan tiub susu yang agak banyak. Inilah ketikanya ibu akan merasa agak susah kerana terpaksa menghabiskan masa untuk mengendalikan mesin mengepam sebelum dapat membuat stok susu untuk si manja.
Jalan Pintas Untuk Buat Stok Susu!
Berita baik untuk para ibu yang menyusukan anak kerana kini anda dapat mengepam susu tanpa merasa susah. Sambil mengepam, dapat buat aktiviti lain. Nak tahu apa yang boleh anda lakukan sambil mengepam?
Ads
Bekerja
Rata-rata ibu menyusu akan memilih untuk menggunakan mesin mengepam elektrik sewaktu bekerja dari pam manual atau kaedah marmet. Mesin mengepam elektrik menjadi pilihan para ibu kerana ia menggunakan teknologi yang meniru corak penyusuan bayi dan juga dapat merangsang penghasilan susu dengan pantas.
Memandu
Pengunaan LacFree Wearable Breast Pump dapat memudahkan ibu untuk mengepam sambil memandu kerana tiada wayar atau tiub yang perlu dipasangkan. Ibu hanya perlu melekapkan silicone shield pada payudara dan menekan mod expression pada motornya untuk memulakan proses mengepam susu.
Memasak
Untuk suri rumah, anda boleh manfaatkan masa memasak sambil mengepam susu terutamanya jika si manja sedang tidur. Untuk ibu-ibu yang bekerja, proses mengepam susu tidak lagi menjadi sukar sekiranya terutamanya jika anda menggunakan mesin mengepam yang tidak bertiub dan hands-free. Jadi, bila memasak pun tidak akan terganggu!
Ads
Me time
Sewaktu berehat, ibu masih bebas melakukan aktiviti-aktiviti yang disukai sambil mengepam susu. Waktu berehat merupakan masa yang terbaik untuk ibu mengepam susu kerana ibu dalam keadaan santai dan bebas dari tekanan. Ini akan menggalakkan penghasilan susu yang lancar.
Jika anda merancang untuk membeli mesin mengepam susu yang terbaik, apa kata pertimbangkan untuk memilih LacFree Wearable Breast Pump. Pemasangannya mudah dan hanya mengambil masa kurang dari seminit. Memang jimat masa! Dengan teknologi ultra-silent, aktiviti mengepam susu menjadi lebih selesa tanpa bunyi yang menarik perhatian orang sekeliling.
Ads
Paling penting, LacFree Wearable Breast Pump adalah jenis hands-free dan sangat ringan. Ini merupakan dua faktor penting yang boleh dipertimbangkan sebelum membeli sesebuah mesin mengepam susu kerana boleh dibawa dan digunakan dengan mudah di mana-mana.
Layari laman web rasmi Shapee untuk mendapatkan promosi harga pelancaran sekarang: http://bit.ly/shapeehome
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tempoh mengandung dan saat melahirkan merupakan pengalaman yang istimewa buat seorang wanita. Pengalaman mengandung mungkin berbeza bagi setiap wanita, oleh itu amat penting bagi ibu mengandung untuk membuat perancangan awal di hospital yang dapat memberikan keselesaan pada dirinya serta bayi yang bakal dilahirkan nanti.
Bagi ibu-ibu yang masih tercari-cari hospital bersalin yang menawarkan perkhidmatan terbaik dan harga yang berpatutan, OHANA Specialist Hospital merupakan pilihan tepat untuk anda. Ia terletak di pertengahan ibu kota Kuala Lumpur antara Gombak dan Wangsa Maju. Lokasinya amat strategik dan mudah diakses melalui lima jalan utama (Jalan Genting Klang, Jalan Pahang, Jalan Jelatek, Jalan Ampang dan MRR2) serta pengangkutan awam melalui Stesen LRT Wangsa Maju yang berdekatan.
Hospital selesa dan kakitangan yang berpengalaman
Menarik di OHANA Specialist Hospital ini adalah ia menyediakan kepakaran untuk ibu mengandung, bersalin, sakit puan dan pediatrik. Tambahan pula, hospital ini menawarkan pakej bersalin pada harga mampu milik yang masih memberikan keutamaan terhadap keselesaan para ibu.
Selain itu, OHANA Specialist Hospital juga turut menawarkan perkhidmatan seperti:
Post natal care at home (urutan dan penjagaan untuk ibu dan anak) seperti, bertungku, bengkung
Home care, memberikan perkhidmatan kesihatan di rumah bagi yang memerlukan, seperti penukaran tiub makan dan kencing serta perkhidmatan seperti mencuci luka (dressing)
Physio to u, menyediakan perkhidmatan physio ke rumah
Hospital ini diterajui oleh pasukan pakar yang profesional dan terdiri daripada gabungan kakitangan berpengalaman lebih daripada 40 tahun dalam bidang Obstetrik & Ginekologi serta Pediatrik. Tambahan lagi, team Obstetrik dan Ginekologi semuanya terdiri daripada wanita. Doktor yang dilantik menjaga seseorang ibu mengandung akan bersamanya dari peringkat awal rawatan sehingga saatnya melahirkan. Pusat rawatan ini juga menekankan hubungan erat diantara kakitangan dan pelanggan. Perkhidmatan mesra dapat dirasakan di mana doktor dan kakitangan memberikan layanan ikhlas kepada pesakit dengan panggilan nama. Keunikkan perkhidmatan sebegini semestinya akan membuatkan para ibu lebih yakin dan tenang sepanjang berada di OHANA.
OHANA Specialist Hospital, bukan sahaja menawarkan privasi, tetapi keselesaan secara menyeluruh melibatkan aspek sokongan emosi dan penjagaan yang rapi untuk ibu dan bayi.
Teknologi canggih, pakej berpatutan
Dari aspek kemudahan pula, hospital ini menawarkan kemudahan terkini. Wad bersalin, klinik, dan wad pembedahan dilengkapi dengan kemudahan moden berteknologi tinggi bertujuan untuk memberikan perkhidmatan terbaik selain memberikan keyakinan dari segi keselamatan dan kepakaran. Justeru, pusat rawatan ini adalah pilihan terbaik untuk ibu-ibu yang mementingkan kualiti dan keselesaan rawatan.
Bagi yang berhasrat untuk bersalin di sini, terdapat tiga pakej harga bersalin yang ditawarkan mengikut jenis bilik iaitu Premium Suite, Suite dan juga Single Room. Pakej bersalin ditawarkan merangkumi pakej bagi bayi iaitu pemeriksaan Neonatal termasuk pemeriksaan darah (ABO & Rh, G6PD, CBTSH), ujian pendengaran bayi baru lahir, vaksin bayi – BCG & Hepatitis B (dos pertama), penjagaan nurseri, ubat serta banyak lagi.
OHANA Specialist Hospital merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 untuk anugerah Hospital Wanita & Kanak-Kanak Pilihan Pa&Ma. Mahu tahu senarai penuh jenama-jenama lain yang turut terpilih tahun ini? Jom tengok di SINI
Perkhidmatan dan kepakaran yang ditawarkan di OHANA Specialist Hospital :
A) Obstetrik dan Ginekologi ( Kehamilan dan kesihatan wanita )
Pemeriksaan antenatal dan postnatal
Imbasan Ultrasound 3D dan 4D.
Imbasan terperinci (detailed scan)
Perkhidmatan bersalin (bersalin biasa dan pembedahan)
Pap Smear (ujian awal mengesan kanser serviks)
Rawatan sakit puan
Pemeriksaan payudara dan imbasan payudara
Pemeriksaan dan Rawatan STD ( Penyakit Venereal )
Pembedahan (elektif dan kecemasan )
B ) Pediatrik (Rawatan perubatan bagi bayi, kanak-kanak dan remaja sehingga 18 tahun)
Jaundis Neonatal, ujian darah
Vaksinasi
Berkhatan bayi dan kanak kanak
Kes kecemasan
Perundingan klinik
Wad kanak-kanak
C ) Pakar Kesuburan ( Fertility Specialist )
Penilaian hormonal
IUI
D ) Pembedahan Am ( General Surgery )
E ) Jabatan A&E 24 Jam
ECG
Pembedahan kecil
Jahitan, imunisasi
Ujian Covid-19
Rawatan luka
Pemeriksaan Pra- Pekerjaan (Health screening)
Pemeriksaan Pelajar
Pemeriksan Kesihatan
Ujian makmal
Nebulizer
X-Ray
F ) Anestesiologi
Epidural
Bagi mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi 03 4131 2039 atau layari laman web www.ohanahospital.com
Alamat: No 9, 11, 13-1&13-2, Jalan Seri Rejang, Rampai Business Park South, 53300 Kuala Lumpur, FB: Hospital Pakar OHANA IG: ohanaspecialisthospital
Tahniah sekali lagi kepada OHANA Specialist Hospital! Teruskan memberi yang terbaik buat papa mama di luar sana. Pa&Ma menghargai OHANA Specialist Hospital sebagai salah satu pilihan jenama kami.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada 5 November 2024 yang lalu, telah berlangsung Watch Party untuk drama pendek vertical bersiri, Tasik Tandus di Padang Pasir bertempat di TGV One Utama Damansara. Apa yang menarik, drama bersiri yang dibawakan oleh Durex ini mengetengahkan isu rumah tangga yang dianggap taboo berkaitan hubungan intim suami isteri. Bukan sekadar hiburan tetapi siri Tasik Tandus di Padang Pasir sebenarnya ingin mendidik masyarakat tentang kepentingan komunikasi dalam rumah tangga.
Barisan pelakon drama pendek ‘vertical’ bersiri Tasik Tandus di Padang Pasir bersama wakil Durex
Turut hadir untuk memeriahkan acara tersebut adalah para pelakon Tasik Tandus di Padang Pasir iaitu Khaled Asharief, Maryam Elma dan Qayra El. Selain tayangan penuh drama bersiri ini, turut diadakan sesi podcast What The Haze (WTH) bersama Hazeman Huzir yang membicangkan topik Penggunaan Kondom & Pelincir Dalam Perkahwinan, Salah Ke?
Hazeman Huzir, Dr. Salleha Khalid dan Pn. Nurul membincangkan topik Penggunaan Kondom & Pelincir Dalam Perkahwinan, Salah Ke?
Bagi menjawab segala persoalan berkaitan topik yang dibincangkan, podcast ini turut menjemput dua panel istimewa iaitu Dr. Salleha Khalid, Pakar Fertiliti & Ginekologi serta Pn. Nurul yang mempunyai masalah kekeringan faraj selepas bersalin.
Banyak Punca Mengapa Pasangan Tidak Ada ‘Rezeki’
Menjawab persoalan mengapa pentingnya pendidikan seksual, Dr. Salleha memberitahu ia sebenarnya dapat membantu sesebuah pasangan untuk lebih memahami cara yang sesuai dan memberi keselesaan kepada suami dan isteri. Menurut Dr. Salleha, beliau pernah mengendalikan sebuah kes di mana ada pasangan yang merujuk kepadanya kerana masih tidak hamil biarpun selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga.
Dr. Salleha Khalid (Pakar Fertiliti & Ginekologi), menjelaskan tentang penggunaan kondom dan pelincir dalam hubungan suami isteri
Mengakui ilmu seksual mereka cetek dan agak konservatif, si isteri memberitahu selama ini selepas membuat hubungan intim baju dan bahagian perutnya akan basah. Setelah diselidik, sebenarnya suami telah ‘melepaskan’ air mani pada pusat isteri kerana mereka keliru bagaimana cara yang tepat untuk si suami ejakulasi.
Selain itu, Dr. Salleha juga berkongsi antara punca lain mengapa sesebuah pasangan itu mempunyai masalah untuk mengandung adalah kerana masalah komunikasi. Kebanyakan isteri lebih rela untuk berdiam diri dan tidak mahu memberitahu perasaan mereka kepada suami apabila berkaitan dengan hubungan kelamin.
“Ramai isteri yang tak mahu bercakap dengan suami mereka kerana tak mahu suami kecil hati atau malu. Itulah punca yang menyebabkan masalah berlaku. Isteri memendam perasaan dan rasa sakit tetapi suami pula fikir yang mereka dah buat yang terbaik ketika melakukan hubungan intim.”
Mengalami Kekeringan Faraj Selepas Bersalin
Menurut Pn. Nurul pula, dia mempunyai masalah kekeringan faraj selepas melahirkan anaknya yang kedua. Pada ketika itu, beliau tidak berbincang tentang situasi ini dengan suami dan hanya menahan sakit ketika melakukan hubungan kelamin.
Pn. Nurul juga pernah mengalami trauma apabila malam tiba kerana memikirkan mungkin akan berlaku hubungan kelamin bersama suami. Malah beliau juga mengelak untuk berada berhampiran dengan suaminya kerana terbayang rasa sakit disebabkan masalah kekeringan faraj.
“Kemudian saya fikir, sampai bila saya nak pendam hal ini. Jadi saya suarakan perasaan pada suami dan bertanya kepadanya jika ada kelainan yang dia rasa ketika ‘bersama’ tapi suami kata semuanya okay. Jadi saya beritahu apa yang saya rasa. Suami menerima baik apa yang saya beritahu dan kami sama-sama mencari solusi terbaik.”
Pn. Nurul berkongsi pengalaman bagaimana beliau dan suami mengatasi masalah komunikasi dalam rumah tangga
Tambah Pn. Nurul lagi, beliau mengalami masalah kekeringan faraj selepas kelahiran secara normal anak keduannya. Ketika itu, beliau turut menyusukan bayinya secara eksklusif yang menjadikan masalah itu semakin teruk.
Berusaha untuk mengatasi masalah yang dialami, Pn. Nurul dan suami mencuba pelbagai cara termasuk penggunaan kondom, pelincir dan berjumpa pakar. Katanya lagi, dia dan suami memilih kondom kerana dapat membantu perancangan keluarga dan sesetengah kondom juga mempunyai pelincir yang dapat membantu hubungan intim yang lebih selesa untuk kedua-dua mereka.
Dr. Salleha juga memberitahu apabila seorang ibu menyusukan bayi secara ekslusif sememangnya berpotensi untuk mengalami masalah kekeringan faraj kerana ia berkaitan dengan hormon.
Apabila paras estrogen menurun, tisu faraj menjadi kering kerana pelinciran yang tidak mencukupi. Selain menopaus, perubahan hormon lain, seperti semasa hamil, menyusu atau fasa tertentu kitaran haid, boleh menyebabkan kekeringan faraj sementara.
Salah Ke Guna Kondom Dan Pelincir?
Menjawab persoalan tentang salah atau tidak penggunaan kondom dan pelincir, Dr. Salleha memberitahu cara ini tidak salah bahkan sangat digalakkan.
“Kita bercakap tentang penggunaan kondom dan pelincir dalam kalangan pasangan yang berkahwin. Tak ada masalah kerana ia tidak memberi kesan kepada si isteri. Penggunaan kaedah lain seperti pil perancang tetap berisiko seandainya ada hari yang isteri terlupa nak makan. Kebarangkalian untuk hamil sangat tinggi, nak gunakan kaedah apa pun yang penting keselesaan isteri sebab kalau apa-apa jadi dia yang kena tanggung (hamil).”
Sesi podcast yang menarik dan memberi ilmu bermanfaat kepada tetamu yang hadir
Bagi Pn. Nurul pula penggunaan kondom dan pelincir untuk suami isteri sebenarnya dapat membantu untuk hubungan yang lebih harmoni kerana ia lebih selesa dan tidak memerlukan kos yang tinggi.
“Selepas mencuba beberapa cara untuk memperbaiki hubungan kelamin kami, saya dan suami memilih kondom kerana ia lebih murah, mudah didapati dan sangat mudah untuk digunakan. Boleh dibawa ke mana-mana. Apa-apa pun, jika tanya pada saya, komunikasi paling penting. Alhamdulillah, selepas kelahiran anak yang ketiga, masalah kekeringan faraj juga semakin kurang.”
Jangan Segan Dapatkan Bantuan Pakar
Mengakhiri sesi podcast, Dr. Salleha menyarankan untuk berjumpa pakar bagi mengenal pasti masalah yang sebenar sebelum menyelesaikannya. Beliau turut meminta supaya tidak mudah percaya dengan pelbagai produk yang tidak diketahui untuk mengatasi masalah yang ada.
“Malangnya rakyat Malaysia ni mudah terpedaya dengan supplement yang konon-konon makan satu ubat boleh sembuhkan semua penyakit. Sebaiknya rujuk masalah kepada pakar untuk tahu masalah sebenar sebelum mencuba untuk menyelesaikannya.”
Pn. Nurul pula meminta semoga setiap pasangan untuk berkomunikasi dan cari penyelesaian terbaik untuk memastikan hubungan suami isteri sentiasa bahagia.
“Apa-apa pun, kena communicate. Kalau ada yang tak kena, cepat-cepat beritahu pasangan. Jangan pendam dan sakit seorang. Kehadiran saya hari ini sebenarnya lebih kepada usaha untuk membuka mata orang ramai tentang kepentingan komunikasi dan mencari solusi untuk masalah yang kita hadapi sebagai suami isteri. Jangan segan untuk dapatkan bantuan daripada pakar.”
Terima kasih kepada penaja, Durex!
Podcast What The Haze (WTH) sudah tiba ke episod terakhir untuk musim pertama dan setinggi-tinggi penghargaan buat penaja iaitu Durex yang menawarkan produk untuk kesihatan hubungan intim yang memberi tumpuan kepada keseronokan bersama antara pasangan tanpa mengabaikan keselamatan. Jadi, jangan risau – dengan Durex, perancangan keluarga jadi lebih mudah!
Tonton video podcast What The Haze di sini:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebiasaannya kita menunggu anak kecil kita sehingga usianya dua tahun atau ketika dia sudah pandai bercakap dan mula bertanya untuk dibawa ke zoo atau melihat haiwan secara dekat.
Semuanya kerana kita tidak mahu anak kecil kita melupakan momen berharganya itu juga ditambah dengan merasakan anak sekecil itu masih kurang faham.
Hakikatnya pemikiran sebegitu perlu dibuang jauh-jauh. Ibu bapa sebenarnya perlu memahami perkembangan kognitif anak dari sudut pandang anak itu sendiri dan bukannya dari pandangan ibu bapa.
Apa yang perlu mak ayah ketahui, anak-anak kecil kita dilahirkan dengan berbillion sel otak yang perlu dirangsang untuk anak berkembang secara optimum. Salah satu daya rangsangan terbaik adalah dengan membawa anak-anak kecil ini keluar dari rumah dan melihat di sekelilingnya.
Salah satu usaha dan cara untuk merangsang perkembangan sel otak ini adalah dengan membawa anak ke zoo atau mana-mana Petting Zoo yang lebih dekat dengan kanak-kanak.
Bagaimana Zoo membantu perkembangan anak kecil?
Kecelaruan bau rangsang neurons
Setiap kali membawa anak pergi zoo, ada macam-macam bau, warna dan tekstur yang anak boleh bau, lihat dan rasa. Anak pada ketika itu mungkin keliru di awalnya dan tidak tahu apa yang sedang alaminya. Kecelaruan pada bau ini termasuklah bau binantang, rumput dan daun hijau serta apa yang disentuh anak seperti kuda berbulu, bulu arnab dan sebagainya dapat merangsang neurons berhubung dan berkembang.
Simpan kemas dalam otak
Malah pengalaman baru itu menerusi apa yang dilihat dan dirasainya memberikan satu pengalaman yang disimpan kemas dalam skema otaknya. Misalnya ketika anak semakin membesar, bila mana dia terlihat gambar seekor kura-kura, anak kecil kita akan mengimbas semula memorinya ketika memegang kura-kura di waktu kecil. Neurons akan sekali lagi berkembang dan berhubung di dalam otaknya. Selalulah merangsang anak dengan visual agar memori ini lekat dalam minda mereka.
Banyak perkataan baru
Anak kecil pada usia dua tahun biasanya akan mengeluarkan banyak perkataan-perkataan baru ketika mereka melihat sendiri secara visual haiwan-haiwan yang selama ini mereka lihat melalui gambar sahaja.
Rangsang anak bercakap
Bukan hanya perkataan baru bahkan ketika merasa teruja ini, anak akan meluahkan dan bercakap sebanyak mungkin. Rangsang deria anak yang satu ini. Bantu dan layankan mereka bercakap dikala mereka berasa teruja.
Anak jadi lebih berani
Diketika inilah keberanian anak kecil boleh jelas kelihatan. Ada yang takut-takut tetapi punya keinginan untuk mencuba memegang haiwan-haiwan comel ini. Bantu anak untuk jadi berani dan lihat sahaja aksi mereka. Yakin diri anak.
Jika anda memilih untuk mengunjungi Petting Zoo, ia adalah pengalaman pertama yang cukup baik buat anak kecil mendekati haiwan ternakan. Salah satu lokasi Petting Zoo wajib yang wajar anda kunjungi pastinya di Farm In The City yang berlokasi di Seri Kembangan, Selangor.
Taman haiwan dan alam semulajadi di tengah kota yang baru sahaja meraikan ulang tahun ke 10 pada Oktober lalu menyenaraikan lebih 140 jenis haiwan unik dari pelbagai negara serta 60 tumbuhan yang hidup segar.
Disini pengunjung bukan hanya berpeluang untuk memberi makan kepada haiwan bahkan menyentuhnya secara dekat dan bergambar bersama haiwan kesayangan.
Berkonsepkan bebas daripada sangkar, taman ini membenarkan kebanyakan haiwan berkeliaran bebas di dalam kandang khas dengan suasana seolah-olah sama dengan persekitaran habitat semula jadi mereka.
Memilih tema ‘Kampung Style’, Farm In The City yang diasaskan oleh pengasasnya Dato’ Allan Phoon, sememangnya sebuah zoo yang unik dan menarik. Ditambah pula, dengan kehadiran haiwan peliharaan unik terbaru seperti Pink Buffalo, Bubu yang merupakan kerbau kecil serta spesis kura-kura kedua terbesar di dunia, Aldabra Tortoise.
Tidak ketinggalan juga Alpaca, Lemur iaitu ‘King Julien’ dari Madagascar dan Marmoset, monyet kedua terkecil yang comel menantikan kedatangan pengunjung. Dengan deretan haiwan unik lagi eksotik, tidak hairanlah Farm In The City telah mencatat nama di dalam “Malaysia Book of Record” sebagai “Most Number of Animal Species In A Petting Zoo”.
Untuk maklumat lanjut, layari www.farminthecity.my serta ikut perkembangan terkini dan promosi di Facebook: FarmInTheCityMalaysia serta Instagram: @FarmInTheCityMalaysia. Atau boleh juga menghubungi di talian +603-89412099 untuk sebarang pertanyaan lanjut.
Berdasarkan nilai-nilai penduduk berbilang kaum dan budaya di Malaysia, Farm In The City (FITC) juga direka untuk menjadi pusat tumpuan pelancongan di negeri ini dengan memberikan gambaran yang mendidik dan menghiburkan tentang gaya hidup kampung atau “kampung” Malaysia, ladang dan dusun buah-buahan dengan tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.
Lebih daripada pameran tontonan, FITC sangat mementingkan pendidikan mengenai kehidupan pelbagai spesis haiwan serta pemuliharaan dan pemeliharaan hidupan liar, menggalakkan pengunjung berinteraksi dengan haiwan dan alam semula jadi dalam persekitaran yang selesa lagi mengujakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.