Pantang tinggal makanan sekejap, cepat je semut hurung. Lebih-lebih lagi makanan atau minuman manis, memang kesukaan semut. Semut di rumah ni ada ketikanya boleh buat kita naik darah.
Sangat jarang kita nampak semut sekor, mesti dengan kaum kerabatnya. Semut kebiasaannya akan masuk ke dalam rumah untuk mencari makanan. Dari sekecil-kecil makanan pun, semut boleh hurung.
Ia cekap mencari dan mengeluarkan makanan yang tertinggal di sekeliling rumah. Jika anda perasan, semut lebih kerap masuk ke dalam rumah pada musim panas. Hal ini kerana, kebanyakan serangga lebih aktif pada bulan yang lebih panas.
Boleh dikatakan ia kadang-kadang masuk ke dalam rumah untuk mencari air dan disebabkan itu anda mungkin akan sering melihat serangga tersebut di bilik mandi atau bahagian lain yang lembap di rumah.
Tidak cuma itu, hujan lebat juga boleh menyebabkan sarang semut ditenggelami air dan memaksa mereka berpindah ke bangunan berdekatan, seperti rumah anda.
Memang risau bila tengok semut banyak, kadang-kadang ia boleh mengganggu kehidupan seharian di rumah.
Bagaimanapun, anda sebenarnya boleh menghalau semut dengan hanya menggunakan dua bahan mudah ini sahaja.
Menurut pengguna TikTok, @Jason_jezi, cara terbaik untuk menghalau semut itu adalah dengan menggunakan cuka dan serbuk sabun.
Ads
Menerusi video itu, Jason mencampurkan satu sudu serbuk sabun dan satu sudu cuka. Selepas itu, masukkan ke dalam botol spray dan sembur pada laluan semut.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa salahnya suami memahami isteri. Kepenatan isteri menguruskan rumah tangga perlu diambil kira. Seorang isteri rasa cukup dihargai bila pasangan memberi peluang untuk berehat. Tak jatuh pun maruah suami jika bantu isteri buat kerja rumah atau jaga anak.
Perkongsian dari seorang suami, Abu Hurairah Asifa ini membuktikan suami kena faham isteri dalam semua aspek. Bukan setakat kita nak jadikan isteri sebagai pengurus rumah tangga tapi lebih dari itu lagi.
Berikut antara perkongsiannya:
Kalau kita mandi, nampak banyak rambut isteri di lantai.
Kalau kita sapu rumah, banyak rambut yang bersibai.
Kalau kita tengok sikat, banyak rambut yang berumbai.
Jangan salah faham, tu bukan rambut makhluk halus atau pontianak harum buah kelibai.
Itu rambut isteri kita.
Sebab apa rambut isteri kita banyak gugur?
Tekanan.
Tekanan di tempat kerja, tekanan dengan anak-anak, tekanan dengan sikap kita. Dan tertekan dengan masalah diri pun ya juga.
Hormon yang tidak stabil.
Ini tugas kita kena bantu dengan cari atau usahakan ubat dan herba. Boleh tanya farmasi atau bawa isteri untuk check up selalu kesihatan dia.
Pengambilan ubat-ubat yang tertentu.
Pengambilan ubat yang melebihi dos juga menyebab rambut isteri kita gugur. Kalau dia selalu pening kepala, biasanya kita hulur sahaja panadol padanya. Mungkin kita sebagai suami boleh legakan dengan merawatnya sendiri. Saya pernah up status tentang cara merawat isteri.
Kekurangan nutrisi akibat daripada diet yang tidak betul.
Kadang, isteri sanggup tak makan sebab nak kurus. Kadang pula isteri kita makan tak kena diet. Makan tu makan ni jadi ada kekurangan yang menyebabkan keguguran rambut.
Produk rambut
Penggunaan produk rambut yang kerap seperti pewarna rambut, penyering rambut dan juga bahan untuk kegunaan meluruskan dan kerintingkan rambut.
Ini saya kongsi adalah berdasarkan apa yang saya faham. Andai salah dan tak betul, komen dan tambahkan saja.
Kita nak semuanya baik kan?
InsyaAllah, bila kita lihat rambut isteri banyak gugur, kita faham bahawa sudah sampai masanya kita menghiburkan dan merawat sendiri isteri kita.
Bukan mudah untuk membawa anak kecil menunaikan umrah. Namun pasangan selebriti ini, Datin Fouziah Gous dan suaminya, Dato’ Md Zafran Md Yusof punya tip mereka sendiri ketika membawa anak mengerjakan umrah pada tahun lepas. Pasangan ini tampil sebagai pengacara program Pa&Ma TV dengan topik Travel Umrah Bersama Si Kecil. Banyak tip yang dikongsikan pasangan ini ketika sesi fotografi berlangsung.
Malah menariknya, pasangan ini juga sempat berkongsi rasa syukur mereka kerana dapat membawa anak-anak menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Semoga tip yang dikongsikan pasangan ini dapat memberi panduan lain kepada ibu bapa.
“Bawa anak pergi menunaikan umrah adalah satu pengalaman paling hebat buat saya. Mulanya suami tak izinkan saya bawa anak-anak kerana dia bimbang akan mengganggu untuk beribadah tapi saya beriya nak bawa anak-anak bersama. Kalau boleh saya nak bawa anak-anak jejakkan kaki ke sana dan nak dia tengok sendiri berada di Tanah Haram.
Saya rujuk pada ustaz untuk lebih meyakinkan kami suami isteri. Anak kedua saya cirit birit semasa di sana tapi kami sama-sama jaga. Masa nak buat ibadah pun kami sama-sama berganti.
Gambar ketika menunaikan umrah pada tahun 2018
Satu hal lagi semasa berada di masjid, saya cuba cari ruang yang selesa buat anak-anak. Jauh sedikit daripada orang ramai tetapi selesa untuk anak-anak bergerak. Bagi saya bila bawa anak taklah susah cuma kena ada kesabaran yang tinggi.
Sepanjang berada di sana saya bawa makanan dan pek siap-siap. Di sana abang makan nasi tetapi adik pula saya pilih yang organik untuk dia dan juga yogurt. Disebabkan dia masih kecil ketika itu, saya banyak bawa puri yang tak perlu dipanaskan sepanjang berada di sana.”
Malah kongsi Dato’ Md Zafran pula, pengalaman bawa anak sedikit berbeza jika dibandingkan dibandingkan dengan pergi menunaikan umrah sendiri.
“Bawa anak taklah sesusah mana, perlu pandai mencari ruang untuk fokus beribadah. Sepanjang berada di sana kami menyewa kerusi roda untuk bergerak kerana stroller tidak dibenarkan. Antara tip yang saya boleh kongsikan adalah dulukan kelengkapan anak-anak.
Rasa nervous juga nak cuba bawak anak pergi umrah tapi dalam masa yang sama rasa teruja. Pengalamannya sangat mencabar dan sebelum pergi harus tambahkan ilmu agar persediaan nak bawak anak terkawal sepanjang berada di sana.
Persediaannya kena cukup, kelengkapan seharian dan makanan juga penting. Walaupun saya dah pernah pergi umrah sebanyak lima kali namun pengalaman bawa anak berlainan sedikit.
Ubat-ubatan wajib di bawa kerana di sana mudah terdedah dengan persekitaran kerana terlalu ramai orang. Penyediaan susu juga kerana beri lebih perhatian supaya anak dibekalkan susu dengan sebaiknya.
Saya juga ambil insurans anak awal-awal lagi, bimbang berlaku pelbagai masalah seperti anak sakit dan sebagainya. Kita tak minta tetapi perlu bersedia”.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bab berikan duit pada isteri ada suami yang masih lagi keliru. Antara nafkah isteri dan duit belanja ramai yang anggap sama. Lagi satu ada juga yang selalu cakap “ambil lah duit ni, abang sedekah..”
Tapi menurut perkongsian Mohd Fhais yang selalu berkongsi ilmu keibubapaan, rupanya tak boleh sedekah kat isteri. Sebaliknya suami kena ubah sebut hibah setiap kali hulurkan duit pada isteri. Ikuti perkongsiannya.
Setiap hari jumaat saya akan bagi duit kat isteri. Tadi pun sama, saya bagi RM50 terus isteri jadi riang.
“Yeah, tak payah g cucuk duit”, kata isteri
Cuma bezanya selalu saya niat sebagai sedekah. Tak boleh sebut sedekah rupanya. Sedekah ni kita tak boleh bagi sesuka hati.
Lebih-lebih lagi..Isteri yang masih ada suami yang berkemampuan tak layak terima sedekah !!
Hanya golongan asnaf boleh terima sedekah. Lagipun tujuan kita bersedekah untuk membantu mereka yang memerlukan. Selain matlamat utama sedekah untuk kumpul pahala.
Jadi hasil kajian yang saya buat. Rupanya duit yang saya selalu bagi isteri ni patut niat sebagai hibah.
Hibah ni adalah pemberian atas dasar kasih sayang bukan untuk kejar pahala.
Makin banyak hibah, makin banyak la kasih sayang kita rasa.
Sama juga kalau ada bagi duit kat anak anak dan mak ayah. Niatkan sebagai hibah. Bab pahala tu Wallahu A’lam, mungkin dapat mungkin tidak tapi yang pasti kasih sayang makin bertambah.
Kasih sayang bertambah, semua orang bahagia. Nak rasa hidup bahagia? Buat la hibah selalu. Makin banyak hibah, makin bahagia la kita rasa.
Duit tak boleh beli kebahagiaan tapi duit boleh buat orang yang kita sayang bahagia.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melangkah masuk ke kediaman mewah ini sudah cukup buat sesiapa teruja. Gabungan dekorasi eksklusif, sentuhan landskap ala resort, dan suasana rumah yang begitu “hidup” menjadikan setiap ruang seolah-olah bercerita tentang gaya hidup si pemiliknya yang penuh warna dan inspirasi.