Untuk membina sebuah mahligai cinta bukanya mudah, berhabis masa, tenaga dan wang. Tetapi untuk mengekalkanya juga bukan perkara yang mudah. Lebih sukar daripada kerja-kerja untuk membinanya.
Kepercayaan, kesetiaan, pengorbanan yang sangat-sangat besar diperlukan demi mempertahankan rumahtangga yang dibina. Kedua-dua pihak harus saling bekerjasama barulah mahligai yang dibina dapat bertahan dan kekal utuh. Banyak dugaan dan cabaran yang harus dihadapi untuk membina sebuah keluarga lebih-lebih lagi kita sebagai umat di akhir zaman.
Bagaimana nak hidup menjadi suami isteri di akhir zaman?
1. Belajar agama.
Maksudnya belajar agama itu belajar mengenal, cinta dan takutkan Tuhan. Mulakan dengan belajar kembali dan betulkan sembahyang kita.
Yang menjarakkan hubungan kita sebagai suami isteri itu, bukan sebab tak faham pasangan kita. Tapi semuanya kerana dosa. Lebih banyak dosa, lebih dan lebih teruk hubungan suami isteri itu sebenarnya.
3. Banyakkan buat baik.
Tak perlu tunggu pasangan buat baik. Tak perlu tanya pasangan saya dah beri, apa awak bagi? Tugas kita sebagai hamba yang memberi. Bukan asyik meminta.
Ads
Semoga Tuhan menjaga kita dari segala keburukan akhir zaman.
Sungguh,
Takut dan ngerinya menjadi suami isteri hari ini. Moga Tuhan terus memegang hati dan menguatkan jiwa untuk hidup dalam rumahtangga.
Sudah kita ketahui akan kebaikan air masak. Ibu ayah harus melatih anak-anak untuk minum air masak dan jadikan ia tabiat. Tidak dinafikan, anak-anak lebih suka minum air manis kerana banyak perisa yang sedap-sedap.
Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh ibu ayah untuk menggalakkan anak-anak minum air masak. Di dalam laman Facebooknya, seorang ayah, Ahmad Luqman Bukhari telah berkongsi caranya melatih anak minum air kosong.
Dia ni payah benar saya nak suruh minum air, doktor. Tiap kali suruh minum air, mesti nak kena sampai berkejar-kejar keliling rumah!
Hihi. Nampak kelakar, tapi inilah antara masalah utama yang mak ayah adukan setiap kali saya berjumpa pesakit kanak-kanak.
Serius, memang mencabar nak mintak mereka ni minum air banyak. Tapi sebenarnya ada teknik yang kalian boleh buat dan ianya sangat berkesan nak selesaikan masalah ni.
Inilah juga yang saya selalu ceritakan pada mak ayah pesakit cilik saya:
1. Beri anak guna cawan yang dia orang paling suka. Kan sekarang ada banyak cawan dengan design kartun-kartun menarik. Mana anak yang minat cawan Upin Ipin, kalian belikan yang tu. Yang minat Frozen, belikanlah cawan yang ada gambar kartun tu.
Dan pastikan cawan tu letak dekat tempat anak-anak mudah capai sendiri. Jangan terkejut bila dia orang ni asyik nak minum air je kerjanya. Haha.
2. Sediakan botol air khusus untuk setiap anak. Ha, ini pun lebih kurang sama macam tips yang pertama tadi.
Carikan botol design nya seperti yang anak kalian minat. Paling bagus masa nak beli tu, bawaklah anak sekali dan suruh dia orang pilih sendiri. Sebelum beli tu, buatlah akujanji untuk dia orang minum air lebih banyak nanti. Hahaha.
Botol air tu penting kegunaannya semasa berada di luar rumah. Tak kiralah bila ke sekolah ke, keluar berjalan-jalan ke, balik kampung ke, isikan air siap-siap dalam botol tu setiap kali nak keluar. Kan jimat, dan tak perlu susah payah cari kedai nak beli air.
Boleh jugak tiap-tiap malam kalian penuhkan botol air dan letak kat bilik anak-anak. Tak perlu berperang suruh minum dah, botol air tu confirm akan kosong sendiri.
3. Sesekali, bagi mereka guna silly straw. Budak-budak memang suka dengan benda ni. Apa yang mereka nampak ialah mainan, tapi dalam masa sama kita dapat galakkan anak minum air dengan guna alat tu.
4. Ajar anak sediakan minuman dan hidangkan sendiri. Alah, anak perempuan kan suka sangat main masak-masak. Anak saya pun sama.
Kalian latih mereka untuk ambil air sendiri dari bekas air, kemudian hidangkan atas meja. Mesti dia orang excited sangat-sangat bila berjaya lakukan sendiri.
5. Dalam peti ais kat rumah tu, kalian sediakan satu bekas ice cube pelbagai bentuk. Nanti jarang-jarang sekali, letakkan ais kiub yang ada bentuk bintang ke, bentuk dolphin ke, bentuk love ke, dalam cawan anak. Memang melompat-lompatlah dia orang, punyalah gembira nak minum air nanti.
6. Buatkan mereka jus buah-buahan. Masa nak siapkan jus tu pula, kalian ajak mereka lakukan bersama. Banyak kebaikan bila kita berikan minuman jus buahan.
Selain ada mineral dan vitamin penting, ia juga kaya dengan serat buahan. Barulah nanti anak-anak bebas daripada masalah sembelit.
7. Akhir sekali, kalian sendiri sebenarnya yang kena berusaha untuk jadi model terbaik untuk anak-anak. Nak anak minum air masak banyak, kalian kena tunjukkan pada mereka yang kalian pun suka minum air masak.
Remember, young children learn by copying you
Kawan-kawan, set dalam minda kita, sebenarnya mudah saja nak latih anak minum air ni. Paling penting, kita timbulkan rasa seronok dalam diri mereka tiap kali nak minta minum air, barulah mereka akan lakukan sendiri dengan senang hati.
Kita pun tak akan lagi susah hati lagi. Hihi.
Semoga bermanfaat!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak kecil kita mungkin tidak pernah merasai erti kesedihan, kepayahan dan kesulitan dalam hidup. Apa yang mereka tahu hanyalah bermain tanpa sebarang masalah. Jauh sekali untuk menangis dan meratapi hingga mengalirkan air mata.
Tapi perkongsian kisah Ustaz Ebit Lew mengenai ibunya yang telah pergi dan pendekatan serta keikhlasan yang ditunjukkannya membuatkan anak-anak di Sekolah Kebangsaan Taman Jana, Perak menangis teresak-esak. Sungguh menyentuh hati. Kita dewasa yang mendengarnya pun terasa sebak.
“Hargai mak ayah dan cintai mereka. Jangan sekali-kali sakiti dan buat air mata mereka mengalir sedih kerana kesalahan kita. Kata Ustaz Ebit Lew menerusi program Prokids yang dilakukannya pada sekolah-sekolah.
Kita kena syukuri nikmat Islam. Abang kakak adik anak-anak saya..kita kena belajar syukuri nikmat Islam, hargai Islam. Allah sayang kita dia beri mak ayah yang baik.
Saya pun sayang mak saya, tapi mak saya dah tak ada, dah meninggal dunia. Saya ada peluang untuk jumpa dia lagi sebab mak saya meninggal dengan Islam. Dia meninggal dengan jaga sembahyang di hujung-hujung usia dia.
Mak saya dah tua, sebelum meninggal dia sakit. Masa umur saya 15 tahun kami semua orang susah, bapak saya bankrap, mak saya kerja kedai makan. Tengah malam baru mak bawak balik nasi goreng pataya. Tengah malam semua lapar, dapat nasi goreng saya terus menangis sebab tak ada makanan nak makan kat rumah.
Sejak itu saya kata saya takkan susahkan mak ayah saya lagi. Sejak umur 15 tahun sampai sekarang saya tak pernah mintak duit kat mak. Dekat sekolah dan asrama kawan-kawan makan sedap, saya tak ada duit, saya teringin saya menangis.Saya doa kat Allah, saya teringin nak makan macam kawan-kawan saya.
Bila dah kerja, gaji pertama saya 700, semua gaji saya bagi kat mak saya. Ada lebih saya makan, tak ada saya tak makan. Setiap hari saya tulis surat pada mak ayah saya. Jangan risau mak kata kita ada Allah. Mak kata tak senang pun tak apa.
Tiga tahun lepas rezeki saya mencurah-curah, saya pergi kawasan pendalaman. Saya tengok anak orang asli hidu gam, saya tekad nak islamkan mereka. Satu hari adik saya call cakap mak saya sakit.
Saya tak pernah terfikir mak akan sakit. Saya batalkan ceramah sebulan lebih nak jaga mak saya tapi mak saya kata saya anak derhaka kalau saya batalkan dakwah saya di situ. Saya menangis bila mak tak bagi saya balik.
Cinta yang paling ikhlas adalah cinta mak ayah pada anak-anaknya. Setiap kali telefon mak saya mintak mak letak pipi kat telefon sebab saya nak cium, mintak letak tangan di telefon supaya saya nak cium. Saya rindu nak cium tangan dia.
Tapi satu hari tengah ceramah, ada orang bagitau ustaz kena ke hospital sekarang. Saya pergi ke hospital masa tu saya teringin nak cium mak saya. Mak saya dah terbaring, penuh wayar penuh di muka. Saya doakan mak saya dipanjangkan umur masa tu.
Lepas saya doa mak saya meninggal. Saya mandikan jenazahnya. Masa saya ambil air sembahyang adik beradik saya beritahu muka mak saya tersenyum. Mak saya bukan ustazah bukan pendakwah, bukan terkenal pun tapi bila dia meninggal mak saya tersenyum. Saya balas senyuman mak saya.
Selamanya ni bukan saya yang susah berdakwah tapi mak saya. Saya dapat apa yang saya dapat ni kerana mak saya. Saya balik saya ambil baju mak saya. Baju tu sampai sekarang saya simpan. Saya rindu mak saya.
Sila hargai mak ayah anda.
Kredit: Uztaz Ebit Lew
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Romantik atau tak, setiap pasangan mempunyai cara masing-masing untuk hargai pasangan. Bak kata orang tua-tua, sikap menghargai pasangan itu bukanlah di awal perkahwinan sahaja, namun harus dikekalkan sampai bila-bila.
Begitulah juga yang dilakukan oleh Dato’ Fazley Yaakob terhadap isteri kesayangannya, Datin Azrene Soraya sejak dari 13 tahun hubungannya bersama isteri.
Menurut Fazley dia menyatakan pemberian hubungan dan caranya hargai pasangan bukanlah perkara baru tapi dah diamalkan sejak belum ada anak lagi pun.
Saya sudah memang terbiasa memberikan jambangan bunga buat isteri @azrene_ahmad juga ibu saya @rsd.umi. Untuk adik sayang, semenjak kami bercinta jarak jauh di London, setiap bulan saya kirimkan bunga buat beliau. Dan sekarang dah kahwin, dan sudah beranak pinak, saya tetap lakukan.
Yang kelakar tu, pemilik kedai bunga selalu bertanya “Kenapa bagi bunga hari ini? Special day ke?” Seringkali saya tersenyum sendiri, saya kata “Istimewanya sebab sebab saya tak pernah untuk hari istimewa untuk kirimkan bunga kerana sepanjang 13 tahun bersama, dia terlalu istimewa di mata saya.
Hari ini saya sendiri yang hantar sejambak bunga di tempat beliau mengadakan training grooming & etiquette nya. Satu pesanan penting arwah Bapak – “Jangan mencari kelemahan pasangan, tetapi raikanlah kelebihan pasangan kita yang telah sedia ada”. Setuju?
Sumbr: Ig Dato’ Fazley Yaakob
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beraya dengan bayi boleh menjadi mencabar jika tiada persediaan. Ikuti tip penting ini supaya mak ayah dapat menikmati raya dengan lebih tenang, selamat dan menyeronokkan.