Kegembiraan bertukar tragedi yang tak disangka-sangka. Begitulah nasib menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, selepas tangannya digigit oleh seekor singa ketika melawat sebuah zoo di Muhafazah Ibb di Yaman.
Tangan kiri terpaksa dipotong
Memetik laporan Gulf News, tangan kiri kanak-kanak ini terpaksa dipotong selepas digigit seekor singa. Mangsa ketika kejadian dipercayai bertindak memasukkan tangannya ke dalam sangkar haiwan tersebut sebelum insiden hitam itu berlaku.
Kredit Gambar: Gulf News
Bapa kepada kanak-kanak ini sewaktu kejadian itu berlaku dikatakan sedang sibuk mengambil gambar anaknya.
Bapa koma terkejut lihat tangan anak digigit
Ads
Apa yang lebih mengejutkan, bapa pula dilaporkan koma selepas melihat tangan anaknya yang digigit sebelum mereka berdua dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.
Kredit Gambar: Gulf News
Mengulas lebih lanjut, penyokong hak asasi manusia mengecam tindakan pihak pengurusan zoo berkenan yang didakwa tidak menghiraukan aspek keselamatan pelawat terutamanya kanak-kanak yang lebih berisiko tinggi.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut akibat dilanggar kenderaan pacuan empat roda ketika bermain skuter di satu kawasan kediaman di bandar raya ini, Jumaat lalu.
Ketua Polis Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku pada 6.30 petang itu dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.
“Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang berusia 32 tahun itu sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”
Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 21 saat memaparkan kanak-kanak berkenaan yang sedang bermain skuter dilihat berhenti di kawasan persimpangan, sebelum sebuah pacuan empat roda berwarna hitam terus merempuhnya.
Kanak-kanak terbabit dipercayai maut di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Rata-rata yang melihat perkongsian video tersebut memberitahu bahawa penjaga mangsa berada berdekatan dengan mangsa dan kelihatan kenderaan tersebut memandu secara laju.
Kanak-kanak terdedah kepada pelbagai bahaya. Mama papa perlu berhati-hati terutamanya di pusat membeli-belah (shopping mall).
Detik cemas yang dihadapi keluarga ini wajar dijadikan teladan kepada semua ibu bapa apabila si kecil mengalami kecederaan pada wajah selepas terlanggar rak pakaian besi di sebuah pusat membeli belah. Saat mencemaskan adalah apabila berlaku pendarahan teruk!
Saad Shahzad, 5 tahun, nyaris kehilangan matanya apabila mukanya tertusuk rak penyangkut apabila terlanggar rak berkenaan ketika membeli belah dengan ibu dan kakaknya.
CANGKUK LOGAM MENEMBUSI SEHINGGA SOKET MATA
Dalam kejadian berkenaan, Saad membongkokkan badannya untuk mengambil pakaian yang jatuh di lantai. Tanpa disedari dia terlanggar penyangkut dan membenam pada cangkuk pakaian logam sehingga ke soket mata ketika. Kejadian yang menyebabkan anak kecik ini meraung kesakitan.
IBU MUNTAH & PENGSAN SELEPAS MENCABUT CANGKUK
Ibu Saad menjerit ketakutan dan cuba menarik muka anaknya dari cangkuk. Apabila cangkuk berjaya dicabut, darah mengalir laju dari luka terbuka. Ibu ini kemudiannya muntah dan pengsan kerana terkejut.
Saad ketika itu kini tidak dapat melihat telah dikejarkan ke hospital di mana dia menjalani pembedahan kecemasan untuk saluran mata yang terkoyak. Anak kecil ini kini semakin pulih dengan baik dan syukurlah kecederaan yang dialami tidak berkekalan.
PENDARAHAN TERUK, MUJUR ANAKKU TIDAK BUTA
Ketika kejadian ini berlaku, bapa Saad, Adnan sedang bekerja. “Terdapat pendarahan teruk, saya ingat dia telah ‘kehilangan’ matanya. Dia amat bersyukur nasib anaknya baik untuk tidak kehilangan matanya, cuma kecederaan sementara sahaja.
Ibu Saad pula mengalami trauma akibat kejadian tersebut. Dia kini masih belum mendapat kekuatan untuk memasuki mana-mana pusat membeli belah. “Saya mahu perkara-perkara ini diambil serius. Jika cangkuk ini berbahaya mengapa kita tidak melakukan sesuatu mengenainya,’ katanya ibu Saad.
Sebagai ibu bapa, kita memang seronok melihat anak masuk fasa aktif – mula belajar duduk, merangkak, berdiri dan berjalan. Tapi ramai tak sedar, pada fasa inilah risiko jatuh dan kecederaan kepala paling tinggi dan boleh menjejaskan perkembangan anak.
Menerusi perkongsian di Threads, Nurul Huda Kay, seorang ibu yang juga juruterapi kanak-kanak, mendedahkan pengalaman kes-kes yang menyayat hati apabila bayi yang awalnya membesar normal tiba-tiba mengalami kemerosotan perkembangan selepas terjatuh.
“Sepanjang pengalaman mengendalikan kes paediatrik special needs, ada beberapa kanak-kanak lahir normal, skor APGAR tinggi, perkembangan pun okay… tetapi selepas jatuh, semuanya berubah,” kongsinya.
Untuk makluman, skor APGAR merujuk kepada penilaian Appearance, Pulse, Grimace, Activity, Respiration – satu sistem yang digunakan doktor dan bidan untuk menilai keadaan fizikal bayi baru lahir pada minit pertama dan kelima selepas kelahiran. Skor tinggi menunjukkan bayi berada dalam keadaan baik, tetapi ia bukan jaminan perkembangan seterusnya kekal normal jika berlaku kecederaan otak.
Nurul Huda turut berkongsi kes seorang kanak-kanak berumur 2 tahun 6 bulan. Sebelum berusia dua tahun, perkembangan anak itu normal – boleh bercakap, ikut arahan dan bermain seperti biasa. Namun selepas terjatuh, kepalanya bengkak walaupun tiada pendarahan dalaman. Anak itu terpaksa warded dua minggu dan kemudian dirujuk ke Occupational Therapy (OT) kerana perkembangan mula merosot.
“Anak ini mula hilang perkataan bermakna, jadi lebih kasar dengan rakan sebaya dan memerlukan bantuan dalam banyak perkara sebelum boleh diterima masuk ke playschool,” ujarnya.
Lebih menyedihkan, ibu kepada kanak-kanak itu terpaksa berhenti kerja untuk memberi fokus kepada terapi anak.
Nurul Huda menasihatkan ibu bapa supaya lebih peka ketika anak berada dalam fasa baru belajar duduk, merangkak, berdiri dan berjalan. Ini kerana kecederaan dalaman seperti gegaran otak mungkin tidak kelihatan pada luaran tetapi boleh memberi kesan jangka panjang pada perkembangan kognitif dan sosial anak.
Kisah-kisah seperti ini bukan untuk menakutkan, tetapi untuk membuka mata kita semua bahawa kemalangan kecil boleh memberi kesan besar. Jika anak menunjukkan perubahan pelik selepas jatuh – seperti hilang kemahiran, jadi pasif, muntah berulang atau sawan – segera bawa berjumpa doktor.
Pa&Ma mengingatkan ibu bapa, fasa aktif adalah masa yang sangat penting dan menyeronokkan, tapi keselamatan anak tetap nombor satu. Dengan pemantauan dan kesedaran yang betul, kita boleh elakkan tragedi yang tak diingini. 💕
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!