Suasana hiba menyelubungi perkarangan Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) apabila seorang bapa rebah dalam tangisan selepas memeluk dan mencium jenazah anak tunggalnya, Chempaka Alara Azizi, sejurus selesai proses bedah siasat pada Isnin.
Chempaka Alara, kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, meninggal dunia dalam satu kemalangan tragis yang berlaku di Kilometer 142 Jalan Keratong–Bahau, Muadzam Shah, pada petang Ahad. Ibunya, Amelia Kartika Mappatata, 32, turut mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di HTAA.
Bapanya, Azizi Abd Karim, yang bekerja sebagai jurulatih renang berkata dia sempat berhubung dengan anak dan isterinya hanya lima minit sebelum kejadian melalui panggilan video.
Ads
“Itu kali terakhir saya lihat wajah ceria Bunga, dia sempat luahkan rindu. Tak sangka itulah perbualan terakhir kami,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui pemberita.
Menurut Azizi, beliau kali terakhir bertemu secara fizikal dengan anaknya pada pagi Khamis, sebelum isteri dan anaknya bertolak ke Melaka untuk menghadiri majlis kenduri rakan. Mereka dijadualkan pulang ke Kuantan pada Ahad, namun takdir berkata sebaliknya.
Ads
“Saya rasa sangat terkilan, saya tak sempat peluk dia sebelum mereka pergi. Masa panggilan video tu, saya cuma sempat kata ‘sabar, ayah nak datang ambil Bunga nanti kita jumpa’,” tambahnya.
Dalam tragedi berkenaan, tiga individu dilaporkan maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda. Mereka ialah pemandu kereta, Aida Asmalia Abu Samah, 46; penumpang, Siti Auni Syafiqa Sheikh Ali, 18; serta Chempaka Alara.
Ads
Tiga lagi penumpang termasuk ibu Chempaka, Amelia Kartika; anak pemandu, Adam Wafiy Muqri Jaslihardi, 14; dan adik kepada Siti Auni Syafiqa, Siti Adawiya Syauqina, 13; mengalami kecederaan dan sedang dirawat di hospital sama.
Menurut laporan, kemalangan berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika mereka dalam perjalanan pulang dari Alor Gajah, Melaka selepas menghadiri satu majlis perkahwinan.
Jenazah Chempaka Alara telah dituntut oleh keluarganya sekitar jam 1 petang selepas selesai proses bedah siasat. Jenazah dibawa ke Masjid Taman Taman untuk dimandi dan dikafankan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Lapan, Jalan Kuantan–Gambang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kasih pada haiwan kesayangannya, seorang wanita mendapat perhatian ramai kerana sanggup menyewa sebuah lori khusus untuk membawa kesemua 100 ekor kucing-kucing kesayangannya untuk berpindah.
Menerusi perkongsian video oleh individu yang merupakan jiran kepada wanita tersebut, dapat dilihat sebanyak 100 ekor kucing menunggu sebelum bersedia untuk menaiki lori.
Difahamkan wanita berkenaan mahu berpindah dari Perak ke Kedah dengan turut menyewa sebuah lori khas untuk kucing-kucingnya.
“Tengok jiran nak pindah. 100 ekor kucing Ipoh ke Kedah.
“Penuh satu lori,” tulisnya menerusi kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen terpegun melihat kegigihan wanita ini yang begitu kasih pada kucing belaannya biarpun terpaksa berpindah jauh.
Wang bukan ukuran bila mana semuanya sudah dianggap seperti keluarga.
Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berdepan detik mencemaskan bersama isteri dan anak-anak bila mana berdepan insiden tembakan di pusat beli-belah Siam Paragon Mall, Bangkok, Thailand, petang semalam.
Menerusi perkongsiannya di Facebook, TMJ menyifatkan ia pengalaman terburuk dalam hidupnya apa lagi melibatkan anak-anak yang ketakutan berdepan detik itu.
Malah menurut perkongsiannya, baginda serta keluarga ketika itu berada di lobi hotel berhampiran pusat beli-belah berkenaan sebelum mendengar orang ramai berteriak dan berlari masuk ke dalam perkarangan hotel tersebut.
“Orang ramai menjerit dan berlari masuk ke dalam hotel dari pusat membeli-belah apabila penembak mula melepaskan tembakan.
“Suasana sangat bising dan terdengar begitu banyak jeritan. Kami semua sedang duduk di lobi hotel waktu itu.
“Kami bawa anak-anak dan keluarga ke tempat yang selamat dan berlari ke ruang bawah tanah bersama pasukan saya, dan fikiran saya tertumpu kepada berapa ramai penembak di luar sana, apa senjata yang mereka gunakan dan apa situasinya,” katanya.
Bercerita mengenai situasi getir itu kata TMJ lagi, dia mula memikirkan jika berdepan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.
Malah kongsinya lagi, baginda dan pasukan keselamatan bertindak sebagai perisai dengan berdiri di hadapan isteri dan anak-anak sebelum bergerak ke tempat yang lebih selamat waktu itu.
“Isteri saya terus peluk anak-anak kami, menundukkan diri dan cuba tenangkan mereka kerana mereka ketakutan dan menangis.
“Ini adalah pengalaman terburuk yang pernah saya lalui. Melindungi nyawa anak-anak saya daripada pembunuh dan dua orang meninggal dunia. Semoga Allah merahmati roh mereka yang tidak berdosa,” kongsinya lagi.
Terdahulu TMJ dan keluarga berada di Bangkok bagi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL). Walaupun terlepas perlawanan itu namun TMJ bersyukur keluarga dan pasukannya terselamat.
Setiap perkembangan bayi adalah unik dan mereka membesar mengikut keupayaan masing-masing. Pada peringkat tumbesaran yang berbeza bayi akan mula melalui beberapa kemahiran motor, fizikal dan perkembangan mental.
Oleh itu, pemilihan lampin yang betul penting mengikut saiz yang tepat serta sesuai dengan perkembangan aktiviti mereka.
Kebanyakan ibu bapa merasakan masalah kebocoran sering berlaku kerana kuasa serapan lampin yang kurang bagus. Sebenarnya, itu bukan masalah utama. Ciri paling penting untuk mencegah kebocoran adalah dengan pemilihan saiz lampin yang betul.
Berikut tahap perkembangan fizikal bayi yang perlu ibu bapa ketahui mengikut usia anak.
Peringkat usia 0-3 bulan
Dalam tempoh ini bayi biasanya tidur lebih dari 12 jam sehari. Dengan kata lain, 70-80 peratus masanya dihabiskan dengan tidur dan hanya banyak berbaring.
Disebabkan dalam tempoh ini pergerakan bayi terhad, pentingnya lampin yang selesa untuk memastikan bayi mendapat tidur yang berkualiti dan mengelakkannya daripada meragam serta memberi keselesaan buat si manja anda.
Antara kriteria pemilihan lampin untuk bayi di usia ini adalah mesti mempunyai perlindungan depan dan belakang untuk mengelakkan kebocoran ketika bayi berbaring pada perut atau belakang.
Lagi satu yang ramai ibu bapa terlepas pandang adalah kesesuaian lampin dengan kulit bayi yang masih lembut dan sensitif. Selain memastikan ia muat dan sesuai, lampin yang halus dan lembut penting supaya kerengsaan kulit boleh dielakkan.
Drypers Drypantz LayDownFIT TM (saiz S) pilihan tepat untuk bayi dalam usia lingkungan ini. Dengan inovasi terbaru lapisan teras penyerap panjang untuk mencegah kebocoran depan dan belakang apabila bayi berbaring atau meniarap, ciri lampin ini juga mempunyai elastik lembut dan penggunaan glu yang lebih kurang berbanding dari saiz yang lebih besar untuk keselesaan kulit bayi.
Peringkat usia 4-8 bulan
Biasanya pada peringkat usia begini, bayi mula belajar mengangkat kepala dalam posisi meniarap dan mula pandai mencari suara ibu apabila dipanggil. Selain itu, bayi juga sudah mula belajar merangkak. Fasa ini anak dalam proses untuk meneroka.
Bagi memastikan bayi di usia ini aktif bergerak, pemakaian lampin yang mempunyai padanan yang baik dengan reka bentuk badan bayi terutama di bahagian pinggang dan kaki secara tak langsung akan memudahkan pergerakan bayi ketika duduk dan merangkak.
Drypers Drypantz CrawlFIT TM (saiz M) direka khusus untuk memberi keselesaan untuk bayi bebas bergerak selain mempunyai ciri yang lembut mendakap paha kaki bayi agar lebih selesa. Menariknya juga rekaan elastik tambahan yang lembut dapat mendakap perut dan menyokong pergerakan bayi ketika merangkak.
Peringkat 9 bulan ke atas
Memandangkan bayi semakin aktif, tumbesarannya juga makin cepat. Dalam usia 8-9 bulan bayi sudah boleh mengangkat tubuhnya ke posisi berdiri. Biasanya si kecil akan memegang kedua-dua tangannya pada meja, kerusi atau perabot rumah atau apa sahaja yang boleh menahan berat badannya.
Jika anda memegang kedua tangannya, dia akan menapak dan mula melangkah. Lama kelamaan, otot-otot kakinya semakin terlatih dan kuat. Si kecil juga kian semangat mencuba kemampuannya berjalan.
Di usia 11 bulan, ia sudah mampu berdiri sendiri dalam waktu sekitar dua saat tanpa bantuan apa pun kerana ia memang sudah pandai menjaga keseimbangan badan. Anak akan mula mencuba untuk melangkah sendiri dua tiga langkah.
Peringkat 12 bulan ke atas
Pada usia 12 bulan, si kecil anda biasanya sudah boleh berjalan walaupun ada ketikanya masih terhuyung-hayang.
Disebabkan perkembangan bayi yang begitu cepat dan perubahan pola pemakanan, semestinya si kecil anda memerlukan lampin yang lebih mesra untuk mereka.
Dalam tempoh ini ibu bapa akan menitikberatkan pemilihan lampin yang boleh menakung kuantiti air kencing yang banyak di samping mempunyai padanan yang baik terutamanya pada bahagian kaki. Ini kerana pergerakan anak semakin aktif dan tak boleh duduk diam.
Pemilihan Drypers Drypantz MoveFIT TM (saiz L-XXL) bertepatan kerana apabila bayi semakin aktif, “Double Leak Guard” ini memastikan lampin muat dan padan dengan reka bentuk badan bayi malah ia sesuai untuk pergerakan bayi aktif seperti berjalan atau berlari.
Liputan menyeluruh untuk penyerapan unggul bagi mencegah kebocoran juga turut diberi penekanan dan yang pastinya mempunyai elastik optimal dan regangan yang muat serta lembut mengikut badan bayi bagi menetapkan posisi lampin ketika waktu aktif atau menampung air kencing yang banyak.
Kering & Selesa Sehingga 10 Jam
Lampin terbaik bukan sahaja fit pada bayi tetapi juga mempunyai kuasa serapan yang bagus. Dengan kombinasi dua ciri tersebut, lampin ini pilihan terbaik buat bayi anda.
Seperti Drypers Drypantz dilengkapi dengan CushionAbsorb+ yang mempunyai 6 lapisan yang gebu dan empuk.
Selain itu, setiap lapisan turut berfungsi untuk menyerap, menyalur dengan sekata dan memerangkap air kencing untuk mengelakkan kebocoran serta memastikan kulit bayi sentiasa kering dan selesa sehingga 10 jam.
Kesimpulannya sangat penting untuk ibu bapa memastikan lampin yang sesuai dan fit untuk anak kecil yang sedang membesar. Ini kerana lampin yang ideal untuk bayi mestilah fit dan mempunyai penyerapan yang bagus dan membolehkan bayi meneroka secara bebas, selesa dan terus membesar menjadi superhero di hati anda!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.