Baru-baru ini selebriti terkenal, Neelofa telah mengadakan live di Instagramnya bersama Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani. Melalui perkongsian ilmu itu, Neelofa bertanyakan apakah amalan terbaik yang boleh dibuat sepanjang ujian COVID-19 yang melanda negara kita.

Secara ringkasnya, Ustaz Ahmad Dusuki menyarankan umat Islam untuk melakukan beberapa perkara ini ketika berada di rumah ketika tempoh PKP:

Hikmah Duduk Rumah Sepanjang PKP, Waktu Terbaik ‘Kutip’ Pahala. Jangan Sia-Siakan

AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN SEPANJANG TEMPOH PKP

*Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW.
*Amalkan zikir-zikir yang diamalkan oleh Nabi.
*Banyakkan baca buku kitab.
*Amalkan bacaan surah Al-Mulk.
*Banyakkan menyebut Bismillahi tawakaltu’Alallah wala haula quwataila billahil aliyil adzim.
*Baca juga Bismillahillazi La Yadurru Maas Mihi Sai Un Fil Ardi Wala Fis Sama’i Wa hu Was Sami Ul Alim.
*Bacaan 3 Qul.
*Tidur dalam keadaan berwuduk.

SEDEKAH

Selain itu, Ustaz Ahmad Dusuki juga sempat bercerita tentang kebaikan bersedekah. Ketika kita memberi sedekah kepada orang yang memerlukan, ia membuatkan kita menjadi lebih dekat dengan Allah SWT. Jangan sesekali berfikir tentang keadaan kita yang ‚tak cukup‘, bagaimana mahu bersedekah?

Tambah Ustaz lagi, sekiranya kita bersedekah, ia sebenarnya membuatkan kita menjadi lebih senang dan sebenarnya tidak rugi jika kita banyak memberi. Ajarkan diri kita untuk selalu memberi kepada orang lain, kerana amalan ini akan memberikan kebaikan kepada kita di akhirat kelak.

IKLAN
KEJIAN ORANG

Abaikan jika kita selalu dikeji orang. Ia tidak memberi kesan kepada kita. Sebenarnya, dengan kejian oranglah, ia akan menaikkan semangat kita untuk menjadi lebih berjaya. Ketika sibuk dengan tuntutan bekerja atau perasaan malas untuk beribadat, jangan sesekali rasa terlewat untuk melakukannya. Ketika ujian COVID-19 ini, ambillah peluang untuk mengubah diri menjadi semakin dekat dengan Allah SWT.

BAGAIMANA MAHU BERMULA?

Buka hati. Buka jiwa dan tanyakan soalan. “Kalau mati malam ni, agak-agak masuk syurga ke neraka aku ni? Banyaknya kelemahan aku yang kena aku ubah.”

Nampak kelemahan kita, betulkan diri dengan ilmu. Dapatkan sahabat yang baik bila sudah dapatkan ilmu.

Sayang tinggalkan solat. Allah SWT bukakan pintu langit untuk kamu. Cari sahabat yang baik, dengan orang-orang yang baik akan bawa kita ke arah kebaikan.

IKLAN

Doa pada Allah SWT. “Tolonglah sayangi aku, seburuk mana pun aku, sekeji, sejahat, sejijik mana pun. Pandanglah aku pandangan rahmat. Jangan pandang dengan pandangan azab.”

Berdoa pada Allah SWT, minta ampun pada Allah SWT. Bila kamu taubat, minta ampun dengan Allah, Allah akan ampunkan kamu.

Bila nak bertaubat, tak pernah terlambat. Taubat nasuha.

Istiqamah. Selawat.

IKLAN

Hikmah Duduk Rumah Sepanjang PKP, Waktu Terbaik ‘Kutip’ Pahala. Jangan Sia-Siakan

Selain itu, Ustaz Ahmad Dasuki juga ada berkongsi tentang cara-cara kita memohon keampunan dari ibu ayah yang sudah meninggal dunia. Sekiranya kita tahu jika ada sesiapa yang pernah mempunyai masalah dengan arwah ibu ayah kita, berjumpalah dengan mereka.

Katakan kita benar-benar mahu meminta maaf untuk pihak ibu ayah dan mahu menyambung silaturahim. Ketika itu terampunlah dosa kita dengan arwah mereka. Perbanyakkan amalan bersedekah di atas nama mereka. Berdoalah pada Allah SWT agar pahala bersedekah ini akan sampai kepada arwah ibu ayah kita. Jika berkesempatan, pergilah menziarah kubur mereka. Jika jauh, berdoalah untuk mereka.

TONTON VIDEO INI:

https://www.youtube.com/watch?v=h5Tp4ftNEk8

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI