Biasanya ibu bapa akan merungut, susahlah nak letak anak dalam carseat. Letak sekejap, dah menangis minta angkat atau nak keluar. Kadang nak bawa kereta tak boleh fokus dengar tangisan anak yang meronta-ronta itu.

Jika anda fikir semula, sampai bila nak mengalah dengan anak? Dari awal kita ajar dan biasakan, lama-lama mereka akan faham. Namun jika cepat ‘kalah’, ibaratnya carseat yang dibeli itu hanya sebagai hiasan sahaja di rumah.

Lagi satu, keselamatan nyawa anak dalam kenderaan juga perlu diambil kira. Mana tahu kejadian tak diingini berlaku semasa perjalanan. Sekurang-kurangnya bila diletakkan dalam carseat, impak kemalangan pada anak boleh dikurangkan.

Bapa Ini Kongsi Tip Anak Duduk Diam Dalam Carseat. Jalan Jauh Pun Tak Merengek!

Berikut perkongsian seorang bapa kepada tiga cahaya mata yang menguruskan anaknya bersendirian setelah pemergian isteri dan bagaimana dia mendisiplinkan anak duduk dalam carseat.

Biasakan sejak bayi

Antara benda yang agak mudah buat aku selepas isteri meninggal adalah drive dengan 3 anak kecil.

Waktu tu anak-anak aku Khaleef 4 tahun, Khaleel 2 tahun dan Khaleed 7 bulan. Kau bayangkan macam mana aku nak drive seorang diri bawa budak kecil bertiga tu. Ada baby lagi.

IKLAN

Namun sebab aku dah aku ajar mereka duduk dalam child carseat tu sejak baby lagi jadi mereka dah biasa dan kuranglah ragamnya.

Pastikan anak kenyang dan selesa

Aku cuma pastikan mereka semua kenyang, ikat elok-elok dan aku boleh drive tanpa masalah. Sesekali ada jugaklah gangguan bila yang bongsu tu menangis. Biasalah baby, nak susu lah, nak kena tukar pampers lah.

Cuma selepas beberapa bulan mommy dia orang meninggal, aku berkira-kira nak balik kampung ke Kedah. 5 jam juga perjalanan tu. Seram weh, macam-maca aku fikir. Tapi aku tawakal dan redah jugak.

Aku pastikan mereka makan semua kenyang, aku standby semua barang macam pampers, susu sebelah driver. Aku, bagi mereka semua pakai baju seluar panjang siap berstokin bagai, ikat depa elok-elok, bagi botol masing-masing, bismillah dan drive.

IKLAN

Alhamdulillah mereka tidur nyenyak. Perjalanan lancar dan selamat tiba di kampung. Paling penting aku dah berusaha bagi mereka selesa dan selamat.

Alhamdulillah, sekarang masing-masing dah 8, 6 dan 4 tahun. Masuk kereta jer semua duduk seat masing-masing. Tak ada nak berebut duduk depan bagai. Tak ada nak ganggu bila aku drive.

Bahaya bila anak melompat ke sana sini bila kita tengah drive ni. Kita usahalah jaga keselamatan anak-anak. Mereka tu amanah yang diberikan kepada kita. Jaga sehabis baik.

Bapa Ini Kongsi Tip Anak Duduk Diam Dalam Carseat. Jalan Jauh Pun Tak Merengek!
Anak bongsu, Khaleed sewaktu berusia 1 tahun 9 bulan.

Kalau anak-anak baru baby tu eloklah start ajar mereka duduk dalam carseat ni. Demi keselamatan anak, keselamatan kita dan juga memudahkan kita sangat-sangat. Jangan  riba anak sambil drive ok.

Child Restaint System (CRS) atau Child Safety Seat atau kita panggil Carseat tu dah murah sangat sekarang ni. Belilah satu sebagai tanda usaha kita dalam menjaga keselamatan anak-anak.

Kredit: Khairul Abdullah
#superdaddy

ARTIKEL BERKAITAN [Buntu Nak Pilih Carseat Terbaik, Ni Faktor Ibu Ayah Kena Pertimbangkan!]

IKLAN

BACA JUGA [Mohon Rebat 50% Carseat Sekarang! 1 April Boleh Semak & Beli Di Kedai Terpilih]

Bapa Ini Kongsi Tip Anak Duduk Diam Dalam Carseat. Jalan Jauh Pun Tak Merengek!

Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI