Setiap kali Hari Raya Aidilfitri, dah sinonim duit raya dengan anak-anak. Pemberian duit raya ini dianggap sebagai berkongsi rezeki untuk ahli keluarga, sanak saudara, anak-anak rakan atau jiran tetangga.
Memandangkan anak-anak yang menerima duit raya ini masih kecil, ibu bapa adalah pemegang amanah yang bertanggungjawab menguruskan duit tersebut. Seandainya terguna, ibu bapa wajib membayar semula dan bukan sesuka hati ambil walaupun anak belum tahu apa-apa.
Oleh itu, ibu bapa perlu pastikan duit raya anak disimpan dengan cara betul demi masa depan anak. Kita tak tahu apa akan terjadi kemudian hari. Sekurang-kurangnya jika ada simpanan sedikit bolehlah digunakan.
Kredit Gambar: Twitter
Seperti perkongsian seorang bapa, Mohd Arizan, dia memberi panduan cara menyimpan duit anak-anak yang betul. Sehingga kini perkongsian itu 15,000 shares.
Menurut Mohd Arizan, dia memilih Tabung Pendidikan SSPN kerana setiap tahun penyata cukai SSPN boleh digunakan untuk cukai.
Audit duit raya anak-anak done. How to be penunggang duit raya anak-anak dengan cara berhemah?
Cara yang sama setiap tahun adalah, masukkan dalam SSPN. Sebab walaupun itu duit anak-anak, setiap tahun penyata cukai SSPN kita boleh gunakan untuk rebat cukai.
So selain duit anak-anak terpelihara dan mereka dapat dividen, kita jugak dapat ‘side income’ ratusan ringgit setahun akibat dari lebihan pulangan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Ads
Sebanyak RM1,800 pelepasan cukai diterima hasil memasukkan duit raya ke dalam akaun SSPN seperti yang dikongsi. Duit lebihan cukai juga boleh digunakan untuk tujuan lain.
3 In 1:
1. Saving anak.
2. Investment anak.
Ads
3. Lebihan cukai ratusan ringgit untuk ibu bapa (Boleh bawa anak-anak melancong dan makan KFC)
Untuk tahun lepas 2021, anak-anak dah ‘bantu’ kami untuk pelepasan cukai sebanyak Rm1800 (Maksimum Rm8000). Terima kasih korang.
So moral of the story, jadilah penunggang duit raya anak secara berhemah, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak selerak.
Update: Nak register SSPN senang je. Buat melalui online. Taip je SSPN PRIME, dia akan keluar link dia untuk register. Hanya beberapa minit dah siap.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak buat perangai? Tantrum? Tak dengar kata? Makin dilarang, makin dibuatnya? Itu normal. Ya, betul wahai Mama Papa. Sekiranya anda sering berhadapan dengan situasi yang menguji kesabaran, itulah kehidupan yang harus anda tempuhi dengan tabah (Percayalah, admin juga begitu.)
Menurut artikel yang pernah dikeluarkan dalam The Wall Street Journal, mengatakan kebanyakan ibu bapa cenderung untuk menjerit kepada anak untuk mendisiplinkan mereka. Jeritan juga sebagai satu tanda melepaskan amarah. Dr. Phil McGraw seorang pakar psikologi turut mengakui konsep itu yang telah diamalkan oleh kebanyakan ibu bapa seluruh dunia. Bahkan dalam sebuah rancangan temubual yang dihadirinya, dia sempat bergurau mengatakan;
Saya fikirkan anak-anak saya pekak sehinggalah mereka berusia lima tahun. Mana tidaknya, kita semua kadang-kadang tu suka menjerit tanpa sebab.
Dalam gurauannya itu, Dr.Phil tetap tegas menerangkan tindakan ibu bapa yang gemar meninggikan suara atau menjerit kepada anak-anak untuk mereka tidak melakukan kesalahan adalah suatu yang salah. Tindakan itu tidak berkesan. “Ia menghentikan komunikasi, itu masalahnya. Sebaik sahaja anda mula menjerit, anak-anak akan terus shutdown.” Jika berdepan dengan anak yang sedang buat perangai, jangan tengking mereka. Rapatkan diri dengan anak dan berbisiklah kepada mereka.
Anak-anak yang selalu dijerkah apabila dihampiri ibu bapa mereka dengan cara berbisik akan terus bertenang dan emosinya akan kembali stabil kerana ia tidak seperti situasi yang sering mereka lalui. Pada ketika ini, mereka akan lebih tenang dan mudah untuk mendengar apa yang cuba ibu bapa mereka ingin katakan. Dalam keadaan ini, mereka sangat-sangat ingin tahu apa sebenarnya yang cuba anda sampaikan.
Tahukah anda, anak-anak yang sering dimarahi dengan jeritan lebih cenderung untuk mengalami masalah sikap, mempunyai simptom depresi dan akan membesar sebagai seorang dewasa yang sukar berpuas hati. Bersetujukah anda jika admin katakan, kita semua tidak anggup melihat anak-anak membesar dengan kesukaran ini kan? Maka, kitalah yang harus mulakan perubahan itu terlebih dahulu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sama ada anda hamil atau sedang melalui proses penyusuan, pastinya anda pernah mendengar beberapa kepercayaan berkaitan ibu menyusu badan. Adakah ia benar atau sekadar mitos?
Adakalanya apa yang dikatakan mungkin boleh mengundang rasa kelakar. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan ada kepercayaan tentang proses penyusuan ini adalah benar. Apa yang benar atau yang mitos? Jom bongkar!
1.Pelbagai rasa
Apa yang ibu makan, itulah juga yang akan dimakan si kecil nanti. Ini bermakna jika anda suka makan sayur bayam, kemungkinan bayi anda juga akan menyukainya, benarkah?
Kepercayaan ini dikatakan benar. Ini kerana seperti ketika mengandung, bayi akan dapat merasa makanan yang dimakan ibunya melalui cecair amniotik (ketuban), maka keadaan yang sama turut berlaku ketika proses penyusuan.
Malahan ada kajian mengatakan ibu menyusu badan dan tidak cerewet dalam soal pemakanan akan turut dapat menjadikan si kecil sebagai kanak-kanak yang tidak memilih makan.
2. Proses penyusuan berpanjangan punca anak lebih manja
Sudah tentu ia adalah perkara yang tidak benar. Mana mungkin anak anda menjadi manja semata-mata kerana susu badan yang diberikan? Malahan tempoh penyusuan adalah hak mutlak dan pilihan ibu.
Anak akan menjadi manja apabila segala kehendak yang tidak berpatutan dipenuhi semata-mata kerana tidak mahu mereka terus menangis atau merengek. Memberikan anak susu badan yang secukupnya adalah 1 kaedah bagi memenuhi keperluan nutrisi untuk perkembangannya.
3. Sentuhan kulit ke kulit tingkatkan bekalan susu
Ia mungkin kedengaran pelik.Tetapi jika ibu menyusu badan dapat mewujudkan hubungan fizikal kulit ke kulit dengan si kecil semasa proses penyusuan, tindakan anda itu boleh meningkatkan penghasilan susu.
Apabila kontak terus kulit ke kulit dilakukan dengan bayi, ia dapat merangsang pelepasan oksitosin (hormon ketenangan, kasih sayang), yang penting untuk penyusuan.
Malahan ia juga dikatakan dapat mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan anak. Benda baik, tidak salah untuk dicuba, bukan?
4. Minum banyak air kekalkan penghasilan susu
Kalau masa berpantang ikut petua orang lama, ibu-ibu tidak digalakkan untuk minum air dengan banyak. Kononnya kerana bimbang akan bentan, buncit atau rahim kembang. Tetapi bagi ibu menyusu badan pula perlu minum air dengan banyak untuk kekalkan penghasilan susu. Eh, masa berpantang tidak menyusukan anak ke?
Kedua-duanya adalah 1 mitos yang tidak tepat. Sudah tentu pengambilan air minuman yang banyak tidak akan meningkatkan penghasilan susu. Tetapi ia bergantung kepada faktor biologi seperti tisu kelenjar mencukupi, tahap normal hormon dan faktor kesihatan. Namun, ibu yang menyusu perlu mengambil air yang secukupnya bagi mengelakkan masalah dehidrasi dalam badan.
5. Kubis atasi masalah bengkak susu?
Eh, biar betul kubis boleh atasi masalah bengkak susu? Ya! Kedengaran seperti mustahil, tetapi petua orang lama ini sangat berkesan untuk mengatasi dan mengurangkan masalah bengkak susu.
Bengkak susu adalah 1 masalah biasa dan paling kerap dialami oleh ibu menyusu badan. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Tetapi bagaimana ia berfungsi? Umumnya, daun kubis yang diletakkan pada payudara akan memberikan kesan kepada cecair interstisial payudara.
Ia tidak memberi kesan pada sel penghasilan susu tetapi sangat membantu dalam mengurangkan pembengkakan payudara. Malahan, daun ajaib ini berguna untuk sebarang masalah bengkak di seluruh bahagian badan, sama ada sakit gigi hinggalah kaki yang terseliuh.
Tetapi bagi ibu yang mengalami masalah bengkak susu, disarankan untuk mengaplikasikan petua ini sekali atau dua kali sehari dan tidak diletakkan secara berterusan.
6. Bersenam buat susu badan masam
Adakah ini alasan untuk ibu yang menyusukan si kecil untuk tidak bersenam? Tetapi masam yang bagaimana, adakah seperti jeruk? Hakikatnya, susu badan anda tidak akan ‘rosak’ atau menjadi masam untuk diberikan kepada bayi selepas anda melakukan senaman.
Sememangnya tahap asid laktik meningkat selepas melakukan aktiviti intensiti, malahan ia akan kekal dalam badan sehingga hampir 90 minit. Keadaan ini yang mungkin menyebabkan rasa susu berubah – sehingga ada yang mengatakan rasanya masam.
Namun jika anda melakukan senaman intensiti ringan atau sederhana, tahap asid laktik tidak akan mengalami peningkatan. Walau apa pun, susu badan yang mengandungi asid laktik masih bernutrisi.
Yang lebih penting, si kecil yang diberikan susu selepas ibu bersenam, tampaknya seperti tidak kisah dengan sedikit perubahan rasa itu. Jadi tiada alasan untuk ibu tidak bersenam!
7. Bawang putih galakkan bayi untuk menyusu
Ada sesetengah bayi yang kurang menyusu badan, pastinya keadaan itu akan membuatkan hati ibu runsing, bukan? Untuk menggalakkan bayi menyusu dengan lebih baik, ada cadangan bagi ibu menyusu badan mengambil makanan berunsurkan bawang putih.
Ada kajian yang menyokong fakta ini dengan mengatakan ibu yang menyusukan bayi selepas 2 jam memakan bawang putih akan membuatkan si manja menyusu dengan lebih kuat dan lebih banyak.
8. Susu jadi masam kerana stres
Ia adalah 1 mitos yang tidak benar. Tekanan dan kemarahan adalah 1 perkara normal yang sukar dielakkan. Ia langsung tidak mempunyai kaitan terhadap perubahan rasa susu.Tekanan yang dirasai hanya mungkin akan menjejaskan penghasilan susu tetapi bukan rasanya.
9. Ibu tak sihat? Jangan menyusu!
1 kepercayaan yang tidak harus diikuti. Malahan, jika anda mempunyai selesema, demam atau sebarang jangkitan virus ringan, teruskan menyusu. Ini kerana susu tersebut dapat memberikan perlindungan kepada bayi dalam melawan kesakitan.
Antibodi yang terkandung di dalamnya membantu meningkatkan sistem imun bayi dalam melawan jangkitan dan penyakit. Namun, pastikan anda sentiasa mencuci tangan, elakkan daripada batuk mahupun bersin berdekatan bayi serta elakkan daripada mencium si kecil dalam masa beberapa hari, okay?
Semak dan kaji dahulu
Bukan semua kepercayaan orang dahulu tidak betul dan salah. Ada sesetengahnya memberikan kebaikan kepada proses penyusuan. Namun sebelum anda mempercayai apa yang dikatakan, sebaiknya lakukan semakan atau bertanyakan kepada pakar terlebih dahulu.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Zahirnya tenang, dalamnya bergelora…” Isteri ni, dia stress ke, dia tension ke, dia sakit hati ke, dia sedih ke, susah kita nak tengok emosi dan perasaan dia pada raut wajahnya. Jarang dia tunjuk selagi dia boleh pendam dan simpan.
Paling tidak pun, dia senyap…paling kurang pun, dia dingin…dia layan tetap layan, tapi tak macam biasa. Bagi yang selalu mendampingi isteri, bagi yang selalu berbual dan bercakap dengan isteri, perubahan sebegini kita dapat rasa. Kita tahu ada something yang tak kena kat dia.
Tapi bagi yang jarang mendekati isteri, bagi yang tidak selalu tumpu perhatian pada isteri, dia takkan perasan sikit pun yang isteri dia tu lain.
Bagi dia, hari-hari biasa pun macam tu la. Dia rasa sama ja, nothing abnormal. Isteri nak ditanya kenapa dia macam tu. Isteri nak suami perasan kenapa dia senyap, kenapa dia dingin, kenapa dia tak macam biasa. Bila kita tanya, dia akan mula bercerita, dia akan mula meluahkan, dia akan mula mengadu.
Pemikiran isteri tak macam suami. Suami ni, semua benda dia anggap kecil, tak ada apa-apa, remeh tapi isteri, dia orang lain. Anak tak lalu makan pun dia dah tension. Masak tak jadi pun dia stress.
Kalau dia simpan semua perasaan ni, kalau dia keep on pendam, maka lama-lama benda ni akan menjejaskan mental dan fizikal dia. Cara nak rawat isteri, nak hilangkan apa yang terbuku di dalam hati dia adalah dengan banyakkan berbual, bersembang, bergurau senda dengan dia.
Kita tahan telinga, dengar dan respon untuk setiap luahan dia. InsyaAllah, keadaan dia akan bertambah baik bila suami jadi pendengar yang setia.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.