Menanti kehadiran cahaya mata memang sesuatu yang menyeronokkan. Tak sabar rasanya nak peluk dan cium si kecil yang dah 9 bulan dalam perut mama kan? Pasti pelbagai persediaan telah disiapkan sebulan lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin.

Menerusi perkongsian Puan Syarifah Nur Maisarah, dia sudah 2 kali mempunyai pengalaman bersalin dan ibu yang bakal bersalin perlu pandai membezakan antara kehendak dan keperluan yang perlu di bawa ke hospital. Tak perlu diangkut semua barang ke hospital, cukup lah membawa keperluan sahaja.

BELAJAR DARI PENGALAMAN.. CHECKLIST BARANG KEPERLUAN BABY DAN IBU SEBELUM KE HOSPITAL

Bila dah dekat2 due ni macam biasalah kene buat persiapan supaya tak kelam kabut nanti. Dulu takde pengalaman sangat, sekarang bila dah lalui 2x pengalaman bersalin, dah tau serba sedikit apa yang perlu dan apa yang kehendak! haha. Ade kemajuan gitu.. Hihihi

Penah waktu anak first bawak barang banyak jugak.. Baju baby semua masuk satu beg x asing untuk hospital dan dalam pantang.. Sbb pikir nanti balik hospital angkut semua jgk balik kampung hihi.. Tapi masih lagi cukup la loker hospital tu nak simpan barang yg dibawa tu hihihi…

Tapi sekarang kita dah pandai bajet.. Sebab dah de pengalaman… Belajaq dari yang seblom2 ni… so Harini saja ja nak kongsi persiapan termasuk lah bag si ibu nak bawak ke hospital, dan barang2 keperluan baby mana tau kot berguna untuk bakal2 ibu di luar sanun tu nanti.

Barang Keperluan Bayi Dan Ibu Untuk Bersalin Tak Perlu Bawa Banyak, Belajar Dari Pengalaman

Tak banyak pon sebenarnya kene bawak.. 1 beg ibu, 1 lagi beg baby beg purple ni barang baby tp nanti ibu masuk kan sekali dalm beg ibu so 2 beg je angkut.. Tak yah bawak banyak2 mcm nak p tido terus kat wad tu hihihi

IKLAN

Barang Keperluan Bayi Dan Ibu Untuk Bersalin Tak Perlu Bawa Banyak, Belajar Dari Pengalaman

Barangan ibu
✔ tuala mandi
✔ kain batik
✔ skirt
✔ tshirt lengan panjang 2 helai
✔ tudung 2 helai
✔ stoking
✔ maternity pad
✔ toiletrities
(ubat gigi, berus gigi, sabun mandi.)
✔ mommy care
( lotion,nivea, sikat )
✔ ssb wajib bawak..

– breast pump (in case nk guna, mommy boleh spare jer)

Barang Keperluan Bayi Dan Ibu Untuk Bersalin Tak Perlu Bawa Banyak, Belajar Dari Pengalaman

Set barangan baby ni kita letak 1 beg senang semua ade dalam tu.. Dan tak besepah2..

IKLAN

Barang Keperluan Bayi Dan Ibu Untuk Bersalin Tak Perlu Bawa Banyak, Belajar Dari Pengalaman

BARANG BAYI

Kali ni siap packing macam ni so senang tak payah nak meraba-raba dalam beg cari baju la, seluar la. Beg plastik ni tak beli pon dapat yg free gift so kita gunakan aje jimat. Nanti boleh refill balik baju-baju yang dah kotor.

✔️Dalam beg plastik ada :
– sepasang baju
– mitten&booties
– hat
– bedung
– barut
✔ pempes
✔ nipkin
✔ wipes tissue
✔ set mandi baby
✔ set balm baby

Barang Keperluan Bayi Dan Ibu Untuk Bersalin Tak Perlu Bawa Banyak, Belajar Dari Pengalaman

IKLAN

✔ powerbank phone
(sebab kat hospital tak leh cas fon)
✔ Buku rekod kehamilan

Lain2 yang penting (tiada dalam gambar)
✔ Kad pengenalan
✔ Kurma dan air zam-zam
✔ Makanan dan minuman
(bawak biskut dan milo 3 in 1 untuk tambah tenaga )
✔ duit secukupnya untuk bayar bill kelua hospital nanti

Sumber: Syarifah Nur Maisarah

n

Barang Keperluan Bayi Dan Ibu Untuk Bersalin Tak Perlu Bawa Banyak, Belajar Dari Pengalaman

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI