Hati ibu mana tak gusar apabila anak tersayang terbaring lemah dan lembik akibat diserang virus.

Terasa seperti ingin menggantikan tempat anak yang hanya terbaring lesu menanggung kesakitan. Anak yang dulu aktif dan ceria kini bertarung nyawa melawan virus yang menyerang dirinya.

Kehidupan anak-anak kecil hari ini sememangnya dikelilingi oleh pelbagai virus yang boleh mengancam nyawa mereka. Justeru tidak hairanlah ibu bapa hari ini sangat menitikberatkan soal penjagaan kesihatan anak.

Bagi selebriti dan usahawan Ika Nabella yang juga ibu kepada seorang anak lelaki, kesihatan anak sentiasa menjadi keutamaan dirinya.

“Baring Je Fighting Rotavirus” Ika Nabella Bersyukur Anak Beransur Sembuh

Perkongsian Ika mengenai keadaan anaknya Muhammad Noah Zayn yang sudah kembali sembuh selepas dimasukkan ke hospital akibat serangan Rotavirus benar-benar melegakan hati.

Noah Beransur Aktif

“Alhamdulillah MashaAllah, selepas empat hari tidak makan apa-apa, lemah lembik, baring je melawan rotavirus, anak lelaki kami yang kuat Muhammad Noah Zayn dah mula makan, bercakap malah berlari-lari. Subhanaallah.

IKLAN

Menurut Ika walaupun Noah masih belum sembuh sepenuhnya kerana masih ada cirit-birit setiap kali lepas makan, walaupun sekadar makan tiga keping papadom tetapi perkembangan selera makan dan perubahan perangainya sangat disyukuri.

“Baring Je Fighting Rotavirus” Ika Nabella Bersyukur Anak Beransur Sembuh

“Saya dah gembira sangat bila pagi tadi dia bersikap normal dengan berkata “good morning Mommy” dan dengan riangnya mengejutkan ayahnya “ayah wake up it’s morning alreaday!” kongsi Ika dalam instagramnya.

Sebagai ibu yang juga bergelar Kaunselor Laktasi bertauliah, Ika turut berkongsi pendapatnya mengenai perbezaan kehidupan kanak-kanak zaman sekarang dan zaman dahulu.

“Post pandemic viruses are real bad kan? Dulu waktu kita kecik, nak demam pun susah sampai kadang-kadang bila malas nak bangun pagi terpaksa berlakon demam buat-buat sakit perut tapi sekarang anak-anak kita macam hidup dalam virus.

IKLAN

Everyday ada je virus outbreak. Influenza la, hfmd la, rotavirus la.Nauzubillah.”

Menurut Ika lagi, anaknya Noah baru sahaja memulakan persekolahan tiga hari, tetapi masuk hari ke-4 si kecil sudah muntah-muntah sampai lembik.

“Jadi macam mana? Sampai bila kita ni was-was nak hantar anak ke sekolah?
Soon or later anak2 kita tetap kena sekolah,” Ika menyuarakan rasa bimbangnya sebagai seorang ibu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ika Nabella (@ikanabella)

 Apakah Rotavirus?

Jangkitan gastroenteritis Rotavirus adalah penyebab utama cirit-birit berlarutan untuk bayi dan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.

IKLAN

Ia menyebabkan hampir 215,000 kematian kanak-kanak bawah 5 tahun di seluruh dunia.
Satu daripada 50 kanak-kanak yang dijangkiti akan dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

Vaksin Rotavirus amat berkesan untuk mengurangkan sehingga 90% risiko jangkitan Rotavirus yang serius.

Jangkitan Rotavirus adalah jangkitan utama yang menyebabkan cirit-birit di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah (risiko tertinggi di bawah 2 tahun).

Untuk lebih banyak info terkini jom klik di sini 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI