Lara Alana anak kepada selebriti dan ikon fesyen, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya sangat lincah dan petah bercakap. Aksinya comel sentiasa menarik perhatian netizen. Baru-baru ini Awal telah menaik muat video Lara sedang berenang.
Video yang dimuat naik mendapat tontonan sebanyak 579, 868 views di instagramnya. Keadaan Lara yang berenang seolah-olah seorang profesional tanpa memakai alat bantuan berenang seperti goggles walaupun usianya baru 4 tahun sangat hebat.
Netizen kagum dengan kehebatan Lara beraksi di dalam air. Mereka turut memuji Lara Alana walaupun masih kecil tapi mampu berenang seperti orang dewasa malah orang dewasa pun masih ada lagi yang tidak tahu berenang.
Wah dalam air boleh bukak mata senyum lagi.. anak2 i sibuk ngn goggle kalau nak swim
Ads
Kagum Lara oii.. Acik tua2 ni xpandai berenang pun.. Hahaha
Siap senyum nak oii
Ads
wahh pandainya Lara berenang, siap boleh senyum lagi
Sebagai seorang ibu, pelakon Ezzaty Abdullah, 31, mengambil pendekatan mengajar sendiri anaknya, Harum Dalia, tiga tahun, selepas memberhentikannya dari pra sekolah pada Jun lalu.
Ezzaty berkata, keputusan itu dibuat selepas anaknya berdepan kesukaran belajar menerusi dalam talian sehingga terpaksa mengajarnya semula sebaik kelas tamat sebelum ini.
“Selepas mendaftarkan Harum di pra sekolah tahun ini, kelasnya perlu dilakukan dalam talian sejak April lalu disebabkan situasi pandemik. Bagaimanapun, dia mengalami kesulitan untuk faham sepenuhnya pengajaran menerusi cara itu.
“Daripada terus membazir bayar yuran, saya nekad untuk berhentikan dia dan ambil alih tugas itu sejak Jun. Bagaimanapun, saya tetap menggunakan silibus pengajaran ikut buku yang diberikan taska itu.
“Tapi saya tak mahu mengajarnya dengan formal sangat. Dalam sehari, saya ajar dia dua kali selama setengah jam dan selainnya berikan dia melihat video menarik yang boleh ajarnya mengeja atau kenal huruf,” katanya.
Menurut pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim itu, dia gembira apabila Harum menunjukkan perkembangan yang sangat baik apabila sudah boleh mengeja namanya sendiri.
“Memandangkan dia masih kecil, saya tak terlalu memaksanya. Saya buat dengan cara lebih santai sebab saya sendiri pun pernah ada pengalaman mengajar kanak-kanak sebelum ini.
“Alhamdulillah, dia sudah boleh mengenal huruf, mengeja namanya, dan nama saya. Tapi nama bapanya belum lagi tapi tidak mengapalah, biar perlahan-lahan asalkan ada peningkatan juga,” katanya.
Ezzaty yang juga isteri pelakon Azwan Kombos turut mendedahkan Harum kepada aktiviti lain termasuk melukis. Menurutnya, dia akan menghantar anaknya itu ke sekolah fizikal bermula tahun hadapan.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak kecil yang mudah marah atau merengek adakalanya boleh menguji tahap kesabaran ibu bapa. Bagaimana untuk mengendalikan amarahnya? Secara tidak sedar, ramai ibu bapa yang kerap melakukan kesalahan dengan sengaja membiarkan, memarahi, menghukum malah ada yang sanggup memukulnya semata-mata mahu si anak diam.
Kemarahan seorang anak kecil berbeza puncanya berbanding kemarahan orang dewasa. Sebagai ibu bapa jadilah penyejuk hati bagi anak-anak yang sedang marah sehingga mereka dapat memahami kesalahannya sendiri dan belajar cara yang betul untuk mengatasi emosi.
Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa untuk membantu meredakan emosi anak-anak yang sedang marah.anak seorang pemarah, anak suka marah, anak mudah marah, anak mudah meradang, anak naik angin, anak kerap marah.
PRIHATIN PERASAAN ANAK
Seorang anak memiliki keinginan yang kuat untuk melakukan sesuatu namun seringkali kemampuan tidak sekuat keinginannya. Kekecewaan diluahkan melalui kemarahan. Faham perasaan si anak, kenali kesukaannya, faham apa yang diinginkan dan tidak diinginkan, waktu tidur dan sebagainya. Jika anda cuba perkenalkan perkara baru kepadanya usah terlalu memaksa.
KOMUNIKASI
Kadangkala apa yang cuba disampaikan oleh anak kepada ibu bapanya ‘tidak sampai’ sehingga menimbulkan kekecewaan pada si anak. Tanda protes ditunjukkan dengan cara marah, merengek, merosakkan sesuatu dan sebagainya. Sentiasa luaskan komunikasi bersama anak. Anggap anak-anak sebagai sahabat dan begitulah sebaliknya.
PELUKAN
Kadangkala kemarahan seorang anak disebabkan kurangnya kasih sayang atau perhatian daripada ibu bapa. Kian membesarnya anak-anak atau kerana jadual semakin padat, interaksi antara anak dan ibu bapa semakin berkurang. Pelukan dan belaian kasih sayang ibu bapa amat diharapkan saat ini. Biasakan memeluk atau mencium anak-anak sebelum ke tempat kerja atau saat mereka sakit.
LARANGAN YANG LOGIK
Kata-kata seperti ‘Jangan’, Tidak boleh’ dan seumpamanya sering membuatkan anak merasa tidak dipercayai atau terbatas pergerakannya. Sebagai ibu bapa ‘wajib’ memberi alasan yang logik kepada anak mengapa kita melarangnya melakukan sesuatu. Contohnya melibatkan hal yang boleh membahayakan dirinya. Jelaskan risiko-risiko jika dia masih berdegil untuk melakukannya.
MENUNJUK TAULADAN
Ibu bapa harus menunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak seperti cara yang betul untuk mengatasi emosi. Ibu bapa yang sering marah-marah atau tidak mampu mengawal emosi akan mudah mempengaruhi sikap anak-anak. Jika anda mula hendak merasa marah berusahalah untuk tidak menunjukkannya di hadapan anak-anak.
SENTIASA TENANG
Jika anak meragam atau marah-marah di tempat umum, sebagai ibu bapa kita haruslah sentiasa berada dalam keadaan tenang serta tidak mudah melatah. Elakkan daripada memarahinya semula atau memukulnya di khalayak ramai. Cara mudah yang boleh dilakukan ialah membawanya ke tempat yang lebih sunyi agar dapat meredakan kembali emosi.
Sumber: ragamanak.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Maksudnya aktiviti yang selarikan gerakan mata dan gerakan tangan atau kaki. Permainan tuju kasut, galah panjang adalah antara contoh permainan dulu yang aktifkan otak yang libatkan eye and hand coordination.
Apabila kita memandu, kita gunakan kemahiran eye and coordination untuk memandu. Anggaran jarak, ruang dan sebagainya yang libatkan spatial ability akan lebih baik pada anak yang dibiasakan dengan aktiviti sebegini.
Banyakkan Aktiviti Fizikal
Biarkan mereka berlari, melompat atau gunakan tangan untuk manipulasi objek. Main pasir dan bina bangunan dari pasir adalah antara contohnya.
Aktiviti sebegini akan sebabkan 4 neurohormon penting keluar iaitu serotonin, dopamin, endorfin dan norepinephrine. Kesemuanya penting untuk belajar. Norepinephrine membantu anak jadi lebih alert, kuatkan memori serta tingkatkan konsentrasi.
Apabila norepinephrine stabil anak mudah menjawab soalan, mudah ingat apa yang dipelajari atau lalui.
Minta mereka terangkan apa yang mereka mainkan. Soal mereka dengan soalan yang spesifik.
Contohnya ialah “Amin buat apa dengan 5 getah di tangan tu”
bukannya
“Amin buat apa tu?”
Di negara antara aktiviti yang dilakukan di sekolah ialah Show and Tell. Pelajar bawa sesuatu dari rumah dan terangkan kepada rakan lain di dalam kelas.
Di rumah ibubapa boleh lakukan perkara yang sama. Jadikan aktiviti ini sebagai rutin mingguan. Mulakan dengan ibubapa dahulu. Perkara penting yang perlu difahami anak buat apa yang ibubapa buat.
Apabila bawa anak ke kedai atau di dapur, buat aktiviti libatkan pengiraan. Tunjukkan ada berapa bawang contohnya. Buat kiraan bersama sama.
Kemudian minta anak buat kiraan sendiri. Boleh lakukan aktiviti campur dan tolak. Ini akan meransang sel otak libatkan pengiraan.
Semasa di dapur, lakukan aktiviti menghidu bau rempah, buah, sayur dan masakan sihat. Teknik ini akan merangsang olfactory cortex anak -pusat yang uruskan bau.
Dalam konteks psikologi, pendedahan awal begini akan sebabkan anak mudah terima dan selesa dengan makanan yang dimasak guna rempah ratus ini, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Apabila makanan sihat, buah atau sayuran dihidangkan mereka lebih mudah untuk makan. Ini dinamakan cognitive and behavioural priming.
Jadikan ruang ketika memandu sebagai ruang pembelajaran. Buat kuiz atau main permainan tertentu semasa dalam perjalanan dari satu tempat ke tempat lain.
Contohnya sekiranya kita mahu merangsang kebolehan anak menggunakan perkataan, menjadi kreatif dan aktifkan sembilan bahagian di otak, lakukan aktiviti storytelling. Caranya, kita mulakan cerita dahulu.
Jadi, dalam kita bermain bersama anak-anak, kita selitkan sedikit pembelajaran berasaskan lima perkara mudah ni buat anak-anak kita. Biarkan otaknya terangsang dan berfikir. Mudah!
Kredit: Dr Rizal Abu Bakar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.