Kasut ‘squeaky’ memang nampak comel bila anak pakai tapi ganggu proses belajar berjalan. Kasut ‘squeaky’ atau kasut berbunyi sering kali menjadi pilihan ibu bapa kerana bunyinya yang comel dan menghiburkan.
Kasut ‘Squeaky’ Memang Nampak Comel Bila Anak Pakai Tapi Ganggu Proses Belajar Berjalan
Setiap kali anak melangkah, kasut ini akan mengeluarkan bunyi yang menarik perhatian. Di sebalik kecomelannya, kasut ‘squeaky’ sebenarnya boleh memberikan kesan negatif terhadap proses pembelajaran berjalan semula jadi anak.
Menurut Public Health Malaysia kasut berbunyi ini boleh mengganggu proses pembelajaran berjalan semula jadi anak. Ini kerana mereka mungkin terlalu tertumpu kepada bunyi yang dihasilkan daripada langkah mereka.
Mungkin anda rasa ia comel dan kanak kanak sukakannya, namun ia bukan pilihan yang terbaik untuk dipakai secara harian.
Kasut berbunyi boleh mengganggu proses pembelajaran berjalan semula jadi anak kerana mereka mungkin terlalu tertumpu kepada bunyi yang dihasilkan daripada langkah mereka.
Dari segi keselamatan, bunyi squeaky boleh mengganggu perhatian kanak-kanak, menyebabkan mereka kurang fokus terhadap persekitaran mereka.
Kasut ini juga menyebabkan anak-anak mengubah cara berjalan mereka untuk terus mendengar bunyi, yang boleh menjejaskan postur
Paling penting, kasut ini sebenarnya sangat menggangu ketenteraman orang lain terutama di tempat awam seperti hospital, klinik dan pejabat.
Ads
Dari segi kebaikan, kasut jenis ini memberi motivasi untuk kanak kanak belajar berjalan. Ia membantu ibu bapa untuk peka kepada pergerakan anak dan beri keseronokan pada anak.
Mungkin lebih baik, kasut ini hanya di pakai di persekitaran rumah dengan pengawasan ibu bapa, bukan untuk kegunaan harian dan di tempat awam.
Alternatif Kasut untuk Anak Kecil
Sebagai alternatif, ibu bapa boleh memilih kasut yang lembut, fleksibel, dan tanpa bunyi untuk anak kecil yang sedang belajar berjalan. Kasut yang sesuai untuk belajar berjalan sepatutnya memberi sokongan yang baik tanpa menghalang pergerakan semula jadi kaki.
Kasut dengan tapak yang nipis dan lembut juga membantu anak merasakan permukaan lantai dengan lebih baik, yang penting untuk keseimbangan dan koordinasi.
Ads
Kesimpulannya walaupun kasut ‘squeaky’ mungkin kelihatan comel dan menyeronokkan, ibu bapa perlu berhati-hati dengan kesan jangka panjang yang mungkin dihadapi oleh anak-anak mereka.
Pembelajaran berjalan adalah proses penting dalam perkembangan motor kasar anak, dan adalah penting untuk memberikan mereka persekitaran dan alat yang terbaik untuk menyokong proses ini.
Memilih kasut yang sesuai tanpa gangguan bunyi adalah langkah yang bijak untuk memastikan anak-anak dapat belajar berjalan dengan betul dan semula jadi.
Atas dasar sifat saling hormat menghormati, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek hari ini memaklumkan kantin di semua sekolah kekal beroperasi seperti biasa sepanjang bulan Ramadan.
Ini bagi membolehkan pelajar bukan beragama Islam mendapatkan makanan ketika waktu rehat tanpa perlu bersusah payah.
Jelasnya, prosedur ini penting dalam menimbulkan sifat saling menghormati antara satu sama lain termasuk memahamkan pelajar berkenaan mengenai ibadah yang dijalani murid beragama Islam.
“Saya ulangi, kantin mesti dibuka serta ada pendidikan berkaitan kesedaran dan hormat antara satu sama lain, khususnya bagi sekolah yang mempunyai murid bukan beragama Islam.
“Ramai guru mempunyai pengalaman untuk menguruskan sebarang isu jadi proses pendidikan untuk memahamkan dan menghormati sangat penting ketika Ramadan,” ujarnya.
Beliau yang ditemui ketika sidang akhbar selepas melawat Sekolah Kebangsaan Saujana Putra sempena pembukaan sesi akademik 2014/2025 di sini, pada hari ini turut berkongsi mengenai kepadatan pelajar terutama pelajar Tahun Satu.
Sehubungan itu, Fadhlina memberitahu, pihaknya bakal memastikan tiada kesesakan yang keterlaluan berlaku di sekolah yang dikenalpasti.
“Kemasukan murid darjah satu tinggi dan ini menunjukkan komitmen KPM untuk memastikan anak-anak berada dalam sekolah, tercapai,” katanya lagi.
Tidak dinafikan apabila si manja merangkak & bertatih, dia makin aktif bergerak & semakin ‘buas’. Dah banyak akal! Akibatnya kerap jatuh & terhantuk kepala.
Bayi yang mula merangkak dan menyusur akan mendapat ‘lesen’ untuk menerokai ruang. Koordinasi tangan dan kaki serta anggota tubuh mereka juga semakin baik. Begitu juga dengan bayi yang mula ‘dapat kaki’ atau bertatih, kerap terjatuh dan terhantuk memang selalu terjadi proses ini.
ADAT BAYI BUAS, SELALU JATUH & TERHANTUK
Ramai mama dan papa yang mengadu bayi yang sedang belajar untuk bertatih dan kerap memanjat dan disebabkan hal ini bayi kerap kali terjatuh. Aktif merangkak dan menyusur (cruising) sehingga badannya semakin mengecil kerana terlalu aktif atau ‘buas’.
Hal ini merunsingkan ibu bapa kerana bimbang jika perkembangannya terganggu. Bagaimana caranya untuk tahu sekiranya bayi mengalami cedera teruk akibat jatuh selain pendarahan pada luaran dan kesan bengkak?
LUMPS AND BUMPS
Lumps and Bumps adalah sesautu yang biasa dalam peringkat kanak-kanak yang mula mendapat kebolehan bergerak sendiri. Lazimnya ini tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan kepada mereka. Ia adalah satu fenomena yang biasa dalam proses pembesaran kanak-kanak.
Kulit kepala kaya dengan saluran saluran darah dengan itu luka kecil boleh menghasilkann pendarahan yang banyak. Bengkak dan lebam berlaku jika saluran darah itu mengeluarkan cecair dam berlaku pendarahan dibawah kulit. Ini mungkin mengambil beberapa hari atau minggu untuk hilang sepenuhnya.
7 TANDA BAYI/KANAK-KANAK PERLU RAWATAN SEGERA
Sekiranya bayi terjatuh atau terhantuk tetapi tidak teruk, pantau mereka dalam masa 24 jam. Namun jika berlaku tanda-tanda seperti berikut berlaku dalam masa masa 24 jam, mama dan papa perlu segera membawa bayi mendapatkan rawatan kerana ia mungkin petanda masalah kecederaan dalaman atau luaran.
Nasihat dan rawatan perubatan amat diperlukan dalam keadaan cemas ini.
Pengsan walaupun seketika
Menangis dan tidak berhenti
Berkelakuan tidak selesa
Sukar dipujuk
Muntah berulang kali
Tidur dan tidak mudah dikejutkan
Tidak berkelakuan seperti biasa
Selain daripada pemerhatian dan pemantauan, mustahak bagi mama dan papa percaya kepada naluri sendiri. Jika rasa kurang yakin dan tidak tenteram, segera bawa bayi mendapatkan rawatan doktor.
Selepas melalui detik duka ketika keguguran beberapa bulan yang lalu, pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad berkongsi khabar gembira kini hamil anak kedua.
Menerusi Instagramnya, Uyaina berkongsi cerita kehamilannya keduanya sebagai penutup tirai 2023.
Uyaina yang kini sudah pun berada di trimester kedua kehamilannya meluah rasa syukur malah cukup teruja untuk menyambut bayi keduanya pada tahun baru.
“Salam semua. Kami ada berita gembira untuk dikongsikan. Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah, kami bakal menyambut kelahiran anak kedua.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Seorang kanak-kanak lelaki mencuri tumpuan ramai kerana keberaniannya membuat aduan mengenai masalah tandas rosak di sekolahnya kepada PMX Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.