Baru sahaja melahirkan anak keduanya lima bulan yang lalu, aksi berani dan lasak penyanyi Ayda Jebat menerusi persembahan untuk sebuah program nyanyian menarik perhatian ramai.
Tambah membuatkan wargamaya risau bila mana Ayda melahirkan cahaya mata keduanya itu menerusi kaedah pembedahan.
Malah ada wargamaya yang menganggap aksi stunt yang dilakukan Ayda agak berbahaya buat wanita yang baru sahaja melahirkan secara pembedahan atau caesarean.
“Dah la baru 5 bulan beranak czer ni. Harap-harap tak terceduk macam nila malam ni. Bismillah. Doakan tau,” tulis Ayda menerusi satu entri kapsyennya baru-baru ini.
Enggan membuatkan wargamaya terus bimbang dan begitu prihatin dengan dirinya, Ayda terlebih dahulu mendapatkan pandangan dan nasihat dari doktornya.
Ads
“Doktor sudah beritahu senaman apa yang perlu dibuat sebelum saya buat stunt tu.
“Kadang-kadang adalah rasa sakit di bahagian perut, kalau nak ikutkan yang paling hardest persembahan saya untuk minggu kedua ni, ketika saya nak masuk ke pentas dan diangkat oleh gorilla tu.
“Adalah saya nak buat tapi tak boleh kerana ada batasannya dan saya juga baru lepas czer kan, belum baik sepenuhnya.
Ads
“Apa-apa pun saya dah dapatkan nasihat daripada doktor,” katanya berkongsi.
Air ketuban adalah ‘pelindung semula jadi’ untuk bayi dalam kandungan. Ia bukan sahaja menjaga bayi daripada kecederaan, malah memastikan persekitaran bayi kekal steril dan sihat.
Namun, apabila air ketuban pecah sebelum tanda-tanda bersalin bermula, keadaan ini dikenali sebagai Premature Rupture of Membranes (PROM) — dan ia boleh membawa risiko kepada ibu dan bayi jika tidak ditangani dengan cepat.
Apa Itu PROM?
PROM berlaku apabila kantung air ketuban pecah sebelum proses kelahiran bermula, biasanya sebelum ibu mengalami kontraksi atau bukaan serviks yang aktif. Air yang keluar mungkin mengalir perlahan atau memancut keluar, bergantung kepada lokasi dan saiz kebocoran.
Menurut pakar, PROM biasanya terjadi selepas 37 minggu kehamilan, namun sekiranya berlaku sebelum 37 minggu, ia dikenali sebagai Preterm PROM (PPROM) — yang lebih membimbangkan kerana melibatkan risiko kelahiran pramatang.
Punca air ketuban pecah awal?
Beberapa faktor risiko yang boleh menyebabkan PROM ialah:
* Jangkitan pada faraj, rahim, atau saluran kencing
* Tekanan mekanikal (contohnya rahim terlalu besar akibat kandungan kembar atau air ketuban berlebihan)
* Sejarah pernah alami PROM dalam kehamilan terdahulu
* Merokok atau pendedahan kepada bahan toksik
* Pembedahan atau prosedur invasif sebelum ini
* Trauma fizikal seperti terjatuh atau hentakan di bahagian abdomen
Apabila air ketuban pecah terlalu awal dan dibiarkan tanpa rawatan, ia membuka peluang kepada pelbagai komplikasi serius. Berikut adalah antara risiko utama:
1. Jangkitan pada rahim (Chorioamnionitis)
Chorioamnionitis berlaku apabila bakteria daripada faraj atau serviks naik ke rahim dan menyebabkan jangkitan pada kantung amnion (air ketuban) dan plasenta.
Ini adalah komplikasi yang sangat berbahaya, kerana ia bukan sahaja boleh menyebabkan demam tinggi, denyutan jantung bayi laju, dan sakit perut pada ibu, malah boleh mempengaruhi kesihatan bayi secara langsung.
Kesan serius:
* Risiko kelahiran pra-matang
* Bayi mengalami sepsis (jangkitan darah)
2. Jangkitan pada bayi semasa atau selepas kelahiran
Apabila perlindungan semula jadi (air ketuban) sudah pecah, bayi terdedah kepada bakteria dari luar rahim. Ini boleh menyebabkan jangkitan serius seperti sepsis neonatal atau radang paru-paru (pneumonia) selepas lahir.
Kesan serius:
* Bayi memerlukan rawatan rapi di NICU
* Meningkatkan risiko masalah kesihatan jangka panjang
3. Kelahiran pramatang jika bayi lahir sebelum matang
PROM meningkatkan risiko kelahiran sebelum 37 minggu kehamilan. Bayi pramatang sering mengalami pelbagai cabaran kesihatan kerana organ dalaman, terutamanya paru-paru, masih belum berkembang sepenuhnya.
Kesan serius:
* Masalah pernafasan (Respiratory Distress Syndrome)
* Berat badan lahir rendah (Low Birth Weight)
*Risiko jangkitan yang lebih tinggi
4. Masalah tali pusat seperti tali pusat terjatuh keluar terlebih Ddhulu (Cord Prolapse)
Cord prolapse berlaku apabila tali pusat bayi keluar melalui faraj sebelum bayi sempat lahir. Ini adalah keadaan kecemasan kerana tali pusat boleh terhimpit, menyebabkan bekalan oksigen kepada bayi terganggu.
Kesan serius:
* Bayi boleh mengalami hipoksia (kekurangan oksigen)
* Risiko kerosakan otak kekal jika tidak ditangani segera
5. Komplikasi pernafasan pada bayi baru lahir akibat paru-paru belum cukup matang
Sekiranya bayi lahir terlalu awal selepas PROM, paru-parunya mungkin belum matang sepenuhnya. Ini menyebabkan bayi sukar bernafas dengan sendiri dan memerlukan bantuan ventilator.
Kesan serius:
* Risiko komplikasi jangka panjang seperti Bronchopulmonary Dysplasia (masalah paru-paru kronik)
* Masa rawatan di NICU yang lebih lama
* Risiko kesukaran perkembangan fizikal di masa depan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sakit bersalin tidak dapat digambarkan. Kontraksi dan kesakitan berjam-jam lamanya. Instafamous Hafiz Mahamad berkongsi detik bersalin isteri, Syafiqah Aina.
6 jam bertarung kesakitan, sebagai suami Hafiz menyaksikan semua yang terjadi semasa proses kelahiran puteri sulung mereka, Raisya Arisa.
Kata Hafiz menerusi Instagram, kulitnya terdapat banyak kesan calar akibat digigit isteri. Dia bagaimana pun berpuas hati kerana berpeluang menemani Syafiqah dari awal hingga selesai proses kelahiran.
Lebih menyentuh hati, lelaki ini turut berkongsi pengalaman yang dilaluinya semasa proses bersalin anak sulung ini menyebabkan dia akan terus setia. Hafiz mengakui saat menemani isteri, dia seolah-olah membayangkan kesakitan yang dilalui Syafiqah.
Syafiqah Aina juga turut mengemaskini Instagram dan memuatnaik foto bayinya. Dalam kapsyen dia turut menyatakan terima kasih buat Hafiz yang sentiasa ada disisi sepanjang proses kelahiran.
Episiotomi adalah pemotongan yang dilakukan ketika proses kelahiran normal dan akan dijahit. Tetapi bagaimana jika jahitan bersalin terbuka?
Adakah ia berbahaya?
Prosedur episiotomi
Istilah episiotomi merujuk kepada pemotongan yang dilakukan pada bahagian pembukaan faraj untuk mempercepatkan atau mengelak mahupun mengurangkan risiko pengoyakan berlebihan.
Ia adalah 1 prosedur biasa dalam bidang kebidanan moden pada masa kini.
Ia bukan 1 proses rutin, tetapi hanya dibuat apabila berdepan keadaan tertentu dan dilakukan oleh doktor yang mahir.
Antara sebab prosedur episiotomi dilaksanakan:
-Proses kelahiran yang berpanjangan
-Ketegangan pada janin
-Kelahiran faraj memerlukan bantuan menggunakan forsep atau vakum
-Bayi dalam posisi songsang
-Kelahiran bayi kembar atau berganda
-Bayi bersaiz besar
-Kedudukan kepala bayi yang tidak normal
-Ibu mempunyai sejarah pembedahan pelvis
Selepas prosedur episiotomi, proses jahitan dilakukan bagi memulihkan dan mencantumkan semula bahagian tersebut.
Namun adakalanya, tekanan pada jahitan atau jangkitan pada sekitar bahagian faraj boleh mengakibatkan jahitan bersalin terbuka.
Adakah keadaan ini berbahaya? Apa yang perlu dilakukan?
Sudah sakit akibat proses kelahiran dan episiotomi, jadi bagaimana untuk mengetahui jika jahitan tersebut mungkin terbuka?
Sekiranya keadaan ini berlaku, rasa sakit yang anda alami akan meningkat.
Terdapat juga risiko untuk berlakunya pendarahan baharu atau wujud cecair seperti nanah. Anda juga mungkin akan berasa tidak sihat.
Terdapat sesetengah wanita yang berdepan masalah jahitan bersalin terbuka akan menyedari terdapat benang yang terkeluar atau melihat sendiri jahitan yang terbuka.
Jika keadaan ini berlaku kepada anda dan wujud kebimbangan dalam diri, anda boleh melakukan pemeriksaan dengan doktor.
Mereka boleh memeriksa keadaan jahitan episiotomi dan melihat jika terdapat tanda jangkitan.
Kebanyakan wanita yang mengalami masalah ini akan diberikan ubat antibiotik dan disarankan mengambil ubat tahan sakit seperti ibuprofen kerana ia selamat untuk ibu yang menyusu badan.
Sekiranya masalah yang berlaku disebabkan jangkitan dan membuatkan ibu tidak sihat, anda mungkin perlu dimasukkan ke wad untuk diberikan antibiotik intravena (melalui saluran darah).
Perlukah dijahit semula?
Jika terdapat jangkitan, luka bersalin tersebut tidak akan dijahit semula.
Ia boleh memerangkap jangkitan di dalamnya dan keadaan ini akan mengakibatkan tisu tidak akan bercantum dengan baik.
Manakala jika keadaan sebaliknya, sama ada tiada jangkitan atau jangkitan sudah dirawat, luka akibat episiotomi mungkin akan dijahit semula.
Anda akan diberikan nasihat oleh doktor bagi membuat pilihan terbaik.
Bolehkah jahitan bersalin terbuka sembuh?
Proses penghasilan tisu baru akan berlaku setiap hari dan keadaan ini akan mengisi jurang jahitan tersebut.
Walau bagaimanapun, tempoh untuk jahitan tersebut pulih adalah berbeza bagi setiap wanita dan ia bergantung kepada beberapa faktor seperti:
-Kedudukan luka tersebut
-Kedalaman bukaan episiotomi
-Tempoh jangkitan sudah berlaku
-Keadaan tisu baru mungkin akan tampak kemerahan dan berdarah sedikit.
Selalunya apabila luka sembuh, akan terdapat bekas luka sementara dan ia akan pudar seperti parut kulit yang lain.
Luka bersalin yang dijahit semula mungkin akan sembuh dengan lebih cepat tetapi wujud risiko kecil untuk dijangkiti kembali.
Menyembuhkan luka jahitan bersalin
Sama seperti luka biasa pada mana-mana bahagian badan, jahitan bersalin terbuka juga memerlukan penjagaan rapi untuk memastikan ia sembuh dengan segera.
Ini tip penjagaan luka bersalin:
-Pastikan bahagian sekitar faraj sentiasa dalam keadaan bersih dan kering.
-Cuci dan basuh bahagian tersebut dengan menggunakan air sahaja.
-Elakkan daripada mengelap atau menggosokkan bahagian tersebut dengan tuala.
-Sebaiknya biarkan ia kering secara semula jadi.
-Usah gunakan sebarang sabun mandian, meletakkan minyak atau krim pada luka jahitan itu.
-Pastikan anda menukar tuala wanita dengan kerap.
-Jika pendarahan selepas bersalin sudah berhenti, anda digalakkan untuk tidak memakai pakaian dalam pada waktu malam bagi memberikan pengudaraan.
Kesan jahitan bersalin terbuka
Biasanya individu yang mengalami situasi ini tidak berdepan sebarang masalah selepas luka ini dirawat dan sembuh.
Malahan, tidak ada risiko untuk jahitan kembali terbuka disebabkan senaman atau seks.
Namun, jika anda berdepan sebarang masalah atau mempunyai kebimbangan, dapatkan rundingan dan pemeriksaan daripada doktor.
Penjagaan jahitan bersalin
Aspek penjagaan jahitan bersalin bermula sebaik sahaja anda selesai menjalani proses bersalin.
Ia melibatkan perihal penjagaan luka dan pengurusan kesakitan.
Dalam tempoh 12 jam pertama selepas bersalin, penggunaan pek ais mungkin dapat membantu mengurangkan rasa sakit dan bengkak.
Bahagian jahitan bersalin perlu sentiasa dipastikan dalam keadaan bersih.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!