
Kadang-kadang anak kecil ni memang ada saja benda yang boleh buat mak ayah tersenyum. Bila dah pandai menaip dan menghantar mesej sendiri, macam-macam permintaan boleh muncul dalam inbox.
Begitulah gelagat seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang tiba-tiba mempunyai satu ‘misi besar’, mahu menukar namanya sendiri! Difahamkan anak kecil itu mahu menukar namanya selepas berdepan situasi yang membuatkan dirinya berasa sedikit kekok di sekolah.
Telatah anak comel ini dikongsikan oleh ibunya menerusi akaun Thread @waniey_majid.
“Tolong dia nak ubah nama!
“Umur baru 9 tahun, tapi dah ada misi besar nak tukar nama. Hari ni baru perasan chat ni dekat inbox,” tulisnya.

Mahu Tukar Nama Kerana Sering Diusik
Rupa-rupanya, permintaan comel itu ada kaitan dengan namanya, Chinta.
“Nama dia Chinta sebab tu dia nak tukar nama. Kadang-kadang cikgu suka mengusik dia, bila panggil nama anak saya, cikgu-cikgu sekolah terus nyanyi lagu yang ada word “cinta cintun” tu.
Lama-lama budak ni fed up kot, sampai rasa nak tukar nama terus,” tulisnya menerusi ruangan komen.
Alahai, sampai begitu sekali ya! Bila dah selalu kena usik dengan nama sendiri, mungkin dalam kepala si kecil, jalan paling mudah adalah tukar sahaja nama.
Bagi orang dewasa, gurauan sebegitu mungkin nampak biasa. Tetapi bagi anak-anak, ada kalanya mereka masih belajar bagaimana hendak memahami gurauan dan mengurus rasa malu apabila menjadi perhatian orang sekeliling.
Sudah Boleh Berdepan Gurauan
Bagaimanapun, ibunya menjelaskan bahawa keadaan Chinta kini sudah jauh lebih baik. Malah katanya anak kecilnya yang berusia sembilan tahun itu sudah boleh diajak bergurau dengan namanya.
“So basically, anak saya okay je sekarang. Back in May memang dia ada rasa awkward sikit dengan cikgu yang suka bergurau pasal nama dia sebab masa tu dia memang tak selesa.
Tapi as time goes by, dia slowly okay, dah boleh handle and dia sendiri anggap cikgu tu just bergurau. Even bila I cakap nak jumpa cikgu tu, dia sendiri tak bagi sebab dia kata dia dah okay.
Yang part nyanyi-nyanyi tu pun, setakat sekarang tak ada pun sampai buat hati dia terluka atau affect emosi dia,” tambahnya lagi.
Malah, Chinta sendiri sudah semakin memahami bahawa gurauan tersebut sekadar usikan daripada gurunya.
Jadi, kisah Chinta nak tukar nama ini bukanlah kerana gurauan tersebut sehingga menjejaskan emosinya secara berpanjangan. Sebaliknya, berdasarkan penjelasan ibunya, Chinta kini sudah boleh memahami dan mengendalikan situasi tersebut dengan lebih baik.

Anak-Anak Juga Sedang Belajar Memahami Emosi
Situasi ini mungkin nampak kecil, tetapi ia juga menunjukkan bagaimana anak-anak sedang belajar memahami emosi sendiri. Kadang-kadang hari ini mereka mahu tukar nama sebab malu, esok-esok nama itulah pula yang paling mereka banggakan.
Dalam proses membesar, perkara yang kelihatan kecil kepada orang dewasa boleh menjadi pengalaman baharu buat anak-anak. Mereka mungkin belum mempunyai cara yang sama seperti orang dewasa untuk menerangkan rasa malu, kekok atau tidak selesa.
Ada yang memilih untuk diam, ada yang terus memberitahu ibu bapa dan ada juga yang tampil dengan penyelesaian tersendiri. Dalam kes ini, apabila Chinta nak tukar nama, si kecil nampaknya sudah mempunyai idea sendiri untuk menyelesaikan perkara yang membuatkannya rasa awkward ketika itu.
Apa pun, Chinta memang comel. Baru sembilan tahun, dah siap ada rancangan nak ‘rebranding’ nama sendiri!
Baca lagi: MamaKerja2026: Ibu Bekerja Selangor Layak Mohon Insentif RM1,000 Mulai Ogos!
Sekat Video Indonesia Di Youtube, 7 Cara Berkesan Elak Anak Terpengaruh Bahasa Indonesia
Buku Pink Ibu Hamil Jangan Tunjuk Sesuka Hati, Banyak Maklumat Peribadi!
Sumber: Thread @waniey_majid
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





