Selebriti dan pengacara terkenal, Ain Edruce yang baru sahaja melahirkan cahaya mata pertama minggu lalu ternyata tidak nampak seperti orang dalam pantang. Ini kerana gayanya sangat bertenaga hingga buatkan peminat kagum. Tapi disebalik itu, ada juga tertanya-tanya.
Bagaimanapun, Ain mengambil pendekatan positif dan tak lokek berkongsi perkembangan terkini proses berpantangnya dengan mengamalkan pemakanan sihat dan penjagaan diri yang betul.
Namun, dalam salah satu perkongsian terbarunya, Ain dilihat memakai seluar sambil menolak stroller anaknya ketika ingin membuat pemeriksaan di hospital. Perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi.
Ada yang bersetuju dan ada juga yang seolah-olah tak dapat menerima orang berpantang memakai seluar ketika dalam proses pemulihan diri.
“Pantang pakailah kain batik”
Beberapa komen dalam posting itu juga mempertikaikan pemakaian Ain yang sudah memakai seluar walaupun baru sahaja bersalin dan aktif seperti orang bukan berpantang.
Jika boleh mereka menyarankan Ain untuk memakai kain batik seperti saranan orang-orang dahulu.
Ikut keselesaan diri
Dalam komen itu juga ada yang bersetuju dengan cara Ain kerana setiap orang tak sama. Ada yang selesa memakai seluar dan tak salah.
Ads
Selagi merasakan ia selesa dan tidak menyakitkan, tidak salah rasanya dia memakai seluar ketika membuat pemeriksaan bayi.
Pada 20 Mei 2021 dia dan suami telah menimang cahaya mata pertama selepas berbelas-belas jam di wad bersalin. Tepat jam 1.30 pagi, dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang belum didedahkan lagi wajah dan namanya.
Apa Salah Pakai Seluar?
Sementara itu, dalam satu perkongsian dari jururawat berpengalaman, Nur Nabilah Masfuzah atau lebih dikenali Bel Nawhen, tidak ada termaktub dalam mana-mana undang-undang berpantang yang mewajibkan pemakaian kain batik sewaktu dalam tempoh berpantang.
Bukan sebab terlalu moden, terlalu ego dengan amalan orang dulu-dulu tetapi ia mengikut keselesaan individu.
Ads
Dahulu, pemakaian kain batik memang sinonim dengan kesopanan dan kesusilaan melayu hinggakan bangsa lain pun turut berkain batik.
Tetapi, ia berubah mengikut peredaran zaman. Caesarean atau normal delivery, bukan satu kesalahan jika nak berseluar.
Sebab apa ramai pilih berseluar?
1. Lebih mudah bergerak, pakai seluar atas pusat langsung tak ganggu kawasan luka. Sama macam pakai underware pun, mesti atas pusat.
2. Pakai seluar lebih nampak kemas berbanding kain sebab ada orang pakai kain, labuh dia sampai tak boleh diskaun. Belum lagi tersadung, terpijak hujung kain sampai boleh terlondeh.
Ads
3. Faktor menjaga aurat terutama apabila berpantang dirumah mertua dengan ada adik ipar lelaki/biras lelaki. Masa tidur dengan kain batik, ikatan boleh terlepas. Masa tidur pun, boleh terselak kain batik, kan dah terbuka aurat.
4. Mudah ke tandas, boleh buka terus seluar, tak perlu ikat-ikat. Tapi, kalau ada lawatan kerumah, dan nurse nak periksa luka jahitan, pakai kain batik adalah pilihan terbaik.
Siapa cakap waktu berpantang perlu nampak pucat, nampak sakit, nampak ‘berpantang?’. Kekemasan, kebersihan diri tetap perlu jaga. Dan, jagaan luka tetap perlu diamalkan terutama dari segi pemakanan dan cucian luka.
Memang betul, kita nak suami nampak kita sedang berpantang supaya suami tak naik syahwat hingga waktu dalam pantang pun nak ajak bersama, tetapi tidak semua suami tidak ada rasa simpati dengan isteri terutama yang dah saksikan sendiri isteri tu melahirkan anak didepan matanya. Jangan sikit-sikit nak salahkan suami.
Notakaki:
Sudah boleh ubah mind set, uniform pantang mesti berkain batik.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu memerlukan masa sendiri untuk berehat dan memberi keutamaan kepada diri sendiri. Apa jenis aktiviti terpulanglah kepada si ibu. Sama ada mahu tidur, keluar shopping atau melepak dengan teman-teman rapat. Sebagai suami, sesekali berilah peluang kepada isteri untuk memanjakan diri sendiri. Sebenarnya, itulah cara mereka recharge untuk dapatkan semula tenaga yang hilang dek menguruskan keluarga.
Mempunyai tiga orang anak dan menguruskan bisnes, bukan tugas mudah. Baru-baru ini, Vivy Yusof berkongsi fotonya bercuti di Bali bersama teman-teman rapatnya. Disebabkan itu, usahawanita ini menerima pelbagai mesej dari netizen di media sosial yang mengatakan dia sanggup meninggalkan anak-anak untuk berseronok. Tidak berdiam diri, Vivy mengambil keputusan untuk membuat perkongsian di laman Instagramnya untuk menjelaskan mengapa dia berbuat begitu.
Kata Vivy, dia tidak terganggu dengan semua teguran itu kerana ibunya juga merasakan perkara yang sama iaitu dia perlu berehat. Katanya lagi, dia tidak nampak sebarang kesalahan jika ibu mahu menikmati waktunya yang lain kerana hal ini sebenarnya membantu para ibu untuk menghilangkan tekanan yang dirasai. Selagi tidak melampau, suami pun tak ada masalah dan anak-anak dijaga dengan baik, tidak bererti seorang ibu itu teruk jika tak bersama anak-anak 24/7.
Katanya lagi, sepanjang percutian ini dia banyak membuat panggilan video bersama keluarganya dan ketika keluar membeli-belah, dia cari barang-barang yang anaknya suka.
“Seorang ibu tu, tetap seorang ibu walau di mana dia berada.”
Pulang dari bercuti, Vivy meluangkan masa dengan anak-anaknya dan berkongsi cerita tentang apa yang mereka lakukan. Di dalam kapsyen yang mengiringi foto percutiannya itu, Vivy turut memberi sokongan kepada semua ibu dan menghormati cara mereka mendidik anak-anak.
“Susah nak besarkan anak-anak, tapi lebih teruk kalau cara kita dikecam oleh para ibu juga.”
Pa&Ma merasakan ‘me time’ untuk seorang iu itu perlu. Letih jadi ibu sebenarnya. Macam-macam kena buat. Suami sekarang pun lebih terbuka dan tidak kisah membenarkan isteri mereka untuk sesekali menikmati waktu lapang sendiri atau keluar bersama teman-teman. Terima kasih para suami! Sebenarnya cara ‘me time’ setiap wanita itu berbeza, kalau anda rasa tak sanggup nak tinggalkan anak-anak untuk bercuti, carilah cara lain untuk berehat sebentar dari tugasan seorang ibu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bersalin czer, boleh ke makan ikan haruan. Dalam masyarakat kita, ikan haruan sering dianggap makanan ‘wajib’ selepas bersalin kerana dipercayai mampu mempercepatkan penyembuhan luka. Ia dikatakan bagus untuk wanita berpantang, terutamanya selepas melalui proses kelahiran secara pembedahan (caesarean atau czer).
Fakta pemakanan menunjukkan bahawa ikan haruan memang mengandungi khasiat tinggi, khususnya protein dan asid amino seperti arginin dan glisin. Bahan-bahan ini penting untuk pembentukan kolagen serta membantu dalam proses pertumbuhan semula tisu yang rosak. Tapi dalam kes pembedahan, terutama yang melibatkan luka dalaman, pengambilan ikan haruan perlulah dilakukan dengan berhati-hati.
Bersalin Czer, Boleh Ke Makan Ikan Haruan
Namun, timbul persoalan adakah ikan haruan benar-benar selamat diambil selepas bersalin czer? Adakah ia membantu atau membahayakan pemulihan luka dalaman? Fakta pemakanan menunjukkan bahawa ikan haruan memang mengandungi khasiat tinggi, khususnya protein dan asid amino seperti arginin dan glisin.
Bahan-bahan ini penting untuk pembentukan kolagen serta membantu dalam proses pertumbuhan semula tisu yang rosak. Tapi dalam kes pembedahan, terutama yang melibatkan luka dalaman, pengambilan ikan haruan perlulah dilakukan dengan berhati-hati.
Ramai dalam kalangan kita percaya ikan haruan baik untuk mempercepatkan penyembuhan luka. Kepercayaan ini bukan sekadar petua turun-temurun tetapi ia turut disokong oleh sains.
Ikan haruan memang kaya dengan protein serta asid amino penting seperti arginin dan glisin. Kedua-dua komponen ini memainkan peranan besar dalam pembentukan kolagen dan membantu pertumbuhan semula sel tisu – dua elemen penting dalam proses pemulihan luka.
Namun begitu, ada perkara penting yang perlu diberi perhatian. Mengambil ikan haruan terlalu awal selepas menjalani pembedahan boleh memberi kesan yang tidak diingini.
Ini kerana dalam tempoh awal selepas pembedahan, tubuh berada dalam fasa radang dan pemulihan asas. Jika nutrien seperti protein dan faktor pertumbuhan dari ikan haruan dibekalkan terlalu awal, ia mungkin merangsang pembentukan tisu secara berlebihan.
Secara teori, keadaan ini boleh meningkatkan risiko parut dalaman (fibrosis) atau menyebabkan luka melekat terutamanya bagi mereka yang menjalani pembedahan melibatkan organ dalaman.
Walaupun belum ada bukti kajian kukuh yang menunjukkan kesan negatif ini secara langsung, ia tetap berasaskan logik biologi tentang bagaimana tubuh bertindak balas terhadap kehadiran protein tinggi pada peringkat awal pemulihan.
Sebaiknya, tunggu sekurang-kurangnya seminggu hingga 10 hari selepas pembedahan sebelum mula mengambil ikan haruan atau suplemennya. Pastikan luka benar-benar kering, bebas daripada jangkitan, dan lebih penting dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
Bila Masa Terbaik Untuk Ambil Ikan Haruan Untuk Wanita Bersalin Czer?
Untuk wanita yang bersalin Czer, waktu terbaik untuk mula makan ikan haruan atau mengambil suplemennya adalah selepas 7 ke 10 hari, bergantung kepada keadaan luka dan nasihat doktor. Penting untuk pastikan luka benar-benar kering, tiada tanda jangkitan, dan badan sudah stabil.
Jika anda mengambil suplemen atau pati ikan haruan, pastikan ia datang dari sumber yang bersih dan berkualiti. Elakkan pengambilan berlebihan – cukup sekadar sebagai tambahan kepada diet sihat yang sudah mengandungi protein, serat dan nutrien lengkap.
Ikan haruan memang bermanfaat untuk membantu penyembuhan luka, termasuk bagi ibu yang bersalin secara Czer. Tapi pengambilannya perlu berpada dan tidak terlalu awal. Tunggu sehingga luka stabil dan dapatkan nasihat doktor sebelum mula mengambilnya.
Dalam soal pemulihan, sabar dan keseimbangan lebih penting daripada tergesa-gesa. Luka yang sembuh dengan baik lebih bermakna daripada sembuh cepat tapi berisiko jangka panjang.
Ingat, proses penyembuhan mengambil masa. Jangan tergesa-gesa. Utamakan keseimbangan agar pemulihan lebih sempurna dan selamat.
Rengat sebenarnya rasa sakit dialami oleh ibu dalam tempoh berpantang. Ia macam senggugut atau rasa seperti sakit kontraksi bersalin. Sakit ini disebabkan pengecutan Peranakan ibu selepas melahirkan bayi.
Ia juga dikenali sebagai after birth contractions atau after pains. Masalah rengat boleh berlaku ke atas ibu lepas bersalin tak kira anak ke berapa dia melahirkan. Ia akan berlaku secara tiba-tiba.
Seorang ibu Sumaiyah Abdullahyang berpengalaman melalui sakit rengat telah berkongsi bagaimana kesakitan yang dialami serta tips untuk merawat masalah ini.
Alhamdulillah, semalam genap 2 tahun sudah budak ni. Dalam fasa² membesar ni banyak akai sungguh. Tak dinafikan masa melahirkan Muhammad Asim ni Alhamdulillah memang Allah permudahkan. 6 cm pun masih relax lagi. Sakit contraction pun kejap je, tak sampai sejam dah selamat deliver.
Tapi siapa tahu, Allah nak uji dalam tempoh berpantang. Sakit rengat 3 hari 3 malam. Tak tidur malam lah. Nasib baik baby faham ummi dia tengah sakit, so tak meragam sangat.
Siapa yang pernah kena rengat ni tau la macam mana tahap kesakitan dia. Tak boleh nak citer, rasa macam nak putus semua urat² saraf, akal pun kadang² rasa hilang sedikit pertimbangan sebab duk tahan sakit. Minum air je boleh. Itu pun rasa nak termuntah balik. Apatah lagi nak makan. Selera makan hilang terus.
Terlalu Sakit
Setiap kali rengat menyerang, air mata wajib mengalir. Allahu. Sakit dan perit sangat. Mengurut pun tak jadi. Dah tanya bidan, tanya misi, ada tak cara nak hilangkan rengat, last² cakap panadol je. Huhu. Tapi serius, bagi saya panadol pun tak cukup untuk hilangkan rengat. Yang mampu buat adalah pernafasan yang betul untuk mengurangkan rasa sakit.
Rengat ni kalau nak tahu ada tempo tau. Ada yang setiap 5 minit, ada setiap 15 minit, ada yang 30 minit. Kalau ada yang setiap 1 jam tu, kira bersyukur lah. Huhu.
Rengat serang paling lama pun dalam 5 minit. Itu saya la. Orang lain tak tau. Tapi dalam 5 minit itu la gigi kacip dengan kuat, tangan kepal sekuat mungkin, tubuh menggigil tahan sakit, dahi berkerut, mata pejam tapi mengalir air mata, keluar suara sayup² mengerang kesakitan. Serius, sesiapa yang tegur pun tak kan dilayan. Anak yang tengah menyusu pun kena tolak tepi. Tak pasal² dapat penyakit nanti. Dalam hati ni tak putus² zikir dan istighfar.
Suami Kena Banyak Tolong
Jadi sesiapa yang ditakdirkan diuji dengan rengat ni, ahli keluarga perlu mainkan peranan, bukan main perasaan terutama sang suami. Bila anak tetiba ditolak tepi, cepat² ambil anak itu sebelum nangis kuat. Lagi stress ibu jika dengar anak menangis. Dah la tengah tahan sakit.
Dan satu lagi, ahli keluarga jangan tanya banyak or cakap banyak dengan ibu yang kena rengat ni. Sebab ibu masih belum stabil lagi akal dan emosi dalam tempoh ni. Kalau nak urut, urut je terus. Urut perlahan-lahan. Urutan tangan suami dan ayah sendiri paling mujarab. Tenang je rasa.
Kalau nak suruh makan, hidangkan terus depan mata. Nak makan atau tidak, jangan paksa². Bagi masa untuk ibu itu ambil mood nak makan.
Ada orang cakap rengat ni sebab ada darah ketul tak keluar. So, ini tips dia hari terakhir saya kena rengat.
Rasa² rengat nak serang, cepat² bangun dan berjalan perlahan-lahan. Jangan stop berjalan sehingga rengat tu hilang. Paling kurang pun berdiri. Mintak tolong suami papahkan. Nanti akan rasa panas darah ketul itu keluar dan Inshaallah sakit rengat akan beransur hilang.
Kurangkan baring. Banyakkan pergerakan ringan supaya pengaliran darah lancar.
Sapu minyak panas pada bahagian pinggang dan ke bawah sehingga tapak kaki boleh membantu darah ketul keluar dengan cepat.
Sesiapa ada lagi petua yang boleh dikongsikan silakan. Mana tau boleh tolong ibu² lain melawan rengat ni. Walaupun diuji dengan rengat ni, bersangka baik lah dengan Allah dan tetap bersyukur masih lagi diberi nafas, dan baby pun sihat walafiat
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.