Tindakan seorang lelaki yang tertekan pedal minyak kenderaan dipandunya menyebabkan dua wanita serta bayi baru dilahirkan parah dalam kejadian di sebuah hospital swasta di Kota Damansara, Petaling Jaya, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kemalangan yang membabitkan empat kenderaan serta tiga mangsa itu dipercayai berlaku jam 5.46 petang.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu Toyota Corolla Altis berusia 62 tahun sedang menunggu anaknya keluar dari pintu utama hospital berkenaan di dalam kenderaan terbabit.
Ads
“Suspek kemudian dikatakan tidak dapat mengawal kenderaannya apabila tertekan pedal minyak sejurus terlihat anaknya berjalan keluar ke tempat menunggu.
“Tindakan itu menyebabkan kenderaan berkenaan terbabas dan melanggar tiga lagi kereta yang diletakkan di laluan terbabit.
Ads
“Malah, kenderaan itu juga melanggar dua wanita pejalan kaki masing-masing berumur 30 dan 35 tahun bersama seorang bayi berusia satu hari yang berada di tempat mengambil dan menurunkan penumpang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Nik Ezanee berkata, kejadian itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan dan sedang dirawat di zon merah dan wad kecemasan hospital swasta terbabit.
Ads
“Kemalangan itu juga mengakibatkan empat kenderaan berkenaan termasuk kenderaan dipandu suspek mengalami pelbagai kerosakan.
“Hasil ujian saringan air kencing serta ujian alkohol dilakukan terhadap suspek didapati negatif.
“Suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya,” katanya.
Baru-baru ini, media sosial dikejutkan dengan kemunculan Tiger Pod vape, sejenis vape baharu yang direka persis mainan blok dengan karakter harimau comel. Pada pandangan pertama, ia kelihatan seperti sekadar permainan kanak-kanak namun hakikatnya ia adalah rokok elektronik yang mengandungi bahan kimia dan nikotin.
Tidak hairanlah ramai ibu bapa mula berasa risau. Rekaannya yang seakan-akan permainan ini membuatkan kanak-kanak dan remaja mudah tertarik, sekali gus membuka ruang kepada masalah yang lebih besar: tabiat vaping di usia muda.
Tidak seperti vape biasa yang tampil dengan rupa moden atau minimalis, Tiger Pod hadir dalam bentuk kartun, warna-warna ceria dan karakter yang kelihatan sangat “kid-friendly”. Inilah yang membuatkannya tular di TikTok bukan kerana fungsinya, tetapi kerana kecomelannya.
Lebih membimbangkan, ada pengguna dewasa mengaku membeli Tiger Pod walaupun bukan penghisap vape, hanya kerana ia comel dan “fun”. Jika orang dewasa pun tertarik, bayangkanlah bagaimana anak-anak dan remaja melihatnya.
Ramai pengguna media sosial turut menyuarakan kebimbangan bahawa tren seperti ini telah menyimpang jauh daripada tujuan asal vape yang kononnya dicipta untuk membantu perokok berhenti merokok. Hakikatnya, rekaan manis dan playful sebegini berisiko menggalakkan golongan bawah umur mencuba, seterusnya terjebak dengan ketagihan nikotin.
Walaupun sukar untuk bertanyakan secara terbuka, ibu bapa sebenarnya boleh mengesan beberapa petunjuk awal. Jika anda mula rasa perubahan pada anak, awasi tanda-tanda ini:
Vaping boleh menyebabkan iritasi pada saluran pernafasan, terutama bagi remaja yang belum matang sepenuhnya sistem paru-parunya.
Pod kecil, kabel pendek, cartridge berwarna-warni atau objek menyerupai mainan blok mungkin sebenarnya peranti vape.
Vape selalunya memancarkan bau manis seperti gula-gula, buah-buahan atau pudina—lebih ketara daripada bau rokok konvensional.
Dengan trend produk viral sekarang, apa sahaja yang kelihatan comel boleh disalah anggap sebagai mainan. Tiger Pod vape hanyalah satu contoh bagaimana produk dewasa boleh direka sehingga mengelirukan kanak-kanak.
Ibu bapa disarankan untuk:
Rekaan comel membuatkan kanak-kanak tidak melihatnya sebagai alat merbahaya. Tambahan pula, aroma manis dan rasa flavor yang memikat boleh membuatkan remaja merasakan ia tidak berbahaya. Namun, kesan nikotin walaupun dalam jumlah rendah boleh menjejaskan perkembangan otak remaja yang masih membesar.
Pakar kesihatan turut menegaskan bahawa penggunaan vape dalam jangka masa panjang berisiko menyebabkan keradangan paru-paru, masalah jantung dan ketagihan nikotin yang berpanjangan. Situasi ini bertambah buruk jika remaja mula mencuba vape berperisa manis seperti Tiger Pod vape hanya kerana penampilan comelnya.
Satu lagi punca kebimbangan ialah kandungan di media sosial yang cenderung menggambarkan vape comel sebagai “koleksi” atau “accessory aesthetic”. Naratif sebegini mendidik remaja untuk melihat vape sebagai objek gaya hidup, bukan peranti berbahaya.
Tiger Pod, dengan rekaannya yang seperti permainan blok, menguatkan lagi trend normalisasi vape di kalangan remaja. Sebahagian netizen turut menyuarakan kerisauan bahawa pempengaruh tidak sedar telah mempromosikan produk ini secara tidak langsung, walaupun tanpa niat.
Tiger Pod mungkin kelihatan seperti mainan, tetapi risikonya tidak comel sama sekali. Ketagihan nikotin, kerosakan paru-paru dan perubahan tingkah laku adalah risiko sebenar yang boleh menjejaskan masa depan anak-anak.
Kesedaran ibu bapa adalah pertahanan pertama untuk melindungi anak-anak daripada trend berbahaya seperti Tiger Pod vape. Ambil tahu, semak barang anak, dan kekalkan komunikasi yang jujur dan terbuka. Itu sahaja sudah cukup untuk menyelamatkan remaja daripada terjebak dengan tabiat merbahaya yang disamar dalam bentuk comel.
Kasih sayang seorang isteri untuk suami, sempat selamatkan suami tersayang sebelum diri sendiri maut dalam kemalangan. Tindakan ini tidak disangka menjadi punca pemergian ibu ini bersama kandungan empat bulan.
Kejadian yang melibatkan motorsikal dan lori dekat berlaku di lampu isyarat Bukit Treh, Muar ini menyebabkan suami mangsa iaitu penunggang motorsikal cedera manakala ibu terbabit sebagai pembonceng motorsikal maut.
Mangsa yang dipercayai bernama Siti Farah Ain berdasarkan pengenalan diri meninggal dunia di tempat kejadian. Lebih memilukan ialah Allahyarham pergi bersama janin dalam kandungan di mana dia sedang hamil empat bulan.
Allahyarham dikatakan sempat menolak suaminya daripada dilanggar. Bagaimana pun, dia tidak sempat menyelamatkan diri telah digilis treler tersebut. Info ini adalah perkongsian daripada individu menerusi perkongsian di Facebook. Wanita ini mendakwa dia mendapat info tersebut menerusi saksi di tempat kemalangan.
Warganet dari Muar menerusi FB page daerah menzahirkan simpati dan takziah keapda keluarga mangsa & turut berkongsi berikan beberapa maklumat mengenai kejadian ini.
Lumrah kanak-kanak memang suka bermain dan meneroka. Orang dewasa lah yang patut memantau anak-anak kecil ini kerana mereka tidak memahami sebarang bentuk bahaya ataupun mudarat jika melakukan sebarang aktiviti.
Ada satu kes yang berlaku di negara China apabila kanak-kanak kecil berumur satu tahun lebih bermain sambil makan dengan memegang chopstik dan akhirnya terjatuh lalu chopstik yang berada diletakkan di dalam mulutnya tercucuk sehingga menembusi otak sebanyak 2cm.
Mohon ibu bapa selepas ini awasi anak anda ketika makan. Banyak kejadian seperti ini berlaku terutama di kedai-kedai makan, ramai yang membiarkan anak bermain berlari sedangkan bahaya ada disekeliling. Biarlah anak sakit sedikit di cubit kita daripada anak sakit menderita terlantar di hospital kerana kecuaian kita sebagai ibu bapa.
Menurut sumber, Oriental Daily, Kanak-kanak tersebut baru berusia 1 tahun 5 bulan dan baru pandai berjalan. Ketika kejadian berlaku, kanak-kanak tersebut sedang bersarapan tetapi dia tidak dapat duduk dengan tenang. Apabila ahli keluarganya makan, dia bangun dan berjalan.
Terkejut dengan kejadian yang menimpa anak mereka, ibu bapanya bergegas membawa anak-kanak tersebut ke hospital. Doktor melakukan CT Scan dan kemudian melakukan pembedahan untuk membuang Chopstick yang tertanam 2cm ke dalam otak.
Semasa proses pembedahan dilakukan doktor mendapati Chopstick tersebut tertanam sedalam 2cm ke dalam otak. Tambah doktor lagi, objek tersebut tertanam ke dalam urat lehernya dan lebih teruk lagi sisa-SIsa kanji nasi masih lagi melekat pada objek tersebut.
Bagaimanapun objek tersebut tidak tercucuk teruk kedalam otak di mana proses untuk menangalkan objek tersebut mudah dan cepat. Dia kini sedang dirawat namun risiko kanak-kanak tersebut terkena jangkitan Intrakranial amat tinggi.
Diharapkan ibu bapa lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan sekelili yang nampak tak bahaya tapi sebenarnya mengundang bahaya.
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.