Baru Habis Pantang, Ibu & Bayi Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya

Share

Baru sahaja habis berpantang, ibu dan bayi ini terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya ketika ingin pulang ke kampung.

 

Memetik laporan Kosmo! Online, kemalangan tersebut berlaku pada jam 6.30 petang telah mengorbankan bayi lelaki, Nik Muhammad Zayyan Irfan Zulhilmi Ismail, dua bulan, dan neneknya, Noreha Mohamed, 53, akibat kecederaan pada bahagian badan dan kepala.

Sementara itu, ibu bayi tersebut, Raja Nurhanani Nabila Raja Hussin,23, pula meninggal dunia sewaktu sedang menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu.

Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, kemalangan itu juga telah menyebabkan dua adik mangsa iaitu Raja Haikal Najmi, 20, dan Raja Nurhumairaa Nadzirah, 13, masing-masing mengalami patah kaki kanan dan patah bahu kiri.

Baharudin Abdullah berkata, keluarga tersebut dalam perjalanan pulang ke kampung di Kampung Semat, Wakaf Bharu, Kelantan dari rumah Raja Nurhanani Nabila yang terletak di Kem Tentera Darat Batu 10, Kuantan, Pahang.

Namun, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Wira yang dipandu adik mangsa, Raja Haikal Najmi dikatakan hilang kawalan secara tiba-tiba lalu terbabas melanggar kotak pembetung yang berada di tepi lebuh raya sebelum terbalik.

“Kesemua yang tersepit dalam kereta yang remuk teruk telah dikeluarkan oleh anggota bomba,”ujarnya.

 

Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

 

IKLAN