Dr. Izzar Anwari, suami kepada suami kepada pelakon popular, Ummi Nazeera berkongsi tentang perkembangan anaknya Ayra yang akan masuk 5 bulan esok. Perkembangan positif tersebut dikongsi beliau di laman instagramnya.
ABY DEVELOPMENT MILESTONE – 5 BULAN
Umur Ayra akan masuk 5 bulan dah esok, Alhamdulillah. Untuk baby 5 bulan, Development Milestones dia adalah, otot leher mula kuat, baby dah mula nak capai objek dan dah mula letak tangan atau benda dalam mulut (mouthing).
Ads
Tapi bagi Ayra, dia dah sekarang dah start buat benda2 yang baby 6 bulan patut buat. Ayra dah boleh baring meniarap(prone) sambil support badan dia guna tangan.Dia bergolek untuk meniarap sendiri tu.Hobby baru dia. Mata n kepala pun dah pusing merata nak explore dunia ni.Alhamdulillah.
Ibu bapa memainkan peranan yang besar untuk memastikan tiada Development Delay. Kenala selalu layan celoteh anak tu.Tapi memang ada kes yang Development Delay tak dapat dielakkan. Ayra ni baby premature, sebab tu kami rajin lebih sikit sebab nak dia membesar dengan baik. InsyaAllah
Ads
Netizen turut berkongsi pengalaman anak mereka dan ada juga yang turut memuji perkembangan baby Ayra yang sangat positif.
Rapat sangat Ney Ney dengan daddynya, sampai daddy terpaksa buat macam ni. Comel lah aksi Ney Ney ni!
Nedim Nazri, suami Nora kena terpaksa keluar senyap-senyap meninggalkan rumah! Rupanya ini semua ada kaitan dengan anak kesayangan mereka, Ney Ney.
Daddy terpaksa meninggal teddy bear daddy (Ney Ney) di rumah. Perlu keluar senyap-senyap. Sebab setiap kali daddy masuk ke dalam kereta, Ney Ney akan menangis.. I love you Bear
Beli permainan yang bermanfaat dan membantu stimulasi bayi semasa bermain, jangan bazirkan wang beli yang tidak berfaedah! Ini kerana mereka penuh dengan tenaga dan sentiasa mahu melakukan penerokaan di persekitarannya.
Mereka memang sukakan aktiviti menggenggam, menolak, melempar, mengetuk, dan mengisi sesuatu dalam bekas.
Perasaan ingin tahu membuatkan mereka menyentuh dan mahu melakukan apa sahaja yang dilihat. 7 jenis permainan yang boleh diguna pakai untuk merangsang deria dan skil mereka.
1.PERMAINAN WARNA HITAM PUTIH
Bayi anda masih kecil. Bagi tahap penglihatan bayi baru lahir terhad iaitu kurang 6 inci dari mukanya. Jadi adalah penting menyediakan permainan yang mempunyai warna kontras iaitu hitam dan putih sebagai permulaan permainan buat si kecil. Warna sebegini mampu merangsang penglihatannya.
Tetapi setelah bayi berusia dua bulan, kemahiran penglihatannya telah berkembang. Jarak penglihatan bayi anda bertambah dan mulai boleh melihat pelbagai warna. Jadi anda boleh mulai membeli permainan yang mempunyai warna terang misalnya merah, biru dan kuning.
2.PERMAINAN DIPERBUAT DARIPADA KAIN / PERMAINAN LEMBUT
Bayi masih kecil. Kulit amat sensitif. Dia memerlukan permainan kain lembut yang tidak mencederakan kulitnya. Biasannya permainan ini merangkumi buku jenis kain dan anak patung kain. Pastikan juga buku itu mempunyai imej yang tidak terlalu banyak dan tidak mudah terkoyak. Lebih menarik buku ini boleh mengeluarkan bunyi muzik yang menenangkan si manja. Bunyi-bunyian ini akan dapat merangsang deria pendengarannya dan perkembangan bahasa anak jika anda menceritakan isi kandungan buku itu. Busy book juga pilihan mainan yang baik untuknya.
3.MAINAN YANG MEMERLUKAN PERGERAKAN FIZIKAL
Anda juga perlu tahu bahawa bayi yang masih kecil belum mengalami perkembangan deria genggam dengan baik (kemahiran fizikal). Jadi anda boleh memperkenalkan permainan yang merangsang perkembangan fizikalnya. Jadi perkenalkan permainan yang lembut supaya ketika bayi meniarap dia akan menggerakkan badan, tangan dan kakinya untuk mencapai permainan yang diletakkan di hadapannya. Gerakan ini mampu merangsang mindanya untuk aktif dan cergas.
4.BABY GYM DAN BABY MOBILE
Baby mobile berwarna-warni dan mengeluarkan bunyi-bunyian mampu menarik perhatian si kecil. Mainan ini boleh merangsang fungsi penglihatan dan pendengaran si manja. Permainan berupa baby gym supaya boleh diraih oleh tangan. Permainan ini boleh membantu anak mengembangkan koordinasi gerakan tangan dan mata. Permainan yang boleh dipegang dan diramas berbentuk boneka atau bola yang diperbuat dari bahan yang lembut.
Bayi hingga 2 tahun akan bermain apa sahaja benda yang boleh dicapainya. Cara mereka bermain adalah melalui sentuhan, bunyi, bau dan rasa. Mereka cuba menolak menarik dan menghempas atau memukulnya. Mereka juga sengaja menjatuhkan alat permainan dan kemudian cuba mengambilnya dengan pelbagai cara.
5.BLOK WARNA-WARNI
Permainan blok ini melibatkan bayi menyusun kepingan-kepingan atau bongkah-bongkah yang dipisahkan. Permainan ini juga mengasyikkan dan dapat meningkatkan kreativiti kerana blok ini melibatkan imaginasi dan daya pemikiran.
Permainan blok ini sesuai untuk meningkatkan kemahiran motor halus, melembutkan jari dan keupayaan kognitif yang amat tinggi. Ini kerana, jika kepingan yang cuba dicantumkan ini tidak berjaya dicantumkan, anak kecil ini akan cuba lagi untuk membuatnya berulang kali.
6.PATUNG PUPET
Ia permainan yang amat menyeronokkan. Anda boleh gunakan patung pupet untuk berbual dengan mereka. Boleh guna patung pupet yang boleh dimasukkan tangan di dalamnya. Si manja tentu seronok!
7.MAINAN JENIS DISUSUN/ STACKABLE
Mainan ini menggalakkan bayi untuk menggunakan pemikiran untuk menyusun objek mengikut saiz dan urutan. Apa pun pilih material yang selamat dan tiada bucu tajam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu terutama yang baru saja melahirkan bayi takut bayi kena penyakit kuning. Sebab utama bayi disahkan jaundis kerana hatinya belum matang macam orang dewasa.
Terpaksa berulang-alik ke hospital untuk menjalani ujian darah sangat memenatkan. Lebih teruk apabila si ibu dan bayi terpaksa ditahan di hospital kerana harus menjalani rawatan fototerapi.
Tapi jangan risau sangat. Kebanyakan bayi yang kena jaundis ni disebabkan jaundis fisiologis ( physiological jaundice ). Biasanya jaundis yang tak merbahaya ni berlaku 24 jam selepas bayi tu dilahirkan. Biasanya hari ketiga sampai hari kelima parasnya akan sangat meningkat tapi akan semakin menurun pada hari keenam dan ketujuh.
Yang bahaya kalau jaundisnya terjadi dalam 24 jam pertama selepas kelahiran ataupun jaundisnya masih tak berkurang walaupun dah lebih seminggu. Kalau jaundis yang fisiologis insya-Allah tak perlu risau sangat kecuali ada tanda-tanda demam, lesu dan tak nak menyusu.
Sebab tu penting untuk mak ayah tahu teknik sama ada bayi yang baru lahir dan dah selamat pulang ke rumah tu ada tanda-tanda jaundis ke tak. Senang je. Guna 3 cara mudah ni :
PERTAMA: Tengok pada bahagian mata putih bayi tu ( sclera ). Ada tak macam kekuning-kuningan. Kalau ada, ada kemungkinan bayi kita dah mula kena jaundis
KEDUA: Tekan pada bahagian hidung bayi. Tekan selama tiga hingga empat saat dengan menggunakan jari telunjuk. Kemudian, lepaskan. Kalau bayi yang ada jaundis, biasanya bahagian tu akan berwarna kekuning-kuningan.
KETIGA : Guna cara yang sama juga pada gusi bayi.
Apa nak buat kalau bayi kena jaundis?
Jangan panik. Bawa ke hospital atau klinik kesihatan terdekat untuk periksa keadaan jaundisnya. Kalau bacaannya masih di bawah 280 mikromol/l biasanya bayi dibenarkan pulang. Yang penting, susu badan kena bagi dengan kerap dan pastikan si comel kita kencing dan berak dengan kerap. Insya-Allah kalau bayi menyusu dengan kerap ( 8-12 kali sehari ), jaundis dan penyakit kuningnya akan berkurang dengan lebih cepat.
Ilmu ni jarang diajar di tempat lain tau jadi tolong sangat-sangat simpan info yang saya bagi ni. InsyaAllah akan sangat berguna bila korang nak timang cahaya mata baru nanti. Jangan sampai anak dah kena jaundis yang teruk baru nak bawa pergi jumpa doktor disebabkan mak ayah tak tahu pun anak tengah kena jaundis!
p/s : Jaundis yang teruk sangat akan menyebabkan bayi kita kena KERNICTERUS. Sejenis kerosakan pada otak akibat mendapan bilirubin pada tisu otak.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...