Cuba kita ingat balik bagaimana cara kita sebelum ini apabila membasuh beras. Adakah ianya sempurna atau acuh tak acuh?
Tetapi kadangkala bukannya kita tidak tahu tetapi selalu terlepas pandang benda yang kecil ini. Ya, ianya nampak kecil tetapi besar kesannya.
Pernah tak kita makan makanan yang mak atau nenek kita masak, sedap dia lain macam kan? Bila minta resepi, kita pun berialah mencuba. Tapi, rasanya tidak sama. Betul kan?
Setiap kali kita tanya pada mak, apa rahsia untuk masak sedap ni, jawapannya tetap sama. Sedap sebab air tangan ibu.
Kita imbas kembali. Ingat tak pesan orang tua-tua, setiap kali kita nak sediakan makanan untuk diri sendiri dan keluarga, jangan lupa untuk baca doa, selawat dan basuh beras tu ikut lawan putaran arah jam.
Kadangkala kita lupa pesanan yang mudah macam ni kan. Tapi banyak manfaat tau.
Ads
Mengikut kajian, apabila masakan atau minuman yang kita kacau mengikut arah lawan putaran jam, pusingan itu akan memberikan tenaga positif bagi makanan atau minuman tersebut. Selain tu, kita pun akan rasa bersemangat untuk memasak. Semangat kita tu akan di salurkan kepada makanan yang kita masak.
Adab Basuh Beras Mengikut Islam
1. Menggunakan tangan kanan untuk membasuh.
2. Gaulkan beras arah lawan jam (sama seperti arah tawaf)
3. Membaca ليس لها من دون الله كاشفة
“Laisa la ha min dunillahi kastyifah”
Ads
Maksudnya: Tidak ada penyembuh selain dari Allah
4. Ulang basuh sebanyak 3 kali sehingga yakin bersih.
Sambil membasuh beras itu berselawatlah dan amalkan doa.
Ads
“Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik darinya” -At Tarmizi.
dan
“Ya Allah, lembutkan hati kami untuk faham agamaMu sebagaimana Engkau lembutkan beras ini hingga menjadi nasi”
Serta
“Ya Allah kau satukanlah hati kami sekeluarga sebagaimana bersatunya beras ini menjadi nasi”
Perangai dan karenah anak-anak sememangnya buat kita hilang rasa kesabaran sebagai seorang ibu. Ada masanya kita pasti terlepas memarahi mereka dan tidak kurang menengking.
Jika marah tidak terkawal, ada baiknya anda angkat tangan dan berdoalah ketika waktu ini. Sesungguhnya doa ibubapa terlalu besar mujarabnya.
Menurut Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, doa adalah perkara pertama dalam perkongsian tip membentuk ibu bapa cemerlang. Usahlah cepat menghukum anak apabila mereka melalukan kesalahan, sebaliknya angkatlah tangan dan doakan supaya mereka berubah dan mudah dibentuk.
Ketika menahan marah, angkatlah tangan dan doakan mereka. Ini tip dan perkongsian yang diberikan oleh beliau. Amalkan doa, zikir dan cara ini, insyaallah mampu jadikan anak kita, anak yang soleh dan solehah. Berusaha sesungguhnya lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Jom kita amalkan sama-sama.
1.Amalkan zikir ‘Ya Latif’ dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang tidur.
2. Peluklah anak setiap kali bangun pagi sambil berselawat di dalam hati dan niatkan apa jua niat untuk mereka. Usaplah kepalanya lembut dan doakan yang terbaik untuknya.
3. Amalkan Surah Al-Fatihah dan Surah Taha (ayat 1 hingga 5) dan hembuskan pada makanan dan minuman mereka. Amalkan bacaan ini setiap hari.
4. Zikir ‘Ya Latif’ juga turut membantu si kecil anda mudah menerima pembelajarannya dengan baik diikuti dengan bacaan Surah As-Syura. Lakukan saban hari.
5. Cubalah berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk ketika berdepan dengan mereka. Usah cepat melenting bila berdepan dengan kenakalan mereka, sebaliknya bersabarlah dan doalah untuk mereka.
Antara Amalan Lain Yang Ibu Patut Buat
Ketika Memasak
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah Al- Imran ayat 200 yang bermaksud: “ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”
Temankan Anak Ulangkaji
Ketika menemani anak mengulangkaji atau membaca Al Quran, amalkan juga membaca Surah Toha ayat 1 hingga 8, Surah Ar-Rahman ayat 1 hingga 4 danSurah Al-Insyirah. Ketika mengajar anak, sambil itu bacakanlah ayat-ayat ini.
Sentuh Ubun
Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan semasa anak baru lelap elok diamalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
Doa Tengah Malam
Sebaik-baik memohon doa adalah di waktu tengah malam. Bangunlah ketika malam hari dan lakukan solat sunat diiringi doa dengan menyebut nama anak kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memasak boleh jadi lambat disebabkan menunggu bahan basah seperti ayam, daging, ikan atau makanan laut cair dulu sebelum dikeluarkan dari dalam peti ais. Betul tak? Kadang disebabkan hal ini, mood rajin tu jadi malas sebab perlu menunggu.
Tambah pula kalau ibu yang bekerja, terlupa nak letakkan lauk basah ini di peti bahagian bawah sebelum keluar bekerja, lagilah balik rumah ambil masa lama pula untuk memasak. Badan dah penat, perlu tunggu lagi, pilihan akhir beli makanan luar saja.
Oleh itu, nak jimatkan masa tunggu lauk beku contohnya ayam, ibu boleh cuba cara yang dikongsikan di TikTok roseaffi.
Hanya guna dua benda ini saja untuk simpan ayam dalam peti sejuk dan tak perlu ambil masa lama nak mencairkannya
Kertas minyak pembalut makanan
Bekas bersesuaian
TIP MENYIMPAN AYAM KE DALAM PETI SEJUK:
1. Anda perlu sediakan kertas minyak pembalut makanan terlebih dulu. Biasanya, bewarna coklat yang digunakan untuk membalut nasi lemak.
2. Kemudian kertas pembalut makanan perlu dilipat dua mengikut saiz bekas. Pastikan permukaan kertas yang licin di bahagian luar untuk mudahkan ayam tidak melekat.
3. Susun ayam yang telah dibasuh di atas lipatan kertas tersebut. Bila disusun kemas barulah boleh letak banyak ayam.
4. Boleh buat lapisan kedua pembalut kertas jika bekas disediakan itu tinggi. Letak sampai tiga lapisan pun boleh, jadi boleh simpan ayam yang banyak dalam satu bekas.
5. Selepas itu, jangan lupa simpan dalam peti sejuk.
Dah siap! Cara ini mudahkan ibu, dan tidaklah semuanya dimasukkan dalam satu plastik sehingga ambil masa lama untuk rendam dan dipisahkan satu-satu.
Boleh tengok video yang dikongsikan di bawah ini Selamat mencuba!
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebaik mempunyai anak kecil, bermacam-macam aktiviti yang kita lakukan waktu bersama pasangan dahulu terpaksa dikurangkan malah dihentikan bagi memberi perhatian pada anak kecil yang memerlukan lebih perhatian. Antara salah satunya adalah solat berjemaah di masjid, bertilawah dan solat sunat sekerap mungkin dan sebagainya.
Jangan kecewa kerana tidak dapat berbuat ibadat sebanyak dulu. Apa yang kita lakukan hari ini adalah juga satu ibadah, iaitu membesarkan anak-anak kecil kita. Inilah yang dikongsikan oleh Wan Nur Syakira, penulis keibubapaan di facebooknya.
Alam keibubapaan adalah alam ibadah. Di alam itu, kita teruji dengan pelbagai cara dalam mendidik seorang manusia. Dari pagi sehinggalah muncul pagi esoknya. Semuanya adalah ibadah, jika diniat kerana Allah.
Jangan kecewa. Jangan sedih. Jika tak mampu bertilawah sebanyak dulu, tak mampu solat sunat sekerap dulu, tak mampu melakukan ibadah seorang diri selama dulu.
Sedarlah, alam ibadah kita sudah menjadi berbeza sejak kita menerima kehadiran anak. Dan alam keibubapaan terselit jutaan ganjaran kita hadapinya dengan iman dan sabar. Apatah lagi sekiranya kita dianugerah anak yang istimewa. Maha hebat ujiannya.
Anak akan jadi ibadah kita dan ladang pahala kita. Cara yang paling banyak kita nak dapat ganjaran ketika jadi ibu bapa adalah BERSABAR DENGAN TELATAH ANAK.
Ya, ibu bapa pasti tahu kehidupan bersama anak. Terlalu banyak saat di mana memerlukan kesabaran dan kelapangan hati.
Sabar bila tak cukup tidur. Sabar bila menyantuni anak istimewa. Sabar bila sakit badan menyusu. Sabar bila kita meredah letih penat setelah pulang bekerja untuk melayan anak. Sabar bila kita kena utamakan keperluan anak dulu lebih dari kita sendiri.
Sabar bila berulang membersihkan kotoran dan sepahan yang dilakukan oleh anak kecil. Sabar bila nak hadapi anak merengek, meragam dan menangis. Sabar bila kurang masa untuk bersendiri. Sabar bila melayan permintaan anak kecil.
Sabar bila anak berkepit di kala kita nak melakukan sesuatu. Sabar bila kita tak boleh nak rehat walaupun kita tak sihat. Sabar bila marah mahu menyelubungi perasaan. Sabar bila rasa nak tinggikan suara atau gunakan kekerasan. Dan banyak lagi.
Yakinlah. Semuanya tiada sia-sia. Semuanya ibadah. Niat kerana Allah, dan ikhlaskan hati.
Kita tak tahu, mungkin dengan asbab kita sabar berkorban berjaga malam lah ,kita dimasukkan ke syurga. Mungkin asbab kita sabar menahan letih bekerja demi melayan dan bermain dengan anaklah, kita dialukan ke syurga. Sebab mungkin pahala solat kita tak sempurna, pahala puasa kita, pahala sedeqah kita tak lengkap.
Rupanya Pahala SABAR lah yang bawa kita ke syurga. MasyaAllah.
Firman Allah dalam Quran. Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”.
Surah Az Zumar, ayat 10
Tengok, Allah kita pahala kalau kita sabar , Allah ganjarkan sampai tak terkira. Betapa besarnya.
Jadi, jom ibu bapa, Mohonlah keluasan kesabaran serta kasih sayang untuk kita menuai pahala dari alam keibubapaan kita yang hanya akan berakhir bila kita dah ditarik nyawa. Berdoalah kepada Allah untuk menjadi ibu bapa yang soleh sebelum kita meminta anak yang soleh.
Lagi untung, bila kita dah mati, ladang pahala masih berbunga dan berbuah lebat untuk kita. Disebabkan doa anak-anak kita yang soleh yang tidak melupakan ibu bapanya yang telah tiada. Anak soleh saham kubur dan akhirat kita. MasyaAllah.
Ya Allah, jadikanlah kami ibu bapa yang bertaqwa agar kami dikurniakan anak-anak yang bertaqwa. Amin.
Wan Nur Syakira
Artikel berkaitan:
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!