Perangai dan karenah anak-anak sememangnya buat kita hilang rasa kesabaran sebagai seorang ibu. Ada masanya kita pasti terlepas memarahi mereka dan tidak kurang menengking.

Jika marah tidak terkawal, ada baiknya anda angkat tangan dan berdoalah ketika waktu ini. Sesungguhnya doa ibubapa terlalu besar mujarabnya.

Menurut Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, doa adalah perkara pertama dalam perkongsian tip membentuk ibu bapa cemerlang. Usahlah cepat menghukum anak apabila mereka melalukan kesalahan, sebaliknya angkatlah tangan dan doakan supaya mereka berubah dan mudah dibentuk.

Ketika menahan marah, angkatlah tangan dan doakan mereka. Ini tip dan perkongsian yang diberikan oleh beliau. Amalkan doa, zikir dan cara ini, insyaallah mampu jadikan anak kita, anak yang soleh dan solehah. Berusaha sesungguhnya lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Jom kita amalkan sama-sama.

Bila Marah Anak, Angkat Tangan Dan Cepat-Cepat Doa, 5 Amalan Dari Datuk Fadzilah Kamsah Ibu Boleh Amalkan!

 

1.Amalkan zikir ‘Ya Latif’ dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang tidur.

IKLAN

2. Peluklah anak setiap kali bangun pagi sambil berselawat di dalam hati dan niatkan apa jua niat untuk mereka. Usaplah kepalanya lembut dan doakan yang terbaik untuknya.

3. Amalkan Surah Al-Fatihah dan Surah Taha (ayat 1 hingga 5) dan hembuskan pada makanan dan minuman mereka. Amalkan bacaan ini setiap hari.

Bila Marah Anak, Angkat Tangan Dan Cepat-Cepat Doa, 5 Amalan Dari Datuk Fadzilah Kamsah Ibu Boleh Amalkan!

 

IKLAN

4. Zikir ‘Ya Latif’ juga turut membantu si kecil anda mudah menerima pembelajarannya dengan baik diikuti dengan bacaan Surah As-Syura. Lakukan saban hari.

5. Cubalah berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk ketika berdepan dengan mereka. Usah cepat melenting bila berdepan dengan kenakalan mereka, sebaliknya bersabarlah dan doalah untuk mereka.


Antara Amalan Lain Yang Ibu Patut Buat

IKLAN

Ketika Memasak
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah Al- Imran ayat 200 yang bermaksud: “ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”

Bila Marah Anak, Angkat Tangan Dan Cepat-Cepat Doa, 5 Amalan Dari Datuk Fadzilah Kamsah Ibu Boleh Amalkan!

Temankan Anak Ulangkaji
Ketika menemani anak mengulangkaji atau membaca Al Quran, amalkan juga membaca Surah Toha ayat 1 hingga 8, Surah Ar-Rahman ayat 1 hingga 4 danSurah Al-Insyirah. Ketika mengajar anak, sambil itu bacakanlah ayat-ayat ini.

Sentuh Ubun
Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan semasa anak baru lelap elok diamalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.

Doa Tengah Malam
Sebaik-baik memohon doa adalah di waktu tengah malam. Bangunlah ketika malam hari dan lakukan solat sunat diiringi doa dengan menyebut nama   anak kita.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI