Basuh Beras Ikut Lawan Jam, Amalkan Doa Ni. Boleh Lembut Hati Anak & Suami

Share

Cuba kita ingat balik bagaimana cara kita sebelum ini apabila membasuh beras. Adakah ianya sempurna atau acuh tak acuh?

Tetapi kadangkala bukannya kita tidak tahu tetapi selalu terlepas pandang benda yang kecil ini. Ya, ianya nampak kecil tetapi besar kesannya.

Pernah tak kita makan makanan yang mak atau nenek kita masak, sedap dia lain macam kan? Bila minta resepi, kita pun berialah mencuba. Tapi, rasanya tidak sama. Betul kan?

Setiap kali kita tanya pada mak, apa rahsia untuk masak sedap ni, jawapannya tetap sama. Sedap sebab air tangan ibu.

Kita imbas kembali. Ingat tak pesan orang tua-tua, setiap kali kita nak sediakan makanan untuk diri sendiri dan keluarga, jangan lupa untuk baca doa, selawat dan basuh beras tu ikut lawan putaran arah jam.

Kadangkala kita lupa pesanan yang mudah macam ni kan. Tapi banyak manfaat tau.

Mengikut kajian, apabila masakan atau minuman yang kita kacau mengikut arah lawan putaran jam, pusingan itu akan memberikan tenaga positif bagi makanan atau minuman tersebut. Selain tu, kita pun akan rasa bersemangat untuk memasak. Semangat kita tu akan di salurkan kepada makanan yang kita masak.

Adab Basuh Beras Mengikut Islam

1. Menggunakan tangan kanan untuk membasuh.

2. Gaulkan beras arah lawan jam (sama seperti arah tawaf)

3. Membaca ليس لها من دون الله كاشفة
“Laisa la ha min dunillahi kastyifah”

Maksudnya: Tidak ada penyembuh selain dari Allah

4. Ulang basuh sebanyak 3 kali sehingga yakin bersih.

Sambil membasuh beras itu berselawatlah dan amalkan doa.

“Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik darinya” -At Tarmizi.

dan

“Ya Allah, lembutkan hati kami untuk faham agamaMu sebagaimana Engkau lembutkan beras ini hingga menjadi nasi”

Serta

“Ya Allah kau satukanlah hati kami sekeluarga sebagaimana bersatunya beras ini menjadi nasi”

Sumber: blogammar.com

IKLAN