Bedak yang satu ini selalu jadi pilihan kita untuk anak-anak selepas mandi dek kerana baunya yang cukup harum dan wangi.
Pun begitu, syarikat Johnson & Johnson (J&J), pengeluar bedak yang cukup popular ini mengumumkan akan menghentikan penjualan bedak bayi berasaskan talkum secara global ini bermula pada 2023. Semuanya selepas desakan dan saman bertalu-talu yang diterima syarikat berkenaan.
Syarikat itu mengumumkan perkara terbabit selepas lebih dua tahun menamatkan penjualan produk itu di Amerika Syarikat yang mengundang ribuan saman berhubung keselamatan pengguna.
Malah menurut Dr Rizal Abu Bakar, bedak kesukaan ramai ini didakwa berpotensi menjadi penyebab kepada penyakit kanser. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
Pernah pakai bedak ni? Atau masih pakai? Rata rata ramai rakyat Malaysia pernah pakai bedak bayi. Bau dia sedap.
Bedak ni mula dijual pada tahun 1894. Lama tu. Hari ni ada announcement. Bedak ni akan dihentikan pengeluaran dan pengedaran di Kanada dan US.
Sepanjang puluhan tahun di pasaran bedak ni, pengeluar disaman 38,000 kali. Ramai wanita dakwa mereka terkena kanser ovari sebab guna bedak ni.
Ads
Pengeluar dah kena bayar 4.1 bilion USD kepada 22 orang penyaman. Mahkamah Missouri yang tetapkan. Dari jumlah 22 orang, seorang penyaman dapat bayaran USD2 bilion.
Dari 22 orang, 6 dah meninggal sebab kanser ovari semasa verdict mahkamah.
Kenapa kena saman? Dikatakan dalam bedak corn starch ni ada asbestos. Boleh sebabkan kanser. Pengeluar nafikan. Macam biasa.
Reuters laporkan hasil siasatan mereka pada 2018 dapati ada asbestos. Laporan dalaman juga sebut asbestoa dijumpai dari tahun 1971 hingga tahun 2000.
Cuba check ada lagi tak bedak ni kat rumah. Atau tahu tak siapa guna lagi. Kita kena hati hatilah. Kesian kat bayi kan kalau masih guna.
Ads
Boleh baca details di laporan di bawah ni. Boleh buat conscious decision lepas baca. Anda putuskan.
Terdahulu, pada 2020, Johnson & Johnson mengumumkan pihaknya akan menghentikan penjualan bedak bayi talkum di AS dan Kanada kerana permintaan menurun berikutan maklumat salah mengenai keselamatan produk ketika banyak saman mengenainya.
Syarikat itu berdepan kira-kira 38,000 saman daripada pengguna dan mereka yang terselamat mendakwa produk talkumnya menyebabkan kanser akibat pencemaran dengan asbestos, sejenis karsinogen yang diketahui.
Di kala usia sekecil tiga tahun, sepatutnya dunia anak kecil hanya dipenuhi dengan tawa dan belaian kasih sayang. Namun, siapa sangka seorang kanak-kanak perempuan di Yunnan, China terpaksa menanggung detik ngeri apabila sebilah pisau tertusuk di kepalanya.
Lebih menyayat hati, si kecil itu tetap kelihatan tenang ketika berjalan masuk ke hospital ditemani ibunya, seolah-olah tidak memahami betapa seriusnya kecederaan yang dialami. Kejadian yang berlaku pada 15 Ogos lalu itu dilaporkan berpunca apabila ibunya sendiri tanpa sengaja menikam anaknya ketika cuba menakut-nakutkan dengan senjata tajam yang disimpan di bawah bantal.
Doktor memberi amaran agar pisau berkenaan tidak dicabut sendiri kerana tindakan tersebut boleh menyebabkan pendarahan serius atau kecederaan lebih parah.
Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke bilik pembedahan bagi mengeluarkan pisau berkenaan dan dia kini berada dalam keadaan stabil selepas rawatan intensif.
Rakaman kejadian yang tular di media sosial menunjukkan kanak-kanak tersebut berjalan dengan tenang bersama ibunya sehingga memasuki bilik pembedahan.
Pengguna media sosial di China memuji keberanian luar biasa mangsa yang digambarkan lebih tabah daripada kebanyakan orang dewasa.
Namun insiden tersebut turut mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat mengenai aspek keselamatan kanak-kanak di rumah.
Orang ramai menggesa ibu bapa lebih berhati-hati serta memastikan barang tajam disimpan dengan selamat agar tragedi seumpama ini tidak berulang.
Tahun kedua si kembar Medina Safiya dan Medina Sofiya menyambut Aidilfitri tanpa ibu tercinta. Biarpun tanpa kehadiran seorang ibu, Safiya dan Sofiya tetap merasai kegembiraan menyambut hari raya seperti kanak-kanak lain.
Menggayakan baju kurung yang disediakan oleh abinya ternyata gelagat mereka sentiasa menjadi perhatian ramai.
Bagi sesetengah pihak, menyiapkan keperluan anak-anak biasanya diserahkan pada isteri namun bagi Syazwan Najmi Zulkarni, semua itu atas tanggungjawabnya.
Melihat amanah isteri ini membuatkannya lagi semangat untuk membesarkan mereka. Lagi-lagi sekarang kedua-duanya makin panjang akal dan sentiasa buatkan hati terhibur.
Menerusi perkongsian Syazwan di Facebooknya, dia berkongsi gambar hari raya sekeluarga di mana gelagat si kembar memakai baju kurung sedondon sambil membawa ‘handbag’.
Gambar tiga beranak ini dirakam berdekatan dengan rumah mereka dan masing-masing disiapkan dengan kemas sekali apabila abinya membuat tocang pokok kelapa pada rambut Safiya dan Sofiya.
Muat naik gambar tersebut juga menunjukkan Syazwan bersyukur masih diberi peluang menjaga anak perempuannya dan sentiasa meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.
Sebelum ini media melaporkan arwah isteri Syazwan, Siti Nur Nasuha Shafie, 23, meninggal dunia selepas melahirkan bayi kembar perempuan mereka 31 Mac 2020. Pemergian arwah isteri tanpa apa-apa pesan itu sungguh mengejutkan ditambah pula dengan kehadiran anak kembar.
Namun kecekalan hati Syazwan yang menjaga amanah isteri itu sentiasa mendapat sokongan kedua-dua belah keluarga. Bukan itu saja, kisah bapa muda ini juga telah mendapat perhatian pihak istana Kelantan ketika si kembar ini berusia 5 bulan.
Kunjungan pasangan diraja, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan isteri, Cik Puan Sofie Louise Johansson ke kediaman Syazwan benar-benar buatkannya lagi bersemangat.
Pada kunjungan tersebut, Tengku Mahkota berpesan kepadanya agar menjaga dua amanah itu dengan baik dan tabah dalam membesarkan mereka malah jangan keberatan untuk memaklumkan jika mempunyai sebarang masalah.
Semoga Medina Safiya dan Medina Sofiya terus membesar dengan sihat dan sentiasa menjadi bidadari buat abi dan ibu yang menunggu mereka di syurga.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Trauma buat bapa ini apabila melihat sendiri anak tersayang ditarik oleh buaya dan maut depan matanya sendiri.
Menerusi perkongsian yang tular di Facebook, lelaki berkenaan bersama anaknya dipercayai sedang berkayak. Malangnya, mereka disambar oleh seekor buaya sewaktu berada di kawasan kejadian.
Menurut laporan Astro Awani, seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun dibaham buaya ketika mendayung sampan bersama bapanya di perairan Pangkalan Marin, Lahad Datu pagi 1 Disember.
Dalam kejadian sekitar jam 10.05 pagi itu bapa mangsa turut cedera di beberapa bahagian badan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.25 pagi.
Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bomba digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
“Operasi turut dibantu anggota Pasukan Polis Marin dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Terdapat dua mangsa yang terlibat iaitu seorang lelaki Palauh dan kanak-kanak lelaki dipercayai diserang buaya ketika mendayung sampan di lokasi kejadian,” katanya.
Menurutnya, lelaki terbabit berjaya diselamatkan oleh orang awam dan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan, manakala anaknya pula masih hilang dipercayai dibaham buaya.
“Mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Lahad Datu menaiki ambulan untuk menerima rawatan susulan.
“Pasukan bomba masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat bersama agensi lain di sekitar perairan lokasi kejadian,” katanya.
Difahamkan, ketika kejadian yang mencemaskan itu sedang berlaku, si bapa cuba bergelut dengan reptilia berkenaan untuk menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa buaya.
Malangnya, dia tewas bertindak sedemikian, sebaliknya mengalami kesan gigitan buaya yang agak serius.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.