Bawang putih memang kaya dengan nutrien. Tidak hairanlah masyarakat Barat menggelarkannya sebagai superfood. Namun, jangan diambil berlebihan. Dua hingga empat ulas setiap hari sudah memadai.
Sama seperti herba yang lain, cara pengambilan bawang putih yang terbaik adalah dengan memakannya secara mentah. Mungkin sesetengah orang berasa payah untuk menelan bawang putih yang belum dimasak disebabkan oleh baunya yang kurang menyenangkan.
Sebenarnya senang saja untuk menghilangkan bau bawang putih, caranya adalah dengan meminum air lemon ataupun mengunyah daun pudina.
Selain dimakan mentah, anda boleh cuba bawang putih bakar. Rasanya lebih sedap, manis dan lebih senang dimakan. Apabila mahu dibakar, jangan bakar terlalu lama. Lebih kurang 10 minit sudah mencukupi.
Dalam pada itu, mari ketahui khasiat yang bakal anda peroleh dengan memakan bawang putih sama ada mentah atau dibakar.
Mengurangkan angin
Ads
Untuk mengeluarkan angin dalam badan, anda sangat digalakkan untuk makan bawang putih bersama hidangan makanan berpantang.
Bakar dua ulas bawang putih di atas api dapur bersama dengan kulitnya sekali. Setelah nampak garing, buang kulit dan makanlah bawang putih tersebut. Tidak lama kemudian, hasilnya akan dapat dirasai.
Menambahkan tenaga fizikal
Keletihan yang anda alami selepas melalui proses bersalin, dapat diatasi dengan mengamalkan bawang putih. Jika diamalkan secara konsisten semasa tempoh berpantang ini, ia mampu menambahkan tenaga fizikal, daya kekuatan dan stamina anda.
Ads
Mengawal berat badan
Bawang putih mampu meningkatkan tahap metabolisme badan serta menghentikan penghasilan sel-sel lemak dalam badan. Campuran bawang putih, madu dan cuka juga elok diminum selalu kerana ia sangat berkesan untuk membuang lemak daripada badan.
Mengatasi masalah rambut gugur
Ads
Istimewanya, komponen bersifat sulfur allicin dalam bawang putih boleh membantu mengatasi masalah rambut gugur. Jadi, dapatlah anda mengelakkan diri daripada mengalami masalah ini selepas bersalin.
Sebelum tidur, ambil beberapa ulas bawang putih dan lumatkan. Sapu pada kulit kepala, terutama pada bahagian rambut banyak gugur. Untuk meningkatkan lagi keberkesanannya, campurkan dengan sedikit minyak kelapa sebelum menyapu ke rambut. Keesokan harinya, syampu dan bilas rambut dengan sempurna.
Kurangkan tekanan
Serotonin merupakan suatu bahan kimia yang dihasilkan dalam badan dan ia amat penting dalam pengawalan emosi dan tingkah laku seseorang. Kadar serotonin yang tinggi di dalam otak manusia akan memberi kesan-kesan kestabilan emosi seperti perasaan tenang, mudah tidur dan dapat mengatasi perasaan murung.
Penyelidikan kumpulan saintis dari Perancis telah mendapati bahawa vitamin B-6 yang terkandung di dalam bawang putih dapat membantu meningkatkan dan melancarkan penghasilan dan pelepasan serotonin dalam badan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Allahuakbar! Sedih tak dapat nak dibayangkan jika kita berada di tempat ibu bapa adik Ayra Safiyya.
Sungguh hebat ujian yang dilalui oleh mereka. Jika kita sendiri diuji dengan anak sakit sikit pun rasa dah tak mampu apatah lagi dengan ujian dan dugaan berat buat ibu ayah adik Ayra.
Melalui perkongsian ibu adik Ayra, Zalwani Zulkifi di Facebook dia berkongsi keadaan anaknya dan memohon orang ramai membantunya untuk dapatkan rawatan yang terbaik buat Ayra.
Tak salah rasanya kita sama-sama doakan kesembuhan buat adik Ayra dan ketabahan buat seluruh ahli keluarganya.
Berikut perkongsian ibunya di FB…
Perkembangan 17 April 2019
Ayra Safiyya…
Kedudukan ayra dah tak mcm dulu…bdn nya melengkung…punca? mungkin sawwan atau 0tak dia dah tak blh kawal bdn dia dah…
ari ni kalau dibenarkan balik…nk cuba berubat kg…utk sawan dia. dia blh lurus bdn dah ok rasanya…kesian…nmpk seperti menahan sakiit…
klau ade sesiapa yg pernah mengalami keadaan seperti ini..blh la dm dan share dgn sy..ape yg perlu sy buat…
terima kasih atas doa semua dan sumbangan ikhlas anda..
moga Allah memudahkan segala urusan kalian semua atas kebaikan utk anak syurga sy ni Aamiin..
Perkembangan 11 April 2019
semoga puteri ummi dan ayah ni cpt sembuh…cpt kua wad….
ari ni besday ayah…happy birthday ayah..ayra kata….happy birthday abg…ummi kata…sory..takde surprise utk ayah…ummi duduk wad jaga adik…
semoga ayah pjg umur dan murah rezeki…dan sihat selalu….Aamiin…
Ia mungkin tidak banyak berlaku tetapi kecuaian boleh mengundang keadaan ini. Pulled elbow atau sendi siku teralih boleh terjadi tanpa disengajakan.
Pulled elbow kerap terjadi pada kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah. Ia adalah keadaan berpunca daripada kecederaan pada bahagian tisu lembut pada bahagian sendi siku. Ia juga sering kali berlaku jika kanak-kanak atau bayi diangkat bayi dengan cara menarik tangannya.
Sentapan kuat
Pulled elbow atau dipanggil sebagai ‘nursemaid’s elbow’ ini kerana kerap juga berlaku ketika kanak-kanak berada dalam jagaan pengasuh. Keadaan ini boleh terjadi tanpa disedari iaitu melalui cara anda mengangkat atau memegang si manja pada tangannya atau menyentap tangan anak secara tiba-tiba. Ini menyebabkan tulang pada sendi siku anak teralih dan terkeluar daripada soket sikunya.
Sentapan atau perbuatan menarik tangan anak secara keras dan tiba-tiba boleh menyebabkan kepala dan pangkal tulang radius terkeluar daripada annular ligament dan menyebabkan tulang itu tertonjol keluar, kesakitan dan pergerakan siku dan tangan jadi terbatas.
Misalnya apabila menarik anak dalam situasi seperti tertinggal di dalam lif, tertinggal di tangga eskalator atau untuk mengelakkan daripada dilanggar kenderaan. Pulled elbow ini dapat dikesan oleh doktor pakar menerusi imbasan X-ray atau pemeriksaan fizikal.
Tanda-tanda pulled elbow
Siku anak tiba-tiba bengkak.
Menangis tiba-tiba.
Dalam kes teruk, tulang radius boleh kelihatan timbul.
Sehingga 10 tahun
Kecederaan ini kerap berlaku pada bayi baru lahir sehingga berusia 10 tahun namun paling kerap terjadi pada kanak-kanak usia satu hingga tujuh tahun. Ini kerana pada lingkungan usia ini, tulang dan ototsi kecil masih belum matang dan memudahkan kecederaan tersebut berlaku.
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami kecederaan ini akan mengadu sakit pada sendi siku, siku mungkin bengkak, tulang tertonjol keluar dan pergerakan sendi siku jadi terbatas. Bagi si manja yang masih belum boleh bercakap, hal ini akan menyebabkan dia menangis dan kelihatan tidak selesa.
Elak urut tradisional
Sekiranya anak anda mengadu sakit pada sikunya segera bawa dia berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal mengurangkan risiko kecederaan lebih teruk pada si kecil. Ujian X-ray perlu dilakukan untuk memeriksa keadaan sendi siku anak bagi memastikan adakah ia terkeluar dan ada atau tidak kepatahan tulang berlaku.
Jika anda merujuk anak ke hospital, masalah sendi yang terkeluar akan dimasukkan kembali ke dalam soket secara manual selepas anak diberi bius. Doktor biasanya akan mengulangi ujian X-ray selepas prosedur ini bagi memastikan ia telah kembali ke tempat asal. Anak juga akan dipasang dengan simen atau back slap selama satu hingga dua minggu bagi membolehkan tisu yang koyak pulih.
Sekiranya tidak diberikan rawatan, anak anda akan berisiko kecederaan serius dan berisiko tinggi untuk mengalami keadaan ini.
Kelewatan sendi dimasukkan kembali boleh menyebabkan pergerakan sendi siku jadi terbatas, bentuk siku membengkok dan tulang tertonjol.
Sendi ini akan menjadi longgar. Lebih malang lagi sekiranya anak anda mendapat radang sendi siku atau osteoarthritis akibat kelewatan ini.
Perulangan kes pulled elbow pada masa akan datang.
Diingatkan agar tidak membawa anak mendapatkan rawatan urutan tradisional kerana proses memasukkan sendi yang terkeluar ke dalam soketnya amat menyakitkan. Hal ini boleh menyebabkan trauma yang amat kuat kepada si kecil!
4 perkara perlu elak untuk hindari pulled elbow
Bagi mengelakkan kecederaam ini berlaku atau berulang kembali, ibu bapa perlu bersikap prihatin dan tidak memandang mudah hal ini. Elakkan sama sekali daripada melakukan tiga perkara ini.
Elakkan daripada suka menghayun si kecil dengan memegang pada bahagian pergelangan tangan.
Hindari daripada menyentap atau menarik tangan anak anda dengan keras dan kuat terutamanya dalam situasi panik.
Untuk mengangkat atau mendukung anak, amalkan mengangkatnya dengan cara memegang badan atau pada bahagian bawah lengan.
Elakkan cara mengangkat anak daripada posisi berbaring dengan cara menarik tangannya dengan kuat dan cepat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sanggup mengambil risiko demi zuriat yang telah lama dinantikan, dua hari lalu pelakon Abby Abadi telah melahirkan seorang bayi lelaki seberat 540gram.
Lahir ketika usia kandungan berusia 24 minggu, zuriat hasil perkahwinan Abby bersama suami, Jai Ezzany merupakan bayi pra matang yang memerlukan perawatan dan penjagaan rapi.
Ibu Susuan Untuk Baby D
Disebabkan dilahirkan secara pra matang, bayi Abby Abadi yang dipanggil baby D sangat memerlukan susu ibu dan rawatan rapi untuk membesar dengan baik.
Melalui instagram Memey Suhaiza dia berkongsi demi baby D membesar dengan sihat, dia sanggup bergabung untuk memberi susu kepada bayi yang dilahirkan itu.
Alhamdulillah hasilnya sangat baik dan Allah permudahkan urusan itu memandangkan susu Abby masih sikit.
Sementara itu, dalam posting instagram suami Abby, Faizal Zakaria berkata buat masa ini kedua-duanya berada dalam keadaan stabil, namun anak mereka perlu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) disebabkan lahir pramatang.
“Alhamdulillah, Allah mempermudahkan segala-galanya. (Bayi lelaki) Selamat dilahirkan pada 10.43 pagi… Cinta saya @abby_abadi112 dalam keadaan stabil. BP (tekanan darah) pun sudah turun.
“Doakan yang terbaik untuk ‘baby’. Sekarang dia berada dalam NICU. Mohon doa sahabat semua untuk Abby dan ‘baby’ ya!” kongsi Faizal menerusi Instagramnya.
Sebelum ini, Abby Abadi telah dimaklumkan terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bayi mereka untuk menyelamatkan nyawa ibu dan anak tersebut. Tambah pula, tekanan darah yang tinggi dan tumpah darah telah berlaku secara tiba-tiba.
Melalui perkongsian Abby di instagramnya juga selepas melalui prosedur pembedahan itu dia memohon orang ramai mendoakan bayi lelakinya itu panjang umur.
Doakan Baby boy kami ni panjang umurnya ye Sahabat. Baru 24 minggu umurnya. Dengan berat 540gm sahaja. Hanya ALLAH sahaja yg mampu menyelamatkan dia.
Bila tahu pasal darah tinggi waktu mengandung ni, macam-macam berlegar difikiran. Yelah dari apa yang dibagitau oleh doktor, dari pengalaman orang keliling, dari bacaan sendiri. seremmmm!! Kalau dulu tak pernah serius fikir nyawa ni boleh diambil anytime… skrg ni… rasa mcm…. berdebar2 jerr… skrg baby dah dilahirkan, tp masih ada lagi risikonya… terasa bagai lilin yg buleh padam bila2 masa je nyawa kami ni.
Mohon ALLAH SWT bagi ruang dan peluang untuk saya dan baby terus menjadi hambaNYA di dunia ini. Semoga ALLAH panjangkan umur baby kami dan nyawa saya juga.. Amin
Sumber: Ig Memey Suhaiza & Faizal Zakaria
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.