Bayi 12 bulan ke bawah tidak perlu suplemen. Paling mustahak berikan mereka susu ibu dan makanan pejal (bagi bayi enam bulan ke atas) yang seimbang.
Menurut Dr. Roliza Ibrahim, Pakar Kanak-Kanak DEMC Specialist Hospital, sekiranya bayi kurang makan sekali pun, kekurangan nutrien boleh ditampung dengan pengambilan susu ibu atau formula. Susu ibu terutamanya mempunyai banyak nutrien penting yang dihasilkan bagi memenuhi keperluan bayi pada semua peringkat usia.
PERBAIKI PEMAKANAN BAYI
“Daripada mengambil suplemen, lebih baik ibu bapa memperbaiki pemakanan anak dengan mempelbagaikan jenis dan seimbang. Bagi bayi yang berusia 6 bulan ke bawah, para doktor kebanyakannya akan mengelakkan daripada membekalkan ubat-ubatan. Sekiranya perlu memberikan ubat-ubatan sekali pun, doktor akan berhati-hati dan memberikan preskripsi ubat-ubatan sekiranya ia benar-benar diperlukan sahaja. Jika anak dalam keadaan sihat, maka suplemen tidak perlu,” kata Dr Roliza.
Kepada bayi berusia 6 hingga 12 bulan yang mengalami masalah kesihatan atau kekurangan nutrisi, pemantauan dilakukan oleh doktor yang merawat berdasarkan carta pertumbuhan bayi untuk satu tempoh. Sekiranya berat badan tidak mencapai tahap yang ditetapkan, bayi sakit atau graf tidak meningkat doktor akan terlebih dahulu mencadangkan ibu bapa menukar jenis/ jenama susu (formula) atau memperbaiki kualiti dan variasi pemakanan bayi.
Pemberian suplemen hanya dilakukan setelah pemantauan doktor mendapati bayi memerlukannya. Ia termasuk keputusan ujian darah dan catatan graf pertumbuhan. Setelah semua faktor diambil kira, barulah suplemen diberikan kepada bayi dalam satu tempoh yang singkat.
Ads
Minyak ikan dan prebiotik dicadangkan pengambilannya kepada kanak-kanak yang berusia setahun ke atas sahaja sekiranya mereka sering selesema atau batuk.
KENAPA SUPLEMEN TIDAK SESUAI UNTUK BAYI?
Ibu bapa perlu memahami anatomi tubuh bayi di mana kebanyakan organ penting masih belum matang sepenuhnya. Dua organ yang paling terkesan akibat daripada pengambilan suplemen ialah buah pinggang dan hati di mana kedua-dua organ ini perlu menapis dan menyerap bahan lebihan yang dikumuhkan oleh tubuh.
Jika orang dewasa pun boleh mengalami kerosakan buah pinggang dan hati yang kekal akibat pengambilan suplemen, bayi apatah lagi. Oleh itu, ibu bapa berhati-hati lah dalam memberikan makanan tambahan atau suplemen kepada bayi.
Sekiranya zat tersebut sudah mencukupi, tubuh tidak akan menyerap sebaliknya akan disingkirkan dan kedua-dua organ ini. Ini secara tidak langsung menambahkan bebanan kepada kepada orang-organ ini.
Ads
BAYI TIDAK PERLUKAN SUPLEMEN UNTUK KULIT!
Sifat semula jadi kulit bayi ialah gebu dan halus. Bagi bayi yang mempunyai masalah ekzema, Dr Roliza menegaskan pengambilan suplemen bukanlah penyelesaian. Perkara pertama yang perlu difahami ialah kulit kering yang disebabkan oleh ekzema ialah disebabkan oleh kelainan pada kulit yang tidak boleh mengekalkan kelembapan.
Bagi menangani ekzema pada bayi ialah mengelakkan punca pencetus pada peringkat awal dan menyapu krim pelembap untuk membantu kulit sentiasa lembap.
Pengambilan suplemen bukan sahaja tidak selamat untuk jangka masa panjang kepada bayi, malah ia tidak perlu dilakukan kerana tidak akan dapat menghilangkan ekzema seperti yang didakwa.
Ads
DHA DARIPADA IKAN
Susu, sama ada susu ibu atau susu formula sudah memadai untuk menyalurkan zat dan nutrien kepada bayi. Sekiranya ibu bapa mahu bayi mendapat cukup Docosahexaenoic acid (DHA), lebih baik berikan hidangan ikan dalam sajian harian.
Menurut Dr. Roliza ikan mempunyai kandungan DHA yang tinggi dan sangat baik untuk perkembangan otak anak. Ikan seperti salmon dan boleh dimasukkan ke dalam bubur bayi yang berusia 12 bulan ke bawah dan elakkan suplemen.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi tersedak susu biasanya berlaku disebabkan beberapa faktor. Ingat ya meyesal tak sudah bila keadaan ini terjadi pada anak. Kadang-kadang kelalaian dan sikap ambil mudah ibu, pengasuh antara punca boleh berlaku kejadian ini.
Menurut Pakar Pediatrik, Dr Rashdan Zaki Mohamed ada sesetengah ibu atau pengasuh ambil cara mudah dengan meletakkan botol susu pada kedudukan sedikit tinggi seperti meletakkan bantal atau selimut dan kemudiannya biar bayi menghisap sendiri tanpa pemantauan.
Bayi menyusu di mana botol susu diletakkan sedikit tinggi dan pengaliran susu terus ke bayi (seperti dalam gambar). Kemudiannya, ibu bapa atau penjaga….
Pergi ke bilik air dengan fikiran “takpe, 5 minit sahaja” Membuat kerja-kerja rumah dengan fikiran “hebatnya saya – multitasking” Mencapai telefon bimbit atau peranti elektronik lainnya dan melayari media sosial dengan fikiran “hmmm… nak post apa kat FB ni ek. Ha! Feeding baby – done!” Pengasuh memberi beberapa bayi susu botol serentak dengan fikiran “Eh takkanlah nak susukan sorang-sorang. Tak buat kerja lain aku”
Berselang beberapa minit, datang semula untuk “check” bayi dan mendapati bayi sudah; Biru. Pucat. Tidak bergerak. Tidak bernafas.
Apa yang terjadi?
Aliran susu dari botol secara berterusan mengalir ke bayi dengan tarikan graviti. Sedangkan ketika itu bayi sudah tersedak susu. Namun, aliran susu terus mengalir ke dalam mulut bayi. Bayi (atas sebab umur atau sebab tertentu lainnya seperti dibedung dsb) tidak dapat menolak, bergerak dan aliran susu kekal. Ini menyebabkan bayi seolah-olah “lemas” dan semakin banyak susu tersedak dan memasuki peparu. Akibatnya sesuatu yang amat kita kesali – perkara ini boleh membawa maut!
Saya selalu menegur keluarga, sahabat dan ibu bapa lainnya – Jangan lakukan perkara ini. Terkadang ianya membawa maut hanya berselisih beberapa minit. Hatta mahu sebentar ke bilik air atau melakukan kerja rumah.
Sentiasa, jika boleh, teruskan penyusuan ibu (breastfeeding) secara terus (direct). Ini kerana penyusuan ibu memerlukan bayi menghisap dan susu tidak mengalir secara terus (graviti). Jika menyusu botol, pastikan menyusui bayi tanpa meninggalkan bayi seperti gambar. Tinggikan sedikit kepala bayi. Berhenti jika bayi terbatuk atau tersedak semasa penyusuan bayi dan sendawakan bayi selepas penyusuan. Jangan letakkan bayi terus ke posisi meniarap (perut ditekan) selepas penyusuan. Dan jangan beri susu berlebihan (kuantiti susu mengikut umur).
Anda mampu mengubahnya! Malang tidak berbau!
Rashdan Mohamed
Ada banyak lagi perkara yang membimbangkan dalam gambar asal sebenarnya. Tetapi kita fokus tentang susu botol dalam kedudukan seperti dalam gambar sebab ramai ibu bapa, penjaga dan pengasuh melakukannya.
Kredit untuk pemilik gambar dan post FB asal. Kes dalam siasatan. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan atau mengganggu siasatan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada ketikanya, mama dan papa perlu berperang untuk tidurkan bayi. Susahnya mereka nak tidur, apa puncanya?
Apabila anak menjangkau usia 9 hingga 12 bulan dan ke atas, banyak perubahan yang berlaku. Selain perubahan pada fizikal dan waktu ketikanya, mama dan papa perlu berperang untuk tidurkan bayi. Susahnya mereka nak tidur, apa puncanya?
Apabila anak menjangkau usia 9 hingga 12 bulan dan ke atas, banyak perubahan yang berlaku. Selain perubahan pada fizikal yang semakin ketara dan lebih aktif, tidur malam juga kerap tertunda. Ia berkemungkinan disebabkan oleh beberapa kesilapan yang dilakukan oleh mama dan papa tanpa disedari.
Tidur amat mustahak untuk perkembangan bayi dan kanak-kanak. Otak mereka berkembang semasa tidur! Maka elakkan melakukan enam kesilapan ini bagi mengelakkan mama dan papa perlu memaksanya tidur setiap malam.
6 KESILAPAN PERLU ELAK JIKA MAHU ANAK SENANG TIDUR
1.Tidur siang terlalu lama
Ini menjadi salah satu punca utama masalah sukar tidur malam. Apabila bayi tidur siang terutamanya pada waktu petang terlalu lama, mereka akan rasa segar, tidak mengantuk dan bertenaga pada malam hari.
Ia akan menyebabkan sama ada mama dan papa perlu membiarkan anak bermain sehingga mengantuk sendiri awal pagi atau perlu berperang untuk memaksanya tidur dengan cara paksaan yang mana perlu dielakkan. Pesan kepada pengasuh anda untuk tidak membiarkan bayi tidur terlalu lama supaya dia mudah tidur pada waktu malam.
2.Persekitaran bising dan terlalu cerah
Suasana bising dan keadaan pencahayaan yang terlalu cerah boleh menjadi sebab kenapa bagi sukar untuk tidur pada waktu malam. Seelok-eloknya wujudkan suasana yang cosy apabila waktu tidur anak kian hampir. Malapkan pencahayaan dengan memasang lampu meja dan memadamkan lampu siling. Matikan TV dan gajet sekurang-kurangnya 1 jam sebelum waktu tidurnya.
3.Terlebih rangsangan
Elakkan melakukan aktiviti rangsangan seperti bermain permainan yang melibatkan pergerakan fizikal yang aktif dengannya supaya pergerakan badan mula perlahan dan bersedia untuk tidur.
4.Elakkan bergantung kepada alatan
Peralatan seperti buaian seringkali menyebabkan kebergantungan. Kalau tak ada alatan ini, bayi tidak mahu tidur atau amat susah untuk melelapkan mata. Jadi, kalau anda tidak mahu pergantungan pada kemudian hari, elakkan dari membiasakan bayi dengan buaian daripada awal lagi.
5.Elakkan bergantung kepada pergerakan
Membiasakan bayi didodoikan dengan didukung atau didodoikan dengan cara pergerakan. Apabila tidak dapat dua cara ini, ia boleh jadi punca bayi sukar untuk tidur. Seelok-eloknya biarkan bayi tidur di atas tilam. Paling tidak, mama dan papa hanya menepuk pahanya sehingga tertidur.
6.Tiada ada rutin tidur yang tetap
Bayi tidak mempunyai rutin tidur yang tetap akan mengalami masalah untuk tidur. Mama dan papa perlu wujudkan rutin tidur bagi memudahkan mereka tidur. Tapi perkara ini tidak akan berlaku dalam masa yang singkat. Rutin tidur yang seelok-eloknya mula diciptakan pada seawal selepas pantang. Misalnya selepas mandi malam, disusukan malam dan kemudian tidur. Patuhilah rutin ini bertegaslah untuk mengelakkan berperang untuk tidur di waktu malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu hamil mesti rancang nak bagi anak susu ibu kan? Bagaimana buat persiapan untuk melancarakan proses penyusuan anda?
Kalau masih lagi mencari info apa barangan yang perlu ada, ibu-ibu boleh ikut style ibu ini. Puan Izdihar Mohd Noor yang sudah mempunyai tiga orang cahaya mata berkongsi panduan persediaan barangan untuk ibu-ibu bekerja yang nak menyusukan anak dengan susu ibu.
Untuk breastfeeding mommies, i breastfeed both my kids so very important preparation part yang nie plus for a working mom, sebab kena buat stock sebelum start kerja.
1. Steriliser: Ok this one for me i think important, ada banyak brand korang boleh beli. I bought this masa my first born, zaman Azeem lagi. Memag lepas basuh bottle campak dalam nie and sterilised. Sekarang dah banyak yang canggih, korang boleh survey sendiri.
2. Breast Pump: I just bought Medela Freestyle, been eyeing for this brand for so long actually. Tak sabar nak guna. Masa Azeem & Azalea iz guna Philips Avent Single Electric Pump. Memang very handy, sebab dia boleh pump on the go, i use with rechargeable battery. Ke mana-mana sahaja iz pump.
Cuma single pump nie consume a lot of time (45 min to allocate for my pumping session); 2-3 times/day kat office. Dalam kereta 1 time sebab hubby sent me to work, so boleh 1 session. Kena korban masa lunch untuk pump kalau banyak kerja on that day. Before & After work in the car masa nak drop/ pick up baby from day care terus direct feed je. 3. Freemie Collection Cup: Also i just bought, sebab terpengaruh ngan review, boleh pump kat meja office. Mama nak buat 2-in-1 multi task la kononnya. 4. Cooler Bag 5. Milk Storage bottles/ Zip Lock
6. Bottles Liquid Wash: I bought Pureen 7. Feeding Bottles: My kids mmg guna Philips Avent bottles dr dulu. So i bought the same for the 3rd one also. 8. Nursing Butter: Cousin iz yg recommend Palmers Cocoa Butter, and ive been using this since my first born. Memang very good for crack nipples, very useful especially masa first 1 week lepas deliver, confirm crack nipples, baby masa nie tak reti nyonyot lagi. So mommies kena tahan sikit, kuat semangat kalau nak breastfeed baby owkie. 9. Ice Bricks/ Ice Pack
(Not in the picture) 10. Nursing Bra: I bought Autumnz 11. Nursing Pad: I bought Autumnz yang reusable 12. Sticker Labels: Kalau nak letak date EBM on bottles 13. Milk Warmer: Iz beli Philips Avent Warmer, senang nak panaskan EBM
Sekurang-kurangnya dengan panduan berikut, dapatlah anda membuat bajet dan senarai barangan yang hendak dibeli secara berperingkat supaya tidak kelam kabut nanti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.