Seorang bayi berusia 40 hari meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19. Bayi malang itu menerima jangkitan virus selepas dipeluk oleh jiran-jiran yang datang melawat bagi mengucapkan tahniah di atas kelahiran itu.
Sebelum ini, bayi tersebut dibawa ke Hospital Umum Smart Pamekasan di Wilayah Jawa Timur di Indonesia sebelum disahkan positif Covid-19 pada usianya baru 28 hari.
Gambar Hiasan
Dua minggu jalani rawatan sebelum meninggal
Selepas dua minggu menjalani rawatan, bayi tersebut akhirnya meninggal dunia.
Ads
Ketua pasukan petugas Covid-19 tempatan, Syaiful Hidayat berkata, pengesanan kontak mendapati bayi itu mendapat jangkitan daripada jiran-jirannya yang datang melawat selepas baru dilahirkan.
Syaiful memberitahu, kebanyakan jiran memangku dan memeluk bayi baru lahir itu semasa kunjungan ke rumah.
Bayi itu kemudian mula menunjukkan gejala virus seperti batuk, demam dan mengalami masalah pernafasan.
Gambar Hiasan
Menurut laporan, ibu bapa bayi itu menjalani ujian saringan Covid-19 dan disahkan negatif.
Ads
Tambah Syaiful lagi, mereka mendapati penduduk setempat di daerah Tlanakan di kawasan bayi itu tinggal, mempunyai gejala termasuk disahkan positif Covid-19 tetapi tidak menjalani kuarantin sendiri.
Hanya sebiji rambutan, seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun menemui ajal akibat tercekik ketika makan buah tersebut.
Dalam kejadian di Kampung Belakang Masjid dekat Bukit Selambau, Baling, Kedah, usaha untuk menyelamatkan mangsa tidak berjaya walaupun pertolongan awal dah diberikan oleh bapa mangsa.
Berlari sambil menjerit dan memegang leher
Menerusi laporan Berita Harian, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang Jumaat lalu, ketika mangsa, Muhammad Hakim Amsyar Mohd Kasturi, cuba makan buah berkenaan ketika berada di rumah datuknya di situ.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali, berkata sebelum kejadian itu, mangsa melihat bapa serta ahli keluarganya yang lain mengait buah rambutan di depan rumah datuknya.
Beliau berkata, Muhammad Hakim Amsyar dikatakan mengambil sebiji rambutan sebelum mengupas dan memasukkannya ke dalam mulut.
“Namun secara tiba-tiba, mangsa terus berlari ke arah abangnya sambil menjerit dan memegang leher.
“Bapanya kemudian cuba membantu dengan menepuk bahagian belakang mangsa tetapi tidak berhasil,” katanya.
Syed Basri berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kuala Ketil, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.
“Bedah siasat mendapati tiada kecederaan dan unsur-unsur jenayah pada badan mangsa.
“Pegawai Perubatan di klinik terbabit berjaya mengeluarkan sebiji buah rambutan daripada dalam mulut mangsa. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
“Saya terkejut apabila panggilan telefon disambut anak sulung yang menangis memaklumkan suami tidak sedarkan diri,” kata Nurul Ain Mohd Razip, 31.
Suami ada mengadu sakit dada
Suaminya, Mohd Ashraf Rosli, 35, meninggal dunia di dalam kereta ketika menunggunya menghadiri temu duga di sebuah hospital swasta di Bangsar, kelmarin (18 Disember).
Menceritakan detik memilukan itu, Nurul Ain berkata, dia menghadiri temu duga sebagai jururawat di hospital berkenaan sementara suami serta tiga anaknya berusia 10 bulan hingga enam tahun menunggu di dalam kereta.
Rasa tak sedap hati, whatsapp tak balas
Menurutnya, dia tidak sedap hati selepas suaminya memaklumkan dia mengalami sakit di dada ketika menghantarnya semalam.
“Ketika sedang menunggu giliran, saya berbalas Whatsapp dengan suami kerana bimbangkan keadaannya.
Anak sulung jawab panggilan sambil menangis
“Kira-kira 3.45 petang, saya menghubungi telefon bimbit suami kerana kiriman Whatsapp tidak berjawab.
“Terkejut apabila panggilan saya disambut tangisan anak sulung yang memaklumkan suaminya tidak bergerak,” katanya kepada Harian Metro.
Beliau berkata, suaminya yang bertugas di bahagian teknologi maklumat hospital sama bagaimanapun tidak dapat dikesan di parkir kakitangan.
Orang awam nampak anak-anak menangis dalam kereta
Katanya, mujur ada orang awam yang melihat anaknya menangis di dalam kereta sebelum meminta bantuan pengawal keselamatan untuk memberikan bantuan kecemasan.
“Selepas menemui kereta di parkir suami di bahu jalan, ambulans segera membawanya ke bahagian kecemasan untuk bantuan namun tiada respons.
“Suami kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.
Katanya, jenazah suaminya dikebumikan di Bercham, Ipoh selepas selesai bedah siasat selesai dijalankan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Annuar Omar ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
“Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka setelah menunggu empat tahun lebih untuk menimang zuriat sendiri, akhirnya Allah makbulkan juga hasrat untuk bergelar ibu. Lagi teruja apabila kandungan yang dinantikan itu adalah anak kembar.
Bagi Nor Azlinee, 32, ibu kepada anak kembar lelaki yang dipanggil ‘Korea Jepun Kelate’ rezeki dapat dua anak sekaligus sesuatu yang tak disangka sama sekali. Rasa tak percaya kerana masa awal tahu diri hamil dan buat scan ketika kandungan 6 minggu, doktor hanya nampak satu kantung sahaja.
Namun kuasa Allah, bila buat scan lagi sekali ketika usia kandungan 3 bulan, doktor terkejut kerana nampak ada lagi satu kantung tetapi degupan jantung belum ada. Doktor beritahu kemungkinan besar akan dapat kembar cuma kena lihat lagi sekali sama ada bayi dalam kantung kedua ini boleh membesar atau tidak.
Setelah buat pemeriksaan kehamilan seterusnya, barulah doktor sahkan bayi yang berada di kantung kedua itu sihat.
Dapat rasa kelahiran normal dan czer serentak
Menurut Azlinee, proses kelahiran si kembar ini unik kerana seorang dilahirkan normal, seorang lagi dilahirkan secara pembedahan. Sepatutnya, doktor dah beri tarikh untuk melahirkan secara czer tetapi ketika kandungan 37 minggu 4 hari, dah ada tanda nak bersalin.
Apabila sampai di hospital terus ke labour room dan dapat merasai nikmat bersalin normal. Waktu dilahirkan saya nampak bayi pertama keluar itu masih lagi dalam kantung dan pelik sebab rambut dan keningnya putih.
Tetapi disebabkan masih lemah, saya tak sempat nak fikir kerana ada seorang lagi perlu dikeluarkan. Namun rezeki untuk kelahiran normal bayi kedua tak dapat kerana dah habis tenaga serta doktor risau bayi lemas.
Jadi terpaksalah dilakukan pembedahan dan alhamdulillah bayi kedua selamat lahir dengan berat 3.1 kilogram manakala bayi pertama seberat 2.1 kilogram.
Selepas selamat melahirkan bayi, doktor jelaskan kepada kami suami isteri bahawa salah seorang kembar yang dilahirkan ini sangat special kerana dalam kategori albino tetapi sihat sempurna.
Doktor beritahu tak perlu nak risaukan apa-apa cuma hanya buat follow up sahaja bagi memastikan semuanya ok. Alhamdulillah sekarang kedua-duanya dah usia 6 tahun dan mereka berdua membesar dengan sihat.
Semua tak percaya Sollehin & Asyraf kembar
Apa yang melucukan, pergi mana-mana orang tak akan percaya pun mereka adalah pasangan kembar. Sebab tak sama seperti anak kembar yang lain. Malah minat mereka dan makanan kegemaran pun sangat berbeza.
Contohnya bila bab makan, Sollehin (berambut putih) lebih suka makan ulam-ulaman, sayur-sayuran, buah-buahan tempatan. Manakala adiknya, Asyraf (kulit sawo matang) lebih memilih makan dan lebih suka makanan ala western dan buah-buahan import seperti epal, pear atau oren.
Begitu juga kalau kartun kegemaran, Sollehin lebih gemar kepada cerita kartun seperti Omar Hana atau Upin Ipin tetapi Asyraf lebih kepada cerita Ultraman atau Spiderman. Jadi bila nak tengok TV mesti akan berebut.
Tambah Azlinee lagi, sebagai ibu, melihat si kembar membesar dengan sihat walaupun berbeza tingkah laku dan minat mereka ada keistimewaan. Alhamdulillah kedua-duanya susah sakit.
Lagi satu bila salah seorang tiada, pasti akan terus bertanya. Mereka tak boleh berpisah lama-lama. Bab ni memang nampak keakrabannya.
Kredit: Nor Azlinee
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.