Bayi 8 Bulan Tersedak Serpihan Besi Dawai Penapis Ketika Makan Bubur Nasi

Share

Bila ada anak kecil ni mata ibu ayah kena sentiasa peka. Kadang bila sesuatu perkara nak berlaku sekejap je. Tak semestinya dari anak je tetapi kita pun ada masanya terlepas pandang.

Seperti yang tular di media sosial, bayi 8 bulan tersedak penapis dawai apabila ibunya tidak perasan ada serpihan besi dawai dalam bubur anaknya. Kejadian ini dikatakan berlaku di Vietnam.

Sebelum ni kita selalu dengar berita dawai kokot dalam makanan orang dewasa namun kali ini berlaku pula dalam makanan bayi kerana kecuaian ibu ketika menyediakan makanan anak.

Buat ibu-ibu semua, tolonglah berhati-hati. Sebaiknya janganlah pakai penapis macam ini atau apa saja peralatan yang ada dawai dalam penyediaan makanan anak.

Sekiranya rasa nak lumatkan lagi, kisar je bubur tu bagi betul-betul halus. Selepas tu sebelum nak suapkan makanan pada anak, tolong perhatikan dahulu. Bayi tak tahu apa. Yang mereka nampak hanya makanan itu sahaja.

Ingatlah dalam apa sahaja yang kita lakukan, bila ada anak kecil ni kena lebih extra penjagaan. Begitu juga bila anak menyusu. Tetap kena perhatikan untuk mengelak kejadian tersedak susu. Ini pun antara kes yang selalu berlaku dalam kalangan bayi.

Sumber: Nurasykin Ali
Breastfeeding Peer Counselor 
#kakekinkongsiinfo

ARTIKEL MENARIK [Wahai Ayah, Buatlah Petua Ni Ketika Anak Masih Kecil. Berlelah-lelah dahulu, Besar Nanti Anak Akan Lebih Rapat]

LAGI ARTIKEL MENARIK [Mainan Anak Banyak & Bercampur, Cara Ibu Ini Guna Teknik Konmari Lebih Kemas]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN