Biarpun lampin sudah ditukar dan bayi telah diberikan susu, dia tetap menangis. Sesetengah ibu ayah pasti buntu apakah punca yang menyebabkan si manja menangis tanpa henti. Apabila ditepuk pada bahagian perut, terasa seperti ada angin di dalamnya. Masalah kolik boleh menjadi sebab mengapa bayi menangis kerana mereka merasa tidak selesa pada bahagian perut.

Bayi Asyik Menangis, Tak Sampai Hati Tengok. Bila Periksa, Rupanya Kembung Perut

 

Kembung perut atau kolik berlaku disebabkan sejumlah kecil udara akan masuk dalam badan bayi semasa bayi minum susu atau menangis.Apabila gelembung udara terdapat dalam perut, ia akan membuatkanbayi berasa tidak selesa.

Artikel Menarik: [Bayi Tak Sedap Perut, Asyik Meragam. Rupanya Minum Susu Dari Botol Yang Rosak]

IKLAN

Lazimnya bayi akan menangis apabila mengalami kolik.Tanda bayi kolik ialah bayi berumur kurang tiga bulan, menangis cara menjerit, kaki ditarik ke dada semasa menangis.

Bayi Asyik Menangis, Tak Sampai Hati Tengok. Bila Periksa, Rupanya Kembung Perut

Waktu tangisan hampir sama setiap hari. Menangis adalah cara untuk mengeluarkan udara perut. Jadi jangan terlalu panik apabila bayi menangis, perlu banyak bersabar. Kekal tenang apabila bayi anda menangis tanpa henti.

Tahukah anda bahawa, keadaan tersebut berlaku pada bayi dalam tempoh beberapa minggu pertama kelahiran. Kira-kira 40 peratus daripada bayi-bayi di seluruh dunia mengalami situasi ini.

Setelah lahir saluran gastrousus menyesuaikan diri dengan fungsi baharu dalam badan. Keadaan ini mungkin menyebabkan bayi tersebut menghadapi gejala-gejala seperti kembung perut, muntah-muntah, perut berangin, sembelit dan cirit-birit ringan.

IKLAN

Artikel Menarik: [Ubat Demam Tak Habis Simpan Dalam Peti. Cepatkan Pembiakan Bakteria, Tak Elok Bagi Anak]

Bayi Asyik Menangis, Tak Sampai Hati Tengok. Bila Periksa, Rupanya Kembung Perut

Bagi ibu ayah (kebanyakan yang first timer), tidak tahu apa yang boleh dibuat bagi menenangkan si manja. Anda boleh mencuba cara-cara ini:

Bayi Asyik Menangis, Tak Sampai Hati Tengok. Bila Periksa, Rupanya Kembung Perut

IKLAN

Artikel Menarik: [Comelnya Tengok Anak Senyum Ada Gigi Cantik, Rupanya Kena Pilih Ubat Gigi Yang Sesuai Umur]

  1. Dukung bayi anda. Dekatkan dengan dada dan peluk dirinya. Bayi akan rasa selamat seakan berada dalam rahim.
  2. Untuk redakan tangisan bayi yang mengalami kolik, mengambil masa anggaran lima hingga 20 minit, namun ia bergantung kepada bayi itu.
  3. Biasanya bayi kolik akan tertidur keletihan dalam dakapan setelah menangis dalam tempoh yang lama.
  4. Bahaya jika membiarkan bayi menangis terlalu lama kerana ia mungkin akan mengundang risiko sawan tangis. Bayi juga akan keletihan dan tidak cukup tidur.
  5. Bila bayi sudah menangis, cuba urut tapak kaki dan tapak tangan. Selain itu, sendawa bayi setiap kali selepas minum susu. Sendawa membantu mengeluarkan angin yang terkumpul dalam perut bayi.
  6. Segera berjumpa doktor jika masalah ini berlarutan sehingga berhari-hari untuk pemeriksaan lanjut.

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI