Elakkan daripada mencium, gomol atau sentuh bayi kecil, tidak kira anda sihat atau tidak. Jaga adab dan tingkah laku semasa kunjungan beraya. Apatah lagi kalau melawat baby newborn & ibu bersalin. Bukan apa, apa yang anda lakukan mungkin boleh memudaratkan bayi!
Tidak dinafikan bayi kecil memang comel dan boleh buat kita geram. Bau wangi dan segala tentang mereka cukup indah hingga buat hati menjadi sayang. Tindakan mencium bayi terutama yang baru lahir patut dielakkan, tambahan pula jika anda tidak tahu tahap kesihatan dan kebersihan diri ketika itu.
Bayi dan kanak-kanak sedang memperkuat sistem pertahanan tubuh. Bayi pada bulan pertama kehidupan mempunyai sistem imun yang tidak cukup untuk menangani virus tertentu dan apabila mereka dijangkiti ia akan cepat merebak melalui aliran darah dan menjangkiti banyak organ. Tambahan lagi sekiranya bayi tersebut lahir pramatang. Ini antara sebab kenapa bayi perlu disusukan dengan susu ibu untuk menguatkan antibodi badan.
JANGKITAN MUDAH BERLAKU
Sebilangan besar punca jangkitan kepada bayi ialah daripada bakteria dan virus. Seperti baru-baru ini berlaku di Kanada di mana bayi kecil dijangkiti viral meningitis yang disebabkan oleh virus HSV-1 yang mengakibatkannya meninggal dunia.
Ibu bapanya tidak tahu yang anak mereka telah dipegang/ dicium oleh seseorang yang mengalami herpes simplex virus type 1 pada sekitar mulutnya. Jangkitannya tidak memudaratkan orang yang dijangkiti tetapi boleh merebak menerusi apa yang dicium dengan mulutnya atau melalui sentuhan daripada tangan yang dilekati virus terbabit.
Semoga ia menjadi iktibar agar tidak sewenang-wenangnya mencium atau memegang bayi sekiranya anda tidak tahu tahap kebersihan dan kesihatan diri ketika itu.
JAGA ADAB
Tingkah laku ini mungkin agak sukar untuk diterapkan dalam masyarakat yang sudah terbiasa dengan tabiat suka mencium, menyentuh dan ‘membelek’ bayi kecil semasa melawat/ berjumpa.
Kesedaran perlu dipertingkatkan semoga apa yang salah tidak dibiasakan. Senoleh-bolehnya jangan melawat bayi kecil sekiranya anda sedang sakit. Namun jika tidak dapat dielakkan, pakai topeng muka dan jangan lupa pakai hand sanitizer. Elakkan sama sekali diri anda daripada menyentuh bayi.
IBU BAPA & KELUARGA MAIN PERANAN
Jika sekiranya anda sebagai ibu bapa kepada bayi baru lahir, beritahu ahli keluarga atau rakan-rakan yang ingin melawat supaya memaklumkan sebelum datang. Tanya keadaan kesihatan mereka, sekiranya kurang sihat, beritahu agar jangan menyentuh bayi.
Sediakan peralatan seperti topeng, hand wash dan hand sanitizer untuk tetamu sebagai langkah berjaga-jaga. Terangkan sebab apa anda tidak boleh berikan tetamu menyentuh/ memegang bayi.
Penerangan dengan cara yang baik dan lemah lembut tentu tidak menyentuh hati tetamu terutama sekali yang lebih tua. Anda juga dinasihatkan agar memastikan bayi mengambil suntikan vaksin yang dijadualkan Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia.
Herba adalah sumber terbaik menghangatkan badan. Antaranya adalah habbatus sauda, halia, kunyit, rempah ratus dan buah seperti kurma dan buah tin.
Menurut perawat dan konsultan Qulusa Therapy, Puan Nur Syatira, ramai ibu berpantang risau untuk mengamalkan herba yang panas. Anda tidak perlu takut untuk makan herba yang panas ketika berpantang selagi dos yang diambil sedikit dan sederhana.
Apa yang menjadi masalah ialah apabila ia diambil secara berlebihan dan tiada keseimbangan antara herba panas dan sejuk.
Tip Pengambilan herba
Lada hitam dan habbatus sauda haruslah dimakan bersama dengan jus epal, jus roselle atau jus asam jawa bagi mengimbangi panas pada lada hitam dan habbatus sauda.
Manfaat Herba Kepada Wanita Berpantang
Halia
Halia bukan sahaja menghilangkan angin di keseluruhan badan. Masalah kembung, sebu dan sakit perut pun tiada. Ia juga boleh menyembuhkan luka bersalin yang bukan sahaja di bahagia luaran, malah dalam juga.
Dengan mengamalkan halia semasa berpantang, lendir dalam rahim iaitu darah nifas dapat dikeluarkan dengan lebih cepat. Khasiat lain halia ialah ia sangat membantu dalam penghadaman makanan, menghilangkan bau mulut, menambah tenaga dan menjadi ejen awet muda dengan menghalang kedutan kulit.
Asam Jawa
Asam jawa bukan setakat untuk menambah masam dalam makanan pantang yang disediakan. Ia turut bermanfaat untuk membantu anda menurunkan berat badan.
Ia juga elok dibuat masker kulit. Amalkan sebelum mandi pagi. Selepas tempoh berpantang, anda bukan sahaja boleh memperoleh badan yang langsing, malah muka pun mulus berseri.
Kunyit
Kunyit bersifat panas dan boleh meningkatkan pengaliran darah ke kulit. Jadi, amalan meminum air perahan kunyit dikatakan boleh menaikkan seri wajah ibu berpantang. Malah ia juga dipercayai boleh membantu menyembuhkan luka bersalin dengan cepat.
Kunyit juga merupakan salah satu antioksida yang boleh membantu mengurangkan tekanan dan untuk awet muda. Sangat bagus diamalkan oleh anda yang sedang berpantang.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak terjatuh dan berdarah, mulalah kita panik. Nak sapu ubat gamat kah? Atau nak sapu antiseptik untuk matikan kuman? Ada ramai mak ayah tak tahu.
Namun ini panduan yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Noor Sadan berkenaan luka. Jangan tersalah. Paling penting jangan main sapu jenis ubat tak diketahui.
KETAHUI FAKTA-FAKTA PENJAGAAN LUKA INI!
1. Lebih dalam luka, lebih sakit.
Mitos. Lebih banyak penderia kesakitan terletak pada lapisan paling kulit paling luar (epidermis). Oleh itu luka dangkal seperti luka tersagat, adalah lebih sakit daripada luka tikaman atau luka terbelah.
2. Luka perlu dicuci dengan alkohol untuk basmi kuman.
Mitos. Alkohol digunakan untuk membasmi kuman pada kulit yang tiada luka. Pencucian luka dengan alkohol amat memedihkan dan boleh menyebabkan sel di dalam luka akan mati.
Ada cucian antiseptik yang lebih mesra luka. Jika luka tiada tanda-tanda jangkitan kuman, hanya perlu cuci luka dengan air saline.
3. Mandi laut akan percepat luka sembuh.
Di hospital, luka yang tiada jangkitan dicuci dengan air garam (NaCl 0.9%). Namun begitu, ia tidak bermakna air laut baik untuk pemulihan luka. Air laut kadangkala dicemari dengan kuman, maka ada risiko untuk luka dijangkiti kuman.
Selain itu kepekatan larutan garam dalam air laut yang sangat tinggi akan menyebabkan sakit pada luka.
4. Luka kalau dibiar terbuka lebih cepat kering(sembuh).
Mitos. Luka perlu dikekalkan lembap untuk proses pemulihan yang lebih pantas dan elok. Ini kerana sel-sel yang bertanggungjawab untuk proses pemulihan luka memerlukan medium lembab untuk bekerja dengan optimum. Luka perlu ditutup dengan dressing yang sesuai.
5. Pembentukan keruping adalah tanda luka sedang pulih dengan baik.
Mitos. Pembentukan keruping terlalu awal tandanya luka dibiarkan terlalu kering. Keruping halang proses pertumbuhan sel baru dan menghalang luka sembuh dengan sekata. Untuk elakkan keruping awal, luka perlu dikekalkan lembap dengan menutupnya dengan dressing yang sesuai.
6. Jangan tutup luka dengan plaster. Plaster tempat pembiakan kuman.
Plaster akan menghalang kuman di persekitaran daripada masuk ke dalam luka. Plaster telah dinyahkuman sebelum dibungkus. Setelah pek dibuka, jangan sentuh permukaan plaster yang akan ditampal pada luka. Plaster perlu ditukar setelah 2 hari.
7. Jangan makan telur jika ada luka. Nanti luka bernanah.
Mitos. Tiada masalah jika anda makan telur. Lagipun untuk proses pemulihan luka memerlukan protin. Apa yang tidak boleh adalah menyapu telur mentah pada luka.
8. Jangan makan kicap jika ada luka. Nanti parut hitam.
Mitos. Parut menjadi hitam kerana keradangan pada luka merangsang sel melanocyte menghasilkan melanin (pigmen pada kulit dan rambut). Jangkitan pada luka juga boleh sebabkan parut gelap. Bukan kerana kicap.
Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat!
Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak kerap demam, ibu bapa kena jadi orang yang sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Lagi-lagi anak kecil yang masih belum boleh beritahu yang dia tak sihat. Apa yang membuatkan ibu bapa cepat panik adalah waktu malam bila suhu badan anak tiba-tiba naik.
Ditambah dengan kurangnya pengalaman nak ‘handle’ anak yang sering alami demam panas yang tinggi.
Dr Ezairy M. Sallih kongsikan tiga langkah penting yang boleh ibu bapa buat dan elakkan dari awal supaya anak tak selalu demam panas.
Jika anak kita nampak lemah, mulai ada tanda-tanda demam panas, segera letakkan tuala basah di badan dan kepala. Elakkan suhu menjadi lebih tinggi. Susah untuk dikawal. Bahaya!
Ia akan menular secara udara akibat bersin, batuk atau juga secara sentuhan.
Namun ia berbeza sekiranya disebabkan jangkitan bakteria yang perlukan ubat antibiotik. Doktor akan memberitahu anda jenis jangkitan yang dialami. Sebab itu, apabila anda dapati anak anda ada tanda-tanda awal jangkitan, segera bawa periksa doktor. Jangan terlewat.