Biasanya bayi yang selalu batuk kerana adanya mukus mengalir pada tekak. Jika anak bawah setahun tak digalakkan untuk bagi makan ubat kecuali atas nasihat doktor. Namun sebagai ibu pastinya kita akan risau.
Tambah lagi jika anak tidur nafasnya berbunyi atau selalu terjaga kerana batuk. Jadi bila anak tak rehat, moodnya juga tak baik. Selain sapu vicks atau minyak di bahagian dada atau belakang badan, ada juga beberapa petua semulajadi yang selamat.
Tak salah untuk mencuba, mana tahu ia serasi dengan anak. Berikut perkongsian Puan Farhany Ami Murad yang menggunakan buah delima untuk hilangkan batuk bayinya.
Petua Hilangkan Batuk Baby Guna Buah Delima
# Dicadangkan untuk baby 6 bulan ke atas
Baru teringat nak share, since Salsabila tiba-tiba batuk hari tu kalutnya lah mak dia ni, risau anak batuk lama. Jangan main-main, batuk yang berpanjangan boleh menyebabkan jangkitan kuman dekat paru-paru tau ..Nauzubillahiminzalik.
Ads
Teringat pernah baca kalau nak hilangkan batuk boleh guna MADU. So far memang ramai kata bagus guna madu. Tapi, bayi bawah 2 tahun tak digalakkan lagi makan madu.
Jadi cuba cari alternatif lain. Cari punya cari jumpa satu blog yang cadangkan guna DELIMA sebagai pengganti madu, fungsi dia sama macam madu, bersifat panas dan tergolong dalam kategori makanan yang boleh menghilangkan mukus.
Memang berkesan! Alhamdulillah batuk dia berkurang, dua tiga hari baru perasan yang batuk tak ada langsung dah. Mak-mak yang ‘over kalut’ macam kita ni kalau anak batuk atau selesema bolehlah cuba ya.
Ads
Oh lupa nak bagitau, tindak balas jus delima ni nanti hingus akan cair keluar, sentiasa meleleh. Jadi kena sedut selalu ye dan lendir kahak keluar melalui poopoo baby. Ini kesan yang saya nampak dekat Salsabila.
Kalau makin teruk terus rujuk doktor ya.. Jangan bertangguh. Tak ada mak yang nak anak sakit, semua mak nak yang terbaik untuk anak memasing tapi sakit demam batuk selesema tu tetap tak boleh nak elak, memang kena lalui jugak.
Ads
Dari situlah boleh kutip pengalaman sebagai seorang mak, nanti lama-lama jadi pro dah. Supermom gituuu!
*Anak anugerah ALLAH SWT. Amanah untuk mak ayah, usahalah beri yang terbaik untuk anak-anak ikut kemampuan kita. Semoga beri manfaat untuk semua
Sumber : Farhany Ami Murad
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepanjang enam bulan usia Si Manja, mereka hanya diberikan susu ibu atau susu formula sebagai makanan. Menjangkau bulan keenam, Si Manja sudah mula bersedia untuk mencuba makanan pejal pertama mereka. Sebagai ibu, anda harus peka dengan selera Si Manja.
Pastikan juga setiap makanan diperkenalkan mengikut jadual supaya kita dapat mengesan sekiranya bayi mengalami alahan. Setiap makanan yang disediakan untuk Si Manja mestilah berkhasiat dan sesuai dengan tumbesarannya.
Waktu Paling Sesuai Si Manja Makan?
Makanan pejal boleh diperkenalkan kepada Si Manja apabila usianya mencecah enam bulan. Sebelum tempoh itu, penyusuan sahaja sudah mencukupi untuk membekalkan nutrien dan kalori yang diperlukan Si Manja. Selama beberapa bulan pertama, sistem pencernaan Si Manja belum cukup matang dan boleh terjejas sekiranya diberi makan sebelum waktu yang sesuai.
Bagaimana Ibu Mahu Tahu Si Manja Sudah Sedia Makan?
Ketika Si Manja semakin menginjak enam bulan, ibu boleh mengenal pasti beberapa tanda ini yang menunjukkan kesediaannya untuk makan. Apabila Si Manja sudah dapat mengawal gerakan kepalanya dalam keadaan tegak tanpa bantuan orang dewasa, bermakna mereka sudah sedia untuk makan. Si Manja yang sudah dapat duduk dengan tegap juga menunjukkan mereka sudah boleh makan.
Ketika Si Manja mengunyah atau menggumam makanan dalam mulut, perhatikan air liurnya. Jika tiada atau hanya sedikit air liur yang keluar, bermakna bayi sudah sedia untuk makan makanan pejal. Antara tanda lain yang menunjukkan Si Manja sudah bersedia untuk makan adalah mereka mula memasukkan tangan ke dalam mulut dan menggumamnya serta makin tertarik dengan hidangan makanan.
Walaupun sudah diberi susu, seleranya masih ada. Si Manja juga tidak menolak ketika anda menyuapkan makanan kepadanya. Sekiranya anda sedang makan dan Si Manja menangis sambil menghulurkan tangannya untuk mencapai makanan itu, ini juga merupakan salah satu petunjuk yang memberitahu bahawa Si Manja sudah bersedia untuk makan.
Waktu pengenalan makanan pejal pertama pada Si Manja bergantung kepada anda dan keperluan mereka. Jika Si Manja anda ingin mencuba rasa baru, tetapi dia terlalu muda daripada usia yang sesuai, hubungi doktor anda untuk nasihat dan maklumat lanjut.
Jenis Makanan Untuk Anak
Kebanyakan ibu merasa teruja dan bersemangat untuk menyediakan makanan untuk Si Manja ketika mereka sudah bersedia untuk makan. Antara makanan yang akan disediakan oleh para ibu adalah seperti puri buah atau sayur, bubur atau memberi mereka makan biskut jejari khas untuk Si Manja.
Sebagai langkah persediaan untuk memasak makanan untuk Si Manja, anda boleh cari pelbagai jenis resipi makanan bayi di internet. Selain itu, ibu juga boleh menyertai komuniti memasak untuk makanan Si Manja di media sosial. Untuk menyediakan makanan Si Manja, pilihlah bahan yang segar dan berkualiti.
Dengan menyediakan sendiri makanan Si Manja, ibu dapat memastikan tahap kebersihan serta mengawal rasa makanan tersebut.
CERELAC® Makanan Pejal Pertama Untuk Bayi
Pasti anda pernah mendengar tentang CERELAC® bukan? CERELAC® merupakan salah satu pilihan makanan pejal pertama untuk bayi selain yang disediakan sendiri oleh ibu. CERELAC® diperbuat daripada bijirin gred bayi Nestlé® dimana bahan-bahan dipilih berdasarkan piawaian keselamatan dan kualiti makanan bayi yang ketat. Bijirin bayi CERELAC® penuh khasiat dengan kandungan nutrien penting seperti protein, DHA, zat besi, kalsium dan probiotik. Ia mengandungi sekurang-kurangnya 12 vitamin dan mineral yang membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan Si Manja.
Salah satu fakta menarik tentang CERELAC® adalah satu hidangan bijirin bayi CERELAC® Beras dengan Susu (50gm) bersama sebiji pisang membekalkan 50 peratus zat besi dan protein yang disyorkan untuk Si Manja berumur 6-11 bulan (Rujukan:www.startwell.nestle.com.my). Lebih menarik lagi, produk ini juga mempunyai tiga tahap berbeza yang sesuai dengan usia anak.
Terdapat pelbagai varian produk CERELAC® bermula untuk Si Manja berusia 6, 8 dan 12 bulan mengikut perkembangan usia mereka. Selain bijirin bayi CERELAC®, para ibu boleh mencuba snek yang sesuai bagi Si Manja umur 12 bulan keatas dari rangkaian CERELAC® NutriPuffs® atau CERELAC® NutriBitesTM.
Untuk maklumat lanjut tentang produk Nestlé® CERELAC®, layari: http://bit.ly/37AkqXT
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak selalu tidak sihat? Ini mungkin ada kaitan dengan makanan harian yang diambil. Tapi apa hubung kait pemakanan dengan sistem pertahanan badan si manja?
Makanan punca sistem pertahanan badan lemah?
Bolehkah makanan membuatkan kita sakit?
Berdasarkan kajian, pengambilan gula berlebihan boleh menekan sistem imun atau pertahanan badan. Maka apabila sistem kekebalan ini terganggu, ia akan cenderung membuatkan anda sakit.
Keadaan ini boleh berlaku kepada mana-mana individu tanpa mengira usia, termasuklah anak anda.
Pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula atau karbohidrat halus sebagai makanan harian, di mana ia akan diproses sebagai gula, berkemungkinan boleh mengurangkan keupayaan sistem pertahanan badan anak untuk melawan penyakit.
Tetapi apakah jenis makanan yang boleh melemahkan sistem imun si manja sekali gus membuatkan mereka mudah jatuh sakit?
7 jenis makanan menjejaskan sistem pertahanan badan
Diet makanan harian yang diberikan kepada anak adalah salah satu cara untuk menyokong sistem imun badan mereka.
Jadi tanggungjawab anda sebagai ibu bapa untuk menyediakan makanan yang terbaik serta mengelakkan makanan yang boleh melemahkan sistem pertahanan badan mereka.
Berikut adalah senarai makanan yang tidak bagus dan perlu dielak daripada diberikan kepada anak untuk menjaga sistem kekebalan badan si manja.
Gula-gula
Kanak-kanak mana yang tidak gemarkannya?
Tetapi jika anda mahu menjaga sistem imun anak, kurangkan atau sebaiknya elakkan daripada memberi mereka makan gula-gula seperti coklat dan gummies yang tinggi kandungan gula.
Berdasarkan kajian tahun 2018, gula yang diproses seperti terdapat dalam gula-gula boleh meningkatkan tahap keradangan dalam badan.
Jumlah keradangan yang tinggi boleh memberi kesan negatif terhadap sistem imun anak.
Minuman soda
Ahhhh…sedapnya kalau ‘pekena’ soda dengan tambahan ais, kan? Lagi-lagi pada waktu panas.
Pun begitu, minuman manis seperti soda adalah tinggi kandungan gula dan kalori serta tiada nutrisi. Pastinya minuman tanpa gula adalah pilihan terbaik untuk membina imuniti badan si manja.
Penyelidikan pada tahun 2011 menyokong pengambilan soda mahupun sebarang minuman manis boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan obesiti.
Individu yang mengalami obesiti berisiko untuk berdepan keadaan fungsi imun yang berkurangan.
Makanan bergoreng
Makanan bergoreng seperti kentang goreng dan kepak ayam bukanlah pilihan terbaik untuk menyokong sistem imun anak kerana kandungan lemak dan minyak yang tinggi.
Makanan bergoreng cenderung berlemak tinggi dan berminyak serta boleh menekan sistem pertahanan badan anak.
Dalam kajian 2016, diet tinggi lemak memberikan kesan negatif terhadap mikrobioma usus – bakteria yang memainkan peranan penting dalam fungsi imun.
Makanan segera
Kebanyakan kanak-kanak pernah mengambil makanan segera, bahkan, mungkin ada yang mengambilnya sebagai menu makanan harian.
Ya, tidak dinafikan rasanya sedap, apatah lagi saat sedang kelaparan. Tetapi sebaiknya, elak daripada membiarkan anak terus memakan burger, kentang goreng atau sebarang menu makanan segera lain.
Ini kerana makanan tersebut sangat tinggi kandungan kalori, lemak tepu, natrium dan gula yang boleh menjejaskan sistem pertahanan badan kanak-kanak.
Kajian mencadangkan diet yang tinggi lemak dan kalori, boleh memberi kesan jangka panjang terhadap imuniti badan dan juga meningkatkan risiko diabetes jenis 2 dan penyakit jantung.
Aiskrim
Ia berkrim, manis dan enak serta sukar untuk ditolak oleh sesiapapun terutamanya kanak-kanak.
Tetapi malangnya pencuci mulut ini penuh lemak tepu dan gula yang boleh mengakibatkan keradangan.
Umumnya, aiskrim mempunyai jumlah gula sehingga 6x ganda melebihi jumlah yang anda perlukan dalam sehari.
Dan itu belum lagi ditambah dengan pilihan condiment seperti coklat tabur atau sprinkle.
Kerepek kentang
Makanan ringan ini sangat enak dimakan saat menonton televisyen, kan? Malahan, anak mungkin leka mengunyah sehingga habis sepaket.
Namun, ia bukanlah pilihan makanan harian yang baik jika anda mahu meningkatkan sistem ketahanan badan si manja.
Ia sejenis makanan yang telah diproses dan rendah nutrien. Pengambilan dalam jumlah yang tinggi boleh menjejaskan imuniti badan si kecil.
Kek, pastri & biskut
Satu lagi pilihan makanan manis yang digemari ramai kanak-kanak. Apatah lagi jika ia dihias dengan krim yang pelbagai warna.
Namun makanan seperti ini adalah makanan harian tinggi lemak, kalori dan gula serta boleh mengakibatkan keradangan serta kenaikan berat badan pada anak.
Jangan terkejut, kek, pastri dan biskut boleh memberikan ancaman 3x ganda kepada sistem pertahanan badan.
Utamakan penjagaan kesihatan
Sekiranya, anak mungkin mahukan makanan ringan seperti di atas, tawarkan pilihan makan yang lebih baik untuk membantu menjaga sistem pertahanan badan mereka.
Kawallah pengambilan makanan yang tidak sihat atau sebaiknya elakkan terus daripada memakannya.
Gantikan dengan pilihan makanan harian yang lebih sihat seperti buah-buahan, bijirin, kekacang dan sayuran.
Jadikan amalan pemakanan sihat sebagai gaya hidup anda sekeluarga!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kurang sel darah merah boleh akibatkan anemia. Pernah dengar? Macam mana nak tahu? Bila hemoglobin, nama sains sel darah merah berada pada paras bawah normal. Anemia beri kesan buruk pada OTAK.
Tekanan aliran darah naik mendadak untuk pam ke dalam OTAK. Bila dipam mengejut. Hilang keseimbangan. Aliran ke Cerebral Cortex berkurang. Terjadi radang pada neuron. Akibatkan penurunan fungsi kognitif (demensia).
Siapa yang berisiko kena anemia? Anemia mudah serang wanita. Lelaki tak terkecuali. Tapi risiko lebih tinggi dalam wanita.
Kira-kira separuh wanita mengandung hidap anemia. Nak elak anemia, paras hemoglobin tak boleh rendah pada 11.5 G/DL. Kesannya, lahirnya bayi pramatang, kurang berat, pucat dan kuning.
Anemia dalam ibu hamil boleh akibatkan depression. Terutama selepas bersalin. Kitaran tidur juga terganggu. Juga penyumbang kepada masalah ‘uterine atony.’
Ikut kajian dalam StatPearls pada tahun 2021:
“Selepas melahirkan, tanpa pengecutan uterus. Arteri spiral akan alami pendarahan menyebabkan postpartum hemorrhage.”
Pernah dengar? Bahasa mudah, rahim lambat kecut. Perut jadi besar. Boleh sebabkan pendarahan dan sakit berterusan pada rahim.
Apa punca utama anemia?
Kurangnya zat besi. Zat besi bahan utama yang membentuk sel darah merah. Tugas lain zat besi banyak; cegah jangkitan dan baiki tidur.
Apa yang bantu zat besi diserap badan dengan lebih banyak? Vitamin C.
Apa yang halang zat besi daripada diserap oleh badan? Teh, susu dengan kopi. Mungkin boleh ingat balik banyak mana ambil tiga ni.
Ni tips untuk cegah anemia melalui snek kekacang pistachio.
Tahu tak pistachio ada jumlah zat besi paling tinggi dalam kalangan kacang? Dijuluki ‘kacang mesra ibu hamil.’
4 kali ganda lebih tinggi berbanding badam, gajus dan kacang Brazil. Ada vitamin B6. Bantu badan hasilkan sel darah merah sihat. Power tak power?
Ramai yang salah anggap punca letih, kerap pening, kaki tangan sejuk sebagai tanda kerja kuat. Atau kurang tidur. Nakkan kepastian? Buat health checkup.
Kurang vitamin B12 dan folic acid juga antara punca anemia. Kesannya, tangan kaki rasa kebas kesemutan. Badan kurang keseimbangan. Mudah pitam.
Sebab itu penting untuk ibu hamil jaga diet ketika tempoh kandungan. Untuk naikkan paras hemoglobin pada tahap normal.
Antara makanan yang disarankan untuk elak anemia:
https://neuroversiti.com/19-makanan-kaya-zat-besi/
Masa yang dinanti telah tiba! Harga emas sedang meningkat, menandakan peluang terbaik untuk menambah koleksi barang kemas atau melabur untuk masa depan. Bagi yang...