Jika si comel anda sedang asyik menangis dan tiada tanda yang menunjukkannya akan berhenti, cuba dukung mereka dan lihat apa akan berlaku. Pasti sahaja bayi akan berhenti menangis serta-merta. Bukan? Ikuti artikel ini untuk mengetahui punca bayi berhenti menangis apabila didukung.
Mengapa bayi berhenti menangis apabila didukung?
Melalui sebuah kajian yang pernah dijalankan terhadap 12 bayi sihat yang dipasangkan electrocardiogram (ECG), perkara ini telah diteliti dengan lebih lanjut. Para pengkaji kemudiannya meletakkan bayi-bayi tersebut ke dalam beberapa posisi iaitu:
Bayi baring di atas katil
Bayi duduk di atas kerusi
Bayi didukung dan dibawa berjalan selama 30 saat
Keputusannya, bayi yang baring di atas katil dan bayi yang duduk di atas kerusi masih menangis manakala bayi yang didukung dan dibawa berjalan akan berhenti menangis dengan serta-merta. Bagi mengukuhkan lagi kajian ini, ECG yang dipasang pada bayi ketika kajian dijalankan juga menunjukkan bacaan kadar degupan jantung yang lebih tenang jika mereka didukung dan dibawa berjalan.
Ads
Ini menunjukkan bahawa bayi secara semula jadinya akan berasa lebih tenang jika berada dalam dakapan ibu bapa ketika didukung dan dibawa berjalan. Ini juga dipengaruhi oleh faktor degupan jantung bayi yang akan berkurangan secara mendadak apabila didukung oleh ibu bapa mereka sekali gus menyebabkan mereka berhenti menangis.
Walaupun situasi ini kelihatan seperti akan meletihkan ibu bapa, ia sebenarnya adalah satu ketentuan yang sangat menguntungkan individu yang bergelar manusia. Ini kerana respon ibu bapa yang akan mendukung bayi tatkala bayi menangis berkemungkinan dapat meningkatkan kebarangkalian bayi untuk terselamat dalam kes melarikan diri dalam situasi kecemasan.
Ads
Adakah terdapat penjelasan lain?
Ya, namun ia memerlukan kita untuk berfikir berjutatahun ke belakang. Pada zaman primitif, jika seseorang manusia itu ingin melarikan diri dari binatang buas, bayi yang didukung oleh mereka akan diam sahaja agar tidak menganggu ibu bapa yang sedang berlari. Pendek kata, ia merupakan proses survival untuk menyelamatkan diri mereka.
Ads
Namun begitu, ini hanya teori sahaja. Penjelasan yang tepat adalah bayi secara semula jadinya akan berhenti menangis dan berasa lebih tenang apabila didukung oleh individu yang paling mereka kenali dan percayai iaitu ibu bapa mereka kerana kadar degupan jantung bayi akan berkurangan secara mendadak.
Oleh itu, jika si comel anda menangis tidak berhenti, cuba dukung dan bawa mereka berjalan-jalan. Selepas itu, lihat sahaja senyuman mereka setelah berhenti menangis.
Tahukah mama bahawa ada senaman yang boleh dilakukan untuk membantu memudahkan bukaan jalan untuk melahirkan bayi? Bagi yang sedang hamil dan hampir bersalin, ini ada tip berguna untuk anda amalkan.
Mama-mama boleh amalkan. Senaman ini hanya menggunakan exercise/gym ball (bola senaman). Boleh dilakukan di rumah dan tidak sukar untuk dilakukan.
SENAMAN MEMPERCEPATKAN BUKAAN JALAN
BERIKUT DIKONGSIKAN LANGKAH-LANGKAH SENAMAN YANG BOLEH DILAKUKAN:
Selain itu anda juga boleh amalkan petua dari orang tua seperti minum air kelapa muda dan urutan di bahagian peranakan. Moga urusan melahirkan cahaya mata mama-mama dipermudahkan.
MENGAPA SENAMAN SEMASA HAMIL PENTING:
Senaman semasa kehamilan adalah penting kerana ia dapat membantu memudahkan bukaan jalan untuk bersalin dan memberikan pelbagai manfaat kesihatan kepada ibu hamil.
Berikut adalah beberapa alasan mengapa senaman semasa kehamilan penting untuk memudahkan bukaan jalan untuk bersalin:
1. Menguatkan otot-otot panggul: Senaman seperti senaman Kegel dan latihan pinggul dapat membantu menguatkan otot-otot panggul. Otot-otot panggul yang kuat dapat membantu dalam proses kelahiran dengan membolehkan anda mengawal pergerakan semasa bersalin.
2. Meningkatkan kecekapan pernafasan: Senaman pernafasan seperti senaman pernafasan dalam dan pernafasan tenang dapat membantu ibu hamil mengawal pernafasan semasa bersalin. Ini boleh membantu dalam mengurangkan keletihan semasa proses kelahiran.
3. Mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan: Senaman yang dirancang khas untuk ibu hamil dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan semasa mengandung. Ini termasuk senaman yang menguatkan otot-otot punggung, pinggang, dan kaki yang dapat membantu mengurangkan tekanan pada bahagian-bahagian ini.
4. Meningkatkan kelenturan: Senaman peregangan dapat membantu meningkatkan kelenturan tubuh ibu hamil. Kelenturan yang baik dapat membantu dalam proses kelahiran dengan membolehkan gerakan yang lebih mudah semasa pembukaan jalan rahim.
5. Meningkatkan kesihatan keseluruhan: Senaman semasa kehamilan juga membantu dalam meningkatkan kesihatan keseluruhan ibu hamil. Ini termasuk meningkatkan peredaran darah, mengurangkan risiko sembelit dan pembengkakan kaki, serta meningkatkan tahap tenaga dan mood.
6. Mempercepatkan pemulihan selepas bersalin: Ibu yang aktif sepanjang kehamilan cenderung mempunyai pemulihan yang lebih cepat selepas bersalin. Senaman boleh membantu menguatkan kembali otot-otot yang lemah selepas bersalin.
7. Meningkatkan keyakinan diri: Senaman semasa kehamilan dapat meningkatkan keyakinan diri ibu hamil dan membantu mereka merasa lebih baik tentang tubuh mereka semasa kehamilan.
sebelum memulakan sebarang program senaman semasa kehamilan, adalah penting untuk berbincang dengan doktor atau pakar kesihatan anda. Setiap kehamilan adalah unik, dan terdapat beberapa situasi di mana senaman tertentu mungkin tidak sesuai.
Pakar kesihatan anda akan dapat memberikan panduan dan cadangan yang sesuai berdasarkan keadaan individu anda. Selain itu, pastikan untuk menjalani senaman dengan berhemah dan berhati-hati, mengelakkan aktiviti yang terlalu berat atau boleh menimbulkan risiko kepada kehamilan anda.
Bayi batuk buat mama papa risau, ‘dalam’ bunyinya dengan kahak. Tambah-tambah lagi jika mereka masih setahun ke bawah. Tapi apa tanda-tanda batuk yang serius?
Mama papa yang mempunyai anak-anak berusia bawah lima tahun khususnya perlu lebih peka pada kesihatan si manja mereka. Ketika usia ini, kanak-kanak mudah mengalami kesihatan yang berkaitan dengan sistem pernafasan ialah batuk dan selesema.
Demam selesema adalah antara punca utama batuk berlaku di kalangan kanak-kanak. Sebab-sebab lain yang bleh menjadi faktor penyebab ialah jangkitan pada bahagian pernafasan atas atau kerongkong, alahan, asma, batuk kokol, jangkitan sinus dan batuk kering.
Namun, batuk yang tidak kronik akan sembuh. Sesungguhnya batuk adalah satu refleksi sihat yang membantu mengeluarkan lendir daripada saluran pernafasan. Ia dapat menghindarkan jangkitan kuman kepada tekak dan paru-paru.
batuk juga merupakan refleksi pertahanan tubuh manusia apabila berlaku ketidakseimbangan sistem badan.
Terdapat beberapa situasi ibu bapa perlu segera membawa anak menerima rawatan iaitu jika mempunyai anak berusia satu tahun ke bawah, demam, batuk dan selesema.
Selalunya, si kecil akan dibekalkan dengan antibiotik sekiranya didapati mendapat jangkitan kuman bakteria.
Untuk mengelak batuk menjadi kronik, ibu bapa perlu segera membawa anak mendapatkan rawatan. Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor adalah untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit manakala fisioterapi untuk membantu mengeluarkan kahak.
Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah pernafasan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menyusukan anak adalah perkara penuh cabaran dan berliku. Saat anda sudah membiasakan diri dengan menyusukan si manja, wujud pula masalah penyusuan susu ibu.
Anda telah melalui proses paling mencabar sepanjang tempoh kehamilan, iaitu melahirkan anak dan kini meneruskan cabaran sebagai ibu dengan penyusuan eksklusif pula.
Untuk sesetengah ibu, pengalaman menyusukan bayi mungkin dapat berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Pun begitu tidak dinafikan ada wanita yang menyusukan badan berdepan dengan masalah penyusuan susu ibu.
Masalah penyusuan susu ibu paling kerap berlaku
Sebagai seorang ibu, pastinya kita akan mengharapkan agar proses penyusuan berjalan lancar, bukan?
Tetapi menyediakan payung sebelum hujan itu adalah lebih baik.
Jadi jom kita ketahui antara masalah penyusuan susu ibu yang mungkin akan dihadapi sepanjang menyusukan si kecil nanti.
#1. Puting sakit atau luka
Keadaan ini cenderung berlaku apabila bayi tidak berada pada kedudukan betul dan teknik lekapan yang kurang baik.
Meneruskan penyusuan boleh menyebabkan ibu berasa sakit dan mengalami ketidakselesaan yang semakin teruk.
#2. Susu kurang
Perkara yang paling menakutkan seorang ibu adalah bekalan susu badan tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan si manja.
Penting untuk berasa yakin bahawa bayi akan mendapat apa yang diperlukan bagi mengatasi masalah penyusuan susu ibu ini.
Anda boleh cuba menawarkan bayi kedua-dua payudara ketika menyusukan mereka. Ini dapat membantu merangsang penghasilan susu.
#3. Payudara bengkak
Payudara membengkak sering terjadi apabila ia penuh dengan susu. Keadaan ini sekali gus menjadikan buah dada anda keras, tegang dan amat menyakitkan.
Ia sering berlaku pada tempoh-tempoh awal selepas bersalin ketika anda dan bayi masih dalam proses membiasakan diri untuk penyusuan.
Selain itu, pembengkakan ini juga boleh terjadi apabila bayi sudah mula kurang menyusu, terutamanya selepas pengenalan makanan pejal.
#4. Teknik lekapan salah
Penyusuan adalah sesuatu perkara baharu, khususnya untuk si kecil. Ia memerlukan masa untuk memahami mengenainya.
Jika anda berasa sakit ketika bayi menyusu atau si manja tampak kurang berpuas hati selepas penyusuan, itu petanda bayi tidak latch on dengan betul.
#5. Terlalu banyak susu
Siapa kata ibu hanya akan berdepan masalah susu kurang?
Ada sesetengah wanita, terutamanya mereka yang pertama kali bergelar ibu boleh menghasilkan terlalu banyak susu. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah penyusuan apabila bayi tersedak dan batuk. Ia sekali gus menyukarkan mereka untuk menyusu.
Ia juga boleh menyebabkan puting berasa sakit apabila bayi menggigitnya sebagai tindakan refleks untuk menghentikan pengaliran susu.
Walaupun si manja kerap menyusu, tetapi ada kemungkinan untuk mereka banyak meragam dan sentiasa lapar.
Ini kerana mereka tidak mendapat peringkat susu terakhir pada payudara yang mempunyai kandungan kalori tinggi.
#6. Jangkitan kulat
Puting yang luka berisiko untuk mengalami jangkitan kulat sekali gus menjejaskan proses penyusuan susu badan.
Ia berlaku disebabkan oleh kulat candida, sejenis fungus.
#7. Saluran susu tersumbat
Jika pembengkakan payudara berlanjutan, ia boleh menyebabkan saluran susu tersumbat. Bagaimana untuk mengetahui jika berlaku penyumbatan pada saluran susu?
Anda akan berasa benjolan kecil dan lembut pada payudara. Keadaan ini dapat diatasi dengan penyusuan kerap.
#8. Mastitis
Masalah mastitis adalah jangkitan pada tisu payudara yang menyebabkan demam, sakit otot dan payudara kemerahan.
Ia sering terjadi apabila ibu berdepan dengan keadaan saluran susu tersumbat dan susu dijangkiti bakteria daripada mulut bayi.
Jangan tidak tahu, jangkitan kulat yang dikenali sebagai kandidiasis mulut juga boleh berlaku pada mulut dan lidah si kecil.
Dianggarkan lebih 10% wanita mungkin akan mengalami mastitis, terutamanya dalam 6 minggu pertama selepas bersalin.
#9. Lidah pendek
1 daripada 10 bayi, akan mengalami masalah lidah pendek atau tongue tie.
Ia merupakan keadaan apabila jalur kulit yang melekat pada lidah ke dasar mulut (frenulum) lebih pendek daripada biasa.
Ini bermakna bayi mungkin akan mengalami masalah semasa penyusuan disebabkan oleh pergerakan lidah yang terbatas.
Pun begitu, terdapat sesetengah bayi tidak mengalami masalah penyusuan susu ibu walaupun berdepan dengan keadaan tongue tie ini.
Jangan berputus asa
Seperti tidak percaya wujud masalah penyusuan susu ibu, bukan? Tetapi percayalah ia boleh terjadi. Sekiranya anda mengalaminya, janganlah berputus asa sehingga tidak mahu menyusukan si manja lagi.
Jangan malu untuk dapatkan bantuan doktor kerana setiap masalah yang timbul ada jalan penyelesaiannya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.