Menyusukan anak adalah perkara penuh cabaran dan berliku. Saat anda sudah membiasakan diri dengan menyusukan si manja, wujud pula masalah penyusuan susu ibu.

Masa Menyusu, Ibu Mungkin Alami 9 Masalah Penyusuan Ini! Wajib Ambil Tahu

Apakah mungkin masalah yang akan dialami?

(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)

Masalah penyusuan susu ibu

Anda telah melalui proses paling mencabar sepanjang tempoh kehamilan, iaitu melahirkan anak dan kini meneruskan cabaran sebagai ibu dengan penyusuan eksklusif pula.

Untuk sesetengah ibu, pengalaman menyusukan bayi mungkin dapat berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Pun begitu tidak dinafikan ada wanita yang menyusukan badan berdepan dengan masalah penyusuan susu ibu.

Masalah penyusuan susu ibu paling kerap berlaku

Sebagai seorang ibu, pastinya kita akan mengharapkan agar proses penyusuan berjalan lancar, bukan?

Tetapi menyediakan payung sebelum hujan itu adalah lebih baik.

Jadi jom kita ketahui antara masalah penyusuan susu ibu yang mungkin akan dihadapi sepanjang menyusukan si kecil nanti.

#1. Puting sakit atau luka

Keadaan ini cenderung berlaku apabila bayi tidak berada pada kedudukan betul dan teknik lekapan yang kurang baik.

Meneruskan penyusuan boleh menyebabkan ibu berasa sakit dan mengalami ketidakselesaan yang semakin teruk.

#2. Susu kurang

Perkara yang paling menakutkan seorang ibu adalah bekalan susu badan tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan si manja.

IKLAN

Penting untuk berasa yakin bahawa bayi akan mendapat apa yang diperlukan bagi mengatasi masalah penyusuan susu ibu ini.

Anda boleh cuba menawarkan bayi kedua-dua payudara ketika menyusukan mereka. Ini dapat membantu merangsang penghasilan susu.

#3. Payudara bengkak

Payudara membengkak sering terjadi apabila ia penuh dengan susu. Keadaan ini sekali gus menjadikan buah dada anda keras, tegang dan amat menyakitkan.

Ia sering berlaku pada tempoh-tempoh awal selepas bersalin ketika anda dan bayi masih dalam proses membiasakan diri untuk penyusuan.

Selain itu, pembengkakan ini juga boleh terjadi apabila bayi sudah mula kurang menyusu, terutamanya selepas pengenalan makanan pejal.

#4. Teknik lekapan salah

Penyusuan adalah sesuatu perkara baharu, khususnya untuk si kecil. Ia memerlukan masa untuk memahami mengenainya.

Jika anda berasa sakit ketika bayi menyusu atau si manja tampak kurang berpuas hati selepas penyusuan, itu petanda bayi tidak latch on dengan betul.

#5. Terlalu banyak susu

Siapa kata ibu hanya akan berdepan masalah susu kurang?

IKLAN

Ada sesetengah wanita, terutamanya mereka yang pertama kali bergelar ibu boleh menghasilkan terlalu banyak susu. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah penyusuan apabila bayi tersedak dan batuk. Ia sekali gus menyukarkan mereka untuk menyusu.

Ia juga boleh menyebabkan puting berasa sakit apabila bayi menggigitnya sebagai tindakan refleks untuk menghentikan pengaliran susu.

Walaupun si manja kerap menyusu, tetapi ada kemungkinan untuk mereka banyak meragam dan sentiasa lapar.

Ini kerana mereka tidak mendapat peringkat susu terakhir pada payudara yang mempunyai kandungan kalori tinggi.

#6. Jangkitan kulat

Puting yang luka berisiko untuk mengalami jangkitan kulat sekali gus menjejaskan proses penyusuan susu badan.

Ia berlaku disebabkan oleh kulat candida, sejenis fungus.

#7. Saluran susu tersumbat

Jika pembengkakan payudara berlanjutan, ia boleh menyebabkan saluran susu tersumbat. Bagaimana untuk mengetahui jika berlaku penyumbatan pada saluran susu?

Anda akan berasa benjolan kecil dan lembut pada payudara. Keadaan ini dapat diatasi dengan penyusuan kerap.

#8. Mastitis

IKLAN

Masalah mastitis adalah jangkitan pada tisu payudara yang menyebabkan demam, sakit otot dan payudara kemerahan.

Ia sering terjadi apabila ibu berdepan dengan keadaan saluran susu tersumbat dan susu dijangkiti bakteria daripada mulut bayi.

Jangan tidak tahu, jangkitan kulat yang dikenali sebagai kandidiasis mulut juga boleh berlaku pada mulut dan lidah si kecil.

Dianggarkan lebih 10% wanita mungkin akan mengalami mastitis, terutamanya dalam 6 minggu pertama selepas bersalin.

#9. Lidah pendek

1 daripada 10 bayi, akan mengalami masalah lidah pendek atau tongue tie.

Ia merupakan keadaan apabila jalur kulit yang melekat pada lidah ke dasar mulut (frenulum) lebih pendek daripada biasa.

Ini bermakna bayi mungkin akan mengalami masalah semasa penyusuan disebabkan oleh pergerakan lidah yang terbatas.

Pun begitu, terdapat sesetengah bayi tidak mengalami masalah penyusuan susu ibu walaupun berdepan dengan keadaan tongue tie ini.

Jangan berputus asa

Seperti tidak percaya wujud masalah penyusuan susu ibu, bukan? Tetapi percayalah ia boleh terjadi. Sekiranya anda mengalaminya, janganlah berputus asa sehingga tidak mahu menyusukan si manja lagi.

Jangan malu untuk dapatkan bantuan doktor kerana setiap masalah yang timbul ada jalan penyelesaiannya.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Masa Menyusu, Ibu Mungkin Alami 9 Masalah Penyusuan Ini! Wajib Ambil Tahu

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Masa Menyusu, Ibu Mungkin Alami 9 Masalah Penyusuan Ini! Wajib Ambil Tahu

Klik untuk daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI