Pelakon Emma Maembong yang kini sarat hamil sembilan bulan dimaklumkan oleh doktor untuk bersedia bersalin dalam masa terdekat ini.
Walaupun ‘due’ sebenar pelakon handalan ini pada 6 Mei depan, namun doktor menjangkakan Emma bakal melahirkan anak keduanya pertengahan April ini. Sama seperti kelahiran anak pertamanya, Shariq Arshan Gabriel dua tahun lalu yang turut dilahirkan lebih awal.
Akui Emma lagi, doktor menasihati dirinya supaya bersedia bagi melahirkan cahaya mata kedua yang dijangka antara tiga hingga empat minggu lebih awal.
“Doktor maklumkan sepatutnya tarikh kelahiran pada 6 Mei depan, tetapi mengikut pengalaman pertama, anak kedua ini akan lahir antara tiga hingga empat minggu awal daripada tarikh diberikan.
“Jadi, doktor memaklumkan untuk saya bersedia pada tarikh 15 hingga 19 April ini,” kongsi Emma.
Bila perut ibu mengandung makin besar, waktu malam makin susah nak tidur lena. Selain tak selesa, ibu juga akan semakin kerap bangun ke tandas buang air kecil.
Rasa mengantuk sangat tetapi tidak boleh tidur. Kejap-kejap mengiring ke kiri, kemudian ke kanan, lepas tu rasa nak terkencing pula. Belum lagi rasa pedih ulu hati dan susah nak tidur sebab bayi dalam perut aktif bergerak.
Semua rasa tidak selesa ini akan dialami oleh ibu mengandung terutamanya apabila semakin dekat dengan hari hendak bersalin.
Bila kurang tidur waktu malam, ibu akan mudah rasa keletihan dan kurang bermaya pada waktu siang. Keadaan ini tak bagus untuk kesihatan ibu di akhir kehamilan dan persediaan untuk melahirkan bayi nanti.
2. Cuba masuk tidur lebih awal dari biasa dan elakkan tidur melebihi waktu kebiasaan.
3. Pastikan anda terhidrat untuk mengelakkan kekejangan otot.
4. Berhenti mengambil cecair beberapa jam sebelum tidur untuk mengurangkan kekerapan ke tandas waktu tidur.
5. Senaman secara berkala sekurang-kurangnya tiga kali seminggu membantu anda nyenyak pada malam hari. Senaman ringan seperti pilates, berjalan kaki, berenang selama 30 minit sehari akan meningkatkan aliran oksigen yang membuatkan anda tenang dan mudah tidur.
6. Jauhkan gajet seperti tablet, TV atau telefon pintar daripada anda sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu tidur kerana ia boleh melambatkan penghasilan melatonin yang membantu anda tidur.
7. Tidur dalam posisi mengiring sama ada ke kiri atau ke kanan. Anda tidak digalakkan untuk tidur terlentang semasa hamil, tentunya tidak selesa dan menyebabkan sakit belakang. Ia juga tidak digalakkan kerana boleh menekan vena kava yang menyalurkan oksigen dan nutrien kepada bayi di dalam kandungan.
8. Bagi ibu hamil, anda perlukan banyak bantal untuk memberikan sokongan pada bahagian belakang dan perut. Bantal kehamilan berbentuk ‘C’ adalah opsyen terbaik.
9. Suhu badan yang tinggi menyebabkan anda mudah berpeluh dan panas. Pastikan bilik tidur mempunyai sistem pengudaraan yang baik seperti membuka tingkap atau kipas angin.
10. Elakkan mengambil makanan yang pedas semasa makan malam kerana ia boleh menyebabkan pedih ulu hati.
Diharap selepas mencuba tip-tip berikut ia dapat membantu ibu mengandung mendapatkan tidur lena dan berkualiti pada waktu malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Belum hilang penat berpantang dan menyusukan anak sepenuhnya, tiba-tiba disahkan mengandung lagi. Waktu ini ramai yang seakan tak percaya kerana menganggap masih menyusukan bayi dan period pun belum datang.
Adakah boleh untuk mengandung lagi selepas baru bersalin? Ada apa-apa risiko atau tidak? Ini antara persoalan yang selalu di tanya oleh ibu. Sebab itu penting untuk ibu tahu beberapa perkara sebelum mendapat kejutan yang tak di sangka.
Antara yang perlu diberi perhatian adalah ketahui waktu subur selepas bersalin, peranan penyusuan susu ibu, kembali menjalinkan hubungan kelamin selepas melahirkan anak, waktu yang sesuai untuk mengandung lagi, risiko mengandung selepas bersalin atau mengambil perancang jika perlu.
Berikut perkongsian dari Dr Hana mengenai seorang ibu muda yang tak sangka pun dia hamil kerana baru lepas bersalin, period pun belum datang dan masih menyusu badan.TAPI, SAYA TAK PERIOD LAGI…
Seorang ibu masuk bilik Dr.
Dia nak scan sebab rasa “lain macam”.
Buat UPT double line, tapi si ibu macam tak percaya.
Ibu tu muda lagi.
Anak bongsu baru nak masuk 10 bulan.
Yang sulung baru masuk 4 tahun, dan ini dah mengandung anak ke-4, jadi anaknya selang setahun seorang.
Ibu tu masih nampak terkejut.
Ibu: Tapi Dr, saya masih menyusu badan penuh. Sejak bersalin saya belum datang period. Macam ni pun boleh mengandung ke Dr?
Buah jambu batu merupakan antara buah tropika kegemaran ramai. Lebih enak jika dimakan sejuk. Tapi tiada masalah ke untuk wanita hamil menikmati buah ini? Jom ikuti perkongsian dari pakar Hello Health ini.
Selamatkah buah jambu batu buat wanita hamil?
Dengan rasanya yang enak dan manis, buah jambu ini secara amnya selamat dan baik untuk dimakan buat wanita semua peringkat kehamilan.
Ia buah yang kaya dengan nutrien serta memberikan manfaat kesihatan, terutamanya sepanjang tempoh kehamilan.
Buah ini harus dikupas sebelum dimakan bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan.
Paling utama, ibu yang mengandung perlu memastikan pengambilan jambu batu ini tidak melebihi berat antara 100 hingga 125 gram sehari.
Pengambilan secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan dan ia harus dielakkan bagi menghindari kesan buruk kepada janin.
Tetapi adakah anda tahu manfaat dan kebaikan buah jambu ini untuk mereka yang sedang berbadan dua?
Manfaat kesihatan buah jambu batu semasa kehamilan
Buah jambu ini secara keseluruhan adalah amat baik untuk pemakanan ibu hamil.Ini kerana ia menawarkan pelbagai kebaikan dan nutrien yang diperlukan sepanjang tempoh mengandung.
Meningkatkan imuniti Buah jambu ini kaya dengan vitamin C yang berperanan penting dalam menguatkan sistem imun.Ia membantu meningkatkan metabolisme dan imuniti badan, serta melindungi daripada pelbagai penyakit dan jangkitan.
Mengimbangkan tahap tekanan darah
Wanita hamil terdedah kepada tekanan darah tinggi semasa mengandung. Tetapi pemakanan buah jambu batu yang tinggi kandungan kalium dapat membantu mengekalkan tahap tekanan darah dan mengelakkan risiko keguguran dan kelahiran pramatang.
Mengawal kadar gula dalam darah
Diabetes gestasi adalah masalah biasa dialami ketika mengandung, terutamanya pada minggu ke-24 kehamilan.
Buah jambu berpotensi untuk mengawal kadar gula darah kerana kandungan serat yang tinggi serta kehadiran karbohidrat kompleks. Ini sekali gus dapat mencegah masalah diabetes semasa hamil.
Cegah sembelit dan buasir
Sembelit dan buasir juga antara keadaan yang kerap dihadapi wanita hamil, tetapi pengambilan buah jambu dapat mencegahnya.
Anda perlu berterima kasih kepada kandungan serat tinggi dalam jambu yang memastikan perjalanan pergerakan usus baik dan tepat pada masanya.
Meningkatkan pencernaan
Memakan jambu batu semasa mengandung membantu menjaga kesihatan sistem pencernaan. Ia mencegah masalah pencernaan seperti pedih ulu hati, mual dan banyak lagi.
Memakan makanan beralkali disyorkan kepada wanita hamil kerana dapat menurunkan risiko mengembangkan keasidan dan refluks gastroesofagus.
Buah jambu ini umumnya bersifat alkali dan membantu menyeimbangkan kandungan asid dalam perut.
Rendahkan risiko kanser
Kes kanser dalam kalangan ibu mengandung jarang berlaku, tetapi bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati?
Jambu yang mengandungi antioksidan boleh membantu melawan barah. Ia juga kaya dengan likopen dan vitamin C untuk menyahtoksik badan.
Meningkatkan penglihatan
Jambu batu kaya dengan vitamin A dan dapat mencegah risiko kebutaan serta meningkatkan tahap penglihatan buat ibu dan janin.
Sistem saraf bayi
Selain kebaikan pada ibu, buah jambu yang mengandungi asid folik dan vitamin B9 bermanfaat dalam membantu perkembangan otak dan sistem saraf bayi.
Asid folik adalah vitamin penting untuk wanita hamil kerana membantu mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida.
Mengurangkan risiko anemia
Keperluan zat besi semasa mengandung akan meningkat. Buah jambu mempunyai kandungan zat besi yang mencukupi bagi menjaga kadar hemoglobin sekali gus mengurangkan kecenderungan mengalami anemia.
Sumber vitamin B3 dan B6
Jambu batu merupakan sumber vitamin B3 dan B6 semula jadi yang baik serta penting untuk dimasukkan dalam pemakanan ibu hamil. Ini kerana ia dapat menyumbang kepada kesihatan kognitif.
Vitamin ini juga meningkatkan kesihatan otak janin dan memperbaiki tahap tumpuan serta fokus kepada wanita yang sedang mengandung.
Menenangkan fikiran
Tekanan yang dialami semasa hamil akan mengeluarkan kortisol, berisiko menjejaskan keadaan anda.
Tetapi dengan pengambilan jambu yang merupakan sumber magnesium dapat menenangkan otot dan saraf, sekali gus mengurangkan tekanan yang dihadapi.
Mengurangkan mabuk pagi
Dikatakan kandungan vitamin C dalam jambu adalah baik untuk mengawal mabuk pagi (morning sickness).
Apa kata jika anda berasa mual, cuba untuk memakan sepotong jambu. Mungkin ia membantu mengatasinya.
Makan jambu batu dalam jumlah sederhana
Apa juga makanan haruslah diambil dalam kuantiti yang sederhana dan berpada-pada.Jika secara berlebihan, pastinya ia boleh mendatangkan kesan dan mudarat kepada kesihatan.
Begitu jugalah dengan pengambilan jambu batu ini, jika wanita hamil memakannya secara berlebihan pasti akan menimbulkan masalah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila kandungan sudah masuk trimester ketiga, especially bila due date dah makin dekat, kebanyakan ibu mula rasa cemas dan tertanya-tanya adakah cara bagi membantu percepatkan bersalin secara natural?