Wah cepatnya membesar adik Syeriv, Syatilla kata dah sebesar sebiji limau! Jom tengok gelagat Syatilla & Sam masa buat pemeriksaan dan imbasan kepada bayi dalam kandungan ini.
Walau pun ini adalah kehamilan ketiga (selepas Syatilla keguguran beberapa bulan lalu), pasangan ideal Shaheizy Sam & Syatilla Melvin tetap teruja. Sam pula buat lawak, bertanya kepada doktor tentang ukuran lilitan pinggang dan saiz tali pinggang bayi dalam kandungan.
Video ini diikuti dengan kapsyen ini;
Ads
Semoga allah pelihara anak ini selamanya♥️amin ya rab♥️berapa hari ja lagi nak hbiskan shooting,lepaihtu boleh rest sungguh2 sebab badan penat tuhan ja la yg tau? bapak hang xbetoi la ibu rasa,nak beli belt dgn seluaq kat anak yg besaq buah oren dalam peqhot
Keajaiban anak kembar menjadikan ia sangat unik. Nak tahu lanjut mengenai anak kembar dan kelahiran anak kembar, boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma bertajuk ‘Dunia Si Kembar’ Selasa depan, 23 Oktober 2018 jam 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam di Astro Prima dan Astro Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semua ibu yang mengandung mahu melahirkan anak yang sihat dan sempurna. Biarpun kesihatan anak dalam kandungan tidak kita ketahui tetapi semasa hamil ibu boleh memilih untuk melahirkan zuriat yang sihat atau sebaliknya. Mengamalkan diet sihat semasa mengandung dapat membantu merealisasikan impian tersebut.
Kita adalah apa yang kita makan. Bayi yang dilahirkan juga membesar dalam kandungan berdasarkan pemakanan si ibu. Apa yang dimakan oleh ibu akan memberi kesan besar kepada kesihatan bayi yang berada dalam rahim selama sembilan bulan.
Fakta yang ditemui oleh para pengkaji berikut amatlah bermanfaat untuk diamalkan oleh para ibu hamil. Walaupun Tuhan yang menentukan segalanya tetapi tak salah untuk kita berusaha dan mencuba perkara yang baik asalkan ia tidak memudaratkan ibu dan bayi yang dikandung.
Menurut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pakar di di John Hospital, The Detroit Medicine Centre, ibu hamil yang mengamalkan makan sebiji buah epal setiap hari telah membantu melindungi janinnya daripada risiko dijangkiti asma dan alergi apabila dilahirkan.
Kajian tersebut mendapati wanita mengandung yang makan epal setiap hari sepanjang kehamilan dapat menurunkan risiko terkena masalah alergi pada bayi mereka sebanyak 37 % dan risiko bayi dijangkiti asma sebanyak 46%.
Ini kerana buah epal mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi serta anti oksida yang lain. Jadi, ibu hamil jadikan buah epal menu wajib dalam diet harian anda bermula hari ini.
Para pengkaji tersebut juga mendapati amalan makan ikan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu dapat mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan ekzema. Oleh itu doktor sangat menggalakkan ibu hami mengamalkan diet seimbang yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan mengelakkan pengambilan kekacang bagi mengurangkan risiko alergi dalam kalangan bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lama tak dengar khabar pelakon Nynaa Harizal. Dikhabarkan kini sedang sarat hamil cahaya mata pertama dan bakal bergelar ibu tidak lama lagi.
Menurut laporan Utusan Online, pelakon berusia 27 tahun itu mengesahkan perkara tersebut ketika ditemui pada sebuah majlis hiburan, baru-baru ini.
Difahamkan, Nynaa hanya menghitung hari untuk melahirkan anak sulung dengan usia kandungan sudah mencecah hampir sembilan bulan sekali gus terpancar seri ibu pada wajahnya.
Bagaimanapun, pelakon drama Isteri Bukan Untuk Disewa itu mengakui belum bersedia untuk ditemu bual bagi berkongsi perkembangan terkini terutama kepada peminat.
Namun begitu, dia berjanji akan mengumumkan kehadiran zuriatnya termasuk jantina sebaik selamat bersalin tidak lama lagi.
Terdahulu, hubungan Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal dan suami Mohamed Fahmi Ilyas berdepan konflik dalam perkahwinan mereka walaupun baru saja mendirikan rumah tangga.
Nynaa pernah memfailkan perceraian secara baik dengan Fahmi pada November 2021, namun berjaya menyelesaikan konflik sebelum kedua-dua pihak mengambil keputusan untuk tidak berpisah.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos 2021 dalam satu majlis yang diadakan secara kecil-kecilan di ibu kota mengikut prosedur operasi standard (SOP) disebabkan pandemik Covid-19.
Ibu hamil ada GDM, jangan salah faham tentang air gula, ini tip dietitian. Ramai ibu mengandung sering menyalahkan air gula yang diminum semasa ujian toleransi glukosa oral (OGTT) sebagai punca mereka disahkan menghidap diabetes gestasi (GDM).
Namun begitu, menurut Dietitian Puan Nur Hafizah M Sobri, peningkatan bacaan gula ini bukan disebabkan air gula semata-mata, tetapi ada faktor lain yang perlu difahami.
1. Kenapa Bacaan Gula Tinggi Ketika Mengandung tetapi Normal Semasa Tidak Mengandung?
Semasa mengandung, perubahan hormon berlaku dalam badan. Perubahan ini menyebabkan hormon insulin (yang bertanggungjawab mengawal paras gula dalam darah) menjadi kurang efektif atau dihasilkan dalam jumlah yang lebih rendah.
Tubuh ibu mengandung memberi tumpuan kepada perkembangan bayi, namun jika kawalan gula darah tidak diurus dengan baik, ia boleh memberi kesan buruk bukan sahaja kepada bayi tetapi juga ibu. Malah, ibu berisiko mendapat diabetes dalam tempoh 5 hingga 15 tahun selepas bersalin.
2. Kenapa Perlu Minum Air Gula ‘Pure’ dan Bukan Air Biasa?
Air gula ‘pure’ digunakan dalam ujian kerana sebarang bahan lain seperti lemak, protein, atau karbohidrat selain gula boleh melambatkan kadar penyerapan gula. Ini boleh menghasilkan bacaan yang tidak tepat. Oleh itu, untuk memastikan hasil ujian yang betul, air gula yang tulen digunakan.
3. Hanya Satu Bacaan Tidak Normal, Adakah Ia Serius?
Bacaan gula sebelum dan selepas minum air gula memberikan maklumat berbeza.
Bacaan sebelum minum air gula: Menunjukkan keupayaan badan mengawal paras gula semasa puasa (selepas 8 jam tidak makan).
Bacaan selepas minum air gula: Menunjukkan keupayaan badan mengawal paras gula selepas makan (dalam masa 2 jam).
Walaupun hanya satu bacaan tidak normal, ia cukup untuk menunjukkan badan tidak dapat mengawal gula dengan baik.
4. Kenapa Tidak Kena GDM Sebelum Ini tetapi Sekarang Ada?
Beberapa faktor risiko meningkatkan kemungkinan mendapat GDM, antaranya:
Peningkatan usia ibu.
Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 27kg/m².
Sejarah melahirkan anak besar.
Sejarah keluarga (ibu bapa atau adik-beradik) dengan diabetes.
Risiko ini akan bertambah dengan masa.
5. Bagaimana Hendak Mengawal GDM dengan Baik?
Berikut adalah langkah penting untuk ibu mengawal GDM:
(i) Diet yang Sesuai untuk Ibu GDM
Berjumpalah dengan Pegawai Dietetik di klinik atau hospital untuk mendapatkan panduan pemakanan yang betul. Diet yang seimbang akan membantu mengawal gula dalam darah tanpa menyebabkan ibu lapar dan memastikan bayi membesar dengan sihat.
(i) Amalkan konsep suku-suku separuh yang diubah suai:
Suku karbohidrat (contohnya nasi, mi, roti).
Suku protein (contohnya ayam, ikan, daging, telur).
Separuh sayur-sayuran hijau (2 senduk nasi saiz biasa).
Makan tepat pada waktunya (jangan tinggalkan waktu makan).
Minum air kosong secukupnya.
(ii) Ubat Mengikut Saranan Doktor
Jika perlu, doktor akan memberikan ubat yang sesuai. Jangan risau, rawatan ini selamat untuk ibu dan bayi.
(iii) Patuh kepada Temujanji yang Ditetapkan
Temujanji yang kerap diperlukan untuk memantau kesihatan ibu dan bayi. GDM boleh menyebabkan pelbagai komplikasi, termasuk bayi menjadi terlalu besar atau tidak membesar dengan baik.
Dengan memahami sebab sebenar GDM dan cara menguruskannya, ibu-ibu dapat mengawal keadaan dengan baik. Langkah proaktif ini bukan sahaja melindungi kesihatan bayi tetapi juga ibu dalam jangka masa panjang. Jangan takut untuk bekerjasama dengan pakar kesihatan dan teruskan usaha untuk menjalani kehamilan yang sihat.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.