Seorang pengasuh direman selama empat hari hingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes seorang bayi perempuan berusia lapan bulan dipercayai mengalami kecederaan ketika diletakkan bawah jagaannya di Taman Putra, di sini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata wanita berusia 43 tahun itu ditahan kelmarin selepas ibu mangsa membuat lapora polis pada Jumaat lalu.
“Berdasarkan laporan itu, ibu mangsa mendakwa menyedari anaknya mengalami kecederaan dengan kesan gigitan di muka dan pulas pada kedua-dua telinga.
“Ibu mangsa kemudian membawa anaknya ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ads
Mohamad Farouk berkata, hasil siasatan mendapati suspek mempunyai enam anak asuhan berusia antara tiga bulan hingga dua tahun.
“Suspek juga mempunyai dua anak kandung yang tinggal bersama, iaitu masing-masing seorang lelaki dan perempuan berusia 16 tahun serta lapan tahun.
“Ketika kejadian, suspek didakwa meninggalkan mangsa dan keluar rumah. Kecederaan mangsa dipercayai berpunca daripada anak asuhan yang lain menggigit muka bayi itu,” katanya.
Ads
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak sehingga mengalami kecederaan fizikal.
Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM20,000 atau dipenjarakan tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.
Malang tak berbau apabila Seorang bayi perempuan yang baharu berusia tujuh hari putus tangan kanan selepas digigit anjing peliharaan ahli keluarganya, di Bachang di sini.
Menurut laporan Awani, ketika kejadian, ibu saudara bayi berkenaan meletakkan bayi di hadapan pintu pagar bertujuan untuk mendedahkan bayi tersebut kepada cahaya matahari namun sebaliknya pula yang berlaku.
Kejadian sekitar jam 8.30 pagi, 8 September lalu itu berlaku ketika bayi yang berada dibawah jagaan ibu saudaranya ditinggalkan sebentar di ruang tamu berdekatan dengan pintu pagar rumah sementara wanita itu meninggalkannya seketika bagi mengambil air panas untuk memandikannya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, siasatan awal mendapati bayi itu diletakkan di ruang tamu berkenaan dengan tujuan mendedahkannya kepada cahaya matahari bagi tujuan mengurangkan masalah penyakit jaundis (demam kuning) yang dihadapi.
Ketika kejadian, bayi tersebut baru sahaja diberi susu oleh ibu bayi dan kemudian dibantu jaga oleh ‘mak cik’ (ibu saudara) bayi untuk memandikan bayi tersebut yang mana ibu bayi masih berpantang dan ditemani oleh suaminya berehat di tingkat atas.
Kemudian ‘mak cik’ bayi itu telah meletakkan bayi di atas bantal berdekatan pintu pagar yang ditutup rapat bagi menjemur bayi dan meninggalkannya seketika bagi mengambil air panas untuk memandikan bayi sebelum kembali semula ke arahnya dalam masa singkat
Wanita itu kemudian terkejut apabila terlihat tangan kanan bayi tersebut sedang digigit oleh salah seekor anjing peliharaan milik suaminya.
Ibu saudaranya panik apabila mendengar bayi itu menangis dengan kuat dan berlumuran darah sebelum melihat anjing tersebut menggigit tangan kanan bayi itu di luar pagar.
Wanita itu kemudian menjerit sekuat hati sebelum jeritannya didengari ahli keluarga dan mereka bertindak membawa bayi itu ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan namun ditolak dan diminta merujuknya ke Hospital Melaka.
Sebaik tiba di Hospital Melaka, bayi terus dibawa ke zon merah bagi mendapatkan rawatan kecemasan sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan doktor pakar .
Bayi tersebut kini sedang menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur dan siasatan lanjut mendapati anjing tersebut merupakan milik suami kepada ibu saudara bayi berkenaan.
Anjing tersebut juga dipercayai dari jenis ‘Plott Hound’ dan telah dibiarkan tanpa diikat atau dikurung di kawasan rumah tersebut bagi tujuan menjaga kawasan rumah. Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001/289 Kanun Keseksaan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Astro Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam keadaan sekarang ni, kebanyakan daripada kita pasti akan merancang kehidupan keluarga untuk jaminan masa depan. Namun bila sentuh bab anak, kebanyakan pasangan suami isteri akan serahkannya pada takdir dan tak kurang juga yang merancang bagi memastikan kualitinya.
Masing-masing ada pendapat tersendiri kerana hanya kita dan pasangan je yang faham kedudukan kewangan keluarga dan bagaimana cara nak membesarkan anak-anak. Mungkin bagi sesetengah pasangan, baru berkahwin dah dikurniakan anak. Tapi ada juga yang dah bertahun harapkan kehadiran anak masih belum diberi oleh Allah.
Meriah rumah dengan kehadiran anak
Rezeki setiap orang tak sama kerana semuanya tu dah ketentuan dari-Nya. Begitu juga kisah seorang ibu muda ini berusia 29 tahun tetapi dah mempunyai 7 orang anak berusia 12 tahun hingga yang paling kecil setakat ini masih dalam pantang.
Menerusi perkongsian Puan Anna Mukhtar, dia bersyukur dikurniakan anak ramai dalam usianya yang masih muda dan berterima kasih pada suami yang sentiasa ada bersamanya untuk sama-sama membesarkan anak.
Tak menyesal kahwin muda
Alhamdulillah rezeki kahwin muda. Tak pernah rasa menyesal kahwin muda, kadang ada orang tanya saya tak rugi ke muda-muda dah ada anak ramai dan tak boleh enjoy dan buat apa yang kita suka seperti orang lain.
Jawapan saya mudah je, kehidupan sekarang adalah yang lebih bahagia dari sebelum kahwin. Saya gembira dan cukup bahagia dengan kehadiran anak-anak yang ramai walaupun di rumah sentiasa meriah dengan suara anak-anak.
Waktu ambil keputusan untuk berkahwin di usia 16 tahun tu, saya rasa pilihan saya tepat walaupun ada yang tak setuju. Mungkin saya rasa dah smpai masanya untuk habiskn waktu yang tak berfaedah.
Walaupun baru kenal dengan suami hanya dua bulan keputusannya untuk terus masuk meminang saya terima. Daripada buang masa lebih baik kahwin. Lagipun nampak suami adalah calon yang betul-betul boleh bimbing saya ke jalan yang lebih baik dari sebelum tu. ni. Sebab tu saya fikir kalau saya tolak belum tentu akan datang yang macam ni. Waktu tu umur suami 25 tahun.
Mungkin aturan Allah yang terbaik dah masa tu. Alhamdulillah saya tak menyesal dan bahagia sangat-sangat dapat suami yang bertanggungjawab, tegas dan romantik.
Target 10 anak
Adatlah sementara anak-anak nak besar, inilah momen yang istimewa buat saya dan suami melihat keletah anak-anak. Lagi satu sekiranya Allah beri rezeki, kalau boleh saya nak cukupkan 10 orang anak.
Apa yang saya pegang sejak dari awal perkahwinan hingga sekarang, setiap anak ada rezeki masing-masing. Janji kita tak putus doa dan sentiasa berusaha. Insya-Allah aturan Allah adalah yang terbaik untuk kita.
Tahap kesabaran mesti tinggi
Percayalah dan yakin dengan ketentuan Allah, pedulikan apa orang nak kata. Biasalah anak kecil-kecil ni penatlah sikit nak uruskan mereka, tapi suatu hari nanti bila kita dah tua, merekalah yang akan memberi bahagia. Asalkan niat kita jaga amanah Allah untuk beri yang terbaik buat mereka. Pasti ada ganjaran kelak.
Nasihat saya juga sebagai ibu muda dan masih banyak yang perlu belajar, mental dan fizikal mesti kuat untuk melayan kerenah anak-anak. Tahap kesabaran mesti tinggi dan jangan cepat nak mengalah.
Pegang pada kunci ini, semuanya kita akan rasa mudah dan tak cepat stres. Allah juga pasti akan mempermudahkan urusan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang bayi berusia 2 tahun maut setelah tercampak dari pangkuan ibunya dalam kemalangan di Jalan Titi Haji Idris, di sini, awal pagi tadi.
Kejadian jam 7.40 pagi itu melibatkan kereta Perodua Myvi yang dipandu pasangan suami isteri bersama bayi tersebut dengan Perodua Alza yang dipandu seorang wanita berusia 30-an.
Wanita yang memandu Alza itu pula hanya cedera ringan di tangan dan kepala. Kedua-dua kereta dipercayai bertembung lalu terjunam ke dalam parit sawah.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pemandu kereta Myvi itu tersepit di tempat duduk hadapan manakala bayi itu pula tercampak ke bahagian hadapan kereta.
Pemandu berusia 20-an itu patah paha kanan dan kaki kiri, manakala isterinya mengalami kecederaan di kepala dan kaki.
Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk rawatan lanjut, manakala jenazah bayi dihantar ke unit forensik HSB.