Detik yang sungguh bermakna! Mungkin inilah ungkapan yang bersesuaian apabila melihat seorang bayi yang mengalami masalah pendengaran mendengar suara ibunya buat kali pertama.
Tersenyum lebar saat namanya dipanggil ibu, itulah Harrison Rex di dalam video tular semasa usianya enam minggu.
Menurut Daily Mail, keluarga kanak-kanak itu mengetahui keadaan bayi berkenaan ketika usianya baru 14 jam selepas kelahiran.
Pasangan Eisha-Marie Stone dan suaminya, Chris Rex dari Perth telah bekerja keras untuk mencari rawatan buat bayi berkenaan. Usaha mereka berhasil apabila kanak-kanak itu menerima alat pendengaran pertamanya pada usia enam minggu, tulis portal itu.
Dalam video dikongsikan, Marie memanggil nama anaknya, sejurus selepas itu kelihatan reaksi Harrison yang tersenyum lebar.
“Saya tidak sangka reaksi emosi yang cukup besar dari seorang bayi berusia enam minggu setengah,” katanya.
Ads
“Sejujurnya, saya masih dalam penafian mengenai kekurangannya, sehinggalah saat ini. Kebahagiaan hakiki yang lahir dari si kecil ini adalah satu pengalaman menakjubkan,” tambah wanita itu.
VIDEO:
Jelasnya, dia gigih mencari bantuan buat Harrison melalui Google dan Facebook sebelum akhirnya dia menemui sebuah program untuk belajar mendengar dan bercakap, iaitu Telethon Speech and Hearing.
Ads
Pada usia empat bulan, kanak-kanak itu mula menjalani terapi dan kini pada usianya dua tahun, Harrison sudah boleh menghasilkan ayat dan bercakap seperti kanak-kanak seusianya, tulis portal itu.
Melahirkan anak secara pembedahan caesarean memerlukan anda menjaga luka tersebut dengan lebih rapi. Hal ini disebabkan luka dan jahitan tersebut adalah lebih besar berbanding luka episitomi.
Malah, penjagaannya juga berbeza kerana satu luka di perut dan satu lagi di faraj. Luka akibat pembedahan caesarean mengambil masa empat hingga enam minggu untuk pulih sepenuhnya.
1. Berjalan di awal pembedahan
Ada yang kurang berani untuk bergerak selepas pembedahan. Dibimbangi benang jahitan terbuka.
Perlu anda tahu bahawa dengan berjalan secara perlahan-lahan, ia akan mengurangkan risiko darah beku lalu mempermudahkan proses penyembuhan luka.
Kejadian jahitan terbuka hanya kerana disebabkan oleh aktiviti berjalan perlahan-lahan ini memang jarang berlaku.
2. Makan makanan seimbang
Jika mahu luka cepat sembuh, pengambilan makanan seimbang penting. Untuk tujuan pemulihan, anda perlu makan makanan yang mengandungi banyak protein seperti ikan, ayam dan daging.
Namun pilih ikan yang diketahui tidak gatal. Untuk ayam dan daging pula, jika anda akan mengalami kegatalan selepas makan, elakkan daripada mengambilnya.
Jangan lupa ambil sayur dan buah kerana ia kaya dengan kandungan serat yang boleh mengurangkan masalah sembelit.
Pastikan tubuh cukup vitamin terutamanya vitamin C kerana ia dapat mempercepatkan proses penyembuhan.
3. Minum air secukupnya
Anda disarankan untuk meminum air yang secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi. Jika tubuh kekurangan air, ia boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses pembuangan najis, urin dan toksin.
Malah, dehidrasi memberikan tekanan kepada perut dan bahagian luka. Jadi minumlah air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
Jangan minum banyak sekaligus. Sebaliknya minum sedikit demi sedikit sepanjang hari.
4. Hati-hati ambil ubat tradisional
Tidak semua jenis herba dan ubat tradisional selamat. Ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengganggu proses pengecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak.
Anda perlu berhati-hati terhadap pengambilan ubat tradisional terutamanya daripada segi kebersihannya. Dikhuatiri kandungannya akan membahayakan kesihatan. Ada juga yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda.
5. Menyusu susu ibu secara eksklusif
Penyusuan susu ibu terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, tubuh mengeluarkan hormon oksitosin yang membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah.
Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai untuk ibu bersalin caesarean. Anda boleh pelajarinya daripada jururawat dan bidan hospital. Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu daripada kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan.
6. Pastikan luka kering dan bersih
Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Hanya gunakan mod angin sejuk.
Jangan menggaru luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Dibimbangi akan berlaku risiko jangkitan kuman pula.
7. Elak aktiviti mendatangkan kesakitan
Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernafasan yang bagus memainkan peranan penting sewaktu anda berada dalam fasa pelahiran. Selain membantu kelangsungan proses bersalin, pernafasan yang lancar dapat mengelakkan otot daripada mengalami ketegangan atau kekejangan. Jika tidak, ia akan menggugat proses meneran apabila ketika tiba saat itu, anda sudahpun keletihan.
Lebih daripada itu, pernafasan yang lancar akan membuatkan anda memberi tumpuan kepada pernafasan dan bukannya terhadap kesakitan yang semakin kerap dialami. Antara lain, anda dapat memaksimumkan bekalan oksigen di mana ia baik untuk diri anda sendiri, bayi dan otot-otot yang berkait langsung dengan proses kelahiran.
Ketahuilah bahawa apabila anda tidak bernafas dengan baik, ia akan mencetuskan suatu keadaan yang dikenali sebagai pernafasan panik. Apabila bernafas terlalu pantas, ia akan menyebabkan hyperventilation. Hal ini berlaku kerana terlalu banyak karbon dioksida dikeluarkan yang akhirnya menjadi punca anda mengalami pening dan kebas di mulut serta jari-jemari. Langkah terbaik bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menekup mulut menggunakan beg plastik atau tangan sendiri, seterusnya menghidu karbon dioksida perlahan-lahan.
Menurut Doktor Pakar Perbidanan Dan Sakit Puan, Dr Siti Esah Bahari dari Hospital KPJ Selangor, beliau menegaskan bahawa amat penting untuk setiap wanita hamil mengikuti kelas antenatal terutamanya yang melalui kehamilan pertama. Dalam memilih kelas antenatal, anda digalakkan untuk memastikan kelas yang ditawarkan menyentuh aspek pernafasan. Pada masa yang sama, adalah lebih baik jika anda menghadiri kelas tersebut bersama suami agar dia dapat mengajar teknik pernafasan yang betul ketika anda sedang menghadapi kontraksi kelak selain daripada sokongan moral.
Kurang oksigen
Kekurangan oksigen sepanjang proses bersalin berlangsung boleh mendatangkan mudarat bukan sahaja kepada diri anda malah kepada bayi juga. Banyak komplikasi yang bakal dihadapi kesan daripada tindakan tidak bernafas dengan cara yang betul.
Kesan negatif pada ibu termasuklah otot rahim tidak berfungsi dengan baik. Malah, ia turut mengakibatkan penghasilan oksitosin berkurangan. Untuk makluman, oksitosin sangat penting untuk kontraksi rahim. Jadi, jika anda tidak bernafas dengan lancar, ia boleh merencatkan proses kelahiran. Di pihak bayi pula, disebabkan oleh kurang oksigen, denyutan jantung bayi akan terjejas. Ini dapat dilihat melalui bacaan kardiotograf (CTG) yang tidak normal.
Teknik bernafas
Anda boleh mula mengaplikasikan teknik pernafasan apabila mula merasai kontraksi yang tidak selesa. Biarpun, anda mempelajari pelbagai jenis pernafasan ketika di kelas antenatal, pilih satu yang bersesuaian dengan keadaan diri ketika di dalam bilik bersalin.
1. Peringkat awal (early labour)
Bernafas secara perlahan-lahan dengan menarik nafas melalui hidung tiga kali. Kemudian hembus nafas melalui mulut tiga hingga empat kali. Dalam pada itu, hembuslah lebih lama berbanding tarik nafas.
2. Peringkat aktif (active labour)
Ketika sakit bertambah kuat, hela nafas terlebih dahulu. Disusuli dengan tindakan menarik dan menghembus nafas. Apabila sakit semakin ketara bernafaslah secara cepat dan tidak dalam. Pada kemuncak kontraksi, pernafasan secara tercungap-cungap melalui mulut (panting) boleh membantu. Setelah kontraksi beransur hilang, bernafaslah seperti biasa secara perlahan-lahan.
3. Peringkat transisi (Masa bersalin hampir tiba tetapi pangkal rahim belum buka sepenuhnya)
Anda tidak digalakkan meneran kerana ini boleh memudaratkan. Lakukan pernafasan secara panting namun jangan teran pada punggung. Sebaik-baiknya panting– hembus.
INFO TAMBAHAN
Pernafasan Lamaze
Masyarakat Barat sangat menggemari kaedah pernafasan Lamaze. Dengan mengaplikasikannya, keadaan anda akan lebih terkawal. Apabila tumpuan dihalakan kepada pernafasan, maka kesakitan dapat diabaikan. Caranya ialah dengan bernafas sambil menyebut perkataan hee-hee-hoo.
Namun, adalah dinasihatkan agar kerap melakukan latihan sebelum tiba masa untuk bersalin kerana dikhuatiri bila tiba masanya anda tidak dapat melakukannya dengan baik kerana kurang berlatih. Tambahan pula ketika sakit anda tidak dapat menumpukan perhatian kepada teknik pernafasan yang betul. Oleh kerana itulah, amat penting untuk suami turut serta dalam kelas antenatal agar dia dapat memberi panduan ketika anda mengalami kontraksi.
Teknik betul meneran
Bayangkan keadaan seperti hendak membuang air besar. Pastikan dagu dirapatkan ke dada dan anda berkeadaan sama seperti udang membengkok. Ketika ini belakang badan perlu menyentuh katil. Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen ke bawah seperti diarahkan oleh doktor dan jururawat. Bila berlaku kontraksi, tarik nafas lalu meneran selama yang boleh. Dalam satu kontraksi, anda digalakkan mengambil nafas sebanyak dua hingga tiga kali. Meneran haruslah dari bahagian abdomen ke punggung dan bukannya di muka. Jangan sesekali mengangkat punggung kerana ia boleh menyebabkan koyak yang besar. Apabila bayi di tahap akhir pelahiran iaitu sebahagian kepala bayi mula kelihatan jangan meneran terlalu kuat. Teran perlahan-lahan untuk mengelakkan koyak teruk.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas diberikan vaksin, sejumlah kecil kanak-kanak mengalami beberapa perubahan, yang dikenali sebagai kesan sampingan.
Jangan risau kerana kesan sampingan ini biasanya ringan dan sudah dijangka. Kesan vaksin ini bermakna badan sedang membina imunitinya dengan bertindak balas terhadap vaksin.
Di sini terdapat beberapa tip mengenai perkara yang dijangka berlaku dan apa yang harus dilakukan.
Kemerah-merahan, bengkak atau lembut pada bahagian suntikan
Selepas beberapa hari, ia akan hilang dengan sendiri. Bagaimanapun, jika diperlukan, anda boleh menggunakan tuala sejuk dan basah untuk mengurangkan kemerahan dan bengkak.
Demam
Jika bayi anda demam, anda boleh mengurangkan suhu badannya dengan lap menggunakan air suam. Pastikan bayi anda diberi banyak cecair untuk diminum.
Jika bayi anda mula mengalami demam atau mudah marah, anda boleh merawat mereka dengan ubat yang boleh menghilangkan kesakitan seperti paracetamol. Bagaimanapun, ini tidak seharusnya diberikan sebelum imunisasi atau jika anak anda tidak mengalami demam.
Ini merupakan reaksi terhadap vaksin yang biasa. Bagaimanapun sesetengah tindak balas vaksin biasa tidak dapat dikesan sehinggalah vaksin tersebut digunakan oleh berjuta-juta orang daripada pelbagai latar belakang. Untuk memahami tindak balas buruk ini, kerajaan telah mewujudkan sistem laporan Kesan Buruk Selepas Imunisasi (AEFI) untuk merekod atau mengkaji tindak balas tersebut.