“Mesti rindu bau mama ayah…” Tangisan sayu Bayi Laylaa Batrysha benar-benar mengundang sebak ramai yang menonton video tular tersebut.
“Mesti rindu bau badan mama ayah… bau ibu tak ada… menangis saya terbayang anak saya jika saya tak ada…”
Begitulah antara luahan beberapa netizen yang tidak dapat menahan rasa pilu melihat video tangisan bayi yatim piatu, Nur Laylaa Batrysha Muhammad Lokmanorhakim yang baru berusia enam bulan.
Tangisan Bayi Yang Menyentuh Hati
Menerusi video dimuat naik seorang wanita menerusi akaun TikTok Hot Latte, terlihat Bayi Laylaa Batrysha merengek kecil sambil ditenangkan oleh beberapa ahli keluarga yang merupakan waris terdekatnya. Situasi itu membuatkan ramai tersentuh kerana tangisannya seakan-akan mencari kedua ibu bapanya.
Pada kapsyen video tersebut serta beberapa hantaran lain berkaitan Nur Laylaa Batrysha, wanita itu turut menitipkan doa dan pesanan agar bayi kecil ini membesar dengan sejahtera.
Doa & Pesanan Untuk Bayi Laylaa Batrysha
Ads
“Bayi Laylaa belajar… pada usia enam bulan, dunia telah merentap dua insan paling menyayangi kamu. Walaupun mama dan papa tidak selalu memelukmu, doa dan kasih sayang kami sentiasa menyertaimu setiap hari. Kami akan membesarkanmu dengan penuh kasih, supaya kau tahu… kau tidak pernah sunyi dan tidak pernah dibiarkan bersendirian.”
Dalam hantaran berasingan, wanita itu menulis:
“Allahuakbar, kuat ya dik… Dalam sekelip mata, Bayi Laylaa Batrysha jadi anak yatim piatu. Ibu dan ayahnya pergi dijemput Ilahi selepas kemalangan.
“Hanya Allah tahu peritnya ujian ini untuk si kecil. Moga hidupnya terus dalam rahmat dan kasih sayang.”
Ramai Netizen Tersentuh Dengan Kisah Bayi Laylaa Batrysha
Ads
Banjir komen daripada orang ramai menunjukkan betapa dalamnya kesan video tersebut kepada masyarakat. Rata-rata berkongsi kesedihan dan mendoakan agar Bayi Laylaa Batrysha membesar dengan sihat, kuat, serta sentiasa dalam lindungan Allah.
Pengguna TikTok turut menyatakan rasa simpati dan kasih terhadap bayi kecil ini. Ada yang menitiskan air mata, ada yang teringatkan anak sendiri, dan ramai berharap Laylaa sentiasa dikelilingi insan baik yang penuh kasih sayang.
Kemalangan Yang Meragut Nyawa Ibu Bapa Laylaa
Terdahulu, media melaporkan tragedi menyayat hati itu berlaku apabila pasangan suami isteri maut selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah lori sawit. Insiden tersebut turut menyebabkan sebuah Toyota Vios terkena serpihan dalam kemalangan ngeri di Kilometer 54.5 Jalan Sungai Rengit–Kota Tinggi, Ahad lalu.
Mangsa yang maut ialah Nur Fatihah, 28, dan suaminya, Muhamad Lokmanorhakim Mokhtar, 24. Namun dalam tragedi yang memilukan itu, Bayi Laylaa Batrysha terselamat ketika masih berada dalam tempat duduk khas bayi.
Ads
Harapan Untuk Masa Depan Bayi Laylaa Batrysha
Di sebalik ujian berat ini, ramai mendoakan agar Bayi Laylaa Batrysha membesar menjadi anak yang kuat, tabah dan sentiasa dirahmati. Walaupun perjalanan hidupnya telah berubah seawal usia enam bulan, kasih sayang keluarga dan masyarakat diharapkan menjadi penyembuh kesunyian yang dirasakan.
Kisah ini bukan sekadar tragedi, tetapi peringatan tentang betapa berharganya kasih ibu dan ayah, serta betapa besarnya ujian yang ditanggung seorang bayi kecil yang belum mengenal dunia. Semoga Laylaa terus membesar dalam lingkungan yang penuh cinta dan doa yang tidak pernah putus.
Siapa yang tak kenal dengan Khairul Aming atau KA pempengaruh terkenal yang sering berkongsi resipi menarik dan mudah diikuti. Setiap kali beliau memuat naik video masakan, pasti akan mendapat perhatian ramai, lebih-lebih lagi sempena bulan Ramadan ini.
Seperti yang sudah diketahui, KA akan berkongsi 60 resipi sepanjang 30 hari Ramadan, memberikan pelbagai idea hidangan buat pengikut setianya. Setiap resipi yang dikongsikan bukan sahaja mudah tetapi juga sangat menarik, membuatkan ramai yang tidak sabar untuk mencuba.
Terbaru, satu lagi resipi ringkas yang dimuat naik telah mencuri perhatian – Kek Pisang! Walaupun nampak mudah, namun hanya dalam tempoh dua jam selepas disiarkan, video ini telah mencecah 1.5 juta tontonan!
RAHSIA KEK PISANG SEDAP
Kek pisang KA memang nampak lain, mana taknya bahan-bahan penyediannya adalah susu pekat manis dan kepingan coklat telah menjadikan resipi ini lebih sedap. Ini rupanya rahsia!
Apa yang membuatkan ramai tertarik adalah cara penyediaan yang sangat senang, menggunakan bahan-bahan asas yang mudah didapati. Namun, ada satu bahan rahsia yang menjadikan kek ini lebih sedap dan moist, sehingga ramai netizen teruja untuk mencubanya sendiri.
Resipi mudah, hasilnya menggiurkan! Tak hairanlah ramai yang terliur hanya dengan menonton video ini. Kagum betul dengan sentuhan magis KA dalam setiap masakannya!
Suasana tenang di tepi sungai bertukar menjadi detik duka buat sebuah keluarga kecil. Hasrat mereka untuk berehat dan memancing di Teluk Kemang berakhir dengan kehilangan dua cahaya mata tersayang.
Dua kanak-kanak berusia enam dan lapan tahun maut selepas kereta yang dinaiki bersama ibu mereka menggelongsor masuk ke dalam Sungai Tanjung Agas, Teluk Kemang pada Khamis, memetik laporan Sinar Harian.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika keluarga empat beranak itu sedang bersantai di kawasan berkenaan.
“Lelaki dewasa itu memaklumkan bahawa semasa kejadian, dia keluar dari kereta untuk merokok, manakala isteri serta dua anak mereka berada di dalam kenderaan.
“Tiba-tiba, kereta itu menggelongsor ke arah sungai. Ketika itu air surut dan mangsa yang berada di dalam kenderaan menjerit meminta tolong,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, orang awam yang berada berhampiran segera membantu dan berjaya menyelamatkan si ibu berusia lingkungan 40-an, namun dua anak mereka tenggelam bersama kenderaan.
“Pasukan penyelamat berjaya membawa naik kanak-kanak perempuan itu sekitar jam 1.30 petang, manakala adiknya kira-kira 20 minit kemudian.
“Kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan selepas usaha menyelamat melalui CPR gagal,” katanya lagi.
Maslan turut memaklumkan, siasatan awal mendapati keluarga itu dipercayai sudah dua hingga tiga hari berada di kawasan tersebut untuk berehat dan memancing.
“Kereta tersebut diparkir kira-kira 10 meter dari tebing sungai dalam keadaan enjin tidak dihidupkan. Kejadian ini dipercayai berpunca daripada masalah teknikal pada kenderaan.
“Kenderaan itu ditemui di dasar sungai pada kedalaman kira-kira empat meter dalam keadaan terbalik dengan kedua-dua mangsa masih berada di dalamnya,” jelas beliau.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan bedah siasat akan dijalankan di Hospital Port Dickson.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelantan kini dilanda banjir yang semakin serius. Banyak kawasan rendah mula dinaiki air, menyebabkan penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara.
Jalan-jalan utama turut terputus hubungan, menyukarkan bantuan sampai ke kawasan terjejas. Suasana pilu menyelubungi mangsa banjir, terutama mereka yang kehilangan tempat tinggal dan barangan keperluan harian.
Hujan tanpa henti dan paras air sungai yang terus meningkat menjadi cabaran utama. Pihak berkuasa sedang giat membantu, namun keperluan bantuan seperti makanan, pakaian, dan tempat perlindungan masih sangat mendesak. Doakan keselamatan dan kesejahteraan buat semua mangsa yang terjejas.
Amaran Hujan Berterusan Peringkat Merah (Bahaya) Di Seluruh Kelantan Sehingga 29 November 2024 Ini – MetMalaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Krai
Dalam pada itu, menurut sumber Info Banjir Negeri Kelantan Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai melepasi paras amaran dengan merekodkan bacaan 23.25 meter setakat pukul 10 pagi tadi (27/11/2024)
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Krai
“Situasi cuaca di Kelantan semakin membimbangkan” – Datuk Dr Izani Husin
Datuk Dr Izani Husin
Sementara itu, memetik hantaran Kelantan Daily Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Kelantan, Datuk Dr Izani Husin, berkata situasi cuaca di Kelantan semakin membimbangkan.
Katanya, jika sebelum ini Gua Musang berada dalam kategori buruk, kini kawasan tersebut telah bertukar kepada bahaya. Ini menjadikan seluruh negeri Kelantan berada dalam zon merah dengan status amaran bahaya.
“Keadaan hujan sangat lebat yang berterusan ini berisiko tinggi membawa banjir besar di banyak kawasan. Kita semua diminta untuk terus berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa, dan mengambil langkah keselamatan segera.”
“Utamakan keselamatan keluarga dan komuniti. Semoga kita semua dilindungi dan segala urusan dipermudahkan,” ujarnya.
Majalah keluarga berharap, jika anda berdekatan dengan kawasan ini, tolonglah sebarkan maklumat tentang pusat bantuan atau hulurkan pertolongan seikhlas mungkin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.