Seniwati Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita duka tentang pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud, yang meninggal dunia akibat komplikasi batu karang dalam hempedu.
Menurut Fauziah atau lebih dikenali sebagai Ogy, arwah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taiping, Perak, sekitar jam 7 pagi tadi.
Tambahnya lagi, arwah telah lama menderita penyakit tersebut namun memilih untuk menyimpannya sebagai rahsia daripada pengetahuan adik-beradik lain.
Saya kehilangan adik lelaki saya hari ini’ – Fauziah Ahmad Daud
“Allahyarham sudah menjalani pembedahan tetapi keadaan kesihatannya semakin merosot sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Saya kehilangan adik lelaki saya hari ini. Saya memohon ampun maaf bagi pihak arwah Fazal Ahmad Daud, jika ada salah silap selama di atas muka bumi Allah.
Ads
“Jika ada hutang piutang boleh hubungi kami. Kepada sesiapa nak ziarah boleh ke rumah kami. Insya-Allah kami akan uruskan pengebumian arwah adik hari ini,” katanya yang tidak dapat menahan sebak.
Jenazah Allahyarham telah dibawa ke kediaman Fauziah di Taman Melawati sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Melawati, Hulu Kelang.
Fauziah, yang juga seorang aktres dan guru lakonan berusia 62 tahun, turut memohon agar orang ramai mendoakan segala kebaikan untuk Allahyarham.
Ads
“Sebagai kakak saya mohon ampun dan maaf. Dia anak, adik, abang, suami dan ayah yang baik.”
“Fazal, Kak Ogy sayang sangat kepada Fazal, Fazal berehat ya di negeri abadi. Jangan risaukan kami. Kak Ogy akan sentiasa merindui Fazal tau.
Allahyarham Fazal merupakan pelakon kanak-kanak dan pernah membintangi filem Hati Batu di sisi Ogy.
Sekadar info, selain Fazal, Ogy memiliki seorang lagi adik yang juga pelakon Fazlina, 49.
Mereka adalah anak kepada seniman Datuk Ahmad Daud dan primadona filem Melayu, seniwati Datin Saadiah.
Sudah menjadi perkara biasa jika kita ke restoran atau kedai makan dan kemudian ada keluarga yang membawa anak-anak. Kita pun begitu kan? Tetapi bagaimana kita mengawasi anak-anak ketika berada di situ? Ada ketikanya mungkin kita teralpa dan tanpa sedar, mungkin apa yang anak-anak kita lakukan mengganggu kententeraman orang lain.
Begitu juga kisah ini yang berlaku di negara China, apabila seorang wanita menjadi berang kerana salah seorang pelanggan lain yang membawa anak kecilnya makan di restoran yang sama dan berbuat bising.
ZHENGZHOU: Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan melecur hampir separuh badan selepas disimbah sup panas kerana bising di dalam restoran.
Dalam kejadian di Henan, ZhengZhou, China, mangsa melecur belakang badan dan punggung apabila seorang wanita hamil berang dengan bunyi bising bayi berkenaan yang mengetuk meja menggunakan sudu, lapor media tempatan Sohu.
Sebelum kejadian, wanita yang dikenali sebagai Ren, 28, dilapor menegur ibu mangsa agar mengawasi anaknya supaya tidak membuat bising, namun tidak diendahkan.
Ren turut berbalah dengan ibu mangsa yang dikenali sebagai Yang sebelum suaminya meleraikan pergaduhan dan membawa wanita itu keluar dari restoran.
Malangnya, 10 minit kemudian, Ren yang tidak berpuas hati berpatah balik memasuki restoran sebelum menyimbah semangkuk sup panas ke arah dua beranak itu menyebabkan bayi tersebut melecur teruk pada bahagian badan.
Yang kemudian membuat laporan polis menyebabkan Ren dijatuhi hukuman penjara 15 hari selain perlu membayar denda 500 yuan (kira-kira RM300).
Namun Ren bernasib baik kerana peraturan di China tidak membenarkan hukuman penjara ke atas wanita hamil.
Selain membayar denda, Ren diperintahkan polis untuk membiayai keseluruhan kos rawatan kanak-kanak itu sehingga pulih.
Bayi berkenaan difahamkan berada dalam keadaan terkejut selain mengalami kesukaran untuk makan dan minum.
Bukan calang-calang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi! Siapa sangka Tomok buktikan cintanya pada ilmu tiada penghujung.
Bapa kepada tiga orang anak ini, menerusi perkongsian di Instagram (IG) terbaru, Tomok atau nama sebenar Shah Indrawan Ismail berkongsi video memaparkan dirinya melangkah hari pertama di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.
Penyanyi dan vokalis kumpulan New Boyz itu berkongsi video berkenaan menunjukkan dirinya mendaftar bagi program Sarjana Pengajian Persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan secara sepenuh masa di institut pendidikan berkenaan.
Bukan itu sahaja, kelihatan anak-anak dan isteri Tomok turut menghantarnya melanjutkan pelajaran di sana menjadikan momen ini lebih istimewa.
Riak wajah Tomok jelas ceria dan bersemangat untuk meneruskan cita-cita dalam jurusan yang diminatinya.
Sehubungan dengan itu, pelantun lagu ‘Marah Bukan Sifatku’ ini berharap agar segala urusannya dipermudah.
“Biasanya ayah,ibu hantar anak anak..ni terbalik pulak…insyaallah saya akan berikan yang terbaik.”
Sebelum ini, Tomok berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dari Universiti Utara Malaysia (UUM)
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dengan berita tersebut dan mendoakan agar Tomok meraih kejayaan dalam bidang yang diceburinya.
Selain dapur, keadaan dalam bilik air perlu diberi perhatian. jangan pandang ringan soal kebersihan ruang ini kerana ia antara kawasan yang paling kotor dan banyak bakteria. Kita perlu lebih rajin membersihkannya untuk menjamin keselesaan seisi keluarga.
Kebersihan bilik air selalu dipandang ringan, maklumlah jarang sekali kalau ada yang berkunjung ke rumah mahu menumpang guna tandas. Biasanya orang lebih mementingkan kebersihan ruang tamu dan dapur, tetapi sebenarnya tandas adalah ruang yang paling penting untuk dibersihkan.
Kebersihan tandas sangat penting supaya penghuni rumah lebih selesa dan jauh dari gangguan syaitan iblis. Paling penting, rezeki murah! Mencurah-curah masuk umpama air mengalir.
Kebanyakan kita sekarang ni, bilik air di dalam rumah. Bukan macam zaman dahulu, tandas terletak di perkarangan rumah. Kalaulah tandas di luar rumah, makanya anda dalam zon selamat. Sebenarnya BILIK AIR boleh menjadi PUNCA REZEKI TERSEKAT. Mengapa?
Dalam Islam, kita tahu syaitan sukakan tempat yang kotor. Tandas adalah salah satu daripadanya. Malah di tandas jugalah mereka ‘berpesta’ dan beranak-pinak. Perhatikan tandas anda jika ada ciri-ciri seperti di bawah:
*Lantai dan magkuk tandas berwarna kekuningan
*Lantai yang dipijak rasa licin sebab dah mulai ditumbuhi lumut
*Sinki dalam bilik air kotor dan berkerak
*Bau bilik air yang busuk
*Anda selalu MEMBIARKAN PINTU TANDAS TERBUKA?
REZEKI BERAT ‘MASUK’ BILA BILIK AIR KOTOR
Itulah punca rezeki tersekat! Bagaimana pula tu?
*Syaitan dan jin meruntuhkan kasih sayang dan rezeki dalam sesebuah famili. Anak cenderung jadi BIADAP, ibu ayah pula selalu BERTENGKAR. Isteri HILANG RESPEK PADA SUAMI dan SUAMI JADI BIAWAK HIDUP (pemalas)!
*Paling kita takuti, bila mana mula ada sifat-sifat negatif menguasai diri. Contohnya: IRI HATI, CEPAT TERASA, BONGKAK, RASA DIRI SENDIRI SAJA YANG BETUL, SOMBONG, BERDENGKI dan paling penting LUPA PADA ALLAH SWT!
*Bila kita bekerja atau berniaga khususnya, emosi perlu stabil. Semangat perlu kental, baharulah perniagaan maju dan diberkati. Jika tidak, mulalah jadi malas, mental lemah dan tiada kesungguhan untuk menjayakan perniagaan yang diusahakan.
*Jadi, mulai hari ini rajin-rajinlah sental dan bersihkan bilik air tu ya?
Selain menggunakan sabun pencuci lantai atau cecair anti bakteria, anda boleh bersihkan bilik air yang kotor menggunakan bahan semula jadi.
PETUA SENTAL BILIK AIR SAMPAI BERKILAT
Bahan-bahan yang diperlukan:
160gm baking soda
60ml perahan lemon
1/2 sudu besar cuka
1 sudu besar hidrogen peroksida
15-20 titik pewangi
Cara Buat Bebola Pencuci:
1. Campurkan baking soda dengan perahan lemon dalam bekas.
2. Dalam bekas lain, bolehlah dicampurkan hidrogen peroksida dan cuka.
3. Masukan campuran hidrogen ke dalam bekas baking soda. Sedikit demi sedikit.
4. Masukkan pula pewangi pilihan ke dalam campuran ini.
5. Bentukkan campuran tadi menjadi bulat dan susun kemas atas kertas kering.
6. Biarkan kering selama empat jam sebelum digunakan.
7. Kemudian bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.
Sempena kemerdekaan yang ke-63 tahun ini dengan tema Malaysia Prihatin, NU Ideaktiv juga menunjukkan sokongan dengan #kitakansama. Semoga Malaysia terus sejahtera dan berjaya di masa hadapan!
#kitakansama #MalaysiaPrihatin
EPISOD 2 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA RABU INI!
Ibu dan bapa harus menyokong minat anak-anak. Kerana dari minat itu, ianya akan menyokong tumbesaran anak serta menggalakkan dan mendidik anak-anak membuat perkara yang mereka suka. Episod kali ini akan membincangkan tentang hobi dan minat anak-anak. Saksikan episod kedua dengan topik Hobi Anak Alaf Baru di Journey Bersama Jovianina pada 2 September Ogos 2020, jam 9 malam.
Bantal bayi mungkin kelihatan selesa, tetapi pakar memberi amaran tentang risiko sesak nafas, SIDS dan bahaya tidur lain yang boleh mengancam keselamatan bayi.