Tongue tie atau lidah pendek biasanya berlaku pada bayi yang baru lahir kerana ada tali bawah lidah. Disebabkan tongue tie ini ia akan menyebabkan bayi sukar untuk latching dan menggagalkan penyusuan susu ibu.
Menurut Pakar Pediatrik dan Pakar Perunding Laktasi, Dr Hairin Anisa Tajuddin, masalah tongue tie boleh di kenal pasti sejak bayi lagi. Bila dah kenal pasti dari awal kita boleh terus buat prosedur yang sangat simple, dengan melakukan pembedahan.
Tapi tak semestinya anak yang tongue tie perlu buat pembedahan. Biasanya doktor perlu buat pemeriksaan lidah. Ini kerana yang ada tongue tie macam strechtable ada yang tak perlu buat operate. Semua itu akan diteliti terlebih dahulu.
Biasanya pembedahan tongue tie ini dipanggil frenotomy. Cumanya doktor akan buat keputusan dengan melihat jenis tongue tie type 1, 2, 3 dan 4.
Tanda-tanda bayi tongue tie
Antara tanda-tanda yang biasa berlaku apabila bayi mengalami masalah tongue tie ialah, biasanya ibu akan mengalami salah satu masalah seperti di bawah iaitu
-Bayi mengamuk ketika menyusu seperti ibu tiada susu.
-Bila menyusu, selalu terlepas nak lekap (latch).
-Bayi menyusu elok lekapan tetapi terlalu kerap menyusu sehingga 24 jam seperti susu tak cukup.
-Bayi masih kelihatan lapar selepas menyusu walaupun telah lama menyusu.
-Berat badan bayi tidak naik atau hanya naik berat sedikit sahaja.
Jika pelekatan di gusi kita panggil anterior tongue tie manakala jika melekat dilantai lidah atau belakang gusi kita panggil posterior tongue tie.
Prosedur frenotomy sangat ringkas. Ada yang gunting saja, diathermy kurang dari 5 minit dan tak sakit.
Kalau bayi baru lahir tie masih nipis lagi. Jadi semasa prosedur itu, tak adalah berlaku pendarahan banyak dan mesti ingat ia tak membahayakan.
Kesan tongue tie
Kesan bayi yang mempunyai tongue tie ini jika tak dirawat dari awal selain tak dapat menyusu dengan baik, masalah ini juga akan menjejaskan kanak-kanak untuk bertutur. Anak akan lambat cakap, bercakap tak jelas dan sebutan juga tak seperti kanak-kanak normal.
Boleh jadi anak akan bercakap pelat dan sukar untuk menyambung ayat panjang. Oleh itu, ibu bapa harus ambil serius mengenai hal ini dan jangan ambil langkah tunggu dan lihat saja. Lagi lambat bertindak, lagi kesian.
——————————————————————————————
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita merancang namun Allah jua yang menentukannya. Rupanya tarikh due date sebenarnya usahawan dan pengacara Neelofa adalah pada tarikh yang sama kelahiran Neelofa sendiri iaitu hari ini, 10 Februari.
Namun perancangan Allah semestinya lebih indah bila mana si comel kesayangan pasangan selebriti ini dilahirkan lebih awal iaitu pada tanggal 29 Januari yang lalu.
Namun kata Neelofa menerusi Instagramnya sebentar tadi, dia bersyukur dengan setiap aturan Allah malah kelahiran Bilal adalah hadiah hari lahir terindah bagi dirinya.
“Permata hati kurniaan Allah ini sepatutnya lahir juga pada hari yang sama dengan Ummi dia, tapi aturan dan waktu yang Allah susun itu jauh lebih baik.
“Hadiah teristimewa buatku, menjadikanku seorang ibu,” tulisnya berkongsi menerusi Instagramnya.
Malah kata Neelofa lagi, hadiah terindah ini bukan hanya hadiah hari lahir paling bermakna buat dirinya sendiri bahkan buat suami kesayangannya yang amat menantikan kehadiran cahaya mata mereka.
Ummi kepada Muhammad Bilal ini turut sama mendoakan agar permata hatinya ini menjadi anak soleh malah sentiasa menguatkan kasih sayangnya bersama suami dan Allah SWT.
“Semoga Muhammad Bilal dibesarkan menjadi anak soleh, permata keluarga yang sentiasa menguatkan kasih sayang dan hubungan dengan Allah swt. Harta dunia akhirat Abah & Ummi 🤍,” tulisnya lagi.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meningitis, radang paru-paru, jangkitan kuman dalam darah, sinusitis & jangkitan telinga adalah antara penyakit-penyakit yang boleh menjangkiti kanak-kanak dan bayi. Perkongsian doktor ini amat bermanfaat untuk menanganinya.
Dr Syahr Musafir berkongsi mengenai bahayanya serangan bakteria streptococcus pneumoniae yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti meningitis, radang paru-paru, jangkitan kuman dalam darah, sinusitis & jangkitan telinga. Malah lebih teruk lagi ia boleh menyebabkan kecacatan sekiranya.
Tindakan ibu bapa memberikan anak suntikan vaksin pneumococcal berupaya mengurangkan risiko kesan dan komplikasi yang mungkin terjadi seperti kecacatan kekal (pekak, kerosakan otak, atau kehilangan tangan atau kaki) atau kematian. berikut ialah perkongsian beliau;
Esok nak masuk tahun baru 2019, sudah pasti ramai yang menyusun-nyusun azam baru. Buat para ibu bapa, saya nak kongsi vaksin pneumococcal (Pneumococcal Vaccine). Manalah tahu boleh dijadikan sebagai salah satu AZAM 2019.
Penyakit pneumokokus adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Streptococcus pneumoniae yang menjangkiti orang dewasa dan kanak-kanak. Tetapi lebih berisiko kepada kanak-kanak dan orang tua.
Bakteria ini boleh membawa pelbagai jenis jangkitan termasuk jangkitan paru-paru / peradangan (radang paru-paru), meningitis (keradangan membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak), sepsis (jangkitan dalam darah), sinusitis (jangkitan sinus) dan otitis media (jangkitan telinga bahagian tengah).
Kalau tak silap, tahun ini ada viral kes meningitis yang melibatkan kanak-kanak.
SERANGANNYA BOLEH MENYEBABKAN KECACATAN KEKAL & KEMATIAN
Terdapat banyak jenis strain (jenis) Streptococcus pneumoniae (sekitar 90 jenis atau serotaip) tetapi hanya minoriti strain (kira-kira 20 serotaip) menyebabkan penyakit pneumokokus. Majoriti jangkitan ini serius dan memerlukan rawatan di hospital, kecacatan kekal (pekak, kerosakan otak, atau kehilangan tangan atau kaki) atau kematian.
Pada tahun 2008, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization (WHO)) menganggarkan bahawa daripada 8.8juta kematian tahunan di seluruh dunia dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, 476000 kematian adalah disebabkan oleh jangkitan pneumokokal. Kadar kematian dan penyakit adalah lebih tinggi di negara-negara membangun dengan majoriti kematian yang dilaporkan di Afrika dan Asia.
WALAU PUN ANTIBIOTIK BOLEH MENGUBATI, VAKSIN PILIHAN TERBAIK
Walaupun rawatan antibiotik untuk penyakit pneumokokus boleh didapati, beberapa jenis bakteria ini ‘lebih kuat’ berbanding antibiotik. Maksudnya, antibiotik tak mampu menyelesaikan jangkitan bakteria.
Memandangkan penyakit pneumokokus adalah penyakit yang boleh dielakkan dengan pengambilan vaksin, vaksinasi adalah pilihan terbaik. Di Malaysia, penyakit pneumokokus adalah salah satu daripada penyakit yang boleh dielakkan melalui vaksin untuk membantu melindungi daripada penyakit serius, komplikasi dan menyelamatkan nyawa.
Vaksin ini mencegah penyakit. Antibiotik itu mengubati. Mencegah lebih baik daripada mengubati.
CARA PEREBAKAN BAKTERIA STREPTOCOCCUS PNEUMONIAE
Streptococcus pneumoniae boleh tersebar dengan mudah melalui permukaan yang dijangkiti, dan daripada orang ke orang apabila terdapat hubungan langsung atau melalui titisan, contohnya apabila orang yang dijangkiti bersin atau batuk. Bukan semua orang yang telah terdedah kepada bakteria, akan mengalami gejala penyakit pneumokokus.
Sesetengah orang membawa Streptococcus pneumoniae (biasanya dalam hidung dan tekak) tanpa menunjukkan tanda-tanda gejala penyakit itu sendiri tetapi boleh menyebarkannya kepada individu yang tidak dijangkiti.
Kanak-kanak sangat terdedah kepada jangkitan tersebut. Maka, vaksin memberi perlindungan terhadap risiko ini. Terutama anak-anak yang bersekolah, bersukan, aktiviti outdoor malah anak-anak yang ditinggalkan di pusat/rumah asuhan, nurseri dan sebagainya.
VAKSIN PNEUMOCOCCAL
Pada masa ini terdapat dua jenis vaksin pneumokokus: vaksin polysaccharide pneumokokus (pneumococcal polysaccharide vaccine) dan vaksin konjugasi pneumokokus (pneumococcal conjugate vaccine). Untuk kanak-kanak dan orang normal (kurang dari 65 tahun) yang tiada risiko tinggi jangkitan kerana masalah imunisasi tersensitif, mendapatkan vaksin konjugasi pneumokokus (pneumococcal conjugate vaccine) sudah cukup bagus.
Vaksin konjugasi pneumokokus (pneumococcal conjugate vaccine) pula ada dua jenis:
(1) Prevenar13, yang melindungi daripada 13 jenis serotaip bakteria.
(2) Synflorix, yang melindungi daripada 10 jenis bakteria Streptococcus pneumoniae.
VAKSIN PNEUMOCOCCAL INI ADALAH INISIATIF SENDIRI
Anak-anak kami, Along ST (7 tahun 5 bulan) dan Angah IY (5 tahun 2 bulan) mendapat vaksin ini secara percuma di Australia kerana perlindungan insurans – diberikan secara 3 dos berkala sebelum umur 2 tahun.
Namun di Malaysia, vaksin ini tidak tersenarai dalam vaksinasi percuma. Mungkin salah satu sebabnya adalah vaksin ini berkos tinggi dan masih tidak berisiko tinggi. Di Australia, caj yang dikenakan adalah AUD$380 hingga $450 untuk 1 suntikan vaksin ini jika bukan rakyat Australia yang tiada perlindungan insurans.
Jadi, untuk anak-anak kami yang lahir di Malaysia, perlu dapatkan vaksinasi ini melalui inisiatif sendiri.
HARGA & DOS VAKSIN UNTUK KANAK-KANAK
Saya survey harganya dalam range RM270 hingga RM350 untuk Prevenar13, dan RM230 hingga RM280 bagi Synflorix. Saya mendapatkan khidmat vaksinasi ini di sebuah klinik swasta di Kota Bharu, dengan harga RM270 untuk Prevenar13 (Kena PM kalau nak tahu klinik mana) untuk anak ke-3 kami, Aboy HE (2 tahun). Tahun lepas RM250, tahun ni naik harga dah.
Jika tak silap saya, di Selangor, boleh dapatkan vaksinasi ini di hospital/klinik kerajaan dengan bayaran RM230 (Synflorix). RM230 ni kira murah sangat dah ni.
Untuk anak bawah 2 tahun, perlu pergi ke klinik 2 hingga 3 kali kerana suntikan vaksin ini dos berkala bagi anak berusia kurang 2 tahun. Tetapi apabila menjangkau 2 tahun, hanya 1 dos (1 suntikan) sahaja.
UNTUK ANAK 2 TAHUN KE BAWAH PERLU DOS BERKALA
Kalau nak mudah, boleh buat macam saya ni, pergi bila anak sudah berumur 2 tahun untuk 1 kali suntikan sahaja. Tetapi risikonya anak tiada perlindungan vaksin sebelum berumur 2 tahun. Ada risiko di situ, yang tak patut diambil tetapi diambil sebab kos. Saya ambil risiko ini sebab anak-anak saya dijaga sendiri oleh isteri saya di rumah, tidak dihantar ke pengasuh dan sebagainya.
Saya sekadar berkongsi, para ibu bapa boleh jadikan azam tahun 2019 untuk vaksinkan anak-anak secara tambahan. Boleh menabung RM25 setiap bulan supaya dapat kumpul RM300 pada bulan Disember 2019, boleh pergi suntikkan anak dengan vaksin ini penghujung tahun 2019. RM300 itu masih berbaki, boleh beli aiskrim. Heheh. Berbaloi.
Saya pula, dapat gaji bulan Januari nanti, akan mula asingkan RM15 menabung bagi tujuan vaksinasi ini, untuk anak ke-4 kami, Adik AL (1 bulan 24 hari), supaya cukup RM300 pada Disember 2020 (ketika umur 2 tahun). InsyaAllah.
Masalah anak kembung perut ini selalu berlaku terutama kepada bayi bawah setahun. Walaupun ibu bapa dah ada pengalaman mempunyai anak kecil sebelum ini, ini antara soalan lazim yang sering ditanya.
Melalui perkongsian Dr Ahmad Samhan beliau ada mengupas lebih lanjut mengenai masalah ini.
“Doktor, anak saya selalu kembung perut. Apa perlu saya buat?” Sudah beberapa kali saya ditanya dengan soalan sebegini.
Meh, hari ini saya terangkan pasal kembung perut yang selalu dialami oleh bayi.
Kembung perut atau turut dikenali sebagai kolik(colic). Colic berasal daripada perkataan Greek iaitu kolikos yang bermaksud kolon (organ yang terletak di dalam perut).
Ia biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis disebabkan oleh sakit perut.
Diagnosis ditentukan berdasarkan ciri-ciri berikut:
– Bayi menangis berterusan atau kerap menangis buat masa yang lama tanpa sebab-sebab yang jelas.
– Masalah ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu dan selalunya bermula pada umur bayi 2 hingga 3 minggu dan beransur kurang/pulih apabila bayi mencapai umur 3 hingga 4 bulan.
Dianggarkan 1 hingga 5 dalam 10 bayi mengalami kembung perut.
Penyebab kembung perut pada bayi belum diketahui secara tepat. Walaupun begitu, ada beberapa teori yang menjadi alasan terjadinya kolik.
– Alah kepada protein susu lembu
– Alah kepada laktosa
– Usus belum matang
– Posisi menyusu yang salah
– Kurang sendawakan bayi
– Terdedah kepada asap rokok
Kembung perut adalah masalah yang mencabar tetapi ia tidak menimbulkan kesan bahaya kepada bayi pada masa akan datang. Diagnosis yang tepat adalah penting.
Tiada rawatan yang khusus. Keadaan ini akan pulih dengan sendiri apabila bayi berumur 3 hingga 4 bulan.
7 TIPS ELAK BAYI KEMBUNG PERUT
Teknik Penyusuan yang betul
– Posisi penyusuan yang betul untuk mengelak bayi tertelan ‘angin’.
Puting susu yang sesuai
– Saiz puting memainkan peranan penting untuk aliran susu.
Tukar susu formula
– Ada bayi alah pada susu lembu/susu laktosa.
Sendawakan bayi selepas menyusu
– Kurang disendawa menyebabkan ‘angin’ terperangkap dalam perut.
Elak makanan ‘berangin’
– Ibu menyusu elakkan makan kubis,brokoli,kafein dan sumber tenusu.
Sentuhan hangat
– Kerap mengurut bayi dengan minyak aromaterapi supaya dia rasa selesa.
Amalkan senaman bayi
– Boleh tengok video ini cara senaman yang betul👇🏼
‘How To Relieve Gas and Colic In Babies and Infants Instantly’
Kongsikan artikel ini supaya lebih ramai mak ayah faham tentang kembung perut dan cara untuk elakkannya.
Kartun Doffy the Dog tular selepas Ustaz Elyas Ismail mendakwa ia menormalisasikan maksiat melalui adegan berbahaya. Ramai ibu bapa meluahkan kebimbangan dan menyeru pemantauan kandungan anak.