Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita Bayi Maut Selepas Memasukkan Wayar Pengecas Telefon Dalam Mulut. Padah Ditinggalkan Ibu...

Bayi Maut Selepas Memasukkan Wayar Pengecas Telefon Dalam Mulut. Padah Ditinggalkan Ibu Di Ruang Tamu

Seorang bayi meninggal dunia selepas dilapor memasukkan wayar pengecas telefon pintar yang masih mempunyai arus elektrik ke dalam mulutnya.

Bayi Maut Selepas Memasukkan Wayar Pengecas Telefon Dalam Mulut. Padah Ditinggalkan Ibu Di Ruang Tamu

Dalam kejadian di Jahangirabad, India itu, bayi itu dipercayai ditinggal sendirian oleh ibunya di ruang tamu kediaman datuknya sebaik saja tiba di rumah tersebut.

Menurut laporan berita thesun.co.uk, ibu bayi itu terlupa menutup suis pengecas telefon pintar miliknya.

Susulan kejadian, bayi itu dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan. Setibanya di hospital, bayi malang itu disahkan meninggal dunia oleh doktor.

Media tempatan bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas jantina dan usia bayi tersebut.

IKLAN

Sumber: Astro Awani

Kejadian seperti ini pernah belaku di Amerika Syarikat. Sila ambil iktibar!

Pada 28 september 2017, satu kejadian buruk telah menimpa seorang bayi perempuan berusia 19 bulan di Amerika. Bibir bayi tersebut telah melecur teruk di bahagian kiri gara-gara mengigit wayar caj telefon yang masih terpasang.

IKLAN

Bayi Maut Selepas Memasukkan Wayar Pengecas Telefon Dalam Mulut. Padah Ditinggalkan Ibu Di Ruang Tamu

Bukan melecur sahaja, malah banyak lagi bahaya lain yang berpunca dari arus elektrik pengecas telefon ini.

Bayi Maut Selepas Memasukkan Wayar Pengecas Telefon Dalam Mulut. Padah Ditinggalkan Ibu Di Ruang Tamu

IKLAN

Antaranya:

  1. Boleh menjadi punca kebakaran
  2. Terkena renjatan elektrik tinggi
  3. Melecur & Terbakar Kulit
  4. Peranti boleh meletup
  5. Boleh bawa maut
  6. Ya boleh bawa maut, dah banyak kes maut yang melibatkan pengecas telefon ini.

Ramai orang salah anggap, mereka sangka voltan rendah seperti 5-12 Volt dari pengecas telefon tidak mungkin bawa maut, sedangkan hakikatnya voltan tidak menyebabkan kematian sebaliknya nilai arus yang mengalir pada jantung yang boleh menjadi punca maut.

0.5 Ampere arus elektrik jika mengalir pada jantung dah boleh membawa maut. 10 kali ganda lebih rendah dari arus yang keluar dari pengecas telefon.

Ibarat jika anak kita mengigit wayar pengecas telefon yang sedang terpasang risiko maut adalah 10 kali ganda lebih tinggi.

Tolonglah beringat mak ayah sekalian..

  1. Jauhkan segala soket, wayar atau sebarang perkakasan yang ada arus elektrik daripada boleh di capai oleh anak kecil.
  2. Simpan atau sorok soket pengecas telefon daripada di lihat oleh anak-anak semasa mengunakannya.
  3. Pastikan suis soket sudah di tutup selepas digunakan. Sebaiknya lepas guna cabut wayar pengecas tersebut dan simpan dalam laci.
  4. Gunakan pengecas yang tulen kerana yang tulen kurang berisiko untuk rosak dan ada kebocoran arus elektrik.
  5. Jangan cas telefon semasa mahu tidur atau ditinggalkan. Di khuatiri terlebih cas dan boleh sebabkan kerosakan pada soket dan telefon.
  6. Powerbank pun sama, jangan biar anak jilat atau gigit walaupun kuasa dah tinggal 0 peratus kerana masih ada sedikit arus elektrik. Mungkin lebih 0.5 ampere yang tertinggal.
  7. Jika anak dah besar boleh ajar tips bahaya dan keselamatan menggunakan perkakasan elektrik di rumah. Tetapi dengan pantauan orang tua.
  8. Elektrik jangan buat main-main. Hanya 1-2 saat sahaja dah boleh membawa maut jika terkena. Terlalu pantas kesan elektrik ni.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI