Kata-kata dari orang sekeliling yang mengatakan tidak cukup susu selepas bayi asyik menangis membuatkan kita rasa ‘down’ dengan kuantiti susu yang sedikit. Jangan putus asa kerana bayi menangis bukan hanya disebabkan susu tidak cukup.
Biar sedikit tetapi mencukupi untuk bayi kita. Dietition Fizah Sobri berkongsi sebab bayi menangis dan bukan hanya disebabkan susu tak cukup semata-mata. Teruskan menyusu tanpa putus asa.
“Anak kau tu tak cukup susu, tu sebab asik nangis je” Mommies pernah dengar macam ini terutamanya waktu pantang.
“Bagi botol/air kanji nanti senyap la baby tu”.
Meh sini nak habaq, ingat baby nangis sebab lapar sahaja ke? Ada banyak sebab baby terutamanya newborn menangis. Antaranya:
Ads
1. Tidak berasa secure/selamat
Dah 9 bulan lebih duduk dalam rahim ibu, dengar denyutan jantung ibu, dalam suasana yang maintain 37°C tiba tiba kena keluar dari comfort rasa terbuka siapa tak takut. Antara sebab kenapa baby bila dibedung tak nangis sebab mereka rasa secure.
2. Suhu
Kalau mommy panas baby pun panas. Kalau mommy sejuk baby pun sejuk. Bezanya kalau mommy tak rasa selesa mommy boleh ubah sendiri, baby macam mana nak cakap? Menangis je la ye.
Ads
3. Mengantuk
Kena angkat sini, pass ke sana. Kena cubit pipi, kena cium satu muka. Macam mana si manja nak tidur? Mommies kalau tak cukup tidur pun bad mood kan. Baby lagila kan.
4. Sakit
Sakit kena gigit nyamuk ke, sakit bedung ketat sangat ke, sakit tersilap saiz diaper ke mesti baby nangis.
Banyak yang berubah bila ibu disahkan hamil terutama sekali fizikal si ibu. Perasan tak makin lama saiz payudara makin besar dan warna puting payudara mula berubah warna. Semua perubaha yang berlaku ada sebabnya.
Perubahan badan si ibu berlaku sesuai dengan fitrah sebagai ibu. Ini merupakan proses dimana badan ibu bersedia menerima kehadiran si kecil makan perubahan hormon berlaku ke atas ibu. Perubahan fizikal ibu berlaku sesuai dengan perkembangan si kecil. Kenapa puting ibu gelap, kerana penglihatan si kecil masih kabur dan untuk mencapai perkembangan yang baik, si kecil memerlukan tidur yang cukup. Semua yang berlaku ada kaitannya antara satu sama lain.
Mengapa puting ibu bertukar gelap semasa mengandung?
Jawapan ‘straight’ nya adalah kerana perubahan hormon menyebabkan peningkatan penghasilan Melanin iaitu sejenis pigmen yang membuat rambut , kulit dan bola mata kita hitam. Maka, kawasan yang sedia tinggi Melanin, misalnya sekitar puting dan areola ibu, akan makin menggelap seiring kehamilan.
Jawapan ‘tak straight’ nya adalah, sebahagian saintis merasakan, ia cara alam membantu bayi kecil yang ‘belum nampak’ untuk mengesan lokasi puting ibu dengan tepat.
Ya, anak manusia lahir dengan deria bau yang bagus, namun penglihatan yang lemah. Maka, berdasarkan bau susu ibu, anak tahu mencari kedudukan payudara ibu, namun puting yang di gelapkan akan bantu anak hisap pada sasaran sebenar iaitu puting.
Bayi kecil hanya nampak sekitar 8-12 inci (~ 20-30 cm rujuk gambar) untuk sekurang-kurangnya 2 bulan pertama. Ianya seperti jarak bayi melihat wajah ibu ketika di pangku untuk menyusu.
Sudahlah kabur, bayi pula cuma nampak kebanyakkannya dalam hitam-putih atau warna kontra yang terang seperti ‘real red’ atau ‘real green’. Merah jambu, merah tomato atau merah tanah dan 122 ton merah lain, maaf, bayi belum nampak. Ini kerana ‘cones’ dalam mata bayi iaitu sel dalam mata yang memproses warna, belum matang.
Bukan hanya isu keterbatasan jarak dan jenis warna sahaja, mata bayi di bawah 3 bulan juga umumnya belum boleh mengekori pergerakkan. Maka tak hairan, sekali-sekali bayi boleh ‘ter’ juling bila melihat sesuatu kerana kawalan mata yang lemah.
Bosan kan hidup dengan mata begini?
➡ kerana itu, bayi kecil di ciptakan untuk ulang kitaran kerap susu, banyak tidur!. Bayi 1-3 bulan patut tidur 15-18 jam sehari dengan masa berjaga antara tidur tak lebih dari 2 jam.
Ya, itu sepatutnya. TAK ADA SEBAB untuk bayi kecil berjaga lama-lama kerana penglihatan dan otaknya belum bersedia untuk tujuan menjelajah dunia!.
Ini di buktikan dengan fakta perkembangan mental dan fizikal bayi bawah 4 bulan berikut:
i. 5 minggu: otak kesan perubahan sensasi iaitu perbezaan suasana alam rahim dan alam dunia.
ii. 8 minggu : otak mula faham dan proses bentuk dan corak. Misalnya bayi mula perasan lekuk batang hidung ibu, corak langsir di bilik atau ruas antara jarinya. Bayi mula suka kaji jarinya seperti belek jari.
iii. 12 minggu: otak mula nampak dan boleh proses peralihan lancar iaitu sebarang pergerakan ringkas. Misalnya anak boleh angkat kepala dan toleh mencari bunyi di kiri, kanan dan depan tapi bukan di belakang. Atau anak tenung bibir ibu bergerak-gerak masa bercakap. Apa-apa gerakan asas dan ringkas sahaja. Jika sudah laju atau rumit, bayi dah tak boleh faham.
Nah! CANTIK , SEMPURNA DAN TERSUSUN BUKAN CIPTAAN TUHAN? : bayi kecil ➡ mata kabur ➡ otak ‘lemah’ ➡ skil motor terbatas = banyak tidur, kurang main dan berjaga singkat.
Maka, TIDAK BENAR SAMA SEKALI jika ibu dengan bayi kecil mendakwa ; ‘ Anak saya tak nak tidur’ atau ‘ Anak saya sanggup tahan mata walau dah letih ‘. NO.
Yang tepat ialah anak TAK TAHU DAN TAK BOLEH tidur kerana ibu ‘tak pandai’ tidurkan. Cara tak tepat, tak kena, jadi bagaimana boleh bayi tidur?
Hasilnya anak kerap terjaga ➡ tak puas tidur ➡ terlalu letih ➡ mengamuk lama ➡ berulang-ulang.
Tanpa sedar kita sebagai mak ayah telah meningkatkan risiko bahaya pada anak sendiri bila menggunakan tiga benda yang dianggap wajib ada dalam kehidupan seorang bayi.
Maklumlah bila tahu akan dapat cahayamata, kita jadi teruja dan sediakan pelbagai keperluan asasnya. Tanpa pengetahuan rupanya barangan tersebut jika digunakan boleh meningkatkan risiko bahaya pada si manja.
Menurut Dr Taufiq Razif, tiga benda comel yang sering digunakan oleh kebanyakan ibu bapa pada bayi mereka meningkatkan risiko bahaya pada keselamatan anak.
#1 – Sarung Tangan Bayi / Baby Mittens
Ramai mak ayah tak tahu yang bayi ni sebenarnya gunakan jari jemari mereka ni untuk merangsang otak mereka. Makin banyak sentuhan dan rangsangan taktil, makin cepat berkembang otak anak kita.
Sebab tu la sebaiknya pakaikan mittens ni jarang-jarang je dan sebaiknya jangan pakai dah untuk anak yang dah nak masuk umur 1 bulan. Biar je anak kita meneroka dunianya dengan jari jemari comelnya.
#2 – Walker
Ramai mak ayah belikan walker supaya anak cepat berjalan. Salah tu! Walker ni la membuatkan rangsangan otak dan otot kaki anak kita jadi makin berkurang.
Berguling, merangkak dan bermain di lantai lah yang sebenarnya menjadi asas untuk anak kita berjalan. Yang paling saya takutkan, walker ni la antara penyebab terbanyak kecederaan pada anak-anak.
Banyak kes anak melecur masuk ke kecemasan bila tersimbah air panas yang si comel di capai sendiri masa tengah naik walker ni. Di US pun kira-kira 14,000 kanak-kanak cedera setiap tahun disebabkan walker ni.
#3 – Bantal
Yang ni paling ramai tak tahu. Tahu tak bantal ni boleh meningkatkan risiko bayi kita meninggal secara tiba-tiba / sindrom bayi mati mengejut (Sudden Infant Death Syndrome).
Tanpa sedar, bantal hiasan tu semua boleh menyebabkan anak kita susah bernafas dan lemas!
Sebab tu sebaiknya elakkan la pakai bantal kecuali kita memang yakin boleh pantau 24 jam tapi tak mungkin la kan? Saran saya, bila nampak anak dah lena tu, alihkan la bantal tu semua kecuali anak kita dah berumur 2 tahun ke atas.
Ada masanya bayi menangis dan meragam lebih daripada biasa. Mama papa tentu gusar akan keadaan ini, adakah bayi lapar akibat tidak cukup susu. Tapi mama papa perlu tahu satu keadaan yang dilalui bayi dalam perkembangannya iaitu growth spurt.
Menurut pakar laktasi & IBCLC, Rita Rahayu Omar, paling mustahak bagi anda untuk yakin dengan diri sendiri apabila memutuskan mahu menyusukan bayi dengan susu ibu. Walau bagaimanapun, keyakinan ini hanya akan timbul dan menjadi lebih mantap lagi jika anda mempunyai ilmu berkenaan asas penyusuan susu ibu yang betul.
Dengan berbekalkan ilmu, ibu mampu menangkis sebarang maklumat kurang tepat yang diberikan oleh mana-mana pihak. Perlu diketahui bahawa tidak semua anggota kesihatan dilatih dalam bidang penyusuan. Oleh itu, rujuklah kepada anggota kesihatan terlatih yang bergelar kaunselor ataupun pakar laktasi.
Anda boleh memerhati dan menilai kelakuan bayi, kekerapan menyusu, keadaan payu dara, kuantiti susu yang diperah keluar, sensasi pancutan refleks bukanlah cara untuk menentukan sama ada penghasilan susu anda cukup atau tidak.
Sekiranya jumlah lampin basah dan kotor bayi adalah normal (5 – 6 helai lampin basah atau 3 – 4 helai lampin kotor), bermakna bayi mendapat cukup susu.
Peningkatan berat badan yang baik (100 hingga 150gram seminggu) juga merupakan petanda bayi mendapat cukup susu.
Anda juga perlu menilai sama ada dia peka, cergas, pertumbuhan dan perkembangannya normal dan memeriksa petanda-petanda ini.
Perlu diketahui bahawa susu ibu sangat mudah di hadam (mengambil masa lebih kurang 1.5 hingga 2 jam sahaja). Oleh itu, bayi yang menyusu susu ibu akan menyusu dengan lebih kerap.
Faktanya, bayi juga mempunyai keperluan yang tinggi untuk menghisap. Anda akan dapati bayi gemar berada dekat dengan anda supaya dia berasa lebih selesa dan selamat. Ini adalah perkara normal. Jangan pula disalah ertikan sebagai memanjakan bayi.
Hal sebegini dipanggil growth spurt. Pada waktu ini, bayi akan menyusu dengan lebih kerap (mungkin setiap 1 jam) dan akan sering meragam.
Keadaan ini sering membuatkan ibu panik. Situasi ini hanyalah sementara dan akan kembali normal selepas beberapa hari hingga seminggu.
Growth spurt biasanya berlaku selepas bayi dilahirkan, 7 – 10 hari, 2 – 3 minggu, 4 – 6 minggu, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan dan 9 bulan. Ini merupakan anggaran sahaja. Yang pasti, setiap bayi adalah berlainan. Jadi, anda perlu bersedia untuk menangani cabaran ini.
Growth spurt merupakan satu proses semula jadi yang mana kekerapan penyusuan oleh bayi dapat membantu anda meningkatkan penghasilan susu. Anda dinasihatkan untuk tidak mengambil sebarang suplemen ketika ini kerana ia akan memberikan isyarat negatif kepada tubuh. Kesannya, penghasilan susu akan berkurangan.
Kebanyakan bayi akan meragam terutamanya pada waktu petang dan malam. Biasanya ia akan reda setelah beberapa ketika. Cara paling baik untuk menenangkan bayi ialah mendukung, memeluk dan kerap memberi payu dara sebelum dia mula meragam.
Bayi hanya mahu dibelai dan ingin rasa selamat kerana selama ini dia berada di dalam rahim yang keadaannya sangat tenang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum si kecil hadir, apa kata ambil peluang untuk bercuti berdua dengan pasangan. Percutian ini, dikenali sebagai babymoon, semakin popular di kalangan bakal ibu bapa yang ingin menikmati masa berkualiti bersama sebelum kehidupan berubah dengan kehadiran bayi.