Bayi suka senyum setiap hari petanda dia membesar dengan baik, cepat mesra. Bayi yang sering tersenyum menunjukkan bahawa perkembangan sosialnya positif. Bagi ibu bapa, melihat bayi semakin membesar pasti mengembirakan anda sebagai ibu bapa.
Bayi Suka Senyum Setiap Hari Petanda Dia Membesar Dengan Baik, Cepat Mesra
Perasan tak sejak bila anak anda mula pandai senyum? Sebenarnya setiap bayi berbeza dan ada yang dah mula memberi senyuman pertama semasa dalam pantang lagi.
Namun, tahukah ibu di sebalik senyum si kecil ada beberapa fakta menarik. Antaranya adalah:
Dalam minggu-minggu pertama kehidupannya, bayi perempuan tersenyum spontan dua kali lebih banyak daripada bayi lelaki.Ketika tersenyum, kadar kelajuan denyut jantungnya menurun. Ini membuktikan, tersenyum adalah salah satu cara relaksasi.
BEBERAPA KAJIAN MENYATAKAN BAYI YANG KURANG MENDAPAT STIMULASI, KHUSUSNYA STIMULASI SOSIAL, AKAN LEBIH SUSAH DAN JARANG TERSENYUM DIBANDINGKAN DENGAN BAYI YANG DIBESARKAN DALAM KELUARGA YANG HARMONI DAN PENUH KASIH SAYANG.
Senyum diiringi mata yang terbuka lebar merupakan hasil dari proses yang terjadi di sebelah otak kanan bayi. Senyum ini ditujukan kepada orang-orang yang dikenalnya secara dekat.
Ads
Sedangkan senyum yang diiringi pandangan mata sekejap ditujukan pada orang yang tidak biasa bagi bayi dan ini adalah hasil proses yang terjadi di belahan otak kiri secara automatik.
Jadi sebagai ibu bapa, pastikan anda tidak melepaskan momen indah bersama bayi dan sentiasa menstimulasikan rangsangannya secara berperingkat agar anak dapat membesar dan mempelajari sesuatu yang baharu sesuai dengan umurnya.
Ibu-ibu pernah tak mengurut bayi? Tahu tak, sebenarnya ada banyak kebaikan urutan untuk si manja. Teruskan membaca perkongsian ini untuk mengetahui lebih lanjut.
Menurut Hello Doktor, walaupun pada dasarnya masih banyak penyelidikan lebih lanjut diperlukan, namun hasil dalam beberapa kajian menunjukkan terdapat kebaikan urutan kepada bayi. Bahkan, ia dikatakan membantu dalam proses tumbesaran yang sihat.
Mengurut bayi menawarkan pelbagai manfaat. Dengan setiap sentuhan lembut, bayi akan berasa disayangi dan dikasihi. Sudah tentu ia secara tidak langsung akan mengukuhkan hubungan antara ibu dan anak.
Anda ingin cuba melakukan urutan kepada si manja tetapi tidak pasti di mana harus bermula? Ini caranya.
Sebelum mengetahui cara mengurut bayi, jom fahami terlebih dahulu manfaat bagi setiap urutan dan sentuhan yang dilakukan.
Antara kebaikan urutan adalah seperti:
Urutan yang dilakukan kepada bayi dapat melegakan tekanan mereka dengan merangsang pembebasan oksitosin, neurohormon yang baik dan menurunkan kadar kortisol – hormon stres.
Ia mengendurkan otot, merangsang tumbesaran dan sangat bagus untuk bayi kolik – keadaan di mana bayi akan menangis untuk jangka masa yang panjang.
Mengurut bayi mendatangkan manfaat kepada sistem saraf bayi kerana ia dapat meningkatkan perkembangan kemahiran motorik mereka.
Bayi yang diurut juga akan tidur dengan baik. Kelebihan ini memberikan faedah dalam proses tumbesaran otot yang lebih cepat hingga kepada peningkatan tindak balas imun.
Urutan juga membolehkan lebih banyak hormon melatonin terhasil – hormon yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mempercepatkan tidur.
Kebaikan urutan adalah ia boleh menjadi cara untuk menenangkan bayi dengan sindrom Down atau cerebral palsy.
Bayi pramatang juga akan menunjukkan perkembangan motor yang lebih baik apabila diurut secara berkala. Malahan, mereka juga akan menambah berat badan lebih cepat berbanding bayi pramatang yang tidak pernah diurut.
Mengurut bayi anda juga akan dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan juga menurunkan rasa ketidakselesaan yang berpunca oleh gas atau keasidan, kembung perut mahupun pertumbuhan gigi.
Urutan akan merangsang saraf yang melalui saluran usus sehingga memberikan manfaat kepada sistem pencernaan.
Berdasarkan laporan daripada Asian Nursing Research Journal, rangsangan sentuhan semasa urutan akan memberikan kesan positif terhadap perkembangan psikologi dan sosial bayi di samping memperkuatkan ikatan bayi dengan ibu bapa.
Dikatakan mengurut adalah berkesan untuk mengatasi kemurungan selepas bersalin atau dalam bahasa mudahnya, meroyan, dalam kalangan ibu-ibu.
Umumnya, ibu yang tertekan menunjukkan mood dan tingkah laku yang lebih baik ketika mereka mengurut bayi mereka secara berkala.
Sebelum melakukan urutan, ada beberapa teknik yang perlu ibu (atau bapa) ketahui, antaranya:
Waktu terbaik untuk memulakan urutan bayi adalah ketika mereka terjaga dan dalam keadaan tenang.
Pilih masa antara 2 sesi penyusuan. Jarakkan tempoh masa lebih kurang 45 minit daripada sesi penyusuan terakhir si manja. Anda juga disarankan untuk menunggu 15 minit selepas mengurut sebelum menyusukan bayi.
Urut bayi anda di tempat yang tenang dan memberikan keselesaan buat kalian berdua.
Baringkan si manja di atas tuala agar mereka berasa selesa. Sesi urutan juga boleh dilakukan di atas meja menukar lampin atau di atas katil anda.
Sentiasa berkomunikasi semasa anda mengurut bayi.
Anda boleh mengulangi nama mereka dan perkataan ‘santai’ untuk menolong mereka berasa tenang, selain daripada bercerita atau menyanyikan lagu kanak-kanak kegemaran si manja.
Sekiranya menggunakan minyak, pilih produk tanpa wangian dan selamat kerana bayi mungkin memasukkan jari ke dalam mulut mereka.
Genggam sebelah kaki si manja dengan lembut dan lakukan urutan lembut daripada bahagian paha ke pergelangan kaki.
Ulang teknik mengurut bayi ini beberapa kali sebelum melakukannya ke kaki sebelah.
Letakkan tapak tangan pada bahagian tengah perut si manja. Menggunakan hujung jari, lakukan gerakan urutan perlahan dan lembut mengikut arah jam.
Ulangi urutan ini beberapa kali.
Lakukan gerakan perlahan pada lengan si manja. Bermula dengan bahunya dan bergerak ke bahagian pergelangan tangan.
Ulangi 2 hingga 3 kali sebelum beralih ke lengan yang sebelah lagi.
Berikan sokongan bahagian badan atas dan kepala si manja menggunakan sebelah tangan.
Letakkan ibu jari tangan sebelah ke satu sisi leher bayi dan 2 jari di sisi bertentangan. Kemudian gunakan hujung jari lakukan usapan lembut dengan gerakan membulat.
Ulangi gerakan tersebut untuk beberapa kali.
Pertama sekali, berikan bayi urutan pada bahagian perut.
Kemudian bengkokkan lutut ke perutnya dan tahan selama 30 saat sebelum melepaskannya. Ulangi kaedah mengurut bayi ini beberapa kali.
Letakkan sebelah tapak tangan pada perut bayi. Lurutkan tangan dengan lembut daripada perut ke bahagian bawah, ia membantu melepaskan gas yang tersimpan. Ulangi gerakan ini jika perlu.
Urutan bayi adalah terapi menenangkan untuk mereka dan mengeratkan ikatan antara anda dan si manja. Namun, tidak semua bayi suka apabila diurut.
Jika ia tidak berjaya pada kali pertama, mungkin anda boleh mencubanya beberapa kali sebelum mendapatkan teknik urutan yang betul dan bersesuaian dengan bayi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Viral isu ibu yang share cikgu pra sekolah anaknya kata anak 5 tahunnya tak bersedia untuk belajar lagi.
Sebenarnya apa maksud bersedia untuk belajar tu? Menerusi perkongsian Terapis Cara Kerja, Puan Siti ‘Aisyah Rozalli, tahap kesediaan anak untuk berada di sekolah bergantung kepada anak tersebut.
Kita pecahkan kepada 5 ASPEK:
1. SIFAT INTERPERSONAL TINGGI PADA ANAK
Ada anak yang umur 4 tahun, kita tinggalkan kat sekolah, menyeringai kegembiraan sebab memang suka berkawan.
Interpersonal intelligence mereka tinggi. Mereka memang sifatnya suka berkawan. Jadi, anak jenis ni, sekejap je dia boleh adapt kat sekolah ni.
2. TAHAP KERESAHAN ANAK TINGGI
Ada anak, yang dia jenis senang gelisah kalau mak dia takde. Very attached. Bukan salah mak kalau anak dia attached. Anak jenis ni, biasanya diorang lambat warm-up sikit. Bagilah masa seminggu, 2 minggu. InshaaAllah dia boleh adapt.
3. ATTENTION SPAN ANAK
Anak umur 5 tahun, secara average dia boleh bagi perhatian dalam 10 – 25 minit je. Itupun kalau subjek tu dia suka, dan dia dah ada kesediaan untuk belajar dalam jangka masa yang panjang.
4. CARA GURU MENDEKATI ANAK
Anak tu menangis ke, tak menangis ke. Kalau dah namanya pra sekolah. Memang kita kena guna out-of-pencil-paper strategies kalau 2 minggu pertama tu. Bagi anak relax dan rasa selesa kat sekolah.
Lepas tu, kalau anak tu menangis, guru kena tenang. Kalau guru pun tinggi suara, lagi tinggi tahap keresahan anak, lagi tinggi tahap keresahan guru, maka jadilah konflik antara anak dan guru, dan mak ayah yang kena hadap.
Percayalah. Saya dah banyak kali jumpa, pelajar yang guru A kata dia tak bersedia lagi, tapi guru B kata dia dah bersedia… Hmm…
5. KEMAHIRAN SEDIA ADA ANAK
Tak boleh nak salahkan guru 100 peratus tau. Apa kemahiran yang kita dah sediakan pada anak sebelum mula masuk sekolah pun akan mempengaruhi.
Ibu dah bercerita tak pada anak tentang sekolah, sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum mula sekolah. Ibu dah mula biasakan anak dengan aktiviti yang mungkin akan dilakukan di sekolah ke tak 6 bulan sebelum mula sekolah. Ini semua akan bantu tingkatkan survival skills anak.
Anak usia 5 tahun ni, memang kalau ikut pola perkembangan, kebanyakan mereka dah boleh terima. Kita bagi masa 2-3 minggu, mereka mesti boleh terima. Tapi, bagi masa 4 hari tu, memang tak adil lah untuk anak tersebut kan.
Tapi tapi tapi, take note tau…Ada anak yang akan ambil masa lebih lama untuk relax. Bergantung tahap keresahan dia. Paling lama dalam 3-4 bulan. Kalau lebih dari tu, biasanya kita akan suggest parents untuk dapat kan cadangan pakar. Kenapa anak susah nak adapt tu.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pergi mana-mana pun, pasti orang akan sibuk dengan soalan macam mana nak jadikan anak pandai. Semua sibuk membaca, membaca, membaca.
Dah tu bila sebut kena main, alih-alih risau akademik, itu ini. Sedangkan fitrah anak-anak itu bermain, dipandang enteng oleh sesetengah ibu bapa yang tak nampak betapa proses bermain itulah proses membentuk akhlak, memupuk kreativiti dan membentuk jati diri.
Yang ibu bapa lihat sekarang, nak anak jadi seperti ilmuwan agama yang terulung, tak apa anak penat belajar pun, risau anak tak ada kerja sekolah kena sentiasa ada kerja sekolah.
Sehingga anak-anak lupa menghargai dan memandang tukang cuci tandas itu walaupun tidak jadi manusia teragung pun, tetapi tugas mereka adalah tugas yang mulia. Sehingga kita lupa nak didik akhlak anak untuk memandang mulia mereka yang mengutip sampah sampaikan sanggup kita cakap pada anak-anak kita: “haaaa tulah akibat orang yang tak pandai belajar. Tak pergi sekolah. Kerja jadi tukang sapu sampah. Busuk.” Padahal yang buang sampah bagi pada mereka itu adalah kita.
Kalau ibu bapa tahu proses sosial yang ada pada bermain itu adalah sebenarnya proses yang menjadikan anak-anak kita berjaya dunia dan akhirat kalau kita pandai guide dengan betul.
Maka proses akademik tu sebenarnya hanyalah satu komponen kecil sahaja untuk melayakkan mereka berfungsi dalam sesuatu komuniti sahaja.
Sedangkan proses sosial yang memupuk aspek kerjasama, berganding bahu, tolong menolong, hormat menghormati itu sebenarnya lebih mulia di sisi Tuhan dan mampu memberikan sejuta pahala dipandang enteng. Semuanya bermula dengan Social Stages of Play dalam proses pembesaran kanak-kanak.
Tapi yalah kan…Manusia zaman sekarang manusia akhir zaman. Angkuhnya bila kita dengar orang suruh anak bermain. Menyirap darah tak tau nak kata apa.
Apabila proses sosial-emosi tidak berjalan dengan baik sejak kecil, tidak hairanlah kalau semakin hari semakin ramai anak-anak kita seusia 10 tahun sudah tahu apa maksud bunuh diri. Sedangkan pada usia di waktu ini, kita masih bermain dan masih nak galak berkawan. Sayu dengan generasi sekarang ni.
Welcome 2020… I am going to see more cases of ignorance parents like this yang mana mangsanya adalah anak-anak dan generasi muda kita sekarang.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.