Tak perlu pakaikan bayi sarung tangan lama sangat, usia 4-6 minggu dah boleh buka. Sarung tangan atau mitten dipakaikan kepada bayi berfungsi untuk mengelakkan bayi terlalu sejuk dan mengelakkan mereka mencakar muka dan mata.
Tak Perlu Pakaikan Bayi Sarung Tangan Lama Sangat, Usia 4-6 Minggu Dah Boleh Buka
Sebulan pertama sarung tangan memang elok dipakaikan kepada bayi tetapi pastikan ia tidak perlu terlalu lama. Tidak perlu pakaikan bayi sarung tangan terlalu lama sangat kalau nak bantu perkembangannya.
Memakaikan bayi sarung tangan terlalu lama adalah satu kesilapan yang perlu diperbetulkan. Bagaimanapun mama dan papa masih boleh memakaikan bayi sarung tangan sekiranya bayi sedang tidur dalam pendingin hawa, suhu persekitaran yang sejuk dan sebagainya.
PERGERAKAN TANGAN MULA BERKEMBANG
Bayi 1 hingga 3 bulan sudah mula belajar untuk membuka genggamannya. Mereka juga belajar untuk membuka dan dan menutup genggaman mereka, Jika mainan jenis kerincing yang diletakkan pada tangan dan menggerak-gerakkannya kerana suka akan bunyinya. Ini adalah perkembangan yang baik dan perlu digalakan pada usia ini.
Bayi pada usia ini juga mula menerokai persekitaran mereka dengan tangan, menjangkau, mengayuh kakinya dan menggenggam mainan. Mereka juga akan mula melihat tangan dan kaki mereka dan menjadikannya ‘sumber hiburan’. Bayi suka menatap tangan mereka, bermain dengan jari mereka, dan membawa tangan atau mainan ke mulut.
Oleh sebab itu, pemakaian sarung tangan perlu dihadkan atau dielakkan semasa bayi terjaga untuk menggalakkan penerokaan ini dan meningkatkan penguasaan skil motor halus.
Anda juga boleh ambil tangannya dan gerakkan seperti menepuk sambil menyanyi. Dia tentu suka dan seronok!
PERKEMBANGAN BAYI 1 HINGGA 3 BULAN
Ads
MULA KENAL SUARA DAN WAJAH
Pada usia 1 hingga 3 bulan bayia sudah mula mengenal suara, wajah dan sentuhan. Kehadiran mama dan papa yang akan menjadikan dia tenang dan selesa dan ini menyebabkan mereka mula memberikan respons kepada apa yang anda lakukan dan sudah boleh senyum!
LEBIH PEKA
Mereka akan lebih banyak berjaga berbanding tidur. Ini menjadikan mereka sentiasa peka dan rasa ‘ingin tahu’ semakin bercambah tentang anda dan objek yang mereka lihat.
FIZIKAL LEBIH KUAT
Fizikal mereka juga lebih kuat berbanding sebelum ini dan berupaya menyelaraskan pergerakan. Galakan proses pembelajaran dengan bercakap dengannya, memberi respons kepada ekspresi vokalnya dan menyediakan mainan yang sesuai dengan umur yang berwarna-warni amat membantu si kecil.
Ads
KARAKTER MENYERLAH
Dalam tempoh 1 hingga 3 bulan, karakter si kecil mula menyerlah. Tidak seperti bayi yang baru lahir bergantung kepada orang lain untuk memulakan interaksi, menjelang akhir bulan ketiga bayi anda mula menunjukkan ekspresi wajah, suara, dan gerak isyarat badan.
MEMBERI RESPONS
Penglihatan mereka juga semakin baik dan bayi sudah boleh mengenalpasti satu pemandangan dan bunyi yang berbeza. Dia sudah semakin pandai membaca ekspresi muka anda dan mendengar suara anda dengan memberikan respons kepada agahan anda. Malah dia sudah pandai membalas senyuman. Nanti bila menginjak ke usia 3 hingga 4 bulan mereka boleh ketawa dengan kuat Ketika berasa gembira.
Waktu kecil anak hanya sekali saja. Terlepas momen ini dah tak boleh diulang semula. Sebab itulah antara usia 0-7 tahun bermainlah dengan anak. Umur 8-14 tahun disiplinkanlah anak.
Jika ibu bapa rajin meluangkan masa bermain dengan anak ketika anak berusia 0-7 tahun, secara tidak langsung ibu bapa juga sedang membina asas untuk peringkat 7 tahun seterusnya.
Disiplin memerlukan ‘connection’ yang kukuh di antara ibu bapa dengan anak. Bermain membina ‘connection’ yang diperlukan ini dari peringkat awal lagi.
Apabila ibu bapa meluangkan masa bermain dengan anak, anak rasa dihargai, anak rasa ‘connected’.
Apabila ibu bapa turun padang bermain seperti kanak-kanak, anak rasa kebersamaan, anak rasa ‘connected’.
Apabila ibu bapa mengajak anak merancang permainan, anak rasa yakin diri, anak rasa ‘connected’.
Apabila anak kalah atau pun menang dalam perlumbaan ketika bermain bersama, anak pelajari kelebihan dan kelemahan diri, anak rasa ‘connected’.
Apabila ibu bapa tetapkan batasan ketika bermain, anak rasa selamat dan dilindungi, anak rasa ‘connected’.
Apabila ibu bapa bergelak ketawa ketika bermain, anak rasa gembira, anak rasa ‘connected’.
‘Connection’ inilah yang membina hormat anak kepada ibu bapa dari peringkat awal lagi.
Apabila anak hormat kepada ibu bapa, anak akan lebih mudah untuk menurut dan mendengar kata ibubapa terutamanya apabila tiba peringkat usia 8-14 tahun. Ini merupakan peringkat usia yang mencabar untuk mendidik anak-anak kerana mereka lebih mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan.
‘Connection’ jugalah yang mengekalkan ‘authority’ ibu bapa kerana anak tahu ibu bapa peduli.
Begitulah besarnya impak bermain dengan anak kepada proses mendisiplinkan anak.
Oleh itu jika ibu bapa menghadapi masalah dalam menguruskan tingkah laku anak, cuba renung kembali ‘connection’ bagaimanakah yang telah dibina dengan anak sejak usia anak 0-7 tahun.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selalu orang kata, anak lelaki ikut muka ibu atau anak perempuan ikut muka ayah ‘sejuk’ rumah tangga. Sama seperti si comel Isaac Raees yang dikatakan mirip mummynya, Zahirah MacWilson.
Isaac Raees yang dilahirkan 5 Januari lalu kini dah pun mencecah usia 6 bulan. Makin besar Isaac, lagi nampak sebiji muka mummy.
Seperti perkongsian mummy dan daddy Isaac di instagram zahirahhaimann, gambar Zahirah sewaktu kecil dan Isaac dibuat perbandingan.
Ternyata, bahagian mulut Isaac sebiji macam mummy masa kecil dan rata-rata peminatnya turut mengakui hal yang sama.
Jika dilihat secara dekat, bahagian kening dan hidung Isaac mirip Aiman dan ini sememangnya mummy kalah.
Patutlah comel sangat Isaac. Kombinasi mummy dan daddynya ada di wajah Isaac. Bukan itu saja, rata-ratanya mengatakan wajah Isaac ni adalah wajah mummy versi lelaki.
Sementara itu, Zahirah turut menyatakan, sejak Isaac mula makan, nampak dia begitu teruja menikmati makanan. Apa saja yang diberikan, dia tak menolak dan sangat bersungguh-sungguh makan.
Moga si comel berlesung pipit ini terus membesar dengan sihat dan sentiasa memberi kegembiraan buat mummy dan daddy.
Kredit: IG zahirahhaimann; zahirahmacwilson
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila masuk usia 4 bulan bayi dah kurang nak menyusu, keadaan ini tentunya buatkan ibu berasa gusar. Bimbang bayi tidak cukup nutrisi untuk membesar atau mungkin keadaan kesihatan anak yang kurang baik.
Baru sahaja nak dapat rentak menyusu yang baik untuk anak, tiba-tiba anak seakan menolak untuk menyusu, pastinya persoalan seperti cukup ke susu untuk anak, kena beri susu tambahan atau tidak dan sebagainya.
Ibu sebenarnya tak perlu risau bila anak berusia 4 bulan kurang menyusu kerana menurut Pakar Pediatrik, Sunway Specialist Centre Damansara Hospital itu merupakan fasa perkembangan bayi mama.
justeru itu, mama boleh cuba apa yang Dr Tengku Puteri sarankan bila bayi mula kurang menyusu!
KENAPA BAYI MASUK 4 BULAN KURANG MENYUSU?
Ini fasa yang biasa dilalui oleh ibu.
Rasa macam baru sahaja nak dapat rentak untuk menyusu dengan baik, tiba-tiba, bayi macam kurang menyusu pulak.
Waktu ni, bayi suka tengok sekeliling ataupun senyum bila menyusu, dan menyusu sekejap sekejap saja-biasanya waktu siang.
Pasti risau adakah cukup susu untuk bayi ni?
Perlu bagi susu tambahan ke?
Perlu bagi makan ke? Air liur pun banyak meleleh ni…
Ini adalah satu fasa PERKEMBANGAn bayi.
Boleh cuba:
✅ Beri penyusuan di bilik dengan lampu yang malap untuk mengurangkan gangguan daripada sekeliling.
✅ Pasang alunan muzik atau zikir untuk menenangkan bayi.
✅ Guna nursing sling atau nursing cover apabila memberi penyusuan ibu.
✅ Fokus untuk beri penyusuan lebih pada waktu malam, dan juga apabila bayi sedang mengantuk sebelum tidur.
‼️ Jangan putus asa ya! Kita ikhtiar untuk cari jalan penyelesaian dan mudahan penyusuan dapat diteruskan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Impian Kecil, Semangat BesarDi zaman moden yang dipenuhi cabaran dan pengaruh digital, mencari jalan terbaik untuk membina potensi anak bukanlah mudah. Namun, kisah sekumpulan...