Keibubapaan

Bayi Nak Tumbuh Gigi, Cuba Sejukkan Teether Untuk Kurangkan Gatal Gusi

Share

Sebagai ibu bapa, pasti seronok kan melihat anak membesar dengan baik di depan mata. Lebih-lebih lagi perkembangan sejak hari pertama mereka dilahirkan sehinggalah mampu menyebut gelaran kita.

Perkembangan ini termasuklah fasa bila mereka sudah mula rasa gatal gusi, semua benda nak digigit termasuklah tangan mereka sendiri!

Melalui perkongsian Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek di laman instagram milik anaknya, @little_aafiya sebagai seorang ibu pasti akan rasa teruja bila datangnya saat anak-anak mula suka gigit-gigit barang. Ketika itu, mulalah ibu nak cuba beri teether yang pelbagai jenis untuk anak-anak cuba.

Dalam perkongsian tersebut, Dr Afifah yang merupakan isteri kepada penyanyi, Nubhan Ahmad memberikan tip untuk ibu memilih teether yang bagus untuk anak-anak.

#1 Every baby please belikan new teether. Jangan beli preloved ok? Haha… mommy mmg sejenis suka beli preloved sebab kadang2 baby pakai sekejap jeee… rasa mcm terasa kalau beli baru mahal2. But teether / pacifiers, please beli baru ok? Plus bila makin lama teether ni makin advance and material yg digunakan utk produce teether ni pun lebih baik dan lebih berkualiti dan selamat.

#2 Boleh sejukkan teether if baby dah lebih 6bulan sebab kemungkinan gigi dah nak tumbuh…. mmg betul baby kdg2 ada rasa discomfort bila nk tumbuh gigi… and teether dapat kurangkan rasa discomfort tu esp a cold one. Tp jgn sejukkan terlalu lama. It could hurt baby’s delicate gums(gusi).

#3 Pastikan selalu sterile/basuh dgn betul setiap kali bila diberi to your babies.

#4 Pilih teether yg besar dan senang dipegang utk baby 4 months above.

#5 If anak memang sejenis suka masuk barang dalam mulut, belikan lah teether… risau jugak if masuk mulut toys yg boleh break/loose small parts, boleh jd case chocking pulak.
Tambahnya lagi, ibu jangan risau jika anak suka masukkan benda dalam mulut kerana ia normal untuk perkembangan anak-anak.

Resipi Biskut ‘Teething’ Ini Sesuai Untuk Bayi Yang Nak Tumbuh Gigi

National Institutes of Health (NIH) mencadangkan pemberian sesuatu yang mudah dipegang dan dingin untuk digigit, tetapi elakkan daripada bagi bayi objek yang dibekukan atau mainan teething yang dilekat pada leher.

Biskut teething juga turut dicadangkan bila bayi sedang mengalami fasa gatal gusi nak tumbuh gigi.
Bahan-bahan:
Sebiji pisang
3 sudu kecil rolled oat cereal.

Cara-cara:
1. Lenyek pisang.
2. Masukkan rolled oat cereal gaul sebati.
3. Bentukkan suka hati. Asalkan baby boleh pegang.
4. Bakar 15 – 20 minit bergantung pada saiz dan ketebalan.
5. Makan ramai-ramai. Mak-mak nak diet pun silalah makan.

Cadangan:
Sesuai untuk bayi 7mo+. Baby dah start makan boleh bagi biskut ni untuk rangsang gusi. Especially baby yang nak naik gigi.
P/s: Biskut tidak rangup seperti cream crackers

SUMBER: Afifah Hidayah Ahmad Tawfek

IKLAN