Bayi suka mengempeng, tak bagi peluang mama berehat lepas balik kerja seolah-olah tak cukup susu. Oh penatnya rasa!
Menurut Dr.Nurhaya Yacob, Perunding Laktasi dari Dr Nurhaya Lactation Center, ia adalah keadaan yang dinamakan penyusuan secara reverse cycle. Reverse cycle adalah satu fenomena di mana bayi lebih banyak atau sering menyusu pada waktu petang atau malam berbanding waktu “biasa” iaitu siang hari.
Keadaan ini adalah salah satu tindak balas normal bayi apabila ibu tiada kerana sedang bekerja, atau sedang sibuk dengan urusan lain walaupun bayi ada bersama ibu. Namun begitu, hal ini tidak terjadi ke atas semua bayi.
3 FAKTOR PENYUSUAN SECARA REVERSE CYCLE
a)KELIRU SIANG DAN MALAM
Reverse cycle biasa terjadi kepada bayi-bayi yang baru lahir. Ini kerana bayi masih berada dalam keadaan keliru di antara siang dan malam. Hal ini boleh juga terjadi di saat berlakunya aselerasi pertumbuhan atau growth spurt di mana pada fasa yang pendek ini, si comel lebih kerap terlihat menyusu terus di dada ibunya.
b)MENUNGGU IBU
Manakala apabila bayi yang tinggal bersama pengasuh semasa ibunya bekerja, ibu-ibu sering di beritahu bahawa tidak mahu minum atau minum susu ibu terlau sedikit. Mereka hanya meminum susu ibu sekadar untuk menghilangkan rasa dahaga atau mengurangkan sedikit rasa lapar. Malah sanggup menunggu kepulangan ibu untuk mengempeng lebih lama ketika bersama ibu.
Ads
c)KETIKA PENYUSUAN MELALUI BOTOL DIPERKENALKAN
Fenomena reverse cycle ini sering berlaku di saat ibu sudah mula bekerja atau si comel baru dikenalkan dengan pemberian susu melalui botol apabila berada bersama pengasuh, atau ketika ibu sibuk di siang hari, sehingga memendekkan tempoh penyusuan pada waktu siang. Maka dengan itu, si comel lebih banyak “melekap” di payudara ibu pada malam hari atau pada saat ibu berehat.
TIP HADAPI REVERSE CYCLEBAYI BARU LAHIR
Sering kali di katakan bahawa bayi yang baru lahir lebih banyak menyusu di malam hari berbanding siang hari kerana kekeliruan yang berlaku di antara siang dan malam. Bagi mengatasi masalah seperti ini, ibu atau bapa di nasihatkan untuk
Ads
Tidak menidurkan bayi di dalam ruang yang gelap pada siang hari dan elakkan menyalakan lampu di malam hari.
Biarkan siang hari dan malam hari seperti mana fitrah kejadiannya agar dapat mengelakkan kekeliruan.
Ibu boleh cuba ‘mengganggu’ bayi agar kekal terjaga supaya mereka boleh tertidur nyenyak pada sebelah malam hari. Namun begitu, hal ini bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan kesabaran yang tinggi.
REVERSE CYCLEBAGI IBU BEKERJA AGAK MELETIHKAN
Reverse cycle pada sesetengah ibu yang bekerja beranggapan ia adalah satu hal yang mudah kerana bayi hanya memerlukan beberapa auns susu sahaja untuk di bekalkan kepada pengasuh mereka.
Namun ada juga segelintir ibu yang berasa sangat risau terhadap masalah ini kerana merasakan bayinya mendapat susu yang sangat sedikit dan bimbang sekiranya reverse cycle akan mengganggu tumbesaran si anak.
Ada segelintir ibu merasakan proses ini sangat melelahkan kerana mereka tidak medapat tidur yang cukup kerana si comel ingin berterusan melekap bersama ibu. Co-sleep atau tidur bersama bayi dan menyusukan si comel dalam posisi berbaring merupakan salah satu cara untuk membantu ibu-ibu agar melalui proses ini dengan lebih mudah. Malah banyak yang mendapati ia sangat seronok kerana merasakan proses ikatan bersama si comel seolah-olah lebih rapat kerana waktu siang yang sibuk bekerja. Carilah posisi yang paling selesa untuk menyusukan si comel supaya penyusuan menjadi satu proses yang sangat mudah.
Ads
Sebaliknya ada juga segelintir ibu yang merasakan ia adalah sangat melelahkan kerana tidak mendapat istirahat yang cukup. Yakinlah ibu, pengorbanan ini sangat berbaloi apabila kita melihat ke hadapan dengan semua kelebihan-kelebihan yang diperoleh melalui penyusuan susu ibu.
TIP HADAPI REVERSE CYCLEBAGI IBU BEKERJA
Tidak ada satu cara yang pasti untuk mengatasi masalah ini, namun antara cadangan yang boleh ibu-ibu laksanakan ialah,
a)Susukan bayi sehingga kenyang sebelum berangkat ke tempat kerja. Di tempat kerja ibu boleh meneruskan proses pemerahan seperti biasa.
b)Elakkan pemerahan susu sebelum pulang dari kerja kerana bayi akan ternanti-nanti saat bersama ibu untuk memulakan penyusuan. Dan pasti mereka akan jadi sangat marah kerana menyusu pada payudara yang kosong..
c)Bagi bayi yang sedang mengalami aselerasi pertumbuhan atau growth spurt adalah sukar untuk ibu tentukan berapa lama anak akan berterusan menyusu secara kerap. Namun begitu, bayi akan segera kembali seperti sedia kala apabila aselerasi pertumbuhan itu berakhir.
d) Ibu perlu fahami yang reverse cycle ini hanyalah satu fasa peralihan dan adaptasi di mana ia tidak akan memudaratkan bayi. Apabila fasa ini berakhir, semua akan kembali seperti sedia kala.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin ramai ibu yang berhadapan dengan stress melihat helaian rambut makin banyak gugur selepas melahirkan anak. Rambut merupakan penyeri kecantikan wanita. Namun setelah bersalin beberapa bulan, semakin banyak rambut melekat pada sikat apabila rutin menyikat rambut.
Terpanggil untuk berkongsi tip buat ibu-ibu yang risaukan dengan permasalah tersebut, menerusi satu tread di Twitter, Dr Hafsah Sazali berkongsi tip penjagaan untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin boleh amalkan.
Menurut Dr Hafsah Sazali ia sebenarnya adalah proses normal yang berlaku kerana tahap oestrogen yang menurun selepas melahirkan bayi.
Ramai yang bertanya soalan mengenai keguguran rambut pada saya. Ia selalu berlaku selepas bersalin, di mana keguguran rambut ialah proses normal yang berlaku kerana tahap oestrogen yang menurun selepas melahirkan anak.
Menurut Dr Hafsah Sazali untuk mengurangkan rambut yang gugur, ibu yang baru melahirkan boleh cuba ubah gaya rambut yang sedia ada. Selain itu juga penggunaan perapi rambut juga tidak digalakkan kerana ia boleh menyebabkan rambut Nampak lebih nipis.
Pulih dalam masa setahun
google image
Masalah rambut gugur ini biasanya akan beransur baik dan pulih dalam masa setahun. Doktor ini juga turut meminta supaya ibu-ibu lebih berjaga-jaga jika ada rambut terbelit di bahagian badan bayi. Bimbang ia akan menyebabkan kecederaan pada bayi anda dan seterusnya ada jangkitan kuman.
Insomnia adalah gangguan tidur yang menyebabkan individu itu mengalami kesukaran untuk tidur dan cenderung untuk berjaga sepanjang malam. Golongan kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada kondisi ini dan kebiasaannya mereka akan mudah terjaga daripada tidur yang hanya sebentar sahaja.
Insomnia boleh diklasifikasikan kepada jangka masa panjang dan jangka masa pendek selain boleh juga dikelaskan mengikut keterukan dan kekerapan kondisi ini berlaku. Insomnia jangka masa pendek selalunya berlaku dalam tempoh beberapa hari ke beberapa minggu dan akan hilang dengan sendirinya. Manakala, insomnia jangka masa panjang pula akan berlarutan sehingga beberapa bulan atau lebih lama.
Apakah simptom insomnia dalam kalangan kanak-kanak?
Simptom insomnia termasuklah:
Kesukaran untuk tidur, berjaga sepanjang malam atau mudah terjaga daripada tidur yang hanya sebentar sahaja
Gelisah apabila memikirkan tentang tidur
Kerap mengantuk pada waktu siang
Kerap mempunyai masalah di sekolah
Emosi tidak stabil
Depresi
Hiperaktif
Sukar menumpukan perhatian
Agresif
Mempunyai masalah memori
Kerap melakukan kesilapan atau sering terlibat denga kemalangan
Apakah punca insomnia dalam kalangan kanak-kanak?
Terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan berlakunya imsomnia, termasuklah:
Faktor tekanan. perasaan bimbang yang berlebihan akan mengundang imsomnia
Pengambilan kafein atau bahan ransangan yang lain
Kesan sampingan ubat-ubatan yang spesifik. Sebagai contoh, ada dadah yang digunakan di dalam ubat untuk merawat hiperaktiviti boleh menyebabkan imsomnia
Gangguan medikal seperti fibromyalgia, kekejangan otot, pedih hulu hati boleh menyebabkan insomnia
Faktor persekitaran seperti bising, panas, sejuk atau kondisi lampu di dalam bilik tidur juga boleh menggangu tidur. Pastikan katil dan cadar anda selesa serta pastikan bilik tidur anda sangat selesa untuk didiami. Ini termasuklah pengehadan dalam penggunaan barangan elektronik di dalam bilik tidur.
Bagaimanakah merawat insomnia dalam kalangan kanak-kanak?
Antara pilihan yang ada untuk merawat insomnia dalam kalangan kanak-kanak adalah:
Jadikan tidur sebagai satu tabiat yang sihat. Ini dapat dicapai dengan mematuhi jadual tidur, menjauhi produk berkafein 4 hingga 6 jam sebelum tidur, jauhi rokok dan pelbagai jenis dadah yang lain serta elakkan melakukan aktiviti 1 jam sebelum waktu tidur seperti menonton televisyen, bermain telefon pintar atau melakukan kerja rumah.
Cipta suasana tidur yang selesa. Ini dapat dicapai dengan mencipta bilik tidur yang sunyi, selesa dan gelap (kecuali buat kanak-kanak yang takut gelap). Elakkan sebarang pergaduhan atau perbincangan sebelum waktu tidur.
Ajar anak anda untuk relaks. Gunakan teknik pernafasan yang betul atau berangan yang positif ketika sedang berbaring di atas katil untuk membantu memudahkan anak anda tidur.
Jangan memasang jam di dalam bilik tidur.
Patuhi waktu tidur untuk mendapatkan tidur yang mencukupi. Jadikan waktu tidur selama 9 hingga 11 jam bergantung kepada umur kanak-kanak ini sebagai rutin tidur mereka.
Jika anak anda tidak boleh tidur, jangan memaksa mereka. Sebaliknya, lakukan aktiviti ringan selama 15 hingga 20 minit untuk membuat mereka berasa sedikit letih. Ulang proses ini jika mereka amsih sukar untuk tidur.
Lakukan terapi. Bawalah anak anda berjumpa dengan pakar perubatan untuk mendapatkan khidmat rawatan dan nasihat berkenaan kondisi anak anda.
Menu pantang memang paling sedap. Mana taknya, bukan sahaja bahannya dari bahan segar bahkan paling mudah dan ringkas. Rasa pun memang hebat.
Menu ketika pantang pastinya lebih memfokuskan kepada nak banyakkan susu dan juga makanan segar untuk kembalikan tubuh sihat.
Perkongsian pengguna Tik Tok, Dhia Thalis Care @dhiathaliscare yang berkongsi dua menu pantang untuk banyakkan susu badan jadi meriah ini anda kena cuba. Sedapnya lain macam. Wajib masak waktu pantang.
Kali ini kami nak ajar menu yang boleh meriahkan susu badan dan paling penting sihat untuk ibu berpantang.
Sup Ikan Merah
Ikan merah
Bawang merah
Bawang putih
Rempah ratus
Lada hitam
Halia
Sup bunjut
Lada hitam tumbuk kasar. Ni penting untuk bagi angin dalam badan keluar.
Lepas tu bolehlah tumis kesemua bahan tadi dan bila naik bau masukkan air.
Masukkan rempah, ikan dan juga sup bunjut.
Bila dah mendidih, masukkan bawang putih goreng untuk buang angin dalam badan dan juga daun suop.
Sup Lobak Putih
Sup lobak putih ni rahsia pada susu badan yang melimpah ruah. Wajib buatkan resipi ini masa pantang.
Bahan-bahan:
Bawang putih
Bawang besar
Halia
Lada hitam
Tumbuk bawang, halia dan lada hitam.
Kemudian tumis sampai naik bau.
Masukkan air, lobak putih dan perasakan dengan garam.
Bila mendidih dan sup dah pekat, boleh masukkan bawang putih goreng dan daun sup.
Dah siap menu kita. Dua menu ni paling sesuai untuk mommies yang baru balik dari hospital dan nak tambahkan susu.