“Macam nak luruh jantung” itulah saat yang mendebarkan buat ibu mangsa apabila mengetahui anak tunggalnya dibawa lari oleh cucu pengasuh sendiri pada Selasa lalu.
Menurut perkongsian MalaysiaGazette, Farisha Amirah dikejutkan dengan berita kehilangan anak perempuannya pada pukul 5.30 petang sebaik pulang dari tempat kerja dan dalam perjalanan mengambil anaknya dari rumah pengasuh.
Jelasnya, dia kaku dan lemah apabila pengasuhnya yang juga warga emas memaklumkan cucu perempuannya sendiri yang melarikan anaknya.
Ketika itu wanita tersebut sedang solat.
“Memang macam nak luruh jantung bila saya dengar jiran saya (pengasuh) memaklumkan perkara sedemikian. Susulan itu, saya menelefon keluarga termasuk yang di kampung bagi memaklumkan kejadian sebelum suami saya pergi membuat laporan polis.
Sampai pukul 9 malam kami (saya dan suami) masih berurusan dengan pihak polis sebelum saya kuatkan hati pulang ke rumah untuk solat.
“Selepas solat, tiba-tiba naluri hati saya kuat mengatakan anak kami akan kembali ke pangkuan. Susulan itu, saya siapkan kelengkapannya termasuk menyediakan susu serta pakaian dalam satu beg sebelum turun dan tunggu kehadirannya di pos pengawal pangsapuri kami,”
Ads
Menurut Farisha Amirah, sejam kemudian, dia dan suami menerima panggilan daripada polis memaklumkan mereka telah berjaya mengesan suspek namun bayi yang dilarikan tiada bersama.
Katanya, meskipun diberitahu anak mereka belum lagi ditemui namun naluri tetap mengatakan bayi itu akan diselamatkan dan pulang ke pangkuannya
Syukur sangat selepas 10 minit kami dapat panggilan mengatakan anak saya ditemui dalam keadaan selamat dan dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk pemeriksaan.
“Memang bagaikan mimpi dan lembik lutut saya sebaik dapat memegang dan peluk anak di hospital. Selalunya dengar cerita sahaja anak diculik tapi tak sangka kami sendiri lalui kejadian ngeri itu.
“Anak saya itu mungkin dijual kepada sindiket sekiranya pihak polis lambat mengesan suspek memandangkan bayi kami ditemui dalam sebuah van yang dipercayai dalam perjalanan ke sempadan negara jiran melalui negeri di Pantai Timur,” jelasnya yang berasal dari Changlun, Kedah.
Ads
Tambahnya, sehingga kini, dia masih trauma atas kejadian tersebut selain mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjaga anaknya sepenuh masa.
“Saya sudah serik nak bagi orang lain jaga anak dan kami sekeluarga harap mereka yang terlibat dikenakan hukuman setimpal agar kejadian yang sama tidak berulang kepada ibu bapa lain,” katanya.
Terdahulu, lima individu termasuk seorang remaja bawah umur yang dipercayai terlibat dalam kes melarikan bayi berkenaan direman di Mahkamah Bukit Mertajam di sini hari ini.
Mereka yang terdiri daripada dua wanita dan tiga lelaki berusia lingkungan 14 hingga 43 tahun itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu culik
Tiada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan melarang ibu bapa membawa anak mereka ke pusat beli-belah sebaliknya ia lebih kepada memberi nasihat untuk mengelakkan terdedah kepada bahaya dijangkiti Covid-19.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya ada berbincang mengenai ibu bapa membawa anak kecil ke pusat beli-belah tetapi setakat ini tiada SOP dan lebih kepada nasihat.
Menurutnya, ada beberapa implikasi yang perlu dipertimbangkan jika diadakan SOP itu dan sebagai contoh jika ibu tunggal mempunyai anak kecil.
“Kalau mereka dihalang bawa anak ke pusat beli-belah, boleh dikenakan kompaun jika tetap membawanya selain di mana mereka hendak tinggalkan kanak-kanak itu jika hendak ke pusat beli-belah.
“Kalau bawa kena saman, kalau kunci dalam rumah mungkin berlaku sesuatu dan kalau tinggal dalam kereta takut kes kematian.
“Jadi banyak perkara, kita pertimbangkan beberapa isu. Buat masa ini kita minta KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dengan MKN (Majlis Keselamatan Negara) berbincang semula lebih lanjut,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya.
Beliau berkata, Covid-19 akan terus berada di persekitaran sekitar minimum dua tahun dan mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mungkin lima tahun sehingga ditemui vaksin yang mana jika rasa bahaya, ibu bapa tidak perlu membawa anak mereka ke pusat beli-belah.
“Kalau dua tahun tak mungkin PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kekal dan apabila ia ditamatkan, SOP dan peraturan tidak boleh dikenakan, maka kawalan kendirilah yang perlu dilakukan,” katanya.
Memberi nama untuk anak yang baru lahir antara momen yang cukup indah buat semua ibu bapa. Mana taknya, masing-masing ada pilihan nama sendiri untuk anak lelaki atau perempuan.
Bukan itu saja, pasangan suami isteri pasti akan memilih nama yang baik maknanya. Ada yang suka dengan nama yang ringkas dan ada juga memilih untuk letak nama yang panjang. Apa sekalipun, biarlah pilihan nama itu yang elok dan jadi ‘doa’ hingga ke akhir hayat anak.
Bukti cinta dedikasikan pada nama anak
Namun bagi kisah tiga beradik ini di Indonesia, ibu bapanya memilih untuk meletakkan perkataan Dot Com di belakang nama anak-anak sebagai bukti cinta mereka bertemu di laman web Alamak Dot Com sebelum mengambil keputusan berkahwin.
Nama ketiga-tiga anak kepada pasangan ini tular di laman TikTok @ wakelotkangcopet88 pada Jumaat lalu (1/1/2021) apabila salah seorang anaknya berkongsi nama istimewa itu.
Letak Dot Com setiap nama anak
Nama tiga beradik itu adalah Salsabila Shofwah Alamak Dot Com, Mustaghfirin Nazhmi Ramadan Dot Com dan Daffa Fawwaz Robbani Dot Com.
Menurut anak kedua pasangan ini, Mustaghfirin Nazhmi, nama ini cukup unik. Bila kawan atau sesiapa saja tahu nama kami adik beradik ada penambahan Dot Com di belakang, ramai yang tak percaya.
Bercerita lanjut, suatu ketika dahulu, ibu bapanya berkenalan menerusi satu laman cari jodoh, Alamak Dot Com pada tahun 1999.
Jadi sebagai mengenang kisah pertemuan dan percintaan mereka, masing-masing setuju untuk mendedikasikan nama laman web tersebut pada setiap nama anak-anak.
Dulu selalu diejek, sekarang rasa bangga
Kongsi Mustaghfirin Nazhmi lagi, memang sejak kecil mereka tiga beradik sering diejek oleh rakan-rakan di sekolah dan cikgu pun tak percaya.
“Terutama ketika memasuki sekolah baru, guru dan rakan memang tak mempercayai namanya.
“Atas sebab itulah, saya sering diminta untuk membuktikan kesahihan nama unik ini,” katanya.
Apabila ditunjukkan bukti baru mereka faham. Namun apabila semakin besar, mereka dah tak kisah dengan nama tersebut walaupun diperli tetapi berasa sangat bangga dan istimewa.
Kaunter permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibuka di semua cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada hari ini (Sabtu) dan Ahad.
LHDN dalam satu kenyataan bagaimanapun memaklumkan, ia dikecualikan bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan berikutan cuti umum Pesta Kaamatan pada tarikh berkenaan.
“Kaunter rayuan akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 4 petang. Bagi pemohon BPN di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, kaunter permohonan rayuan BPN dilanjutkan ke hari bekerja berikutnya iaitu pada 2 Jun.
“Langkah ini bertujuan memastikan golongan yang benar-benar layak tidak tercicir daripada menerima bantuan berkenaan,” katanya.
Agensi itu memaklumkan, pemohon yang permohonan atau rayuannya tidak diluluskan sebelum ini boleh mengemukakan rayuan dengan hadir ke kaunter perkhidmatan LHDN yang terdekat.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.