Bayi baru lahir kerap mengalami sedu. Orang tua-tua cakap itu tandanya bayi nak membesar. Tetapi sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan.
Walaupun tidak berbahaya tapi sedu yang dialami tentu sahaja membuatkan si comel tidak selesa. Sedu pada bayi biasanya berlaku ketika bayi menangis semasa menyusu.
Kalau ikut petua orang lama, katanya letakkan sedikit lebihan benang pada baju yang dipakai bayi kemudian dibasahkan dengan air liur ibu atau ayah dan letak pada dahinya.
Tetapi kini selepas ada tisu basah, sedikit cebisan tisu dilekatkan pada dahi bayi. Ada juga cara lain yang boleh menghilangkan sedu bayi.
1. Ubah kedudukan bayi
Ubah kedudukan bayi semasa dia sedang menyusu sampai sedu tersebut hilang.
2. Tenangkan bayi
Kadang kala sikap bayi sendiri yang terlalu kelam kabut ketika menyusu menyebabkan udara masuk ke dalam diafragmanya. Cuba tenangkan bayi supaya dia menyusu tanpa perlu tergesa-gesa. Caranya gosok punggung bayi dengan lembut dan perlahan untuk membuatkan tenang dan sedu akan beransur hilang.
3. Hentikan proses menyusu
Sekiranya anda sudah mencuba dua cara di atas tetapi bayi masih tidak berhenti sedu maka hentikan seketika proses penyusuan. Sandarkan bayi tegak menghadap anda dengan kepalanya pada bahu anda, lalu tepuk lembut punggungnya. Ia dapat membantu udara dari diafragma ke atas dan menghentikan sedu.
4. Peluk bayi
Ketika bayi mengalami sedu, cuba peluknya dengan penuh kasih sayang sambil mengusap-usap belakang badannya. Kadang kala cara ini juga dapat menghentikan sedunya.
5. Pilih botol susu yang betul
Sekiranya bayi anda menyusu menggunakan botol susu, perhatikan keadaan botolya. Adakah botolnya mempunyai lubang pada putingnya. Sebaiknya pilih botol susu yang dicipta mengalirkan udara keluar serta putingnya mempunyai lubang yang lebih kecil.
Semoga dengan mencuba beberapa tip mengatasi bayi sedu itu dapat mengatasi masalah bayi yang kerap tersedu. Yang penting ibu dan ayah jangan cepat panik kerana ia adalah masalah normal di kalangan bayi terutama yang baru lahir.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam memastikan sesi pembelajaran dan pengajaran secara FIZIKAL di institusi pendidikan yang selamat, ibu bapa juga turut memainkan peranan yang penting.
Pematuhan norma baharu dan pembudayaan hidup sihat amat penting bagi meningkatkan daya ketahanan badan (imuniti). Memerangi penularan virus COVID-19 adalah tanggungjawab kita bersama.
Bagaimana ibubapa boleh memastikan anak-anak berada dalam keadaan selamat?
Menyediakan emosi anak sebelum sekolah bermula:
Virus COVID-19 ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja termasuk bayi dan kanak-kanak. Ibubapa perlulah menjadi frontliner kepada anak-anak mereka untuk mencegah penyakit ini berjangkit dalam keluarga mereka. Kesihatan anak-anak tidak boleh dipandang ringan kerana virus ini kita tidak nampak dengan mata kasar dan data juga menunjukkan sebilangan besar pesakit tidak mempunyai gejala.
Ibubapa perlu sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID.
Terus amalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:
• Elakkan 3S / 3C iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan
kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur
dengan jarak yang dekat (Close conversation);
• Amalkan 3W iaitu iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash),
sangat digalakkan memakai pelitup muka (face mask) di tempat awam atau
jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih
berkonsep peringatan seperti:
Selain itu, sentiasa amalkan penjarakan sosial (social distancing) pada setiap masa
iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.
Buktikan kasih sayang dan cakna kita kepada anak-anak dengan menjadi pelindung
mereka. Kasih sayang, sikap ambil berat, perhatian masa, tenaga dan wang ringgit
yang telah kita curahkan tidak ternilai demi untuk memastikan kesihatan dan
perkembangan mereka mencapai tahap optimum kerana mereka adalah bakal
pemimpin di masa hadapan.
Pandemik ini merupakan sejarah bagi mereka yang
boleh meninggalkan kesan postif atau sebaliknya. Semua bergantung kepada kita
ibubapa yang akan mencorakkan sejarah kehidupan mereka.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi ini dilahirkan tiga kali lebih kecil daripada kakak kembarnya sekaligus menunjukkan dia mampu bertahan walaupun doktor pernah memberitahu kemungkinan bayi ini akan mati di dalam kandungan.
Reagan (adik), yang kini berusia enam bulan, dilahirkan 11 minggu lebih awal dan beratnya hanya 453gram, dan lebih kecil dari kembarnya Mila (kakak) yang beratnya mencecah 907gram.
(Follower Pa&Ma dapatkan Nunha Moon Pillow dengan harga promo PA&MA menggunakan promo kod – PNMGSP5 di GO SHOP)
Audrieanna Lambert, ibu kepada kembar ini berkata ia adalah satu keajaiban apabila Reagan (adik) masih hidup selepas mendapat keputusan bahawa dia tidak akan bertahan dalam kandungan.
Doktor di hospital West Penn, Pittsburgh, Amerika Syarikat bimbang ketika usia kandungan 20 minggu kerana mereka melihat Reagan(adik) telah berhenti membesar dalam kandungan. Selepas pembedahan Czer dilakukan pada Disember 2021, kedua-dua kembar dibawa ke unit rawatan rapi (NICU) di mana Mila(kakak) menghabiskan 45 hari sebelum dia cukup kuat untuk pulang ke rumah.
Tetapi Reagan(adik) terlalu kecil, terpaksa menunggu 118 hari sebelum dia boleh bersama kakaknya di rumah di Washington, Pennsylvania. Kini kedua-dua kembar itu membesar dengan baik tetapi masih berbeza saiz, dengan Mila(kakak) kini mempunyai berat 5.4kg dan Reagan 3.17kg.
Pakar yang merawat bayi tersebut berkata, “Apabila saya melihat mereka buat kali pertama, Reagan(adik) adalah jauh lebih kecil daripada yang saya bayangkan. Perbezaan antara mereka sangat ketara. Saiz Mila(kakak) hampir tiga kali ganda. Mereka tidak kelihatan seperti kembar! Saya tahu Reagan(adik) akan menjadi kecil tetapi dia sangat kecil. Tetapi kedua-duanya adalah keajaiban dan mereka berjaya laluinya. Kini mereka luar biasa.”
Audrieanna dan suami Chase, 29, sangat gembira apabila mengetahui dia hamil pada Jun 2021 selepas membuat rawatan IVF selepas bertahun-tahun mencuba. Pada minggu ke-6 kehamilan, mereka di beritahu bahawa bayi B (Reagan) berukuran kecil dan ada kemungkinan mereka akan kehilangannya pada awal kehamilan.
“Kami diberitahu kantung kehamilan berukuran kecil dan berkemungkinan besar akan keguguran. Pada minggu ke-15 kehamilan, Regan dapat survive. Semuanya kelihatan baik dan kami sangat teruja untuk mempunyai dua anak perempuan.”
Pada usia kandungan 24 minggu, pasangan itu menerima berita yang mendukacitakan bahawa Reagan(adik) kini 50% lebih kecil dan mengalami masalah dengan pengaliran tali pusatnya (pemindahan nutrien daripada darah ibu merentasi plasenta kepada janin melalui tali pusat.)
“Doktor kata, mungkin dalam dua minggu lagi Regan(adik) tak dapat di selamatkan kerana dari segi perubatan memang tidak berjaya untuk selamatkan bayi ini. Hati saya hancur.”
(Follower Pa&Ma Nak Menang Buku Ini Boleh Klik Video di atas & Komen. Good Luck!)
Tetapi dua minggu kemudian pada imbasan 26 minggu, doktor mendapati bahawa jantung Reagan(adik) masih berdegup.
“Mereka benar-benar terkejut bahawa dia masih bertahan. Saya berazam akan melakukan segala yang saya mampu untuk dia berjaya hidup.”
Audrieanna dimasukkan ke Hospital West Penn pada 27 minggu untuk dipantau. Dia berjaya mencapai 29 minggu sebelum aliran kord Regan berubah dan bayi-bayi itu dilahirkan melalui Emergency Czer.
Kembar itu dilahirkan pada 10 Disember 2021, jam 16.32 tengah hari, dengan berat Mila(kakak) 907gram dan Reagan(adik) pada jam 16.33 malam, seberat 453gram tepat.
Ibu dua anak itu berkata “Saya mendengar tangisan kecil Mila(kakak) jadi saya tahu dia ok tetapi apa yang saya dengar daripada Reagan(adik) hanyalah rengekan.
“Ia seperti anak kucing menangis. Saya panik kerana saya hampir tidak dapat mendengarnya dan saya tidak sempat melihatnya sebelum mereka membawanya pergi.”
Kedua-dua kembar terpaksa dibawa terus ke NICU dan Audrienna terpaksa menunggu beberapa jam sebelum dia dapat melihat mereka
“Apabila saya melihat Reagan dia sangat kecil, dia boleh muat dalam tapak tangan. Saya tahu dia akan menjadi kecil tetapi dia jauh lebih kecil daripada yang saya bayangkan.
“Reagan telah membesarsepenuhnya walaupun dia kecil sangat. Ia ajaib tetapi ia sangat halus dan kecil.”
Mila(kakak) pulih dengan baik dan cukup kuat untuk pulang ke rumah pada Januari 2022, selepas 45 hari berada di hospital.
Reagan(adik) menghabiskan tiga bulan lagi di hospital, menerima pemindahan darah untuk membantunya membesar dan dia akhirnya boleh pulang ke rumah pada April 2022.
“Sungguh mengagumkan apabila mereka berdua pulang ke rumah,” kata Audrieanna. “Ia adalah perjalanan yang agak lama.
Kredit: Audrieanna
Followers Pa&Ma jom join Workshop ini, sesuai untuk mama hamil, lepas bersalin – Klik SINI
Minum air gula oleh ibu mengandung antara prosedur yang biasa dilakukan untuk pemeriksaan gula dalam darah. Ramai yang bimbang melaluinya kerana takut termuntah.
Mungkin bagi sesetengah ibu ia dianggap biasa tetapi untuk ibu yang tak boleh nak minum habis atas sebab tertentu pasti akan rasa risau. Lagi-lagi dalam keadaan diri yang sedang alahan di mana apa saja makanan yang masuk akan dimuntahkan.
Ibu yang nak dapatkan tip minum air dengan mudah, pengalaman Puan Nana Ismail mungkin boleh dijadikan panduan.
Seperti pengalaman Puan Nana sendiri, masa mengandung anak pertama bebas kencing manis, namun untuk anak kedua tersangkut pula.
Perjalanan Kehamilan Sepanjang GDM On Diet
Siapa sangka, pregnant kali ke-2 boleh lekat pula kencing manis walaupun pregnant masa tu tak suka manis-manis.
TIPS UNTUK MINUM AIR GULA
Geng mak-mak boleh guna kaedah minum melalui straw. Tapi straw tu kena bawa sendiri la. Masukkan straw dalam cawan, sedut biar terus ke anak tekak dan terus telan. Sekali sedut senafas telan-telan, lepas tu ambil nafas dulu biar relaks-relaks.
Kali kedua, sedut senafass je sampai habis. Minum melalui straw BOLEH ELAKKAN air gula tu daripada bermain dalam mulut, terkena lidah & celah-celah gigi.
Lepas selesai minum air gula, sila minum air kosong 1-2 kali telan je untuk bilas anak tekak. Kalau biarkan, itu yang nak rasa LOYA.
TIPS AMIK BACAAN BSP
Bacaan BSP yang cun sebelum breakfast mesti bawah daripada 5.0. Bacaan BSP lepas lunch & dinner pula cun bila bawah 6.7
Biasa seminggu sebelum tarikh untuk amik bacaan BSP, nana akan mula control pemakanan dan gula.
CONTOH,
Esok pagi tu nak ambil BSP, sehari sebelum tu nana akan stop makan pada jam 6-7 malam. Cuma minum air kosong je pada malam tersebut.
Cara ni untuk dapatkan bacaan sebelum breakfast bawah daripada 5.0. Jadi bila ambil bacaan SELEPAS BREAKFAST, tak adalah melambung sangat.
Menu breakfast setiap kali nak amik BSP Roti wholemeal 2 keping (plastik hijau) Air suam 1 gelas Menu lunch & dinner biasa nana amik yang stim / bakar / rebus . Elakkan makan kicap ye. Minum air kosong jee. Buah-buahan biasa nana skip je untuk hari amik bacaan BSP tu. Menu dinner ambil macam breakfast @ lunch je. Nasi memang 1 senduk je.
Pendek kata, sepanjang hari tiada pengambilan gula langsung. Lepas settle amik 4x BSP, bancuh la milo secawan untuk tenaga.
Bacaan nana selalu amik 2jam setengah lepas makan. Doktor kata jangan lebih 3-4 jam pula.
INFO untuk ibu GDM on diet
Normally kita boleh bersalin ikut due date masing-masing tapi TAK BOLEH lebih tarikh laaa.
Semua tu bergantung pada baby juga. Kalau terbesar lebih dari weeks atau baby kecik, kena bersalin awal lah.
Bila dah bersalin, kalau ibu tak ada masalah boleh keluar wad je. Tapi anak akan ditahan 24jam untuk pemantauan.
Jadi kena bawa tisu basah 1 pek besar dan pampers banyak sikit sebab nurse akan minta. Ibu boleh je request untuk stay dengan baby, kalau ada kekosongan. Jadi kita boleh terus breastfeeding anak.
MINUM AIR GULA LAGI!
Lepas 6 minggu dari tarikh bersalin, WAJIB pergi minum air gula yeee. So sila take noted hal ni. JANGAN ABAIKAN!
Biasa ada yang kena kencing manis sepanjang pregnant, lepas bersalin akan hilang. Ada juga yang akan sangkut terus. Jadi bayangkan kalau ANDA ambil mudah hal ni, kita kekal kencing manis tanpa sedar.
Jadi boleh lah whatsapp nurse yang jaga kita sepanjang pregnant tu, tanya bila tarikh nak minum air gula lagi.
Tips : nurse akan suruh puasa pada jam 10 malam sehari sebelum minum air gula. So nana akan stop makan petang tu jugak. Malam minum air kosong je.
Sepanjang berpantang kena amalkan pemakanan sihat dan kawal gula juga untuk elakkan kita sangkut kencing manis.
Kesimpulannya, alhamdulillah nana dah minum air gula selepas 6 minggu bersalin. Results NORMAL dan bebas kencing manis dah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.