Umum mengetahui bahawa malnutrisi pada kanak-kanak merujuk kepada kekurangan nutrisi dalam badan. Kekurangan nutrisi ini terjadi apabila kanak-kanak tidak mengambil kalori dan protein yang mencukupi untuk membesar dengan baik. Sebenarnya, malnutrisi juga merujuk kepada keadaan pengambilan nutrien yang terlebih.

Mudah Marah, Berat Badan Menurun Antara Simptom Anak Hadapi Malnutrisi!

Keadaan ini berlaku apabial kanak-kanak mengambil lebih kalori daripada yang diperlukan. Artikel ini akan mengupas dengan lebih lanjut berkaitan kekurangan nutrisi.

Apakah yang menyebabkan malnutrisi?

Diet yang tidak seimbang menjadi punca utama keadaan ini. Apabila anak anda tidak cukup makan atau makan makanan yang tidak bernutrien tinggi, mereka akan mengalami kekurangan nutrien dalam badan. Terdapat penyakit tertentu yang boleh mengakibatkan anak anda sukar untuk menghadam makanan. Ini secara langsung akan menyukarkan proses pengambilan nutrien. Penyebab lain keadaan ini pula adalah isu kesihatan mental anak-anak. Anak-anak yang mengalami kemurungan cenderung mempunyai tabiat makan tidak sihat yang secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya malnutrisi. Selain itu juga, harga makanan yang mahal atau kehabisan belakan makanan juga menyumbang kepada berlakunya kondisi ini.

IKLAN

Apakah tanda-tanda malnutrisi?

Antara simptom malnutrisi adalah seperti berikut:

  • Penurunan berat badan
  • Masalah pernafasan
  • Kemurungan
  • Tinggi risiko komplikasi pembedahan
  • Tinggi risiko hipotermia
  • Sistem imun yang lemah akibat kekurangan sel darah putih
  • Mudah kesejukan
  • Mengambil masa yang lambat untuk pulih daripada kecederaan
  • Mengambil masa yang lambat untuk sembuh daripada penyakit
  • Ketidaksuburan ketika dewasa kelak
  • Kurang penghasilan otot
  • Selalu kepenatan
  • Mudah marah

Kanak-kanak yang mengalami malnutrisi mungkin akan menunjukkan
tanda-tanda seperti berikut:

  • Kurus dan berkulit kering
  • Pipi cengkung dan mata yang tenggelam
  • Rambut kering dan mudah gugur
  • Mempunyai jantung, hati dan sistem pernafasan yang lemah
  • Kebuluran (tiada pengambilan kalori langsung) selama 8 sehingga 12 minggu boleh membawa maut.

Sesetengah kondisi malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak akan mengakibatkan perkembangan mental kanak-kanak yang lemah selain meningkatkan risiko anak anda mengalami masalah mental yang serius.

IKLAN

Kekurangan nutrisi juga mengakibatkan kesan jangka masa panjang walaupun setelah dirawat. Kerosakan fungsi mental dan sistem penghadaman anak anda mungkin akan kekal sepanjang hayat anak anda jika tidak dirawat pada awal usia mereka lagi.

Bagaimana untuk merawat malnutrisi?

Rawatan malnutrisi bergantung kepada tahap keseriusan kondisi kanak-kanak. Rawatan susulan juga perlu diberikan kepada mereka sekiranya terdapat penyakit lain yang timbul akibat kondisi ini.

IKLAN

Rawatan malnutrisi ini ditumpukan sepenuhnya kepada keperluan kanak-kanak itu terhadap nutrisi yang diperlukan. Oleh itu, pengambilan diet yang seimbang dan suplemen tambahan amat dititikberatkan bagi menjamin kanak-kanak itu mendapat nutrien dan kalori yang secukupnya.

Malnutrisi adalah kondisi kesihatan yang lebih mudah dicegah berbanding dirawat. Oleh itu, anda sebagai ibu bapa perlu memastikan anak anda mengambil diet seimbang yang lengkap dengan nutrisi diperlukan untuk tumbesaran anak anda.

Kredit: Hello Doktor

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI